Isnin, 4 Julai 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


RAKYAT MALAYSIA HARUS AKUR TITAH YANG DI PERTUAN AGONG

Posted: 04 Jul 2011 03:28 AM PDT

Langkah yang di buat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membatalkan Himpunan Patriot adalah merupakan langkah yang bijak. Langkah tersebut dibuat kerana menghormati dan menjunjung titah Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tuanku Mizan dalam titah khasnya antara lain mengingatkan, "Dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, kita hendaklah pastikan juga tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara".

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyeru kepada semua ahli - ahli UMNO
di seluruh negara, mengambil inisiatif mengadakan kempen "Sayangi UMNO Cintai ISLAM" - SUCI dalam memastikan rakyat terus mendokong UMNO sebagai Parti yang memelihara hak bangsa Melayu dan memartabatkan Islam.

Sesungguhnya kempen BERSIH yang di jaja oleh pihak pembangkang hanyalah sekadar bertujuan meningkatkan populariti Pakatan Rakyat yang kian merudum dan tidak mendapat sokongan rakyat Malaysia.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras percaya kempen "Sayangi UMNO Cintai ISLAM" - SUCI akan menenggelamkan Kempen BERSIH yang melibatkan dikalangan ahli Parti DAP, PAS dan PKR.




TITAH KHAS YANG DI PERTUAN AGONG MENGENAI PERHIMPUNAN HARAM 9 JULAI

Posted: 04 Jul 2011 12:44 AM PDT

Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut :

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.


Sumber Berita : UMNO Online.

NOTA KAKI : Sesungguhnya Perhimpunan Haram BERSIH hanyalah untuk Pemimpin - Pemimpin Parti pembangkang yang telah hilang populariti dan cuba meraih sokongan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan. Rakyat Malaysia telah jelas menolak Perhimpunan Haram tersebut.

Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil pendekatan Sayangi UMNO Cintai Islam (SUCI).


KONVENSYEN BARISAN NASIONAL LULUS USUL

Posted: 04 Jul 2011 12:16 AM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Setiausaha Agung BN,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Raja Nong Chik,
Datuk Wira Syed Ali Al Habshee (kanan sekali)
dan pemimpin lain melaungkan slogan 'Hidup BN'
pada Konvensyen BN Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR 3 Julai – Konvensyen Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan hari ini meluluskan usul tergempar untuk menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan haram Bersih di ibu negara, Sabtu ini.

Usul yang dibacakan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mendapat sokongan padu 1,180 perwakilan yang hadir pada konvensyen tersebut.

Antara lain, usul berkenaan meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan langkah-langkah pencegahan di samping mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terbabit dalam perhimpunan itu.

Ia bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara dan rakyat yang cintakan keamanan serta ketenteraman terjamin.

Usul tergempar yang dibacakan Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan ketika sesi penggulungan konvensyen tersebut ialah:

  • Menyedari bahawa perhimpunan haram atas nama Bersih yang dijangka diadakan pada 9 Julai nanti boleh mendatangkan ancaman kepada negara, kemusnahan harta benda, keretakan perpaduan kaum, menjejaskan ketenteraman awam dan boleh memberikan imej yang tidak baik terhadap negara kita.
  • Menyesali perhimpunan haram Bersih yang dirancang ini boleh menimbulkan implikasi buruk kepada keseluruhan struktur negara. Lalu konvensyen percaya Bersih mempunyai niat kotor untuk mengheret rakyat terjebak dengan agenda jahat mereka, menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi demokrasi pilihan raya.
  • Menginsafi bahawa majoriti rakyat negara ini lebih mencintai keamanan dan kemakmuran dan menolak tindakan mereka menerusi demokrasi jalanan yang berbaur provokasi. Malah kita melihat tindakan jahat mereka penuh dengan agenda tersirat iaitu hendak mengalihkan isu yang sedang menghimpit salah seorang pemimpin pembangkang.

"Maka Konvensyen BN Wilayah Persekutuan yang diadakan pada hari ini, 3 Julai 2011 menolak sekeras-kerasnya pertubuhan haram Bersih untuk jalankan perhimpunan haram dan meminta pihak polis menjalankan langkah-langkah pencegahan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terbabit untuk menjamin keselamatan dan keamanan negara kita,'' kata Muhyiddin ketika membacakan usul tersebut.

Terdahulu, dalam ucapan penggulungannya, Muhyiddin mencadangkan agar BN Wilayah Persekutuan menubuhkan pasukan khas yang bertindak dalam membincangkan isu-isu berkaitan warga wilayah berkenaan.

Katanya, ia perlu ditubuhkan segera terutama dalam menyelesaikan masalah seperti isu berkaitan perumahan dan lesen penjaja.

"Berkaitan isu lesen (penjaja), mengapa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) susah sangat nak keluarkan lesen? Kalau ada kawasan yang sesuai, berilah lesen.

"Ada banyak kawasan lapang. Kalau Bandaraya (DBKL) tiada kawasan, biar mana-mana syarikat boleh pinjam tanah untuk buka pasar sementara dan tempatkan orang nak meniaga. Justeru, kita akan kenal pasti siapa yang bakal mengetuai pasukan itu tidak lama lagi,'' jelasnya.


Sumber Berita Oleh: METRA SYAHRIL MOHAMED dan MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

Tiada ulasan:

Pengikut