umno bahagian cheras |
ANWAR YANG SEPATUTNYA DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN Posted: 20 Jun 2011 09:44 PM PDT Oleh SYED ALI ALHABSHEE SEMALAM saya telah mengingatkan pemuda UMNO supaya berfikir dua kali sebelum bertembung dengan Himpunan Bersih 9 Julai ini bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini. Tetapi hari ini, akhbar tempatan melaporkan Khairy mendesak pihak berkuasa menyiasat Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan kerana bersikap rasis dengan memainkan sentimen perkauman. Di lobi Parlimen, Khairy dilaporkan mendakwa bahawa Ibrahim jelas dan nyata membuat ugutan dengan kenyataan tidak bertanggungjawab. Ini ekoran kenyataan Perkasa bersama 164 Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) melancarkan perang terhadap Bersih 2.0 dengan membakar gambar Presiden Bersih, Datuk S. Ambiga dan memberi amaran kepada kaum Cina jangan keluar pada 9 Julai ini kerana 'apa sahaja boleh berlaku'. Nampaknya Khairy begitu 'respon' sekali dengan ketegasan Ibrahim yang memimpin Perkasa, sebuah pertubuhan Ngo yang memperjuangkan kepentingan umat Melayu. Ada yang berkata, Ambiga yang gambarnya dibakar oleh Perkasa khabarnya 'cukup seronok' apabila Khairy mahu Ibrahim disiasat di bawah ISA. Alangkah eloknya jika naluri seperti ini juga ditunjukkan kepada beberapa pemimpin utama DAP yang sebelum ini begitu ghairah mencerca, menghina dan memperlekehkan umat Melayu, agama Islam serta intitusi raja-raja Melayu. Malah sudah pasti ramai yang akan menyokong Khairy seandainya dia juga mendesak KDN supaya menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekian lama menghasut dan memfitnah kerajaan. Anwar juga pernah memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi saya tidak nampak pun ada yang berubah menjadi 'garang' untuk menyerang Anwar. Pada hemat saya, Anwar lagi jelas dan nyata menghasut rakyat berbanding dengan Ibrahim yang bangun kerana menentang Himpunan Bersih. Malah saya juga menerusi blog ini sudah beberapa kali mendesak KDN supaya mengenakan akta ISA terhadap Anwar yang jelas dan lagi nyata menghasut rakyat. Tetapi sehingga ke hari ini pun Anwar masih lagi bebas mencaci pemimpin UMNO, kerajaan BN dan Perdana Menteri, dan dia juga boleh bersenang hati keluar masuk negara ini tanpa sebarang sekatan. Sudah beberapa kali juga saya mendesak pihak berkuasa merampas paspot Anwar, tetapi sehingga ke hari ini beliau masih lagi boleh memburukkan kerajaan BN di luar negara tanpa sebarang halangan. Semalam juga beberapa Ahli Parlimen turut mendesak KDN supaya mengambil tindakan menyekat perhimpunan haram 9 Julai ini kerana ia boleh mencetuskan keadaan tidak selamat dan menjejaskan ketenteraman awam. Veteran UMNO pun turut bersuara supaya disekat perhimpunan tersebut kerana dikhuatiri mengundang perkara yang memudharatkan. Kini terpulang kepada KDN untuk mendengar rintihan, permintaan dan kebimbangan rakyat, sepertimana yang pernah saya suarakan sebelum ini. Pada saya, kesejahteraan rakyat dan ketenteraman negara harus diutamakan daripada menjaga kepetingan politik. Dalam suasana iklim politik yang agak 'panas' sekarang ini, saya menyeru kepada seluruh umat Melayu supaya bersatu dan berpegang kepada ikatan silaturahim. Ancaman akan tetap ada dan terpulang cara bagaimana kita menyelesaikannya. Umat Melayu terutama ahli-ahli UMNO harus bangkit dengan semangat perjuangan kental, tidak mudah mengalah dan tidak pula cepat melatah. Kita harus menguatkan roh perjuangan bagi memastikan masa depan orang Melayu dan UMNO sentiasa dihormati dan terpelihara. Siapa lagi yang boleh kita harapkan ? Waspadalah kerana perpaduan dan kesatuan orang Melayu sentiasa dicurigai dan dicemburui oleh pihak lain. DAP, parti rasis yang memperjuangan kepentingan satu kaum sentiasa menyemarakkan sentimen perkauman untuk agenda politik mereka. Bagi DAP hanya ada satu cara sahaja untuk mencapai matlamat mereka, iaitu dengan memecahbelahkan orang Melayu supaya bersengketa sesama sendiri. Itulah yang sedang DAP lakukan sekarang ini dengan sokongan PAS dan PKR. Keadaan menjadi bertambah parah bilamana PAS, yang kononnya 'membangun bersama Islam', turut menjadi tempat 'alas kaki' kepada DAP. Inilah sikap lalang PAS yang tidak mempunyai prinsip perjuangan untuk membela orang Melayu dan umat Islam. Manakala Anwar, yang sedang berdepan dengan kes liwat bertungkus lumus untuk mengkucar-kacirkan perpaduan Melayu sebagai jalan pintas untuk menjadi PM dengan restu DAP. Inilah petualang dan 'jembalang politik' yang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa. Oleh sebab itu, Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, adalah kesinambungan agenda politik Anwar untuk berkuasa. Bagi mengabui mata orang ramai, maka Anwar dan Ambiga mula 'berlakon' kononnya antara mereka tidak sehaluan dalam Himpunan Bersih 9 Julai ini. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan