Isnin, 25 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Boikot Utusan : MCA jangan jadi musang berbulu ayam – Syed Ali

Posted: 24 Apr 2011 09:20 PM PDT

PEMIMPIN MCA diberi amaran supaya jangan menangguk di air keruh dengan menjadikan akhbar Utusan Malaysia sebagai sasaran untuk membangkitkan keresahan kaum di negara ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, akhbar Utsuan sejak ditubuhkan lebih 46 tahun lalu merupakan denyut nadi kepada kebangkitan seluruh umat Melayu.

Beliau berkata, akhbar Utusan Malaysia merupakan cerminan kepada pembangunan sosio-budaya dan politik umat melayu sejak zaman pasca-kemerdekaan sehingga sekarang.

"Oleh sebab itu, kalau MCA sudah melampau dan ada niat untuk membunuh kredibilti akhbar Utusan, maka mereka perlu bersedia untuk berdepan dengan tentangan daripada umat Melayu," tegasnya.

Syed Ali mengingatkan, MCA tidak sepatutnya mengikut rentak DAP yang merupakan musuh kepada kestabilan politik Barisan Nasional (BN).

"JIka MCA pun senada dengan DAP, bermakna pemimpin mereka boleh diibaratkan sebagai musang berbulu ayam, tidak ikhlas dan masih tebal dengan politik rasis," tegasnya lagi.

Beliau berkata, akhbar Utusan adalah simbol kebangkitan umat Melayu yang isunya sentiasa relevan dan menjadi dasar kepada isu nasional.

MCA ikut rentak DAP

Sehubungan itu tegasnya, tindakan pemimpin MCA yang mahukan supaya akhbar Utusan Malaysia diboikot atas alasan memainkan isu sentimen merupakan percubaan untuk mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok baru-baru ini menggesa rakyat memulaukan Utusan Malaysia dengan mendakwa konsep '1Melayu 1Bumi' yang diilhamkan akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Dalam hal ini, Syed Ali mempersoalkan mengapa MCA cepat melatah sedangkan selama ini berpuluh akhbar berbahasa Cina yang sengaja meniupkan api perkauman tetapi tidak diambil tindakan oleh kerajaan.

Sehubungan itu, beliau mahu MCA perlu terlebih dahulu melihat akhbar-akhbar berbahasa Cina yang sekain lama 'hidup' atas isu perkauman dan tidak mengikut rentak yang dimainkan oleh DAP.

"Mengapa pemimpin MCA tidak menegur ada akhbar Cina yang sengaja mesensasikan isu rasis dan kepentingan kaum tertentu jika benar mereka ikhlas berpegang kepada semangat perpaduan antara kaum," tambahnya.

Serentak itu, beliau mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya mengamil tindakan tegas terhadap beberapa akhbar berbahasa Cina yang sengaja memainkan isu perkauman.

"Saya minta KDN, buat lah sesuatu untuk menangani isu ini, rakyat sebenarnya sudah bosan dengan kerenah kementerian yang terlalu sangat bertolak ansur," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut