Khamis, 23 Jun 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali sokong pandangan Dr. Mahathir

Posted: 22 Jun 2011 09:56 PM PDT

DATUK WIRA Syed Ali Alhabshee bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa hubungan kaum semakin buruk di negara ini berpunca daripada kebebasan media.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, pandangan bekas Perdana Menteri perlu diberikan perhatian serius oleh pengamal media di negara ini.

Ini kerana pengamal media juga turut bertanggungjawab memelihara perpaduan antara kaum bagi menjamin keamanan negara.

"Saya bersetuju dengan pandangan Dr. Mahathir, ini sesuatu yang amat membimbangkan," tegasnya.

Beliau turut kesal kerana akhbar hari ini terlalu terbuka membicarakan isu agama dan kaum sehingga menyentuh sensitiviti kaum yang lain.

Katanya, kebebasan media yang keterlaluan dilihat menjadi punca kepada keretakan hubungan kaum hari ini sehingga sukar untuk dibendung.

Beliau berkata, pandangan Dr. Mahathir perlu diberikan perhatian serius kerana berdasarkan senario politik perkauman pada masa kini amat membimbangkan.

Beliau tidak menolak pandangan sesetengah pihak bahawa kebebasan media berlaku akibat dasar terbuka kerajaan sebelum ini.


"Sebelum ini kebebasan akhbar masih terkawal tetapi apabila dasar terbuka dilakukan kerajaan, maka media begitu bebas sepenuhnya sehingga menjdi sukar untuk dikawal," tegasnya.

Syed Ali mengingatkan, dasar terbuka kerajaan tidak sepatutnya disalahgunakan oleh pengamal media.

"Kita menghormati sumbangan dan hak mereka (pengamal media), tetapi kebebasan tidak bermakna mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga merosakkan perpaduan rakyat," tegasnya.

"Kerajaan berikan kebebasan kepada media tetapi kebebasan itu perlu menjuruskan kepada kepentingan negara.

Menurut beliau, Malaysia adalah sebuah negara unik yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama da budaya dan tatacara kehidupan berbeza.

Dalam hubungan ini jelasnya, pihak media perlu rasional dan bijak mengupas atau melaporkan pelbagai isu membabitkan kepelbagaian kaum bagi mengelak timbulnya ketegangan dalam masyarakat.

"Kadangkala akhbar membesarkan isu sensitif yang membabitkan kaum dan agama untuk kepentingan agenda politik," tegasnya.

Syed Ali mendakwa, akibat kebebasan media yang keterlaluan, muncul kumpulan ekstrimis yang boleh menggugat keamanan negara.

"Inilah yang berlaku hari ini, contohnya perhimpunan kumpulan Bersih yang dipimpin oleh Datuk S. Ambiga diberikan liputan meluas oleh media tempatan," jelasnya.

Beliau mempersoalkan kenapa kedapatan sesetengah akhbar dan media baru yang sengaja membesarkan isu perhimpuna Bersih 9 Julai ini.

"Ini bermakna akhbar itu sendiri mempunyai muslihat tertentu dengan berselindung disebalik kebebasan media," tegasnya lagi.

PELAKU ADEGAN SEKS DAN PEMBERI MAKLUMAT; SIAPA BERSALAH ?

Posted: 22 Jun 2011 08:25 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

PAGI JUMAAT esok (24 Jun 2011) kira-kira jam 8 pagi, Trio Datuk 'T' akan didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta berhubung isu penayangan video seks membabitkan seorang pemimpin kanan parti pembangkang dengan pelacur China.

Trio berkenaan yang telah menggemparkan negara ialah Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Mereka bertiga difahamkan akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Seperti dalam ulasan saya sebelum ini, saya sudah beberapa kali menyatakan bahawa 'kecekapan' ketiga-tiga Datuk T itu telah mendedahkan belang sebenar pemimpin pembangkang berkenaan.

Bagi menguatkan dakwaannya itu, Eskay telah bersumpah di dalam sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur bahawa pelaku seks itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Umum Parti Kaedilan Rakyat (PKR).

Berikutan itu, rakyat tertunggu-tunggu dan berharap polis akan mendedahkan identiti pelaku seks berkenaan bagi mengesahkan dakwaan Eskay.

Malah ada yang mendakwa tanpa keberanian ketiga-tiga 'Datuk T' mendedahkan kejijikan moral Anwar menerusi video seks berkenaan, polis juga sudah tentu tidak dapat menghidu 'aktiviti' Ketua Pembangkang itu.

Ketika polis dan pakar antarabangsa mengesahkan kesahihan rakaman video seks itu, saya juga sudah berulang kali mendesak supaya polis mendedahkan segera pelaku berkenaan bagi mengelak timbul pelbagai persepsi.

Tetapi sehingga kini, polis enggan berbuat demikian dan rakyat mula menimbulkan pelbagai andaian negatif manakala Anwar pula tersenyum sinis mendakwa 'kerajaan UMNO' takut untuk bertindak.

Polis didakwa tidak cekap hidu 'aktiviti' Anwar

Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan berdasarkan kepada pelbagai pendapat pro dan kontra yang dilemparkan oleh rakyat terutama di peringkat akar umbi.

Apakah pendedahan oleh trio 'Datuk T' itu akan memberikan keuntungan kepada negara dan rakyat kerana Anwar sememangnya bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apakah labanya pula kepada rakyat dan negara ini jika seorang yang dituduh terbabit melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur China dan sebelum ini juga didakwa atas tuduhan meliwat dipilih menjadi Perdana Menteri ?

Bayangkan bagaimana rosaknya masa depan negara dan peradaban bangsa apabila berketuakan seorang pemimpin yang didakwa melakukan perbuatan terkutuk dan keji di sisi Islam.

Saya juga berpendapat, berbaloi kah trio 'Datuk T' itu menerima kutukan dan cacian oleh pihak pembangkang hanya kerana keberanian mereka mendedahkan kecurangan moral Anwar.

Oleh sebab itu, saya beranggapan ketiga-tiga mereka itu (Datuk T) hanya menjalankan kewajipan mereka untuk mendedahkan perlakukan Anwar, bukannya mengambil kesempatan mencetak VCD haram dan disebarkan ke seluruh negara.

Mereka hanya menayangkan kepada sekumpulan wartawan terpilih sebagai usaha terakhir mereka untuk mendedahkan 'rahsia' Anwar yang selama ini dijunjung oleh pembangkang sebagai pemimpin bersih.

Pembangkang masih lagi mencerminkan Anwar sebagai pemimpin Islam yang boleh membaca khutbah Jumaat, walaupun sudah dua kali dituduh meliwat dan sekarang ini pula dikatakan beraksi lucah dengan pelacur.

Jika Trio Datuk T tidak mendedahkan perihal video seks itu dan pelakunya, saya beranggapan polis langsung tidak tahu sejauhmana perangai Anwar.

Saya tidak mahu menafi atau mengesahkan apabila ada suara di bawah yang mendakwa PDRM masih lagi tidak mampu dan tidak berani untuk mengesan jejak Anwar yang aktiviti politkknya banyak memudaharatkan kestabilan negara.

Timbul juga persoalan kenapa video seks itu tidak terlebih dahulu diserahkan kepada pihak polis atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada hemat saya, 'Datuk T' mungkin akan berfikir jika pita rakaman video seks itu diserahkan kepada polis, kemungkijan ianya akan 'bocor' dan terlepas kepada pihak tertentu.

Dan jika sangkaan itu berlaku, maka kemungkinan awal-awal lagi pihak pembangkang akan 'cover' segala perlakuan sumbang Anwar dengan pelbagai cara dan taktik supaya tidak diketahui oleh rakyat.

Manakala jika diserahkan terlebih dahulu kepada Najib, sudah tentu akan ada pihak yang akan melemparkan tuduhan bahawa pembikinan video seks itu adalah konspirasi dilakukan UMNO untuk menzalimi Anwar.

Pembangkang sudah tentu akan menabur fitnah menerusi ceramah-ceramah politik mereka kononnya UMNO begitu zalim membunuh kerjaya politik Anwar, sepertimana fitnah dalam kes liwat pertama tidak lama dulu.

Saya tertarik kepada satu komen yang disuarakan oleh pelayar blog ini, yang mendakwa sepatutnya pelaku adegan seks yang kena tangkap dan dibicarakan, bukannya mereka yang berani memberikan maklumat atau mendedahkan rahsia tersebut.

Dengan mengambil contoh apa yang berlaku terhadap seorang artis popular Indonesia yang dipenjarakan kerana sabit kesalahan melakukan adegan porno, maka Anwar juga sepatutnya dibicarakan.

Inilah dilemma dan polemik yang menghantui rakyat dan ada yang membuat andaian bahawa polis seperti 'kecut perut' untuk berdepan dengan PKR, DAP serta PAS yang sedang berusaha meruntuhkan keamanan negara.

Sebaliknya polis dituduh lebih 'berani' memberi layanan buruk kepada mereka yang berjuang untuk menyelamatkan maruah bangsa dan keamaman negara, seperti yang dilakukan oleh Perkasa dalam isu perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini.

Malah ada pemimpin Melayu yang senada dengan bukan Melayu begitu lantang mendesak pemimpin Perkasa ditahan, walhal keahlian Perkasa adalah 100 peratus orang Melayu bergama Islam dan mereka berjuang untuk kepentingan bangsa mereka.

Orang Melayu perlu bersatu, China dan India belum pasti sokong kerajaan

Oleh sebab itu saya amat khuatir, dalam usaha sesetengah pihak ingin mengambil hati kaum China dan India, mereka sanggup berkeras dan bertindak melampau terhadap sekumpulan Melayu yang pro-kerajaan.

Sudah beberapa kali saya tegaskan bahawa kita tidak boleh mengharapkan sokongan 100 peratus daripada kaum China dan India kerana mereka belum pasti akan menyokong kerajaan BN walaupun mereka sudah 'kenyang' menikmati pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan.

Jadi, kenapa kumpulan Melayu seperti Perkasa yang bangkit untuk mempertahankan tanahair mereka, maruah dan kesucian Islam bakal berdepan dengan layanan buruk daripada pihak berkuasa ?

Persepsi sebeginilah yang mula tersebar di kalangan rakyat dan saya sendiri bimbang, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi akan menjadi laluan berduri untuk UMNO/BN kekal berkuasa.

Tiada ulasan:

Pengikut