umno bahagian cheras |
Propaganda Bersih : Syed Ali desak KDN tarik permit akhbar pro-pembangkang Posted: 06 Jul 2011 08:12 PM PDT KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) perlu menarik balik permit penerbitan akhbar pro-pembangkang yang masih berterusan mempropagandakan perhimpunan haram anjuran Bersih 2.0, Sabtu ini. Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tindakan tegas itu perlu bagi membendung penularan dakyah yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat. Katanya, jika pemilik pelbagai bentuk propaganda Bersih seperti baju T dan sepanduk boleh didakwa, maka akhbar pro-pembangkang yang memainkan peranan yang sama perlu juga dikenakan tindakan. "KDN sepatutnya menarik balik permit penerbitan akhbar-akhbar pro-pembangkang yang jelas sejak akhir-akhir ini menjadikan agenda Bersih sebagai berita utama dalam usaha mereka mengajak rakyat menyertai perhimpunan haram tersebut," tegasnya. Katanya, pengamal media dan penerbit yang jelas melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak perlu dikenakan tindakan keras kerana bertanggungjawab menyemarakkan sentimen anti-kerajaan dan permusuhan antara kaum. "Kerajaan yang keluarkan permit, jadi tidak ada sebab kerajaan perlu takut untuk bertindak terhadap penerbit dan pencetak yang tidak bertanggungjawab," tegasnya lagi. Beliau berkata, langkah tersebut bukan bermakna kerajaan menyekat kebebasan media tetapi sebagai tindakan perlu demi kepentingan keharmonian rakyat dan keamanan negara. Selain itu kata Syed Ali, Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) juga wajar mengambil tindakan terhadap media baru seperti portal berita anti-kerajaan yang didapati sengaja menyebarkan berita-berita dan maklumat sensistif termasuk menghina Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong. Beliau kesal kerana SKMM dilihat mengambil masa yang terlalu lama untuk bertindak sedangkan rungutan dan desakan telah dibuat oleh orang ramai termasduk pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (Ngo). Syed Ali kecam Anwar putarbelit kenyataan Najib "Saya tidak faham mengapa pihak berkenaan seperti mengambil sikap tidak kisah dan tidak peduli terhadap rungutan orang ramai, sedangkan penyebaran berita alternatif menerusi laman-laman internet semakin membimbangkan," ujarnya. Sehubungan itu, beliau tidak mahu orang ramai menuduh kerajaan terutama kementerian yang mengawal selia SKMM bersikap 'double-standard' dan tidak mengutamakan kepentingan rakyat. Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sengaja memutarbelitkan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penggunaan stadium sebagai lokasi perhimpunan Bersih 2.0, Sabtu ini. "Perdana Menteri tidak berjanji akan berikan Stadium Merdeka untuk Bersih mengadakan perhimpunan haram, sebaliknya kerajaan mencadangkan penggunaan stadium bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini jika mereka berdemontrasi di jalanan," katanya. Oleh sebab itu jelasnya, pengajur Bersih dan pembangkang boleh memilih mana-mana stadium untuk mereka adakan perhimpunan tersebut dan sewajarnya di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR). "Mengapa hanya Stadium Merdeka yang mereka tuntut ? Ini menjunjukkan Bersih ada agenda lain disebalik perhimpunan tersebut," katanya. Beliau berkata, jika niat Bersih adalah benar-benar 'bersih', sudah tentu tidak menjadi masalah besar kepada mereka jika perhimpunan yang tidak mendapat permit polis itu diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor, negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan