Selasa, 21 Jun 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Ambiga Guna Bersih 2 Untuk Populariti Jadi MP

Posted: 21 Jun 2011 05:24 AM PDT

Kita dah biasa sangat dengan kesanggupan pembangkang keluar masuk penjara dan Kemunting demi untuk kepentingan pelaburan yang lebih besar - jadi Ahli Parlimen atau ADUN. Yang dok kata rakyat sana sini tu bohong saja, hakikatnya nak naikkan populariti diri sendiri untuk kempen pilihanraya besok.

im Kit Siang, Karpal Singh, Guan Eng, Mat Sabu, semua ini contoh bekas banduan/tahanan yang kini memegang jawatan paling tinggi sebagai Ketua Menteri dan paling kodi sebagai Timbalan Presiden PAS. Apa jasa beruk-beruk ini kepada rakyat? Hampr tiada, tapi mereka kecap apa yang mereka kecap hari ini sebab kesanggupan keluar masuk penjara dan Kamunting untuk dapat tiket ekspress jadi MP.

Begitu juga dengan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan yang berjaya menjadi ADUN walaupun disaat merengkok di dalam tahanan Kamunting.

Taktik ini nak diteruskan pula oleh Ambiga, (peguam Hindu pro murtad yang cuba-cuba nak berjinak-jinak dengan politik selepas kerjaya sebagai Presiden Majlis Peguam berakhir) melalui Bersih 2. Kita yakin, dalam pilihanraya umum akan datang, Ambiga akan menjadi calon antara PKR dan DAP, takkan dia nak jadi calon PAS pulak sebab impak negatifnya sebagai peguam pro murtad.

Apa jasa Ambiga pada rakyat yang nak melayakkan dia jadi calon MP atau ADUN nanti?

Jawabnya hampir tiada, tapi kerana kecenderungan penyokong pembangkang mengundi populariti lebih dari kebolehan calon atau parti, menjadikan orang seperti Ambiga sebagai 'layak' untuk dipertandingkan dalam pilihanraya umum akan datang tapi harganya itulah, menghadapi tindakan oleh pihak berkuasa.

Ambiga lebih dengan sikap elitisnya yang hanya melayakkan dia duduk dengan orang-orang yang setaraf saja, dia tidak ada langsung ciri-ciri untuk mewakili dan memperjuangkan nasib rakyat kebanyakkan yang pelbagai.

Perhimpunan Bersih 2 yang nak dianjurkannya nanti pun tidak punya merit dan kepentingan mendesak untuk rakyat, nak perjuang apa pasal pilihanraya? Pembangkang dah menang 5 negeri dan kesemua kerusi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (kecuali 1), apa lagi mau?

Apa yang tak 'bersih' lagi tu?

Kesimpulannya, Bersih 2 ini punya serampang banyak mata. Selain untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada kes liwat Anwar Ibrahim, ia juga untuk menaikkan populariti orang tertentu sebagai persediaan dalam pilihanraya akan datang.

Dan, kebodohan orang PAS terutamanya akan digunakan untuk tujuan-tujuan ini. Kita tengok sendiri ajelah nanti berapa kerat sangat bangsa lain yang menyertai perhimpunan Bersih 2 ni, majoritinya ialah orang Melayu dari PAS dan PKR.

Mereka ini sanggup berhadapan tindakan tegas polis dengan menyedari ada orang lain yang akan dapat kelebihan daripadanya, sedangkan mereka sendiri, tiada apa. Dapat air gatal saja.
Macam itulah bodohnya.

Jangan terpedaya dengan Ulama neraka..

Posted: 21 Jun 2011 03:42 AM PDT

Dalam mencari Islam, kita perlu sedar dan sedia maklum bahawa bukan semua orang yang dilabelkan ulama itu bagus. Bukan semua ulama akan masuk syurga. Jadi sesiapa yang menggelarkan diri mereka ulama haruslah memilih sama ada hendak menjadi ulama yang ke syurga atau ke neraka.

Jangan hanya menilai seseorang itu sebagai ulama dengan hanya dengan melihat luaran saja. Ulama bukanlah boleh diukur dengan serban sebesar bakul dan jubah umpama kelambu. Ulama juga tak boleh dikenali dengan tanda hitam didahi kerana ilmu serta iman tak boleh kita nampak melalui mata kasar.

Ulama ke syurga ialah ulama akhirat. Mereka berjuang untuk menyelamatkan manusia dan umat daripada kezaliman dan kegelapan jahiliyyah samada berbentuk pemikiran sekular ataupun dari pemikiran yang akan membawa kehancuran pada umat.

Ulama yang ke neraka pula ialah mereka yang digelar ulama Suu' atau ulama yang jahat. Mereka ini bolehlah kita labelkan sebagai ulama rice cooker dan juga ulama peti sejuk. Golongan ulama seperti ini hanya akan bersama dengan mana-mana golongan yang dapat menjaga periuk nasi mereka atau dapat menyokong kepentingan peribadi mereka.

Kita harus faham, yang dikatakan sebagai ulama neraka itu adalah lebih teruk dari Dajjal. Ini kerana, mereka-mereka ini mampu menyesatkan dan menyelewengkan umat Islam dengan memutarbelitkan hadis serta ayat-ayat Quran.

Oleh itu.., sebagaimana kita harus berhati-hati daripada fitnah dajjal, maka seperti itulah kita harus berhati-hati dengan golongan ulama neraka dan ulama suu' ini. Dikhuatiri mereka akan lebih menyesatkan dengan ucapan-ucapan serta ceramah-ceramah mereka yang kononnya berlandaskan islam tersebut.

Macam mana kita hendak mengenali ciri-ciri manusia yang dikatakan sebagai ulama neraka itu? Ciri-ciri ulama neraka amat mudah. Mereka ini akan menjadi bisu dalam menyatakan kebenaran dan lebih cenderung kepada kezaliman. Mereka ini hanya mementingkan hal mereka sendiri sahaja daripada memikirkan tentang umat Islam keseluruhan.

Ciri-ciri Ulama suu' pula ialah.., mereka yang meninggalkan tugasan menentang kezaliman sebaliknya bersekongkol dengan golongan yang mahu menghancurkan masyarakat dan pemerintahan Islam.

Mereka memberi alasan kononnya mahu berdakwah kepada golongan kafir dengan bergabung dengan kumpulan tersebut, tetapi mereka sebenarnya berdusta. Mereka-mereka itu sebenarnya hanya dijadikan sekadar alat untuk puak-puak kafir berkuasa keatas umat Islam lainnya.

Jadi, hendaklah kita berwaspada dan berhati-hati dengan golongan manusia-manusia yang menyamar sebagai alim ulama ini. Apatah lagi jika mereka menggunakan ugama untuk meraih undi didalam berpolitik. Jangan sampai kita terpedaya semata-mata mahu mencari syurga secara mudah..

Sesungguhnya, pahala dan syurga itu tak akan dapat diperolehi hanya dengan sekadar memangkah kertas undi dan juga mengisi borang menjadi ahli kumpulan politik. Jangan terlampau taksub sehingga merugikan diri sendiri kelak..

Tiada ulasan:

Pengikut