Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 17 Jun 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


AGENDA MELETAKKAN PENYOKONG PAS DI MASJID.

Posted: 16 Jun 2011 09:52 PM PDT


Cakap-cakap: Penentuan agenda DAP


2011/06/17

SEMUA orang tahu motif tersembunyi rancangan pilihan raya masjid diadakan di Pulau Pinang. Dari aspek politik Mamat nampak tujuan pemilihan jawatankuasa masjid berasaskan undi itu adalah semata-mata untuk 'membuang' siapa juga yang menentang kerajaan DAP Pulau Pinang. Maknanya, kalau boleh mereka nak letak penyokong PAS di semua masjid. 

Mamat – Penentuan agenda DAP

"NEGARA KEBAJIKAN PAS - UMPAN UNDI BUKAN ISLAM

Posted: 16 Jun 2011 09:49 PM PDT

Slogan baru PAS sekadar pancing undi bukan Islam
Oleh Ridzuan Yop
ridzuanyob@bharian.com.my
2011/06/17

Dasar parti bentuk negara berkebajikan tak mampu gugat BN pada pilihan raya akan datang

PADA Muktamar Tahunan PAS Ke-57 baru-baru ini, parti itu menukar dasar perjuangan asalnya daripada membentuk negara Islam kepada negara berkebajikan. Pelbagai reaksi diberikan banyak pihak kepada pertukaran slogan baru PAS itu.
Pemerhati politik berpendapat kesanggupan PAS menukar slogan parti itu daripada membentuk negara Islam kepada negara berkebajikan bukan sekadar mahu menjaga hati rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi ada agenda lebih besar PAS iaitu untuk meraih sokongan bukan Islam terhadap parti itu, seterusnya menerajui pakatan pembangkang.

PAS perlu membuktikan perancangan dan setakat mana kemampuan mereka untuk melaksanakan negara berkebajikan itu Dr Khoo Kay Kim Penganalisis politik Menggantikan slogan itu barangkali juga sejajar dengan satu lagi slogan parti itu 'PAS for all'. Umum mengetahui sejak PAS berpegang teguh kepada dasar parti untuk membentuk negara Islam, sedangkan sokongan bukan Islam terhadap parti itu tidak seperti yang diharapkan.

Ini kerana wujud kebimbangan dalam kalangan bukan Islam terhadap pendekatan yang mungkin diguna pakai PAS seperti hukum hudud sehingga boleh menimbulkan rasa kurang selesa seperti yang sering dipaparkan di beberapa negara Islam seperti Afghanistan, malah Islam dikaitkan dengan kemunduran dan kemiskinan.

Namun, persoalannya sejauh mana bertukarnya slogan negara Islam kepada negara berkebajikan ini mampu menarik sokongan bukan Islam terhadap parti itu, terutama dalam keghairahan PAS membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Penganalisis politik, Prof Dr Teo Kok Seong, berkata adalah jelas perubahan prinsip perjuangan PAS daripada membentuk negara Islam kepada negara berkebajikan semata-mata mahu meraih sokongan undi bukan Islam kepada parti itu.
Beliau yang juga Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata walaupun PAS bertukar slogan itu bukanlah bermakna sokongan bukan Islam akan beralih kepada parti itu dengan begitu mudah.

"Orang bukan Islam terutama kaum Cina melihat banyak aspek dan mereka tidak mudah memberikan sokongan semata-mata kerana PAS sudah mengubah slogan yang sebelum ini 'menakutkan' kaum Cina untuk mengundi parti itu.

"Yang penting bagi orang bukan Islam sejauh mana sesebuah kerajaan itu dapat ditadbir dengan berkesan, cekap dan memacu pembangunan ekonominya dan tidak sekadar slogan sama ada negara Islam mahupun negara berkebajikan," katanya.

Teo berkata, sebelum ini PAS mungkin tidak pernah bermimpi untuk memerintah Malaysia, tetapi sejak akhir-akhir ini selepas melihat mereka mempunyai peluang, mereka tidak teragak-agak untuk menukar slogan bagi meraih sokongan bukan Islam.

Sementara itu, beliau tidak menolak undi yang diterima PAS pada pilihan raya umum lalu daripada pengundi bukan Islam sebahagiannya adalah undi protes terhadap Barisan Nasional (BN) dan ia tidak menggambarkan sokongan menyeluruh kepada parti itu.

Beliau berkata, keadaan sudah berubah dan sokongan kaum Cina serta orang bukan Islam lain terhadap PAS juga boleh berubah. Ada orang bukan Islam masih yakin BN dapat membela nasib mereka lebih baik berbanding yang dapat dibuat PAS dan pakatan pembangkang.

Teo menegaskan pakatan pembangkang sendiri sebenarnya masih mencurigai antara satu sama lain kerana asas dan dasar perjuangan mereka mempunyai perbezaan matlamat yang amat ketara.

"Mereka berpakat sebagai mencari jalan pintas hanya untuk menjatuhkan BN, sedangkan mereka belum bersedia untuk bergabung seperti yang dilakukan BN yang mempunyai asas gabungan yang kuat terutama ketika menuntut kemerdekaan," katanya.

Penganalisis politik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang berkongsi sentimen sama, berkata pertukaran slogan PAS daripada negara Islam kepada negara berkebajikan belum tentu dapat meraih sokongan bukan Islam.

Pakar sejarah itu berkata, walaupun mungkin ada masyarakat bukan Islam di negara ini berasa lega dengan pernyataan itu tetapi perkara yang lebih penting ialah mereka mahu melihat tindakan selanjutnya sejauh mana konsep negara berkebajikan itu dapat dilaksanakan.

"Pada saya perkataan (slogan) bukan tindakan. PAS perlu membuktikan perancangan dan setakat mana kemampuan mereka untuk melaksanakan negara berkebajikan itu. Masyarakat bukan Islam mahu melihat pelaksanaannya dan bukan mudah memberi sokongan begitu saja," katanya yang mempersoalkan kenapa PAS menunggu begitu lama untuk berbuat demikian, apatah lagi ketika menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.

PEMBANGKANG PUTAR BELITKAN ETP DAN MBE...

Posted: 16 Jun 2011 09:45 PM PDT

Put your stuff here
Nafi utama ETP, abai MBE
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Norakmah Mat Yeob dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2011/06/17


Kerajaan sangkal tuduhan pembangkang, wujud 6 makmal SRI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan hanya aktif untuk menggerakkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang berasaskan pelaburan, tetapi tidak begitu aktif untuk melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE).
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, laporan MBE bahagian akhir iaitu langkah dasar strategik memberi maklumat lebih luas dan terperinci mengenai langkah dasar di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

Beliau berkata, bagi membincangkan pelan tindakan SRI serta tindakan terperinci untuk mencapai matlamat MBE, Majlis Perundingan Ekonomi Negara (NEAC) dengan kerjasama PEMANDU mengadakan makmal SRI selama enam minggu bermula 21 Februari lalu.

"Daripada 51 langkah dasar dalam MBE, sebanyak 37 (langkah) dibincangkan dalam enam makmal SRI. Makmal ini kemudian dibahagikan kepada beberapa makmal yang kecil untuk menterjemah langkah dasar serta inisiatif yang dirancang dalam MBE kepada langkah pelaksanaan terperinci dan realisitik," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada sidang Parlimen, semalam.

Nurul Izzah dalam soalannya meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai dakwaan laporan Bank Dunia berjudul Malaysia Economic Monitor: Brain Drain bahawa kerajaan aktif untuk menggerakkan ETP berasaskan pelaburan, tetapi tidak begitu giat melaksanakan MBE yang bertujuan menyelesaikan kebuntuan struktur ekonomi.

Selain penubuhan enam makmal SRI, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan melalui Kementerian Kewangan dengan kerjasama Bank Dunia sedang menjalankan kajian mengenai kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan dalam sektor awam.
"Ia bertujuan meningkatkan kawalan fiskal ke atas perbelanjaan sektor awam supaya (perbelanjaan) yang dibuat benar berfaedah dan memberi nilai wang sebenar serta mengurangkan ketirisan, selain memberi manfaat kepada rakyat," katany

MASIH BERMINAT DENGAN BERSIH 2 ?

