LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK |
Ketua Pembangkang DUN Selangor kena keluar....apa ni! Posted: 13 Jul 2011 06:44 PM PDT Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Mohamad Satim Diman Selasa diarah keluar Dewan setelah mempertikaikan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim yang dikatakan cuba memetik Hadis dalam perbahasannya. Tindakan itu diambil Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim setelah Mohamad Satim enggan mematuhi arahannya supaya duduk dan menghentikan perbalahannya berhubung soal agama itu ketika Ng membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada sidang itu. Ketika membahaskan rang undang-undang itu, Ng menyatakan beliau mahu membacakan sebuah hadis sebagai hujah untuk menyokong perbahasannya itu namun ditegur oleh Mohamad Satim apakah kesahihan, benar atau tidak hadis yang mahu bacakan oleh wakil rakyat DAP itu. Bagaimanapun, Ng tidak menyatakan hadis apakah yang beliau mahu bacakan itu selain memberikan alasan bahawa tindakannya mahu menggunakan hadis kerana beliau meminati agama Islam. Sementara itu, Mohamad Satim ketika ditemui pemberita di luar Dewan menyifatkan Ng tidak layak untuk membicarakan soal hadis kerana beliau bukan seorang Islam selain tidak memahami agama Islam termasuklah tidak memahami hadis Rasulullah SAW itu sendiri. "Kenapa beliau mahu membicarakan mengenai hadis agama Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada agama itu sendiri. Saya melihat tindakannya itu seolah-olah mahu mempersendakan Islam. "Betul ke beliau tahu hadis? Saya tanya hadis mana, sahih atau tidak, di mana dia rujuk hadis itu, Ng tak jawab," katanya. Mohamad Satim menyatakan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, semua pihak baik daripada apa-apa agama pun sepatutnya menghormati sensitiviti dengan tidak mempergunakan agama masing-masing untuk tujuan dan kepentingan tertentu. "Kalau saya menyatakan sesuatu daripada ajaran agama Buddha, Kristian dan sebagainya dan ia tidak betul, ia sudah tentu menyinggung perasaan penganut agama itu," katanya.-12/7/2011 sumber: http://agendadaily.com/Politik/ketua-pembangkang-dun-selangor-diarah-keluar-dewan.html |
ada-ada aje cara nak burukkan kita Posted: 13 Jul 2011 06:39 PM PDT Saya telah berkunjung ke Indonesia selama dua hari dan memberikan penerangan secara jelas dan terperinci kepada mereka berkaitan apa sebenarnya yang berlaku dalam negara pada 9 Julai kerana ia bukanlah seburuk yang disangkakan dan kerajaan berjaya menggagalkan perhimpunan haram dengan pelaksanaan berkesan oleh pihak berkuasa," katanya kepada UMNO-Online. Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN telah melakukan kunjungan ke Indonesia dan berkesempatan mengadakan sidang media bersama 30 orang wartawan dari pelbagai agensi media cetak dan elektronik di Financial Club, Jalan Sudirman, Jakarta Pusat, Isnin lalu. "Melalui sidang media ini saya menjelaskan bahawa pilihan raya umum sentiasa dijalankan secara telus dan adil malahan jika benar tidak adil maka tidak mungkin parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim boleh mendapat kemenangan sehingga lima negeri." Ujarnya, beliau telah ditanya berkaitan demonstrasi yang kononnya akibat kekasaran polis telah menyebabkan Anwar luka kerana telah ditembak gas pemedih mata malahan gambar Anwar terbaring dan memakai pendakap leher turut terpapar dalam media massa mereka selain dilayari menerusi internet. "Jawapan saya mudah kerana Anwar adalah pelawak besar. Dia adalah aktor terbaik, kalau semalam dia dilihat dalam gambar seakan-akan mahu mati tapi hari ini dia sihat. Orang ini memang ada masalah personaliti," katanya. Sehari sebelum itu, media Indonesia telah memetik kenyataan Anwar bahawa demonstrasi berlangsung aman tetapi pihak polis telah bertindak ganas sehinggakan mereka terpaksa lari dan Anwar sendiri cedera kerana terjatuh selain seorang pengawalnya luka parah di bahagian rahang dan perlu melakukan pembedahan. "Saya telah maklumkan bahawa tidak ada sebarang keganasan polis sebaliknya itulah yang dimahukan oleh pihak pembangkang yang berdemonstrasi. Saya telah maklumkan pada mereka, bahawa pada demonstran yang ditangkap itu tidak dimasukkan dalam lokap pun tetapi diletakkan di pusat latihan polis, diberi makan, layanan dan tempat bersolat. Pihak polis telah laksanakan tanggungjawab yang sebaik mungkin untuk pastikan bahawa tidak ada perkara-perkara yang tidak adil berlaku." Dalam pertemuan bersama para wartawan yang berlangsung selama lebih satu jam ini, Tengku Adnan telah menerangkan bahawa Anwarlah yang berada di sebalik aksi demonstrasi terbabit atas tujuan mewujudkan kucar-kacir di Kuala Lumpur. "Saya merasakan bahawa UMNO perlu bertindak dan membina hubungan akrab bukan hanya dalam negara tetapi juga dengan negara-negara jiran dan media massanya agar bukan hanya hubungan yang tidak terjejas tetapi peranan dalam ekonomi dan sosial juga perlu terus dititikberatkan," katanya. Jelasnya, selama ini media luar banyak menceritakan hal-hal yang buruk berkaitan Malaysia kerana ketua pembangkang dalam senyap membina hubungan dan turut memburuk-burukkan negara kepada media asing. "Ini kerana kebanyakan media asing khususnya di Indonesia tidak dapat keterangan yang sebenar apatah lagi apabila Anwar sendiri sering pergi ke Indonesia bertemu dengan mereka dan dalam masa yang sama tidak ada pihak pemerintah Malaysia atau UMNO sendiri yang menerangkan berkaitan keadaan yang sebenarnya. Ujarnya lagi, media Indonesia juga turut bertanya berkaitan hak asasi dan demokrasi sebagaimana yang diperkatan oleh pakatan pembangkang dan Anwar sendiri. Kita jelaskan bahawa jika benar ada bagi mendengar penerangan lanjut berkaitan demontrasi yang berlangsung di Ibu Negara 9 Julai lalu. "Mereka telah sebut berkaitan hak asasi kerana bagi mereka Malaysia tidak memberi kebebasan dalam hak asasi kemanusiaan. Saya telah terangkan kepada mereka bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan kita melaksanakan konsep demokrasi ala kita. Ini kerana demokrasi itu bukanlah semuanya yang baik kerana kadangkala demokrasi juga akan menghancurkan sesebuah masyarakat apatah lagi Malaysia mempunyai berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang keturunan. "Malaysia hari ini berjaya kerana telah bersatu dalam kepelbagaian. Kita ada undang-undang jadi kita mengharapkan sesiapa sekalipun untuk akur kepada undang-undang dalam negara. Jika mahu melakukan demonstrasi-demonstrasi jalanan mereka mesti akur kepada undang-undang dan mendapat kelulusan daripada pihak pemerintah sebaliknya apa yang dilaksanakan oleh Bersih tidak mengikut saluran undang-undang," katanya. Dalam kunjungan tersebut, Tengku Adnan juga berkesempatan melakukan pertemuan dengan Speaker Dewan Indonesia H.M Taufik Kiemas di pejabatnya, Nusantara Building, Jakarta dan juga berkunjung menemui Gabenor Kalimantan Timur, Dr. H. Awang Faroek Ishak. "Mereka sangat menghargai kehadiran UMNO/BN dan melihat usaha kita ke arah memberi penerangan adalah yang terbaik bagi memastikan kelestarian nama negara tidak terjejas," katanya. Kenyataan Tengku Adnan tersebut telah dipaparkan dalam media elektronik dan akbar-akbar rasmi Indonesia seperti 'Rakyat Merdeka', 'Kompas', 'Jakarta Post', 'Media Indonesia' dan 'Kaltim Post'. – MediaUMNO sumber :http://lydiausm72.blogspot.com/2011/07/dahsyat-anwar-ibrahim-menipu-sampai-ke.html |
You are subscribed to email updates from LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan