Isnin, 18 Julai 2011

Puteri Ipoh Timor

Puteri Ipoh Timor


AL FATIHAH.....

Posted: 16 Jul 2011 08:16 PM PDT

Tanggal 15 Julai 2011 jam 12.15 tengahari adalah satu detik yang amat memilukan bagi keluarga Puteri UMNO Ipoh Timor kerana kembalinya seorang rakan seperjuangan menemui Pencipta Yang Maha Esa ......

Zalifah Kisman bukan sahaja ahli Puteri yang terkenal dengan komitmennya terhadap parti tetapi sebagai seorang sahabat dan kenalan, Allahyarhamah merupakan seorang yang mesra, baik hati dan sentiasa mengambil berat kebajikan rakan-rakannya. Oleh kerana itulah, Allahyarhamah yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Puteri UMNO Ipoh Timor telah dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Biro Kebajikan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor.

Semenjak Allahyarhamah disahkan mengidap kanser payudara pada Ogos 2010, Allahyarhamah tidak pernah kenal erti putus asa malah sentiasa menunjukkan semangat yang kental dalam berjuang melawan penyakitnya. Bukan itu sahaja, malah semangat beliau itu sentiasa dikongsikan dengan rakan-rakan sehingga kadangkala kita terlupa bahawa beliau sedang sakit. Walaupun dalam keadaan sakit, beliau terus memberikan komitmen terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Puteri.

Puteri mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan ahli-ahli syurga. Kami mohon kepadaMu Ya Allah, sebagaimana beliau banyak berbuat kebaikan di dunia ini, maka Engkau berilah balasan sebaik-baiknya kepada Allahyarhamah...... Moga dirimu tenang di sana.... Zalifah Kisman, pergimu tiada pengganti.... AL FATIHAH

KEMPEN CELIK JENAYAH PUTERI UMNO PERAK

Posted: 27 Jun 2011 07:46 PM PDT



Anjuran : Puteri UMNO Perak
Dengan Kerjasama : TESCO dan PDRM
Perasmian : YB Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Acara-acara menarik :

* Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
(Pendaftaran dibuka mulai sekarang hingga hari program (bermula 9.00 pagi - 12.00 tghri)
(Masa pertandingan : 26.6.2011 - 12:30 tghri hingga 1.30 tghri)

* Demonstrasi Mempertahankan Diri (11.00 pagi)

* Slot Cegah Jenayah Bersama Kamal Affendi Hashim (9.30 - 11.00 pagi)

* Skuad Banteras Ragut & Rogol (B2R) (11.00 pagi - 12.00 tengahari)

SELAMAT HARI JADI KAK ROS !!

Posted: 20 Jun 2011 07:39 PM PDT




SELAMAT HARI JADI KAK ROS !!!! [19 JUN 1974]

Terimakasih atas segala ucapan & doa drpd semua shbt handai, sanak saudara yg jauh & dekat, yg hntar melalui fb/sms/mms, yg bg kad, yg call, yg buat surprise dll....Terima kasih semuanya....

"Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pd hujungnya & sebaik-baik amalku pd akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu denganMu (di hari kiamat)." (Hadis riwayat Ibnus Sunny)

GERAKERJA TRANSFORMASI PUTERI (GTP)

Posted: 18 Jun 2011 07:20 PM PDT


Tiada ulasan:

Pengikut