Posted: 16 Jun 2011 09:41 PM PDT


Katakan Tidak Pada Keganasan

KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

Posted: 16 Jun 2011 09:39 PM PDT


Maklumat pertahanan dilindungi

KUALA LUMPUR 16 Jun - Kementerian Pertahanan yakin dapat melindungi segala maklumat yang menjadi rahsia pertahanan negara daripada diceroboh oleh penggodam siber.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak kementerian mempunyai sistem keselamatan yang rapi untuk melindungi segala maklumat daripada digodam.

"Kami telah menggariskan beberapa peraturan untuk menjaga keselamatan maklumat daripada diketahui atau dijual kepada musuh dan sistem kerahsiaan ini seperti yang diberitahu oleh bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin perlulah dipelihara oleh setiap warga kementerian.

"Saya tidak menafikan kadangkala berlaku kebocoran maklumat tetapi setakat ini kami berjaya mengatasinya dengan mengambil tindakan segera," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penyerahan borang menyertai Askar Wataniah oleh selebriti terkenal tanah air di sini hari ini.

Mengenai idea pembentukan negara berkebajikan Pas, Ahmad Zahid berkata, setiap pihak mempunyai pandangan tersendiri.

"Saya sendiri berpendapat bahawa Pas perlu mengekalkan perjuangan mereka yang terdahulu iaitu negara Islam kerana ia merupakan antara asas penubuhan parti itu, bukannya negara berkebajikan.

"Negara berkebajikan telah lama dilaksanakan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka sehinggalah sekarang. Pas terlambat menyedari tentang perkara ini," jelasnya./td>

AL QURAN PENJANA UMMAH CEMERLANG.

Posted: 16 Jun 2011 09:37 PM PDT


Didik anak baca al-Quran sejak kecil

NORLIDA Berawi menunjukkan ayat suci al-Quran yang dibaca oleh qari kepada anaknya, Muhd. Ariq Aiman pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat kebangsaan di Kuching, semalam.


KUCHING 16 Jun - Senario 'buta al-Quran' dalam kalangan generasi muda menggusarkan kakitangan swasta, Norlida Berawi, yang tidak mahu anak-anaknya berdepan dengan masalah sama.
Justeru, ibu kepada empat cahaya mata itu mengambil keputusan mengajar sendiri anak-anaknya membaca al-Quran di rumah, selain menghantar mereka ke kelas mengaji seawal usia enam tahun.
"Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk asas agama yang kukuh dalam diri anak-anak. Jadi tugas mendidik mereka tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada guru di sekolah.
"Sebab itu, saya dan suami amat tegas dalam soal pendidikan agama. Sebagai contoh, solat berjemaah dan mengaji al-Quran merupakan aktiviti yang diberi penekanan dalam keluarga kami," katanya ketika ditemui pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 di sini semalam.
Menurut Norlida, 35, penganjuran majlis tilawah merupakan peluang terbaik untuk mendedahkan anak-anaknya dengan teknik bertaranum di samping membaca al-Quran dengan tajwid yang betul.
"Alhamdulillah, setakat ini, saya tidak pernah ketinggalan membawa anak-anak menghadiri majlis ini untuk mengikuti setiap peserta memperdengarkan bacaan mereka.
"Kami turut membawa naskhah al-Quran supaya anak-anak dapat membuat rujukan dengan cara mengikut bacaan qari dan qariah yang bertanding," katanya.
Sementara itu, suri rumah, Normala Pata, 33, berkongsi pendapat yang sama dengan Norlida apabila turut membawa anaknya berusia tiga tahun ke majlis tersebut.
"Sejak kecil, ibu kerap membawa saya dan adik beradik lain menghadiri majlis tilawah semata-mata untuk memupuk minat kami mencintai al-Quran. Jadi, saya bertekad untuk mendidik anak saya dengan kaedah yang sama," katanya.

NOVEMBER 2011 : BERMULANYA PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH.

Posted: 16 Jun 2011 09:35 PM PDT

Pendidikan seks mula diajar di sekolah November ini

RAUB 16 Jun – Modul Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) untuk pelajar sekolah akan mula diperkenalkan kepada murid tahun satu bermula November ini.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk, Pembangunan dan Keluarga Negara (LPPKN),

Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas modul tersebut dapat diterima dengan baik oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini didedahkan dengan PKRS.

Menurutnya, pelajar sekolah rendah dan menengah akan mengikuti modul yang berbeza berdasarkan tahap usia mereka.

``Berdasarkan tinjauan dan maklumat balas yang diterima daripada pelatih PLKN seluruh negara ternyata mereka sangat gembira dengan kandungan modul itu yang mula dipelajari sejak dua hari lalu.

``Menurut mereka, modul yang dipelajari itu sangat berguna dan tidak pernah dibincangkan dengan keluarga sebelum ini,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke PLKN Benum Hill Resort dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Menurut Aminah, modul tersebut akan mula diajar kepada murid tahun satu selepas selesai peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Katanya, pendidikan itu bukan perkara baru kerana ia mengambil modul sedia ada yang diperbaharui dan digubal semula.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, para pelatih PLKN memberikan reaksi positif terhadap kandungan modul tersebut kerana mereka mendapat maklumat dengan kaedah yang betul.

``Modul tersebut lebih kepada membentuk golongan remaja yang sihat, berdaya tahan, berakhlak, bertanggungjawab serta berupaya menghadapi cabaran perubahan dalam kehidupan masa kini,'' katanya.

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU.

Posted: 16 Jun 2011 09:33 PM PDT


Yang di-Pertuan Agong hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-224

Tuanku Mizan Zainal Abidin berbincang dengan Najib Tun Razak pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-224 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 16 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Ke-224 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.
Seri Paduka Baginda tiba di Istana Negara pada 11.30 pagi dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mesyuarat yang bermula semalam dipengerusikan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang gering.
Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel dan Kedah oleh Tunku Bendahara Datuk Seri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Kecuali Kelantan, Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka oleh Ketua Menteri masing-masing. — BERNAMA

SELAMAT BERTUGAS.

Posted: 16 Jun 2011 09:31 PM PDT


Zulkifeli mulakan tugas Panglima ATM

TERKINI : PILIHANRAYA MASJID DI TANGGUHKAN........

Posted: 16 Jun 2011 09:30 PM PDT


Pilihan raya masjid: MAIPP dipanggil menghadap Agong hari ini?

BUTTERWORTH 16 Jun - Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin esok, dipercayai bagi menjelaskan polemik berhubung pelaksanaan pilihan raya masjid di negeri itu.

Menurut sumber, Ellias diminta memberi penjelasan mengenai keputusan mengadakan pilihan raya tersebut yang dikhuatiri banyak pihak akan merosakkan keharmonian serta perpaduan dalam institusi masjid.

Bagaimanapun belum ada sebarang ketetapan daripada kerajaan negeri atau MAIPP untuk menangguhkan proses pemilihan kariah masjid yang sedang berlangsung berikutan perkembangan terbaru itu.

''Ia lebih kepada untuk memberi penjelasan tentang perkara-perkara berbangkit. Setakat ini, pemilihan masih berjalan seperti yang ditetapkan," kata sumber itu ketika dihubungi hari ini.

Utusan Malaysia pada 6 Jun lalu mendedahkan keputusan Kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatankuasa masjid mulai tahun ini dan perkembangan itu dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Keputusan itu mencetuskan bantahan ramai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini yang menyifatkan ia sebagai agenda untuk melemahkan institusi masjid sebagai wadah perpaduan umat Islam.

Kontroversi juga timbul memandangkan pelaksanaan proses pemilihan itu yang didakwa tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Pulau Pinang.

Kerajaan negeri bagaimanapun mempertahankan pelaksanaan kaedah pemilihan tersebut dengan alasan ia mengikut Seksyen 104(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua MAIPP, Salleh Man yang juga Pesuruhjaya Pas negeri ketika dihubungi mengesahkan Ellias akan menghadap Seri Paduka esok tetapi enggan mengulas lanjut.

''Memang ada tetapi saya tidak turut serta. Itu sahaja saya boleh cakap," katanya.

Ellias yang dihubungi malam ini bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan berhubung perkara tersebut.

PENGGODAM :" MANA MAHU PERGI HA"

Posted: 16 Jun 2011 09:27 PM PDT

Buru penggodam

KUALA LUMPUR 16 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana kumpulan penggodam termasuk mereka yang menggelarkan diri sebagai 'anonymous'.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi tujuan itu, kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat secara terperinci mengenai identiti dan lokasi penggodam tersebut.

