umno bahagian cheras |
Syed Ali : Jangan tuduh kerajaan zalim jika kena ISA Posted: 16 Jun 2011 08:33 PM PDT "POLIS sudah berikan amaran. Jangan tuduh kerajaan zalim jika ada yang kena tahan di bawah akta ISA kerana terbabit dalam perhimpunan Bersih 9 Julai ini," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Menurutnya, mereka yang ingkar arahan pihak berkuasa dengan menyertai perhimpunan haram yang didalangi parti pembangkang itu perlu bersedia menerima risiko. "Tanggunglah sendiri akibatnya, jangan tuding jari menyalahkan pihak polis dan kerajaan," ujarnya. Katanya, pihak polis sudah menjelaskan perhimpunan tersebut tidak akan diluluskan dan mereka yang terbabit bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Beliau menjelaskan, tindakan tersebut bukan atas kepentingan politik tetapi ianya membabitkan keamanan negara dan ketenteraman awam. "Ini bukan soal politik, tetapi kesejahteraan rakyat yang diutamakan oleh kerajaan. Lagi pun kata Syed Ali, perhimpunan haram itu bakal menyusahkan pergerakan dan aktiviti harian warga kota. "Saya menyambut baik ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan polis akan memberkas mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini. Oleh sebab itu tegasnya, mana-mana individu atau kumpulan tertentu jangan cuba mencabar pihak berkuasa. Katanya, polis akan menjalankan tugas mereka secara profesional dan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kumpulan yang cuba menggugat keamanan negara. Beliau mendakwa, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan sebagai perancang perhimpunan tersebut dalam usaha beliau mengalih tumpuan terhadap kes liwat. Dalam hubungan ini, Syed Ali meminta ibu bapa tidak membenarkan anak-anaka remaja mereka menyertai perhimpunan haram tersebut. "Perhimpunan Bersih tidak ada sebarang manfaat, sekadar untuk menggugat ketenteranman awam dan mencemarkan imej negara," tambahnya. Mengulas dakwaan Anwar bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam dilema untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat, Syed Ali berkata : " Najib mempunyai asas dan pertimbangan untuk menentukkannya (pilihan raya) dengan mengambilkira kepentingan rakyat keseluruhannya,". Katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk berdepan dengan pembangkang jika pilihan raya berlaku dalam masa terdekat ini. "Sebenarnya Anwar yang cemas dan takut untuk berdepan dengan rakyat kerana PKR semakin hilang pengaruhnya,". |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan