Jumaat, 15 Julai 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kumpulan pelampau akan terus begerak ala-revolusi untuk berkuasa

Posted: 14 Jul 2011 11:28 PM PDT



GOLONGAN pelampau dan segelintir yang mengakui mereka sebagai ulama dilihat tetap memperjuangkan demontrasi jalanan dalam usaha mereka menguasai negara ini, walaupun cara sedemikian bertentangan dengan ajaran Islam, kata ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Hanya cara sedemkiian sahaja yang boleh mempopularkan mereka kerana rakyat sudah menolak kehadiran pembangkang yang banyak menyusahkan kehidupan orang awam," tegasnya.

Oleh itu tegas beliau, sebilangan kecil mereka yang mengaku sebagai golongan ulama atau tok guru yang berselindung disebalik pertubuhan politik dilihat akan terus menggerakkan perhimpunan ala-revolusi untuk berkuasa.

Katanya, menerusi demontrasi jalanan tersebut pengikut mereka dibenarkan memaki hamun sesama pemimpin Islam, melakukan kerosakan harta benda awam dan sekaligus mencetuskan kacau-bilau sehingga menjejaskan keamaman negara.

Beliau berkata, insisden sedemikian bukan pertama kali berlaku malah sudah menjadi amalan pembangkang terutama sejak penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan kerajaan.

"Politik jalanan dan maki-hamun dimulakan oleh Anwar yang dilihat cuba membalas dendam terhadap pemimpin UMNO ekoran penyingkiran beliau daripada parti dan didakwa terbabit dalam kes liwat," tegasnya.

Katanya, walaupun perbuatan Anwar itu bercanggah dengan tatatsusila orang Melayu dan ajaran Islam tetapi ia tetap disokong oleh PAS, sebuah parti yang hanya mementingkan kuasa daripada perpaduan umat.

Beliau mengulas kenyataan pendakwah antarabangsa terkemuka, Sheikh Ahmed Tjani Ben Omar bahawa orang Islam tidak harus menyertai perhimpunan atau demontrasi untuk menyuarakan tuntutan, sebaliknya ia perlu disampaikan secara bijaksana seperti diperintah Allah.

Dalam hal ini, Syed Ali menyelar pendirian pemimpin PAS yang sanggup bersekongkol dengan puak pelampau untuk mencetuskan kekacauan menerusi perhimpunan Bersih 2.0 yang ternyata tidak mendapat sambutan rakyat.

Menurut beliau lagi, pemimpin Melayu yang berada dalam kelompok pembangkang hanya sekadar mejadi pak turut dan 'balaci' kepada puak pelampau yang ingin menguasai negara ini secara kekerasan.

"Cara kekerasan dan keganasan sudah terbukti sewaktu perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu yang menyaksikan aktiviti serta tindak-tanduk meraka bercorak ala-komunis," tegasnya.

Beliau mendakwa, perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur awal minggu lalu merupakan percubaan terancang puak pelampau untuk meruntuhkan sistem demokrasi dan amalan Raja Berpelembagaan di negara ini.

"Walapun pengajur Bersih menafikannya, tetapi realiti gerakan mereka jelas amat berbahaya kepada masa depan negara dan rakyat," ujarnya lagi.

Katanya lagi, perbuatan sedemikian sebenarnya bercanggah dengan ajaran Islam kerana risikonya bukan sahaja menjahanamkan kestabilan negara malah boleh membawa kemudaratan kepada rakyat.

Dalam hubungan ini, beliau menyelar pendirian pemimpin PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dilihat sanggup 'menghalalkan cara' bagi mengekalkan kuasa politik yang mereka miliki.

"Saya kesal kerana ada segelintir pemimpin PAS yang mendakwa diri mereka sebagai ulama dan tok guru tergamak dijadikan perkakas oleh DAP dan PKR bagi merealisasikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut