Apo Kono Eh Jang! |
DS Najib Perlu Mula Jelajah 1Malaysia, Mula Di NS Posted: 25 Apr 2011 02:54 AM PDT Tiada siapa boleh menafikan bahawa Perdana Menteri punya pengaruh yang begitu besar dalam kejayaan besar BN di Sarawak. Walaupun berkurang 8 kerusi dari pilihanraya yang lepas, itu adalah sebab faktor lain diluar kemampuan Perdana Menteri, yang penting, sasaran untuk mengekalkan kuasa dan majoriti 2/3, dicapai. Sehubungan dengan itu, kita pinta Perdana Menteri agar memulakan jelajahnya di seluruh Malaysia dalam persediaan untuk menghadapi pilihanraya umum pula. Sebab, sama di Sarawak, ada Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menghadapi krisis keyakinan di kalangan rakyat dalam negeri tersebut walaupun mereka selamat di kawasan masing-masing. Di Negeri Sembilan sebagai contoh, ura-ura untuk menaik tarafkan Seremban sebagai sebuah Bandaraya pada Mei ini sudah mula mendatangkan resah dikalangan penduduk Negeri Sembilan. Cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Hassan untuk menggabungkan bandar Seremban dan Nilai bagi membentuk Majlis Bandaraya Seremban, akan menjejaskan rakyat dalam kawasan tersebut akibat dari kenaikan pelbagai jenis cukai bandaran. Tidak terkecuali kakitangan-kakitangan kontrak dari Majlis Perbandaran Nilai dan Seremban yang akan ditamatkan perkhidmatan setelah penggabungan berlaku. Cadangan sama pernah diutarakan pada 2008 tapi perubahan dalam dasar untuk menaik taraf majlis perbandaran kepada bandaraya (penduduk 500,000 dan pendapatan RM 80 juta setahun) telah menyebabkan cadangan itu ditangguhkan. Perubahan dasar ini pun dilakukan oleh Perdana Menteri yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan. Penduduk Seremban dan Nilai pun tak sampai pun 500 ribu orang, belum sebut pendapatan lagi. Paling tak sedap, nama Perdana Menteri digunakan untuk menjustifikasikan proses penggabungan tersebut, kononnya Perdana Menteri sudah setuju. Sedangkan penulis tahu, tidak mungkin Perdana Menteri akan bersetuju dengan rancangan yang hanya akan membebankan rakyat melainkan tiada pilihan sangat. Setakat yang penulis tahu, dengan keadaan sekarang, tidak ada apa masalah pun. Sudahlah Nilai dan Seremban, masing-masing berada di dalam penguasaan DAP tapi jangan dilupa, ada banyak lagi DUN DUN dalam Parlimen Seremban serta DUN Nilai sendiri yang perlu diberi perhatian agar dapat dirampas semula dari pembangkang. Semalam, bintang video porno paling hebat dalam negara kita telah mengadakan ceramah "Rakyat Bangkit" di Bandar Sri Sendayan dan isu ini juga telah disentuh. Ini satu hal juga, Bandar Seri Sendayan berada dalam kawasan DUN Menteri Besar dan Parlimen Ketua Pemuda UMNO. Walhal, Menteri Besar 'berjaya' menyelesaikan masalah tanah penduduk Sendayan dulu tapi Anwar masih berupaya buat ceramah disini. Begitulah kritikalnya masalah yang di atas itu sehingga pembangkang berjaya tembus kawasan yang dulunya kubu kuat UMNO. Sebab itu penulis pinta Perdana Menteri turun padang mendengar sendiri denyut nadi rakyat di Seremban dan Nilai khasnya serta Negeri Sembilan amnya. Jangan besok disebabkan keputusan kurang bijak sesetengah pihak yang ghairah nak berbandaraya bagi menyaingi jiran yang disebelah, mendatangkan kesan kepada sokongan rakyat dikedua kawasan tersebut kepada BN. Kita yakin kehadiran Perdana Menteri dapat membetulkan semula masalah ini dan menarik semula sokongan rakyat kepada BN di kawasan Seremban ini. |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan