Khamis, 16 Jun 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Perhimpunan Bersih ; apa muslihat Ambiga & Anwar ?

Posted: 15 Jun 2011 08:25 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SAYA tidak menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan haram 9 Julai depan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merupakan strategi pembangkang untuk melebarkan lagi perseteruan antara orang Melayu di negara ini.

Niat jahat ini jika tidak dibendung akan mengukuhkan lagi perseteruan antara tiga kelompok Melayu – Melayu menyokong PAS, Melayu menyokong UMNO dan Melayu yang berkcuali tetapi cintakan keamanan.

Apabila tiga kelompok ini dipecahkan, maka jalan sudah terbuka kepada mereka yang berkepentingan untuk menghuru-harakan negara dan seterusnya menjejaskan kehidupan rakyat.

Bibit-bibit kearah itu sudah nampak bayangnya apabila sekumpulan Melayu dilaporkan akan bangkit menentang perhimpunan tersebut.

Inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggu oleh pembangkang dan mereka akan bertepuk tangan melihat Melayu bergaduh sesama sendiri.

Pada hemat saya, strategi ini dikaitkan dengan peranan dimainkan oleh Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga dan Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ambiga, dengan berselindung disebalik gerakan Bersih agaknya akan berasa seronok melihat Melayu berpecah-belah dan bermusuhan antara mereka.

Manakala Anwar pula menggunakan medan perhimpunan Bersih itu supaya berlaku kacau-bilau dalam negara dengan harapan isu liwat dan kaitan dengan video seks akan diketepikan.

Perhimpunan Bersih itu sebenarnya kotor kerana tersembunyi niat tidak baik terhadap kestabilan politik disamping menimbuklkan rasa cemas kepada orang ramai.

Inilah bahana demontrasi jalanan yang dicetuskan oleh Anwar menerusi gerakan reformasi sebaik sahaja beliau ditendang keluar daripada UMNO dan kerajaan.

Strategi cetuskan perseteruan antara orang Melayu


Budaya politik songsang dan tidak bertamadun ini diteruskan lagi oleh Bersih dan Ambiga seperti mencabar pihak berkuasa apabila menegaskan :

"kami tidak takut kerana perhimpunan aman ini dilaksanakan untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil".

Mengapa kerajaan tidak belajar daripada pengalaman apabila berdepan dengan sekumpulan pelampau yang memulakan politik jalanan ?

Kita perlu akui bahawa Anwar sungguh licik ; lontar batu sembunyikan tangan kerana agenda Ketua Pembangkang itu ingin menjadi Perdana Menteri.

Bagi mencapai hasratnya itu, langkah pertama sudah tentu dengan menjatuhkan kerajaan BN dan UMNO yang menjadi terasnya walau dengan apa cara sekalipun.




Saya juga berpendapat, pembangkang sebenarnya sudah tidak mampu untuk menjatuhkan BN / UMNO menerusi pilihan raya, oleh sebab itu mereka menggunakan cara kekerasan.



Jalan pintasnya ialah menganjurkan perhimpunan politik jalanan untuk membakar sentimen rakyat.

Anwar sanggup lakukan apa sahaja, termasuk mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara, sepertimana kaitannya dengan perhimpunan haram anjuran Bersih 9 Julai ini.

Perhimpunan Bersih itu sebenarnya mengundang banyak masalah kepada rakyat.

Perhimpunan haram itu menyusahkan warga kota walaupun Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberi jaminan tidak akan berlaku kekecohan sepanjang perhimpunan tersebut.

Pada hemat saya, jaminan Mat Sabu itu adalah cerita bohong kerana budaya politik jalanan yang songsang itu terbukti sudah banyak mengundang pelbagai perkara buruk.

Apa sebenarnya muslihat perhimpunan Bersih itu ? kalau setakat persoalan ketelusan perjalanan sistem pilihan raya, ia boleh diselesaikan di meja rundingan.

Ini menunjukkan Ambiga dan Anwar serta sekutunya daripada DAP dan PAS mempunyai niat jahat untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia sudah tidak aman lagi.

Individu terbabit perlu ditahan di bawah ISA

Sehubungan itu, saya menyambut baik ketegasan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyatakan polis akan menolak permohonan Bersih untuk mengadakan perhimpunan tanpa sebarang rundingan.

Saya setuju benar apabila Khalid memberi jaminan tangkapan pencegahan akan dibuat sebelum dan ketika perhimpunan jika mereka ingkar dan meneruskan rancangan tersebut.

Justeru itu, saya cadangkan kepada kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya segera menahan mana-mana individu yang terbabit dalam gerakan Bersih itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

KDN tidak perlu bertolak ansur lagi kerana perhimpunan Bersih pada tahun 2007 yang dikatakan didalangi Anwar terbukti telah mencetuskan keresahan orang ramai.

Saya berpendapat, KDN mempunyai asas untuk menahan mereka di bawah ISA kerana mereka secara jelas dan terang-terang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan 9 Julai depan menerusi penyebaran poster dan maklumat di media alternatif.

Ini bermakna mereka (pengajur) telah melakukan satu hasutan yang boleh mendorog untuk mereka untuk melakukan kacau-bilau semasa perhimpunan tersebut.

Kita perlu berwaspada kerana kelazimannya orang yang kemaruk kuasa sanggup menghalalkan cara.

Golongan ini tidak sedikit pun rasa bersalah untuk meruntuhkan tembok perpaduan yang dibina selama ini asalkan cita-cita mereka terlaksana.

Dalam hal ini, saya suka melihat kepada kegilaan rejim Yahudi di Palestin yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun dikutuk oleh masyarakat dunia.

Oleh sebab itu, saya amat berharap polis perlu segera bertindak sebelum nasi menjadi bubur dan seeloknya sediakanlah payung sebelum hujan !

Tiada ulasan:

Pengikut