DunSemarang |
Surau Kg Bonagong ....Akan berubah wajah... Posted: 20 May 2011 05:42 PM PDT Surau Kg. Bonagong. Kg Hj Talib 20 Mei – Penantian selama 36 bulan penduduk Kg Bonagong Mukim 7 berakhir apabila baru-baru ini kerajaan telah meluluskan peruntukan RM 210,000.00 bagi tujuan membina semula surau Kg. Bonagong. Berita kelulusan ini di umumkan oleh YB Datuk haji SamsolBari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam merangkam ADUN kawasan Semarang selepas menunaikan solat jumaat dan beramah mesra bersama jemaah di Masjid Kg haji Talib Mk 7 Ayer Hitam. Mengikut kenyataan beliau, penduduk Kg Bonagong telah melahirkan semangat kerjasama yang tinggi untuk membina semula surau yang sudah uzur itu dan dalam tempoh tiga tahun mereka Berjaya mengumpul derma sebanyak RM 45,000.00. Surau yang sedia ada ketika ini di bina pada tahun 1982 dan sudah dalam keadaan uzur dan tiada jaminan selamat jika digunakan seterusnya. Surau yang baru pula di jangkan dimulakan pembinaannya pada pertengahan tahun ini dengan memulakan kerja penyediaan tapak.YB Datuk Hj SamsolBari Jamali ADUN Semarang bersama imam dan Kuasa surau sedang meneliti deraf reka bentuk surau Kg Bonagong. Pada ketika ini penyediaan reka bentuk sedang berjalan dan diperhalusi bagi tujuan kesesuaian penggunaan jangka panjang. Dengan terbinanya surau tersebut kelak seluruh penduduk Kg Bonagong akan menikmati kemudahan beribadat dengan lebih sempurna. Begitu juga dengan pengunjung tempat peranginan Tasek Biru, mereka boleh menggunakan kemudahan yang ada di surau tersebut.(Sumber berita dan foto dari S/UBAH. Halid Saat) |
You are subscribed to email updates from DunSemarang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan