Isnin, 4 Julai 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Akur titah Agong ; Patriot batal perhimpunan 9 Julai

Posted: 04 Jul 2011 12:34 AM PDT

BERITA TERKINI

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia yang melancarkan Himpunan Patriot (Patriot), hari ini mengambil keputusan membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini.

Langkah itu dibuat bagi menghormati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dipetik sebagai berkata pembatalan itu bagaimanapun tidak bermakna Patriot akan dibubarkan.

" Sebaliknya Patriot mungkin akan didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan memelihara kedaulatan negara.

Patriot diwujudkan bagi membendung gerakan perhimpunan haram BERSIH 2.0 yang dijangka diadakan sekitar Kuala Lumpur Sabtu ini bagi menuntut pilihan raya umum yang adil dan bersih.

Semalam, Tuanku Mizan dalam titah khasnya antara lain mengingatkan, dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Guling Yang Dipertuan Agong : Suruhanjaya Komunikasi perlu siasat portal berita malaysiakini

Posted: 03 Jul 2011 10:09 PM PDT


Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SURUHANJAYA Komunikasi Dan Multi Media (SKMM) dituntut bertanggungjawab dan mengambil tindakan tegas terhadap portal malaysiakini yang sedang berusaha untuk memperlekehkan serta menghina Ke Bawah DYMM YDP Agong apabila Tuanku bertitah tentang bahayanya perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijangka akan diadakan pada 9 Julai ini.

Niat baik serta rasa kebertanggungjawaban Tuanku yang turut mahu rakyat keseluruhannya melihat kesan daripada perhimpunan itu telah di 'spin' oleh malaysakini melalui komen-komen yang disiarkan di bawah artikel Titah Tuanku tersebut.

Saya terkejut apabila laman blog malaysiakini menyiarkan komen yang pada pandangan saya cukup menghina DYMM YDP Agong.

Jelas komen yang disiarkan oleh pengurusan portal malaysiakini berniat jahat dan percubaan mengheret DYMM YDP Agong ke kancah politik adalah satu tindakan ataupun pecubaan paling biadab serta kurang ajar.

Saya hairan apa sebenarnya motif malaysiakini menyiarkan komen tersebut tanpa tapisan, seolah-olah turut menghasut rakyat memusuhi baginda.

Ini merupakan percubaan halus untuk menggulingkan negara dan SKMM disarankan segera mengambil tindakan.

Datuk Seri Dr. Rais Yatim atas sifatnya sebagai Menteri yang berkuasa dan bertanggungjawab terhadap suruhanjaya tersebut perlu mengambil tindakan tegas termasuk menutup portal ini sejajar dengan undang-undang sedia ada

Bersubahat untuk guling Yang Dipertuan Agong

Rais harus melihat peranan yang dimainkan oleh portal ini sama juga dengan tindakan-tindakan individu lain yang telah pun ditangkap kerana berniat melancarakan serangan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

Petikan komen daripada seorang pembaca tersebut disiarkan oleh malaysiakini yang mengajak rakyat menggulingkan Yang Dipertuan Agong adalah seperti berikut :

'Rakyat nak mengadu pada Agong sebab Najib dan regimnya. Agong kata tak perlu mengadu pada dia sebab dia percayakan Najib. Penyelesaianya : GULINGKAN kedua-dua susuk ini. Selesai masalah".

Penyiaran komen seperti ini amat berbahaya dan jelas malaysiakini dilihat seperti sengaja 'melepaskan ' komen tersebut dengan niat jahat.

Untuk rekod, malaysiakini sebelum ini memang sengaja memainkan isu sensitif termasuk isu agama dan kaum untuk kepentingan agenda politik pihak pembangkang.

Saya bimbang, bibit-bibit seperti yang ditanam oleh malaysiakini itu jika tidak dibendung akan mencetuskan satu fenomena baru di kalangan anak muda untuk menentang institusi Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi tonggak kedaulatan negara.

Sementara itu, pemimpin DAP Perak, P. Sugumaran juga dilaporkan sebagai berkata DYMM YDP Agong bertitah dengan mengikut telunjuk Najib dalam sebuah portal berita yang lain.

Keyataan tersebut juga jelas menghina kredibiliti dan kemuliaan Yang Dipertuan Agong dan P. Sugumaran sewajrnya dikenakan tindakan sewajarnya.

Syabas saya ucapkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah menunjukkan 'keberanian' dengan menangkap 152 orang berkaitan pengajuran perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.

Polis perlu bertindak guna Ordinan Darurat (OE)

Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis dan polis juga tidak teragak - agak membuat tangkapan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam & Pencegahan Jenayah) 1969 kerana penglibatan dalam anasir subversif.

Semalam, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO).

Mereka ini difahamkan cuba menyerapkan unsur-unsur komunis semasa perhimpunan Bersih bertujuan menghura-harakan negara.

Dalam hubungan ini, saya menghargai usaha pihak polis yang begitu cepat dan tepat bertindak bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti kebiasaannya menyifatkan penahanan Jeyakumar merupakan satu penghinaan terhadap amalan demokrasi dan isntitusi Parlimen.

Saya tidak terkejut dengan kenyataan Anwar itu kerana beliau memang kaki putar belit dan orang yang bertanggungjawab mencabuli sistem demokrasi di negara ini.

Malah Anwar adalah individu yang bertanggungjawab melacurkan maruah politik dan sistem demokarsi negara ini di luar negara dalam usaha beliau mencari jalan pintas untuk menawah Putrajaya.

Anwar seperti menepuk tepung di dulang ; mengatakan kerajaan menghina demokrasi tetapi dia sendiri yang lebih.

Bertopengkan amalan demokrasi, Anwar mempelopori politik jalanan – merusuh dan mengajar budaya fitnah yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, budaya dan tatasusila masyarakat.

Justeru itu, saya menyarankan agar polis terus mengambil tindakan dengan menangkap 'kepala' yang menjadi pencetus kepada perhimpunan Bersih, Sabtu ini.

Anwar lacurkan sistem demokrasi di Malaysia

Antara yang jelas keras kepala dengan amaran polis ialah Anwar, Datuk S.Ambiga, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Hishamuddin Rais, Shamsul Iskandar dan beberapa lagi wakil rakyat pembangkang.

Mereka bukan sahaja mengingkari amaran polis, malah turut menghina dan menentang titah Seri Paduka baginda yang Dipertuan Agong.

Perlu diingat, mereka dan kumpulan pelampau ini memang sengaja mahu ditangkap polis bagi membolehkan mereka mendakwa bahawa sistem demokrasi di Malaysia sudah 'mati' dan ingin menagih simpati dunia luar.

Inilah taktik jahat pembangkang yang mendalangi perhimpunan Bersih 9 Julai ini supaya negara menjadi kucar-kacir dan akhirnya kerajaan digulingkan secara kekerasan.

Oleh sebab itu, saya berbangga dengan pihak polis yang tegas dan cepat bertindak keatas individu-individu yang cuba melakukan kacau-bilau menerusi perhimpunan tersebut.

Tahniah kepada Ketua Polis Negara,Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya, Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar yang sentiasa tenang dalam berdepan dengan sistuasi yang menbcabar itu tetapi tetap tegas dan berprinsip dalam mengekalkan keamanan negara.

Titah khas Yang di-Pertuan Agong kepada Bersih

Posted: 03 Jul 2011 07:30 PM PDT

Istana Negara malam tadi telah mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:


"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara".

Tiada ulasan:

Pengikut