Ahad, 1 Mei 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Tian Chua kafirkan Eskay, apa kata anda???

Posted: 01 May 2011 04:36 AM PDT

Demi menutup "kemaluan" yang terjojol keluar dan keaiban yang maha mengaibkan, Anwar Ibrahim sanggup mengerah "askar-askar upahan"nya untuk mengutuk dan mencabar kreadibiliti aqidah individu muslim lain. Terdesak untuk mengelak dari diasak terus oleh wartawan, Anwar yang kebuntuan idea untuk diputar alamkan pada rakyat terpaksa melakukan apa saja, tapi tetap berkata tidak untuk bersumpah sebagaimana Saiful Bukhari dan Eskay.

Baru-baru ini, pada sebuah majlis ceramah di Ampang yang dikatakan dihadiri oleh "puluhan ribu" rakyat (padahal ratus-ratus saja), Tian Chua yang cuba membodek Anwar telah menghina dan mempertikaikan aqidah Eskay, setelah Eskay bersumpah qasam di masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul.

Dalam kenyataannya, Tian Chua menuduh Eskay sebagai seorang individu yang "tidak tahu agama" dan mempersoalkan agama anutannya. Selanjutnya, dia turut menyalahkan Eskay kerana bersumpah di dalam masjid yang terletak di dalam "qaryah"nya. Jelas secara terang-terangan dia memperlekehkan sumpah Eskay dan agama Islam dikhalayak umat Islam yang bertepuk-tangan mendengar dia menyalak malam itu.

Siapa Tian Chua untuk mengatakan bahawa Eskay seorang yang "tidak tahu agama"? Apakah Tian Chua sangat arif mengenai hukum-hakam dan selok-belok agama Islam? Pondok mana dia mengaji dulu? Dari Pak Syiekh mana dia menuntut dulu? Apakah Tian Chua graduan Al-Azhar? Pokok pangkalnya, apakah dia penganut agama Islam untuk mengkritik seorang muslim sebegitu?

Secara jelas, Tian Chua bukan beragama Islam. Dia tidak tahu menahu langsung mengenai agama Islam secara mendalam. Jadi, siapa yang "tidak tahu agama" sekarang? Tian Chua atau Eskay?

Mungkin ilmu agama Eskay tidak sehebat Dr. Juanda atau Dr. Asri yang membolehkannya dilantik menjadi seorang Mufti Kerajaan. Namun, sekurang-kurangnya dia tahu bersolat, tahu serba sedikit mengenai Islam lebih dari Tian Chua yang jelas seorang kafir!

Demikian juga, siapa Tian Chua untuk mempertikaikan aqidah Eskay dengan mempersoalkan agama anutan Datuk T tersebut? Seharusnya, Tian Chua mempersoalkan Anwar, manusia jenis apakah yang terbabit dengan akitiviti meliwat seperti Anwar? Sewajarnya, Tian Chua mempertikaikan Anwar, manusia jenis apakah yang suka berbohong, menipu dan menabur fitnah keliling dunia?

Sewajibnya Tian Chua bertanya pada Anwar, apakah agama yang menjadi anutannya dan menghalalkan hubungan sesama jenis? Setahu saya, tidak ada satu pun agama di dalam dunia ini yang menghalalkan liwat, kelentong sana sini, fitnah sana sini, buat kecoh sana sini, putar alam sana sini dan mengelilingi dunia dengan niat busuk terhadap negara sendiri!

Kenapa dia menyalahkan Eskay bersumpah di masjid yang terletak di dalam kawasan Parlimennya? Apakah dia merupakan "Pengerusi Masjid" tersebut? Timbalan Pengerusi? Ahli Jawatan Kuasa Masjid? Atau Tian Chua bertindak sebagai "Tok Siak", "bilal" atau "imam" masjid berkenaan? Adakah Tian Chua merupakan seorang nazir masjid-masjid di kawasan Parlimen Batu?

Baru jaga Parlimen sudah kecoh! Eskay hanya mahu bersumpah kepada Allah, Tuhannya. Eskay tidak berniat jahat atau cuba mencemar masjid berkenaan. Yang mencemar kesucian masjid dan mencetus kekecohan ialah Sam Ketot dan Rozan "rambut piring"! Merekalah yang sepatutnya dimarah dan dihambat keluar masjid, bukan Eskay!

Sumpah qasam yang dilakukan oleh Eskay itu adalah harus hukumnya mengikut Islam, demi memelihara hak keadilan dan kebenaran yang sukar untuk dibuktikan di sudut teknikal. Hukum tersebut dipersetujui oleh ramai ulama muqtaraf sedunia untuk menunjukkan bahawa Islam itu adil dan relevan sepanjang zaman.

Tindakan "ustaz PKR" yang hadir duduk di depan Eskay tersebut adalah cubaan terakhir PKR yang cuba menghalang Eskay untuk bersumpah dengan Allah. Ustaz PKR itu memberikan senaskhah buku qazaf kepada Eskay, dan mengingatkan Eskay akan balasan Allah sekiranya sumpahnya itu "memakan diri"nya sendiri. Dalam keadaan waras, rasional dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, Eskay bersumpah dengan nama Allah!

Tapi kenyataan Tian Chua itu adalah sesuatu yang tidak wajar dan sangat melampau bagi seorang kafir sepertinya mengkafirkan Eskay. Itu tidak sepatutnya berlaku. Saya berpendapat, adalah wajar sekiranya pandangan dari mufti-mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan saja yang memberi keputusan mengenai hal sumpah qasam ini. Tian Chua? Mungkin dia sudah lama tak menyembah "Allah"nya (mungkin "Allah" Tian Chua sama dengan "Allah" Khalid Samad?).

Apa kita nak buat pada Tian Chua? Ada cadangan???

Solat hajat dan bacaan Yaasin semalam bakal merungkai keaiban Pakatan Haram lagi?

Posted: 01 May 2011 03:54 AM PDT

Semalam, dilaporkan telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin bagi menangkis tohmahan jahat skandal video seks terhadap Ketua Pakatan Haram, Anwar Ibrahim di mahligai jutaan ringgitnya di Bukit Segambut. Majlis itu telah dipimpin oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, dan diikuti dengan ceramah politik pemimpin Pakatan Haram tersebut.

Ramai juga yang hadir. Dikatakan "jutaan" penyokong-penyokong PKR, PAS dan DAP hadir ke majlis tersebut bagi menunjukkan sokongan moral mereka terhadap Anwar yang semakin tertekan dengan pelbagai pembongkaran 'kisah gelap'nya di sebalik tabir. Baguslah, semoga Allah kabulkan permintaan saudara-saudara kita yang inginkan kebenaran tentang 'pemimpin anugerah Tuhan".

Pada saya, saya menyokong penuh usaha-usaha sebegini bagi memohon diperlihatkan kebenaran oleh Allah. Meskipun solat hajat tersebut pada tajuknya adalah 'untuk menangkis tohmahan jahat' yang merujuk kepada video seks yang dikaitkan dengan Anwar, secara asasnya, saya yakin bahawa Allah S.W.T lebih Maha Mengetahui mengenai "tohmahan mana yang jahat" atau "perkara yang seharusnya didedahkan demi hambaNya yang tertipu oleh niat hati yang jahat".

Allah itu Maha Adil. Dia lebih tahu yang mana yang sepatutnya Dia lakukan. Sekiranya dipohon hambaNya, pasti Allah tahu yang mana yang perlu dikabulkan dan yang mana wajar didedahkan. Sebelum ini, PAS, PKR dan DAP pernah melakukan berpuluh-puluh solat hajat untuk menjatuhkan BN dan UMNO, termasuklah solat hajat dan doa khas oleh Mursyidul Am PAS untuk "memecahkan perut" Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun malangnya, satu pun tidak doa dan hajat yang dimaksudkan oleh pembangkang itu tidak dikabulkan oleh Allah. Malah, solat hajat yang diselitkan niat jahat itu melantun kepada pembangkang dan keaiban mereka dibuka satu persatu oleh Allah untuk disaksikan oleh rakyat. Hasilnya, pekung mereka yang jijik menjadi tontonan rakyat.

Bukan satu dua keaiban PAS, PKR dan DAP dilondeh oleh Allah untuk disaksikan rakyat. PAS sebelum ini dicemarkan oleh pendedahan mengenai beberapa pemimpinnya yang dikatakan terlibat dengan aktiviti seks tidak bermoral. Allah melorongkan jalan kepada beberapa blogger yang mahukan kebenaran untuk menemui 'rahsia gelap" ADUN Selising dan ADUN Perupok. Skandal ini didedahkan Allah melalui blogger PapaGomo dan rakan-rakannya.

Anwar pula tidak habis-habis dilondehkan Allah, terutamanya setelah dia dianugerahkan isterinya dengan gelaran "pemimpin anugerah Tuhan". Bukan setakat kes liwatnya terhadap Saiful kian terungkai pelbagai rahsia seperti DNA Lelaki Y, KY Jelly dan sebagainya, malah Anwar turut dimalukan dengan pendedahan skandal video seks yang dikaitkan dengannya oleh Datuk T.

Dalam masa yang sama, reaksi Anwar turut menjadi perhatian rakyat dan dia dilihat begitu beremosi, terutamanya ketika berhadapan dengan wartawan. Bila dia diajukan soalan, dia cepat melenting marah tanpa sebab. Sudahlah tidak menjawab soalan, dimarahnya pula wartawan tersebut.

Bukan itu saja, dia yang biadap terhadap wartawan, wartawan pula yang dituduhnya biadap padanya!

Mungkin Anwar sudah gila akibat tertekan tidak punya alasan untuk di"putar alam"kan.

Justeru solat hajat dan bacaan Yaasin semalam. Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana secara tidak langsung sekiranya niat majlis berkenaan dikabulkan Allah, maka dengan izinNya, rakyat dan dunia akan melihat lebih banyak keaiban PAS, Anwar dan Pakatan Haram bakal didedahkan demi menyerlahkan kebenaran. Kita tunggu dan lihat saja hasilnya. InsyaAllah, segalanya akan terungkai kelak…

Tiada ulasan:

Pengikut