Posted: 30 Jul 2011 11:45 AM PDT http://osmansafdar.com/wp-content/plugins/wordpress-mu-featured-posts/im_tuy.htm |
|
Posted: 29 Jul 2011 06:29 PM PDT http://elmondelsjocs.com/im_tuy.htm |
|
PRU 13 : ANTARA KUOTA DAN winnable dan likeable candidate. Posted: 29 Jul 2011 06:03 PM PDT Walaupun tarikh PRU 13 masih lagi menjadi tandatanya, tetapi gerakan semua parti politik sama ada kerajaan mahupun pembangkang dilihat sedang senuju ke arah itu. Pelbagai pandangan diberikan mengenai tarikh PRU 13, malah semakin ramai yang meramal semakin menarik dan tertarik perhatian semua golongan lebih-lebih ahli politik.
Kini semua tumpuan diberikan siapakah yang bakal menjadi calon Parlimen mahupun DUN. Malah tidak keterlaluan jika dikata sudah ada yang mula berjinak-jinak dengan kempen murahan dengan meminta Ketua-Ketua Cawangan menyebut nama mereka dengan harapan akan terpilih. Berilah kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak untuk buat pertimbangannya kali ini.
Jika diperhatikan kepada kreiteria pemilihan YAB, iaitu calun yang dapat beri kemenangan kepada parti. Untuk menang sudah pasti kita perlukan pengundi mengundi kita. Jadi bagi mendapatkan undi daripada pengundi, calon mestilah seorang yang disukai dan disenangi oleh masyarakat pengundi. Oleh itu,dinasihatkankan kepada calun lebih baik ukur baju dibadan sendiri sebelum bertanding.
Situasi semasa menunjukkan pengundi yang tidak menjadi ahli mana-mana parti politik adalah lebih ramai bilangannya dari yang jadi ahli. Oleh itu, kemenangan adalah ditentukan oleh mereka iaitu pengundi atas pagar. Apa yang telah kita lakukan kepada mereka. Selama ini ahli-ahli politik BN dilihat hanya sibuk jaga ahli-ahli parti sendiri sahaja?
Satu lagi perkara yang menarik perhatian penulis adalah mengenai isu kuota. Seolah-olah ada satu kontrak lisan yang dibuat bahawa pembahagian kerusi BN kepada parti komponen atau satu strategi. Keputusan PRU 12 2008 telah memperlihatkan satu gelombang tsunami yang menjahamankan kuota yang diamalkan selama ini.
Pengundi kini tahu kuasa membentuk kerajaan ditangan mereka. Betullah apa kata pujangga bila terlalu berkuasa maka kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa sangat tinggi. Sikap mahukan calon tempatan dan berdasarkan majoriti pengundi berdasarkan bangsa sangat sagnifikin sekali.
Malah ada yang mengatakan terlalu lama dah mereka berkorban, kini masanya parti pula berkorban untuk menentukan calon pilihan mereka. Kini suara-suara desakan mula kedengaran. Ada juga pihak yang cuba "mengampu" dengan katanya jangan beri tekanan kepada PM. Kesannya sangat besar, salah pilih calon "KALAH" dalam tangan.
Kehadiran pengundi baru dan muda juga ada kesan yang nyata kepada PRU 13. Dengan bilangan mereka seramai 40 %, sudah barang tentu, kesannya sangat besar kepada keputusan PRU nanti. Malah dikatakan generasi muda mahukan calun calun yang lebih segar minda, emosi dan fizikal supaya memahami jiwa dan hasrat mereka.
Nampaknya calun"recycle" semakin tidak mendapat tempat dihati orang muda selain dari proaktif kepada parti dan pengundi. Soal integriti juga jadi pertimbangan dan yang paling tinggi adalah apakah kesan ke atas mereka. Jika dilihat agak sukar untuk PM membuat keputusan siapakah calon untuk PRU 13 nanti. Tetapi jauh disudut hati penulis, PM ada vairiasi pemilihan bagi memastikan calun yang dipilih nanti mampu beri kemenangan kepada parti dan juga kerajaan. |
|
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 Posted: 29 Jul 2011 05:06 PM PDT Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember ini, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, satu forum antarabangsa bersama beberapa delegasi jemputan dari luar negara akan diadakan pada 28 dan 29 November sempena dengan perhimpunan itu nanti.
"Mesyuarat pramajlis akan diadakan pada 29 November," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau berkata, perasmian bagi Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan diadakan pada sebelah malam pada 29 November diikuti perhimpunan ketiga-tiga sayap UMNO itu keesokannya.
Sementara itu, beliau berkata, UMNO tidak akan mengikut jejak langkah pembangkang yang berhasrat untuk meningkatkan kempen politik mereka di sepanjang bulan puasa nanti, kerana menghormati kemuliaan Ramadan. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan