Khamis, 14 Julai 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


“Wan Azizah boleh tipu seluruh dunia”

Posted: 13 Jul 2011 11:05 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SAYA amat simpati kepada Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail, yang terpaksa menjalani hari-hari yang penuh suram.

Perjalanan hidupnya tidak ceria gara-gara perminan kotor politik suami beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut terjebak dengan kes moral yang menjijikkan.

Malah seluruh dunia tahu bahawa Anwar pernah didakwa terbabit dalam kes liwat walaupun Kak Wan sengaja memekakkan telinga.

Pada hemat saya, Kak Wan sememangnya tahu belang Anwar tetapi kerana terpaksa dia tetap mempertahankan kewibawaan Anwar yang semakin teruk tercalar.

Kak Wan boleh tipu seluruh dunia bahawa Anwar sememangnya putih bersih tetapi Allah S.W.T. tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Saya faham, sebagai seorang isteri Kak Wan terpaksa patuh dan taat kepada suami waima si-suami itu pada pandangan masyarakat umum amat menjolok mata budi pekertinya.

Inilah contoh anugerah Allah S.W.T. kepada Kak Wan untuk terus taat dan setia yang tidak berbelah bahagi terhadap 'kebersihan' Anwar yang bercita-cita besar untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Untuk membolehkan dirinya menjadi Perdana Menteri, Anwar sanggup mencari jalan pintas termasuk mengkucar-kacirkan negara menerusi tindakan revolusi.

Cubaan revolusi Anwar telah diterjemahkan menerusi perhimpunan haram anjuran Bersih 2.0, pada 9 Julai lalu.

Perbuatan Anwar ini merupakan tindakan pengkhianat kepada kemananan negara dan kesejahteraan rakyat jelata.

Saya kasihan kepada Kak Wan, terpaksa menutup telinga setiap kali berjalan di hadapan orang ramai yang melemparkan ungkapan sinis : 'Itulah bini Anwar'

Mungkin Kak Wan sudah lali dengan sindiran mahupun jelingan hina daripada masyarakat sekeliling.

Bagaimanapun, sebagai isteri setia Kak Wan berhak berbuat sedemikian rupa walaupun masyarakat tetap memandang serong terhap Kak Wan kerana masih menyembunyikan rahsia Anwar, suami yang dituduh meliwat.

Bagaimanapun persespsi orang ramai tetap tidak akan berubah bahawa beliau sebenarnya sedang seberapa upaya menyembunyikan sesuatu.

Kak Wan dalam kesabaran itu berhempas-pulas berlakon untuk meyakinkan masyarakat bahawa Anwar tidak pernah kotor, sebaliknya bersih sebersihnya.

Barangkali pada kaca mata Kak Wan, Anwar adalah 'lelaki' soleh anugerah Allah S.W.T yang tidak dihinggapi seekor lalat hijau mahupun langau.

Dalam pada itu, ada yang memberitahu saya bahawa Kak Wan menyembunyikan segala rahsia 'kejantanan' Anwar disebalik tudung dan berkabaya ala-muslimah.

Malah secara nakal ada juga yang membisikkan kepada saya bahawa Kak Wan nampak sahaja alim, tetapi masih bersubahat dengan kerja-kerja mungkar Anwar. Masyaallah.

Jika itu benar, nampkanya Kak Wan cuba berselindung disebalik imej wanita solehah hanya untuk menutup keaiban yang dilakukan Anwar.

Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan Kak Wan, di atas muka bumi ini kita berupaya untuk menyorok atau menyembunyikan sesuatu sehingga tidak diketahui orang.

Kita boleh sembunyikan sejuta rahsia daripada terbongkar dan kita boleh juga memperbodohkan orang ramai dengan kebijaksanaan kita berlakon, walaupun lakonan itu sebenarnya akan memperbodohkan diri kita sendiri.

Tetapi Kak Wan kena ingat, Allah S.W.T. maha mengetahui dan maha mendengar.

Sorok macam mana pun Tuhan tetap tahu, malah berdetik hati kita pun dalam pengetahuan-Nya.

Sebagai sesama manusia, saya menasihati Kak Wan supaya balik ke pangkal jalan dan betaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba-Nya yang benar-benar insaf.

Saya minta Kak Wan mengaku sahajalah bahawa Anwar adalah Anwar sepertimana yang seluruh rakyat Malaysia tahu mengenai permainan politik dan isu moralnya yang amat menjijikkan itu.

Apa guna Kak Wan memikul beban biawak hidup dan hidup tidak seperti orang lain, sentiada diselubungi kekecewaan dan rasa malang setiap kali keluar rumah.

Apakah Kak Wan tidak terfikir bahawa orang ramai yang mengelilingi Kak Wan sebenarnya penuh dengan cemuhan, sindiran malah mereka tergelak melihat telatah Kak Wan yang bermati-matian mempertahankan maruah Anwar.

Bagaimanapun, sebagai isteri setia Kak Wan berhak berbuat sedemikian rupa walaupun masyarakat tetap memandang serong terhap Kak Wan kerana masih menyembunyikan rahsia Anwar, suami yang dituduh meliwat.

Tiada ulasan:

Pengikut