umno bahagian cheras |
Bersih perancangan Yahudi, Ambiga terus persendakan Yang Dipertuan Agong Posted: 06 Jul 2011 02:07 AM PDT KERAJAAN perlu menyiasat kemungkinan gerakan Bersih 2.0 adalah perancangan Yahudi yang cuba mencetuskan revolusi menerusi perimpunan haram 9 Julai ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Beliau memberitahu, kumpulan anti-kerajaan ini sengaja mencetuskan kacau bilau dengan memperalatkan parti-parti pembangkang seperti PKR, PAS dan DAP. "Niat mereka untuk menghapuskan umat Melayu dan institusi raja-raja Melayu dan langkah pertama mereka sekarang ini ialah sengaja memperlekehkan kewibawaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, sepertimana sedang dilakukan oleh Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga," tegasnya. Beliau mendakwa, gerakan tersebut yang dikatakan didalangi oleh pertubuhan Yahudi antarabangsa turut menjadikan beberapa buah negara Islam sebagai sasarannya untuk mencetuskan revolusi rakyat. Matlamat mereka kata Syed Ali, adalah untuk melenyapkan kuasa politik umat Islam dan seterusnya menghancurkan perpduan umat Islam di seluruh dunia. "Mereka kata inilah revolusi yang rakyat mahukan, sedangkan perancangan jahat Bersih yang diketuai oleh Ambiga ditentang oleh keseluruhan rakyat negara ini," tegasnya. Beliau berkata, sasaran mereka kini adalah Malaysia dan Bersih adalah alat yang mereka gunakan bagi mencetuskan rusuhan dan kakacauan. Serentak itu, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas dengan tidak melayan kerenah Bersih 2.0. "Perlakuan gila dan biadap Bersih dan Ambiga tidak sepatutnya dilayan, siapa mereka sehingga kerajaan beri muka kepada mereka, ini satu penghinaan kepada seluruh rakyat," tegasnya. Beliau sekali lagi mendesak kerajaan supaya tidak membenarkan Stadium Merdeka dijadikan medan untuk perhimpunan Bersih 2.0. "Bersih masih lagi pertubuhan haram, tak ada permit, kenapa nak benarkan mereka gunakan stadium yang bersejarah itu," ujarnya. Katanya, sepatutnya kerajaan menahan Ambiga di bawah peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan perhimpunan itu dibatalkan. "Kerajaan kena peka, rakyat kata kerajaan takut kepada Ambiga, sebab itu masih dibenarkan berdemontrasi, apa istimewanya Ambiga sehingga diberikan layanan sedemikian rupa,? soal beliau lagi. "Saya kecewa kenapa kita layan Ambiga yang bercakap putarbelit, sekejap nak jumpa Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, sekejap nak serah memorandum, ini negara kita, kita yang perintah, mengapa harus dilayan pengkhinat itu. Mengulas kenyataan Ambiga yang mahu menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selepas perghimpunan di Stadium Merdeka 9 Julai ini, Syed Ali dengan nada marah menegaskan : " sekali lagi Ambiga mempersendakan kerajaan dan pihak istana. Ambiga dalam siang medianya petang ini dipetik sebagai berkata pertemuan tersebut bagi membolehkan Bersih menyerahkan memorandum antara lain mendesak kesemua tahanan termasuk di bawah Ordinan Darurat dibebaskan dan mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memastikan perjalanan PRU di negara ini bersih. "Dia siapa nak ajar polis, kalau dah salah dan nak tunjuk kuat, tanggung lah sendiri, negara ini ada undang-undang, orang gila kita layan secara orang gila," tegasnya. Kata Syed Ali lagi, tuntutan itu bukan agenda rakyat kerana rakyat selama ini telah memperakui ketelusan SPR dalam mengendalikan perjalanan pilihan raya di negara ini. "Itu agenda Bersih dan Yahudi, mereka nak pecahkan kesatuan orang Melayu dan mereka nak hancurkan Islam, itu kerja orang yang tak siuman," katanya. Katanya, itu semua helah licik Bersih bagi membolehkan seorang bukan Melayu seperti Ambiga mempersenda dan menjatuhkan maruah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. "Apa lagi yang beliau mahu, ini merupakan ugutan, semalam dah jumpa Seri Baginda, lepas tu nak jumpa lagi, patutlah ada peribahasa menyebut lidah bercabang seperti ular," tegasnya. Syed Ali berkata, jika ugutan dan desakan itu dilayan bermakna Ambiga telah berjaya mempermainkan dan memperlekehkan raja Melayu dan ini merupakan satu penghinaan kepada selurh umat Melayu. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan