Jumaat, 20 Mei 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


AMK - KEHABISAN MODAL & IDEA.

Posted: 19 May 2011 10:14 PM PDT

Demo AMK: Pejabat Utusan terpaksa dikawal polis

20/05/2011 12:04pm


Sekumpulan anggota polis kelihatan mengawal persekitaran pejabat Utusan Malaysia selepas menerima maklumat AMK akan mengadakan demonstrasi hari ini. 20 Mei 2011 - Utusan/AMIN FARIJ HASAN


KUALA LUMPUR 20 Mei - Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di Jalan Chan Sow Lin di sini sejak pukul 10 pagi ini, berikutan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dikatakan berhasrat mahu mengadakan demonstrasi terhadap akhbar Utusan Malaysia.
Keadaan di sekitar pejabat akhbar terbabit bagaimanapun tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
Polis bertindak menghantar anggotanya untuk mengawal keadaan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini terjadi kerana selain ahli-ahli AMK, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut merancang untuk berkumpul bagi mempertahankan Utusan Malaysia sekiranya diserang oleh para penyokong pembangkang berkenaan. - Utusan

BILA KETUA UMNO BAHAGIAN NAK MULAKAN ?

Posted: 19 May 2011 10:10 PM PDT

Dekati rakyat tidak harus bermusim - Ahmad Maslan

20/05/2011 12:19pm
NIBONG TEBAL 20 Mei - Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan menyeru pemimpin parti di pelbagai peringkat supaya selalu mengadakan program mendekati rakyat seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata, tugas mendekati dan memahami masalah yang dihadapi rakyat tidak harus dilakukan secara bermusim, contohnya berkempen sewaktu pilihan raya."Program tinjauan mesra atau walkabout ini perlu dilakukan secara berterusan, dan di semua peringkat kepimpinan. Kita (pemimpin) perlu memenangi hati rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Taman Berjaya di sini hari ini. - Bernama

DAP MASUK BN : DAPATKAH MCA TERIMA ?

Posted: 19 May 2011 08:58 PM PDT

Mustahil DAP menjadi Barisan Nasional?

TAN SRI DR. NORDIN KARDI ialah Penyandang Kursi Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

PPUBJ : Ada yang mengatakan dalam politik segalanya mungkin.Tapi sejarah politik mengatakan hingga kini belum ada rekod lagi ? Walau pun dari satu segi, terdapat persamaan namun adakah ianya berjaya? Atau adakah Malaysia kini menuju sistem dua parti?

MENGIKUTI perkembangan politik Malaysia menyaksikan pelbagai perasaan bercampur-campur bagi pelbagai pihak yang berkepentingan secara langsung dan yang sipi-sipi. Terbaru ialah buah fikiran tentang kemasukan DAP menyertai Barisan Nasional (BN).

Biasalah, rakan-rakan akademik dan rakan-rakan kopi petang saya yang bersahabat dengan UMNO dan yang sudah terlalu lama bersama pahit maung membantu BN nampaknya mati-matian menolak kemungkinan ini atas alasan perbezaan ideologi. Kepada kawan-kawan ini, walaupun mereka sudah seperti tidak sabar dengan gelagat MCA dan Gerakan, DAP bukanlah pengganti yang sesuai.

Seperti biasa, sentimentalisme tidak saya percayai dalam membuat keputusan-keputusan bagi kebajikan warganegara. Jika benar ada kebuntuan dalam mendapatkan mandat politik yang menjamin kestabilan politik negara yang nantinya akan memberi kesan kepada kestabilan ekonomi dan kesejahteraan penduduk Malaysia, pihak yang masih kuat hendaklah tidak mudah untuk segera menyingkirkan buah fikiran baru, meski pun buah fikiran baru itu seperti berlawanan dengan sentimen dan tradisi.

BN hendaklah tidak menunggu sehingga benar-benar lemah dan hampir lemas baharu cuba berenang mencari tebing.

Amat menarik apabila Najib Tun Razak baru-baru ini seperti dengan sengaja memilih masa yang agak sama menyerukan Pas meninggalkan pakatan pembangkang sambil memberi amaran kepada kaum Cina supaya tidak mengharapkan perwakilan yang biasa di dalam Kabinet sekiranya mereka tidak memilih mana-mana parti Cina yang menjadi komponen BN dalam PRU yang akan datang.

Seruan itu seperti hanya kurang sedikit daripada secara terang-terangan menjemput Pas menyertai BN dan juga kurang sedikit daripada memberi altimatum kepada MCA dan Gerakan supaya 'take it or leave it', sambil pada masa yang sama menghitung sejarah bahawa MCA terutamanya tidak pernah tidak setia kepada ikatan yang telah terjalin semenjak masa merdeka dituntut.

Atas setiakawan demikianlah agaknya mengapa Najib tidak secara serentak 'menyapa' Pas dan DAP supaya meninggalkan PKR terkonteng-konteng sendirian.

Jika BN telah lama duduk 'serumah' dengan MCA, terutamanya, dan Gerakan sedikit kemudian dalam BN, tidak diduga sebelum ini bagaimana Pas boleh menginap 'sehotel' atau di rumah tumpangan sekarang dengan agak selesa bersama DAP dalam pakatan pembangkang.

Pelbagai medium digunakan oleh pelbagai pihak dari luar bagi mengurangkan kebolehpercayaan orang ramai terutamanya pengundi terhadap kesucian 'rumah tumpangan' DAP dan Pas itu tetapi setakat ini mereka masih mampu di situ. Sebaliknya, rumah BN sendiri yang seperti bergoyang-goyang dari dalam.

Hal ini mendorong saya meneliti semula tentang sentimen BN tidak boleh menerima DAP menjadi pengongsi rumah besar itu. Jika disemak semula asal-usul DAP yang ada kaitannya dengan sejarah PAP, tiada sebab yang sangat kuat untuk BN menolak DAP menyertainya bahkan mungkin lebih sekufu dengan UMNO berbanding dengan UMNO-MCA-Gerakan.

Secara sejarahnya UMNO tertubuh oleh gerakan rakyat Melayu bawahan setelah berjaya meyakinkan raja-raja supaya tidak tunduk kepada rancangan besar penjajah British, sedangkan MCA pula muncul dan menyertai gerakan cara perundingan menuntut kemerdekaan yang diketuai oleh UMNO atas alasan yang berbeza.

Pemimpin MCA muncul atas kepentingan peluang perniagaan kontrak di Malaysia yang selama ini dimonopoli oleh syarikat-syarikat Inggeris berbanding PAP (Lee Kuan Yew) muncul atas kebimbangan kaum Cina akan diketuai oleh penganut-penganut komunis.

Ini bermaksud DAP yang berkongsi ideologi dengan PAP itu secocok dengan ideologi UMNO yang telah menyingkirkan pemimpin yang cenderung kepada faham kiri. Kuan Yew pernah memenjarakan Lim Chin Siong, yang pernah berjuang bersamanya, kerana dikatakan komunis, mirip tindakan UMNO menolak beberapa pejuang kemerdekaan yang dikatakan berhaluan kiri.

Jika hal begini diambil kira, secara ideologi nampaknya UMNO dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa.

Jika meminjam kata-kata beberapa pemimpin UMNO sekarang dan dahulu yang mengatakan UMNO itu parti orang kampung kerana majoriti ahlinya di kampung maka lawannya di bandar sepatutnya DAP, bukan MCA atau Gerakan.

Kuan Yew adalah peguam yang membela kesatuan-kesatuan sekerja bukan dari kalangan peniaga yang ghairah menggantikan kepentingan niaga Inggeris di Tanah Melayu, adalah lebih secocok dengan rakyat Melayu yang mendokong UMNO.

Mungkin kerana itu juga Kuan Yew dapat meletakkan indeks rasuah yang baik di Singapura kerana dia tidak berasal dari golongan politik Cina lain yang berminat untuk melindungi atau memperlebarkan kepentingan perniagaan keluarga.

Bagi DAP pula, tentulah UMNO lebih sesuai dijadikan rakan serumah berbanding dengan Pas. Dasar UMNO yang secara konsisten sangat pragmatik sewajarnya menyelesakan DAP untuk tinggal bersama BN berbanding di rumah tumpangan pakatan pembangkang.

DAP yang sangat sekular (kehendak yang terpancar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin utamanya) sulit untuknya mengekalkan rumah tangga yang aman bersama Pas yang dilihat sangat teologikal. Lainlah jika Pas 'berada dalam rumah BN' yang lebih besar nanti tentulah Pas juga akan pandai bertingkah laku sesuai pengalamannya tersingkir daripada BN pada tahun 1970-an dahulu.

Pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN - tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan 'Malaysian Malaysia' sudah terangkum dalam 'Satu Malaysia', dasar semuanya inklusif - mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN. Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN.

Jika semua telah ada di dalam BN - sekularnya ada, teologinya ada, suasana inklusif telah ada, semua kepentingan pelbagai kaum telah ada, apakah lagi kewajaran mengubah 'status quo'?

Jika, misalnya ada alasan lain seperti BN masih tidak bersih maka BN perlu ditolak, hujah itu tidaklah begitu kukuh. Sebaliknya, hujah yang lebih kukuh ialah 'ubahlah' BN bukan 'menggantikan' BN.

Jika DAP dan Pas adalah sama-sama menjadi pemilik BN bersama UMNO dan parti-parti picisan lain nanti, apakah yang menghalang semua mereka mengubah BN bersama-sama, jika itu yang dimahukan.

Kesampingkan nostalgia dan sentimen tradisi, saya lihat DAP dan Pas akan amat selesa menyertai BN. Jika BN memang benar berhasrat menjadi satu parti tanpa komponen seperti sekarang, ia akan berlaku setelah hal yang saya utarakan ini didahulukan. Mengapa tidak?

SANGGUPKAH AHLI PAS JADIKAN PARTI MEREKA KUDA TUNGGANGAN?

Posted: 19 May 2011 08:49 PM PDT

PAS tak dapat manfaat kerjasama dengan PKR, DAP
Oleh Jamhariah Jaafar

2011/05/20
Muktamar ke-57 beri isyarat jelas kepada kepemimpinan parti agar fokus perjuangan

BAHANG pemilihan barisan kepemimpinan baru PAS semakin terasa, tetapi tumpuan utama kepada jawatan Timbalan Presiden bagi menyaksikan siapa yang bakal digandingkan dengan Datuk Seri Hadi Awang, yang mengekalkan jawatan sebagai Presiden.

Apa yang pasti penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa, menghadapi masa sukar untuk mengekalkan kedudukan - bukan saja kerana popularitinya tidak begitu menyerlah sepanjang penggal ini, bahkan senarai calon yang lain - Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu - bukan calang-calang orang.
Muktamar kali ke-57 yang kembali diadakan di Taman Melewar, Gombak dilihat sebagai satu isyarat penting untuk parti ini kembali menilai hala tuju dan matlamat perjuangan, terutama selepas kerjasama eratnya dengan DAP dikritik hebat.
Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 mencarta sejarah besar di kalangan parti pembangkang, apabila gandingan PAS-DAP-PKR menafikan Barisan Nasional (BN) majoriti dua pertiga di Parlimen.

Namun, tempoh tiga tahun selepas itu menyaksikan kerjasama itu membawa lebih banyak kerugian daripada keuntungan kepada PAS, yang memiliki jentera dan keahlian yang jauh lebih besar daripada kedua-dua parti yang lain.

Barisan kepemimpinan PAS dilihat lebih banyak bercakap daripada melaksanakan tugas, lebih banyak menunggu daripada bersikap pro aktif, lebih banyak bertolak ansur daripada bertegas dengan DAP dan PKR, lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat daripada membuat keputusan segera.

Gandingan Hadi-Nasharudin juga dilihat gagal terutama selepas timbul isu kerajaan perpaduan, walaupun hakikat sebenar ia tidak lebih membabitkan rundingan untuk bermuafakat antara dua parti Melayu utama negara ini.
Mereka juga tidak nampak tegas dalam memberi penjelasan kepada ahli berhubung isu membabitkan kedua-dua parti lain, terutama hubungan dengan DAP yang nyata bercanggah pendirian dan matlamat PAS.

Krisis dalaman PKR turut memberi kesan kepada barisan kepemimpinan PAS, apabila majoriti mengambil sikap mendiamkan diri terutama membabitkan kes moral Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan krisis lompat parti yang berlaku di dalam parti itu.

Dalam membuat kenyataan membabitkan pendirian parti, PAS lebih banyak bergantung kepada Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang lebih sering membuat kenyataan yang memerangkap parti ini ke dalam kemelut perdebatan yang lebih menggusarkan rakyat beragama Islam.

Isyarat awal yang diberi ahli akar umbi dalam memilih Timbalan Presiden juga turut mencetus satu lagi persoalan.

Pencalonan paling banyak diterima penceramah handalannya, Mohamad Sabu, membuatkan ramai terfikir apakah kriteria pemimpin yang bakal dipilih bagi mengetuai PAS untuk menghadapi PRU 13 nanti.

Nama besar seperti Husam, tidak lagi berani terlalu yakin dengan kemampuannya memimpin walaupun terus menjadi anak emas Nik Aziz, kerana pengalaman perit pemilihan lalu sudah pasti tidak dapat dilupakan.

Salahuddin, yang sama seperti Husam diletak dalam kumpulan Erdogan, juga tidak mampu untuk mendabik dada, walaupun memiliki perawakan pemimpin berwibawa dan disegani.

Azizan, yang juga Menteri Besar Kedah, dan Tuan Ibrahim adalah pemimpin yang mungkin diberi pertimbangan serius kerana kedua-duanya semakin popular di kalangan akar umbi PAS.

Pengalaman pemilihan lalu, membuat perwakilan turut mencalonkan keenam-enam pemimpin ini untuk jawatan Naib Presiden yang bertanding bersama lapan pemimpin yang lain, bagi merebut tiga kerusi yang kini disandang Salahuddin, Tuan Ibrahim dan Datuk Mahfuz Omar.

Lapan nama lain turut membabitkan Mahfuz; Idris Haji Ahmad (ketua penerangan); Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat); Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan); Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat); Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat); Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulama); dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat).

Sementara itu, Dewan Ulama pula kekal diketuai Datuk Harun Taib, manakala Ketua Dewan Pemuda, Nasrudin Hassan, akan menghadapi saingan termasuk timbalannya sendiri, Azman Shapawi Abdul Rani, Suhaizan Kaiyat (ketua penerangan) dan Fidaus Jaafar (Exco Pemuda).

Nuridah Mohd Salleh, masih dicalon untuk jawatan Ketua Dewan Muslimat, tapi akan turut menghadapi cabaran dari timbalannya, Siti Zailah Yusof dan dua AJK yang lain, Dr Siti Mariah dan Dr Asiah Ali.

Senarai calon bagi jawatan penting nyata tidak menyerlahkan sebarang muka baru, walau siapa yang dipilih tetap akan menyambung corak kepimpinan sedia ada.

Mesyuarat di Taman Melewar adalah usaha mengingatkan perwakilan kepada landasan perjuangan PAS untuk menegakkan sebuah negara Islam.

Persoalan yang harus dikemukakan kepada kepemimpinan PAS nanti – apakah matlamat itu boleh diterima pakai selagi ia terus bersekongkol dengan DAP?

NAK DENGAR JUGA APA KAJIAN PAS?

Posted: 19 May 2011 08:46 PM PDT

< PAS pertikai kajian SOCMATOleh Khairul Anuar Abdul Samad dan Siti Fatimah Mohamed Anwarbhnews@bharian.com.my2011/05/20BUKIT KAYU HITAM: PAS mendakwa kajian pendapat yang dilakukan syarikat perunding dan penyelidikan berhubung penurunan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan parti itu tidak tepat selain bersifat berat sebelah.Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata hasil kajian Social Matrix Research (SOCMAT) perlu lebih menyeluruh bukan menyebelahi pihak tertentu."Maklumat media itu sebelah pihak, kita perlu mendengar semua pihak sebab kita juga mempunyai kajian . Kita sedar walaupun kajian ini dilakukan badan bebas, kita tahu ada taja badan bebas," katanya selepas melawat Ladang Nanas Laka Temin di sini, semalam.Semalam akhbar melaporkan, kajian SOCMAT mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Nik Aziz menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.Kajian itu bagaimanapun mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus.Di KOTA BHARU, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusof, berkata kajian itu harus perlu dirujuk kepada pihak yang bertauliah, supaya ia menghasilkan satu kajian seimbang serta rasional.Katanya, laporan itu dilihat tidak adil kerana tidak diketahui kaedah pendekatan yang diguna pakai untuk menghasilkan keputusan seperti itu, menyebabkan ia tidak melambangkan kajian menyeluruh."Adalah tidak wajar untuk diajukan laporan ini kepada Nik Aziz kerana ia masih terlalu awal, selain laporan itu perlu melalui rujukan pihak tertentu bagi memastikan ia seimbang serta rasional," katanya.Sementara itu, Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, berkata semua pihak perlu melihat sudut positif hasil kajian itu dan sekiranya didapati UMNO masih ketinggalan, perlu dilakukan anjakan bagi memenangi pilihan raya umum akan datang."Kita perlu menerima hasil laporan itu kerana ia adalah satu kajian. Perkara (kajian) yang dibangkitkan berkaitan PAS itu tentu ada kebenarannya kerana kerajaan negeri kini berdepan pelbagai isu, termasuk bekalan air bersih serta projek ladang rakyat," katanya.

SENGAJA BUAT TAK FAHAM.....

Posted: 19 May 2011 05:10 PM PDT

ROS minta PKR jawab notis ikut saluran

KUALA LUMPUR 19 Mei — Pendaftar Pertubuhan (ROS) meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjawab notis pembatalan pendaftaran yang dikeluarkannya terhadap parti itu dalam tempoh yang ditetapkan dan bukan menggunakan saluran media untuk memberi jawapan.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, notis itu adalah mengikut Seksyen Kecil (2), Seksyen 13, Akta Pertubuhan 1966, di mana PKR diberi tempoh sehingga 9 Jun depan untuk memberi sebab memuaskan mengapa pendaftaran parti itu tidak patut dibatalkan.

Beliau berkata, pihak yang diberi notis tersebut hanya perlu untuk menjawab balik notis itu berserta dengan alasan kukuh dalam tempoh masa yang diberikan.

"Apabila ROS keluarkan notis, mengikut Akta Pertubuhan 1966, pihak yang ditujukan perkara tersebut diminta menjawab dalam masa diberikan, menggunakan saluran sama, bukan menggunakan saluran media kerana ia dianggap kurang manis," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang mempertikaikan tindakan ROS menghantar notis tersebut kepada sekretariat parti pada 9 Mei lepas dan menganggapnya sebagai tidak berasas.

Pada persidangan akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini, Saifuddin mendakwa, notis untuk membatalkan PKR atas alasan parti tersebut melanggar Fasal 32.2.1 Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat A Rajagopal tanpa dibicarakan oleh Lembaga Displin parti terlebih dahulu adalah mengelirukan kerana fasal tersebut tidak wujud dalam perlembagaan PKR. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Pengikut