Jumaat, 20 Mei 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kemungkinan PKR diharamkan; jangan tunding jari kepada UMNO – Syed Ali

Posted: 19 May 2011 09:08 PM PDT

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan jangan mengaitkan UMNO berikutan parti itu kemungkinan berdepan dengan tindakan pembatalan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, ingatan itu dibuat kerana sudah menjadi tabiat buruk pemimpin PKR akan menunding jari kepada UMNO di atas apa yang berlaku terhadap mereka.

"Semua yang buruk menimpa mereka, akan dikatakan itu kerja UMNO, samalah dengan isu liwat dan video seks yang dikaitkan dengan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya.

Beliau memberitahu, ROS mempunyai alasan teersendiri untuk memberi surat tunjuk sebab kepada PKR mengapa parti itu tidak boleh dibatalkan sehingga 9 Jun ini.

Katanya, pemimpin PKR juga tidak boleh melemparkan tuduhan sewenang-wenangnya bahawa ROS berniat jahat berhubung perkara itu, sepertimana didakwa oleh Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail semalam.

Tambah beliau lagi, ROS tentu memberikan peluang untuk mereka merayu dan perkara itu juga pernah menimpa UMNO apabila pendaftarannya dibatalkan tidak lama dulu.

"Ini menunjukkan ROS tidak menyebelahi mana-mana parti politik atau sebarang pertubuhan, ia bergerak atas landasan undang-undang sedia ada," jelasnya.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan, jika PKR menuduh UMNO terbabit dalam kes itu ternyata mereka (PKR) sudah kehabisan modal politik.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali mencabar Anwar mendedahkan siapa sebenarnya lelaki yang didakwa sebagai diri beliau dalam video seks yang didedahkan trio 'Datuk T', di Carcosa Seri Negara, 21 Februari lalu.

"Anwar kata tahu lekaki tersebut, maka saya cabar beliau dedahkan segera jika benar-benar ingin membersihkan maruah diri dan keluarga yang sudah tercemar," tegasnya.

Menurut beliau, biasanya orang yang tidak bersalah tidak akan mendiamkan diri jika pasti ada orang lain yang jelas melakukan kesalahan tersebut.

"Ini kes serius membabitkan perlakuan seks dengan seorang pelacur, masakan Anwar masih boleh ketawa mengatakan kenal lelaki tersebut, jika kenal, dedahkan lah kepada orang ramai," ujarnya.

Anwar sambil ketawa menjelaskan kenal lelaki tersebut ketika ditanya oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Om dalam laman sembang langsung di laman web berita Yahoo! Malaysia, semalam.

Tiada ulasan:

Pengikut