PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS |
SIRI "ROAD TOUR" KEAHLIAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS Posted: 19 Jun 2011 07:09 PM PDT ![]() Bertempat di PPR Laksamana, Jalan Peel, Cheras pada hari Ahad bersamaan 19 Jun 2011, Biro Keahlian dan Biro Sukarelawan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah menganjurkan program siri "Road Tour" Penambahan Keahlian Puteri UMNO bagi siri Minggu ke 3. ![]() Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras Tuan Haji Syed Mehdhar Syed Abdullah berserta dengan Ahli - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri telah turut sama dalam perasmian program Siri "Road Tour" Keahlian Puteri. ![]() Acara bermula pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti Senamrobik bersama penduduk - penduduk PPR Laksamana, aktiviti mewarna lukisan dan program mengunting rambut secara percuma telah di lakukan khusus untuk anak - anak dan penduduk setempat diPPR Laksamana. Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter pendaftaran Pemilih dan kaunter pendaftaran ahli baru Puteri UMNO telah di buka untuk kemudahan penduduk PPR Laksamana, Jalan Peel, Cheras. |
You are subscribed to email updates from PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan