Ahad, 8 Mei 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


“Jangan hanya berjuang untuk dapatkan habuan ‘ – Dr. Mahathir

Posted: 08 May 2011 12:29 AM PDT

TUN Dr. Mahathir Mohamad secara sinis berkata, perjuangan sesetengah pemimpin UMNO hari ini hanya untuk 'habuan' bukan lagi kerana agama, bangsa dan tanahair.

Sebaliknya kata beliau, mereka berjuang untuk mendapatkan kekayaan diri sendiri seperti untuk menjadi wakil rakyat, mendapatkan projek dan sebagainya.

Menurut beliau, rakyat tengok semua itu dan mereka amat kecewa dengan sikap pemimpin UMNO.

"Ada yang memberitahu saya, pemimpin UMNO sekarang berjaung untuk anak menantu dan sebab itu pada PRU ke-12 banyak ahli-ahli UMNO sokong parti lawan," tegasnya.

Bekas Perdana Menteri memberitahu, pemimpin UMNO berebut untuk menjadi Ketua Bahagian atau calon wakil rakyat sehingga berlaku cantas-mecantas sesama mereka.

Menurutnya, perbuatan seperti itulah yang menjadi permulaan kepada oarng Melayu berpecah belah.

"Orang UMNO sendiri yang tentukan calonnya akan kalah dan menimbulkan kebosanan kepada rakyat," tegasnya.

Akibatnya kata beliau, sokongan rakyat terhadap UMNO mula mersosot dan akhirnya mereka memihak kepada parti-parti pembangkang.

Justetru itu kata Dr. Mahathir, UMNO terpaksa mencari sokongan bukan Melayu dengan menuruti apa sahaja yang dikehendaki oleh bukan Melayu.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, pagi ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani selaku wakil Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan ke persidangan tersebut.

Menurut Dr. Mahathir lagi, perpaduan ahli-ahli UMNO terutama orang Melayu sudah runtuh tidak sepertimana berlaku pada tahun 1946.

"Dulu orang Melayu bersatu bukan kerana hendakkan jawatan atau pun elaun, mereka berjuang menentang Malaysan Union dan akhirnya mereka berjaya," ujarnya.

Tetapi sekarang kata beliau, semuanya ada matmat hendakkkan jawatan dalam parti dan kerajaan sehingga lupa kepada perpaduan dan perjuangan sebenar UMNO.

Dulu katanya, kira-kira 90 peratus orang Melayu bersatu padu dengan satu perjuangan untuk kepentingan bangsa, negara dan tanahair mereka.

Bekas Presiden UMNO itu bagaimanapun berkata, sekarang ini orang Melayu hanya 60 peratus itu pun telah berpecah kepada tiga kelompok.

Dr. Mahathir juga menegur Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih lagi memutarbelitkan ayat-ayat Al-Qur'an untuk agenda politik.

"Ada pula Melayu yang sanggup memperjuangkan agenda politik DAP walaupun jelas DAP menentang Melayu dan agama Islam," tegasnya.

Sementara itu, Syed Ali dalam ucapan alu-aluannya menyifatkan Dr. Mahathir sebagai pemimpin Melayu terulung kerana dalam usianya semakin meningkat masih lagi kuat bekerja untuk orang Melayu.

"Inilah pemimpin Melayu yang perlu dijadikan contoh oleh pemimpin UMNO dan generasi muda," katanya.

Beliau juga memberitahu, UMNO Bahagian Cheras tidak pernah melupai jasa dan pengorbanan pemimpin UMNO terdahulu.

Tiada ulasan:

Pengikut