Isnin, 18 Julai 2011

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


tiada PRK ye...

Posted: 17 Jul 2011 11:42 PM PDT

Seperti dijangka banyak pihak, Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) pada Isnin memberitahu tidak perlu diadakan pilihan raya kecil biarpun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa ekoran kematian penyandangnya, Dr Lo' Lo' Ghazali pada malam Ahad.
Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak ada keperluaan bagi suruhanjaya itu mengadakan PRK bagi kerusi Parlimen Titiwangsa kerana penggal Parlimen ke-12 telah mencapai tempoh mandat tiga tahun pada 28 April lalu.
"Ya, memang tidak perlu diadakan pilihan raya kecil walaupun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa.
"Ia sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang," katanya yang dipetik dari mstar online.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April 2013.
Bagaiamanapun, Wan Ahmad berkata tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, jenazah Dr Lo' Lo' selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat di sini pada pukul 11.10 pagi.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Akram pada pukul 10.30 pagi dan solat jenazah Allahyarham diimamkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Suasana sayu dan suram menyelubungi perkarangan masjid yang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai sejak malam Ahad.
Kira-kira 2,000 orang termasuk beberapa pemimpin tertinggi PAS. Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut kelihatan menziarahi jenazah.-18/7/2011

Tiada ulasan:

Pengikut