Ahli Parlimen Kota Belud |
Tindakan Polis lepaskan tahanan darurat adalah strategik. Posted: 29 Jul 2011 06:20 AM PDT Pembebasan 6 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat oleh pihak Polis amat saya alu-alukan. Saya juga alu-alukan kenyataan pihak Polis bahawa pembebasan ini tidak bermakna penyiasatan terhadap mereka akan dihentikan. Apabila penyiasatan selesai, Polis akan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Sebenarnya,tindakan polis ini adalah tindakan yang bersifat "strategik". Walaupun dibebas, pihak Polis berjanji akan meneruskan siasatan mereka dan Polis akan terus memantau pergerakan dan kegiatan tahanan-tahanan tersebut. Mungkin kepada pihak Polis tahanan-tahanan tersebut tidak lagi perlu diklasifikasikan sebagai pengancam keselamatan kepada negara yang memerlukan penahanan. Polis merasakan mereka boleh mengambil risiko itu setelah melihat dan menilai beberapa faktor sampingan. Dari pengamatan saya semasa membaca kenyataan yang dibuat oleh Polis, mereka masih berpendapat bahawa ancaman itu masih ada, cuma apabila melihat keadaan politik negara yang tidak menentu dan jika 6 orang tahanan itu masih ditahan untuk siasatan lanjut, ini akan hanya memberi peluang untuk sesetangah pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengapi-apikan perasaan keresahan di kalangan rakyat. In hanya akan membuatkan senario keadaan politik negara lebih bercelaru dan tidak menguntungkan negara. Pembebasan ini adalah tindakan tepat oleh pihak Polis yang mengambil keputusan yang strategik supaya penahanan 6 orang di dalam lokap tidak dijadikan modal polemik politik yang tidak berkesudahan oleh pihak-pihak tertentu sambil merka menghasut segelintir rakyat di negara ini. Apa pun, saya juga berpendapat jika setelah siasatan dibuat dan bukti masih tidak mencukupi, pihak Polis perlu melepaskan mereka daripada tuduhan yang dibuat. Dengan cara ini, negara kita akan dapat sembuh dari episod hitam yang bermula dengan perarakan haram BERSIH ini. |
You are subscribed to email updates from Ahli Parlimen Kota Belud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan