Sabtu, 21 Mei 2011

Dato Hj Rosol B Wahid

Dato Hj Rosol B Wahid


Selamat Hari Guru 2011

Posted: 20 May 2011 11:17 PM PDT

Salam bloggers. Dikesempatan yang mulia ini, tidak terlambat lagi untuk saya mengambil kesempatan untuk mengucap "Selamat Hari Guru" kepada guru-guru di Malaysia amnya dan khususnya kepada warga pendidik di Terengganu Darul Iman. Teristimewa buat cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya dari tidak kenal huruf sehingga terpilih mewakili rakyat. Ianya bermula dari seorang cikgu yang tabah, sabah dan jujur mendidik.

Tanpa cikgu, saya mungkin tidak mengecapi apa nikmat yang saya perolehi sehingga ke hari ini. Terima kasih cikgu. Maaflah, bukan saya tidak mahu sebut satu persatu nama-nama cikgu yang pernah ngajar saya, tp terlalu banyak. Bagi menggelak ada cikgu-cikgu tersinggung, elok rasanya saya ucapkan secara umum.

Saya ucap terima kasih pada cikgu, walaupun hukuman rotan dan denda itu menjadi perkara biasa sewaktu dibangku sekolah. Tapi hukuman itu memberi pengajaran yang berguna kepada saya. Hukuman bukanlah menandakan cikgu itu benci dan tidak suka kepada pelajar, hukuman adalah memberi pengajaran agar di masa depan perkara yang salah tidak diulangi lagi.

Saya juga mendapat ucapan "selamat hari guru" dari bekas pelajar-pelajar saya dan rakan-rakan. Saya pun berasal dari seorang guru sebelum menceburi diri dalam dunia politik. Guru dan politik adalah sinonim bagi saya. Guru pun melibat masyarakat dan politik juga melibat masyarakat. Pada awal penglibatan saya dalam dunia politik 1999, saya tidaklah berasa kekok dan kaku dengan jawatan sebagai YB. Walaupun ketika itu, saya pertama kali dicalonkan. Difikiran saya, saya akan membawa isu-isu rakyat di kawasan Ajil ke pihak Kerajaan. Namun, Allah swt maha mengetahui dan maha mengatur di atas apa yang berlaku. Saya menang dan negeri tumbang kepada pembangkang iaitu PAS.

Itulah kenangan yang tidak dapat saya lupakan dalam hidup saya. Perit dan pedih apabila menjadi YB pembangkang. Segala luahan rakyat dan masalah rakyat sukar untuk dibawa ke tengah. Lebih-lebih lagi perbezaan idealogi dan fahaman politik. Tapi, diatas sokongan rakan-rakan dan rakyat di kawasan saya, saya dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan kemampuan sebagai YB pembangkang. Terima kasih juga kepada Y.Bhg Dato'Bakar, Dato'Rashid Ngah dan YBM Dato'Tg Putera. Kami berempat menjadi YB yang mewakili UMNO Terengganu sewaktu Terengganu mengalami zaman gerhana.

Berbalik kepada profesion guru. Kini, Profesion perguruan mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia. Saya diberitahu rakan yang berkerja di Kementerian Pelajaran Malaysia, bilangan guru untuk diisi bagi program kursus lepasan ijazah (KPLI) hanya 2000 tempat sahaja setahun, namun bilangan yang memohon berjumlah 60 000. Itu jumlah yang luar biasa. Bermakna profesion sebagai cikgu adalah profesion yang orang terengganu kata " high class". Namun sejauh manakah, profesion guru hari ini memiliki jati diri seperti guru yang zaman-zaman dahulu. Sanggup berkorban jiwa dan raga demi menjunjung satu prinsip "ibarat sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi orang lain".

Sekiranya, guru hari sanggup menjunjung prinsip tersebut. Pihak KPM tidak pening kepala untuk melayani karenah segelintir cikgu-cikgu yang tidak sanggup ditempatkan di kawasan pendalaman Sabah & Sarawak dan juga kawasan hulu-hulu. Namun, pihak kerajaan menyediakan elaun yg setimpal dengan kawasan. Saya difahamkan elaunnya RM1500,RM1000 dan RM500 berdasarkan kepada kawasan.

Tetapi, saya nasihatkan kepada bakal-bakal guru. Junjunglah prinsip tersebut. Jangan kita berebut-rebut untuk menjadi cikgu disebabkan kerja guru orang kata, kerja sekerap hari. Cuti banyak dan gaji boleh tahan. Itu bukan yang kita inginkan. Biarlah lahir dalam diri sikap jujur, ikhlas dan amanah untuk mendidik anak bangsa. Ingat, profesion guru adalah mulia disisi Islam.

Pohon nyior tegak berdiri
Ditanam mari tepi rumah
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan.

Tenkiu cikgu.

Tiada ulasan:

Pengikut