Ahad, 17 Julai 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Bubar Suhakam jika terlalu cenderung kepada pembangkang - Syed Ali

Posted: 17 Jul 2011 01:41 AM PDT



KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mendakwa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sejak akhir-akhir ini dlihat lebih cenderung dengan pendekatan yang dibawa oleh pembangkang dalam menangani pelbagai isu.
Menurutnya, kecenderungan itu dilihat agak ketara berhubung isu perhimpunan haram anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.


"Jika Suhakam asyik berteriak kononnya mempertahankan hak kebebasan bersuara sedangkan dalam masa yang sama membiarkan pembangkang bermaharajalela dengan isu yang tidak relevan sehingga menjejaskan ketenteraman awam, adalah lebih Suhakam dibubarkan sahaja," tegasnya.


Katanya, Suhakam sebagai badan bebas sepatutnya lebih berprinsip dan tidak mencampuradukkan dengan kepentingan politik pihak tertentu.


Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kenapa Perkasa dan Patriot tidak mengambil tindakan yang lebih tegas termasuk mengadakan perhimpunan secara aman supaya Suhakam dilupuskan sahaja kerana fungsinya semakin dipertikaikan.


"Jika benar Perkasa dan Patriot berjuang untuk rakyat, saya minta kedua-dua badan ini segera mengadakan demontrasi secara aman mendesak supaya Suhakam dibubarkan," ujarnya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhububngan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan rakyat mula mempersoalkan kredibiliti Suhakam sejak tercetusnya isu Bersih.


"Bersih adalah sebuah pertubuhan haram dan aktivitinya amat kotor dan bertentangan dengan undang-undang negara, amatlah malang jika Suhakam boleh mendakwa Bersih itu memperjuangkan hak asasi manusia," tegasnya.


"Ada yang kata Suhakam berat sebelah, cuba menjadi penyelamat kepada kumpulan pelampau yang cuba merosakkan kesejahteraan rakyat, perkara ini harus disiasat segera," tambahnya.


Beliau berpendapat, Suhakam tidak sewajarnya membiaskan drinya kepada kepentingan politik pihak tertentu sehingga boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap peranan badan tersebut.
Dalam pada itu, Syed Ali bersependapat dengan pandangan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mendakwa ada pihak tertentu menghasut rakyat supaya hilang keyakinan kepada pihak polis.
"Saya berstuju dengan pandangan beliau, kumpulan tersebut adalah puak pembangkang yang cuba menghasut dan memfitnah pihak polis dengan pelbagai cerita rekaan ekoran gagalnya perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur dua minggu lalu," katanya.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak polis supaya tidak mudah tunduk dengan tekanan puak pelampau kerana rakyat sentiasa menyebelahi mereka.


"Rakyat negara ini masih menaruh keyakinan yang tinggi terhadap intergriti dan kewibawaan pihak polis dalam menjalankan tugas mereka bagi mengekalkan keamanan negara," ujarnya.
Sandiwara PAS - DAP menjelang Ramadhan


Mengenai pertikaian antara pemimpin PAS dan DAP di Kedah berhubung cadangan menghadkan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan ini, Syed Ali menjelaskan PAS sengaja membesarkan isu tersebut untuk menarik perhatian rakyat kononnya mereka 'lebih Islam' daripada UMNO.


Beliau seterusnya menempelak PAS kerana tergamak mempolitikkan kedatangan bulan Ramadhan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat dengan bersandiwara dengan DAP.
"Ini semua cerita kartun PAS. Semua orang tahu Ramadhan adalah bulan mulia bagi umat Islam dan isu itu tidak harus dipolemikkan kerana PAS sememangnya akan tunduk kepada tekanan DAP," tegasnya.








































Tiada ulasan:

Pengikut