Pada masa yang sama, beliau berkata, siasatan juga dibuat untuk meneliti sejauh mana serangan siber tersebut memberi ancaman kepada keselamatan negara bagi membolehkan segala langkah perlu diambil dengan kadar segera.

"Kita memandang serius perkara ini kerana ia memberi kesan besar kepada perjalanan kerajaan khususnya dari aspek sistem teknologi maklumat. Saya dapat maklumat bahawa sudah banyak laman web kerajaan yang digodam.

"Kita akan menunggu laporan bagaimana permasalahan ini hendak ditangani dan kita harap, tindakan sebegini tidak akan dilakukan secara berterusan. Apa pun kita pantau perkara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai serangan siber ke atas puluhan laman web kerajaan bermula pukul 3.30 pagi tadi, sehingga menyebabkan operasi laman web tersebut tidak boleh diakses.

Serangan itu dilancarkan oleh kumpulan 'anonymous' sebagai tindak balas terhadap ketegasan kerajaan Malaysia mengenakan sekatan terhadap Internet, tayangan filem serta siaran televisyen.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, tindakan tegas yang diambil SKMM ke atas media alternatif yang menggunakan Internet cuma ke atas kenyataan berbentuk hasutan kerana ia boleh mengancam keselamatan negara.

Menurutnya, kerajaan memberi jaminan bahawa dasar untuk tidak menyekat Internet akan terus kekal dan komitmen itu sudah disuarakan berulang kali oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

"Namun, kalau ada mana-mana pihak yang cuba menyalah guna atau melanggar beberapa peruntukan dalam undang-undang negara, SKMM mempunyai sepenuh hak untuk mengambil tindakan," ujarnya.

INILAH BARISAN KITA....

Posted: 16 Jun 2011 09:25 PM PDT

Pemuda UMNO turut berhimpun

kHAIRY Jamaluddin bersama Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin menunjukkan risalah Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional yang bakal diadakan nanti selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/MOHD NOOR AMIN


KUALA LUMPUR 16 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengumumkan akan turut mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai cadangan membaik pulih sistem demokrasi di negara ini.
Menegaskan ia bukan berniat untuk 'beradu kekuatan' dengan perhimpunan dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Di samping itu katanya, perhimpunan itu bagi menyatakan beberapa perkara yang dianggap perlu diperbaiki seperti pemindahan pengundi oleh pembangkang.
"Kami akan mohon permit dan bincang dengan polis mengenai laluan ke Istana Negara. Tetapi jika tidak mendapat permit sekali pun, perhimpunan itu akan tetap dijalankan kerana pembangkang juga tampak tidak mengendahkan ratusan laporan polis yang dibuat.
"Kami tidak berniat untuk bertembung. Setakat ini kami sudah mendapat sokongan daripada beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Terlalu awal menganggarkan berapa yang akan hadir tetapi kami rasa dalam puluhan ribu tidak menjadi masalah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan tersebut di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Menjelaskan tindakan pemindahan pengundi pembangkang, beliau berkata, perkara itu dikesan berlaku di kawasan yang mana pembangkang meraih kemenangan besar seperti di Parlimen Batu Gajah, Ipoh Timur dan Ipoh Barat.
"Mereka pindahkan pengundi di kawasan Ipoh Timur dan Ipoh Barat ke kawasan Tambun yang dimenangi Barisan Nasional (BN). Begitu juga di tempat saya. Ia tidak masuk akal," ujarnya.
Ditanya sama ada perhimpunan itu akan dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), ia tidak mustahil berlaku tetapi bergantung kepada 'ideologi' yang dibawa kedua-dua pihak.
"Niat kami bukan seperti Perkasa yang cuba menghalang perhimpunan Bersih. Kami membawa ideologi lebih konstruktif iaitu menyokong SPR dan bukan berniat untuk bertembung," katanya.
Khairy turut memberitahu bahawa tarikh tersebut dipilih kerana tidak mahu menyusahkan warga kota sekiranya berlaku dua perhimpunan berbeza, berlainan hari.
"Alang-alang mereka sudah pilih 9 Julai, kita buat juga tarikh itu supaya warga kota tidak terbeban pada hari lain. Kita mahu tunjukkan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli pembangkang," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Khairy berkata, Karnival Kerjaya Pemuda BN yang sebelum ini hanya diadakan di ibu negara, akan diadakan di negeri lain bermula di Kedah dari 1 hingga 3 Julai depan diikuti Pahang (15-17 Julai), Melaka dan Negeri Sembilan (22-24 Julai) dan Sabah (29-31 Julai).
''Susulan kejayaan penganjuran karnival tersebut, ahli-ahli Pemuda di seluruh negara turut meminta agar ia diperluaskan. Sebab itu kita bawa karnival ini ke negeri-negeri,'' katanya.
Put your stuff here

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG....

Posted: 16 Jun 2011 09:24 PM PDT

Bersih muslihat alih isu Anwar - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 16 Jun - Demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanyalah muslihat pihak tertentu untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang melanda pembangkang terutamanya mengenai perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak melihat demonstrasi yang boleh menjerumus negara ke kancah huru-hara itu dibuat kerana pilihan raya memandangkan mustahil pembangkang mengetahui bila tarikh pilihan raya umum.

"Ia muslihat pihak tertentu, kenapa dibuat pada tarikh itu (9 Julai), kenapa tidak awal, kenapa tidak lewat. Apakah kerana mereka jangka kerana ada pilihan raya? Saya tidak fikir mereka boleh tahu bila pilihan raya. Jadi kenapa dirancang sebegitu.

"Persoalan yang timbul dalam fikiran rakyat jelata apa tujuan dan muslihat di sebalik itu. Ada mengaitkan ia dengan soal penghakiman ketua pembangkang di mahkamah dan kita ambil kira semua perkara itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin menempelak pembangkang yang menuduh kononnya sistem pilihan raya di Malaysia korup sehingga memaksa mereka mengadakan demonstrasi Bersih bagi menuntut sistem baharu yang lebih adil.

Katanya, jika pembangkang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan memihak kepada kerajaan, ia bererti kemenangan pakatan ke atas lima negeri pada pilihan raya umum 2008 juga merupakan kemenangan kotor yang tidak layak untuk diraikan.

"Apakah makna kemenangan pakatan (pembangkang) di negeri-negeri yang mereka kuasai sekarang. Adakah ia juga satu keputusan yang tidak betul kerana mereka kata SPR tidak telus. Apakah mereka hendak menolak hakikat (kemenangan) itu," soalnya.

Ditanya mengenai langkah pencegahan yang akan diambil, Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk mengambil segala langkah perlu bagi memastikan keamanan negara kekal.

Jelasnya, kerajaan bimbang jika demonstrasi haram itu tetap diteruskan oleh pihak pembangkang, ia akan mencetuskan keadaan huru-hara kerana dijangka bakal berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong Bersih dengan kumpulan penentang Bersih.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai demonstrasi tersebut kerana ia boleh menimbulkan keadaan tidak selamat kepada negara selain menyusahkan diri sendiri.

JAWAB ABANG MAT, JANGAN TAK JAWAB ?

Posted: 16 Jun 2011 09:22 PM PDT

Aibkan Anwar: Mat Sabu perlu jawab

Oleh OOI CHOON JOO
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 Jun – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu digesa memberi penjelasan berhubung maksud gelaran mengaibkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggambarkan perilaku seks luar tabii pemimpin itu sebelum ini.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, penjelasan itu penting memandangkan ramai anak muda ingin tahu maksud sebenar gelaran yang diberikan itu.

Tambah beliau, masyarakat juga ingin tahu daripada Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mengenai tujuan sebenar perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

"Adakah perhimpunan itu untuk kepentingan umum atau untuk membersihkan nama Anwar. Anwar kini sudah 'tidak masuk perlumbaan' kerana tabiatnya yang luar biasa dan semakin jelas kelihatan," kata Anuar dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, Mat Sabu juga harus memberi pengesahan terhadap berita yang mengatakan bahawa beliau akan meminta maaf secara terbuka kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana gelaran itu.

Mat Sabu yang baru-baru ini memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas, telah mengumumkan bahawa tidak akan menyerang Ketua Pembangkang itu, sebagaimana yang pernah dilakukannya semasa Anwar dalam UMNO.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian