Khamis, 16 Jun 2011

DunSemarang

DunSemarang


Operasi Monyet dan Babi?

Posted: 15 Jun 2011 07:09 PM PDT


SEMERIK...Kuari, Lapis Semarang, Semarang dan PT Hj Abd Hamid.
AJK penduduk dan Warganya akan melaksanakan satu program membentras monyet dan babi hutan yang sering mangganggu dan memusnahkan tanaman penduduk kampung. Menurut sumber, penduduk kampung telah cuba bertahan terhadap karenah haiwan ini dan telah bermacam langkah di lakukan namun hasilnya kurang memuaskan. Antaranya membuat perangkap dan memindahkan ke habitat lain. Program ini akan di bantu dengan kerjasama RELA dan Pasukan Pemburu Babi Hutan. Operasi menembak akan dilaksanakan pada 19.06.11 hari Ahad dan penduduk kampung disarankan agar menjauhi lawasan operasi tersebut.
Namun ada juga pendapat yang kurang setuju terhadap langkah menembak monyet, mereka mencadangkan agar di bina perangkap monyet yang lebih aktif dan dipindahkan ke kawasan hutan seperti Endau Rompin. Adalah lebih baik derma dari penduduk di gunakan untuk membeli peluru di gantikan sebagai kos pengangkutan membawa Penghijrahan Monyet ke Habitat baru yang kebih sesuai.
Fenomena ini sebenarnya kita todak boleh salahkan Monyet atau pun Manusia. Namun manusia lebih matang dan boleh berfikir, oleh itu gunakanlah fikiran, akal anugerah Allah untuk bertindak dengan lebih baik. Fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Pengikut