WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG |
- Undur, undur, undur kaled
- lagi berkenaan lelaki v.. adakah sama dengan lelaki y
- Alahai SAPA PULAK PEMBANGKANG yang berlakon porno?
Posted: 21 Mar 2011 02:44 AM PDT Pemuda Umno Sungai Besar Demontrasi mendesak Khalid Ibrahim meletakkan jawatan akibat kerugian Yayasan Selangor, selepas solat Jumaat, Masjid Pt 4, Sungai Hj Dorani,25 Mac 2011. Ayuh suara desakan kita, Bawa sepanduk |
lagi berkenaan lelaki v.. adakah sama dengan lelaki y Posted: 21 Mar 2011 01:23 AM PDT PANAS JAHANAM!!! VIDEO SEKS LELAKI Y TERSEBAR???Panassss... akan ada orang yg mengamuk sakan nampaknya... segalanya bakal berakhir... habis lah kau. Selamat jalan. Babai... KUALA LUMPUR, 21 Mac — Rakaman video menunjukkan, seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan ditontonkan kepada media hari ini. Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi. Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini. Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut. Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai "Datuk T". Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya. Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia ada tuan punya diri, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan. Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin. Dalam satu kenyataan yang turut diberikan kepada media, yang turut tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan spa. Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks. "Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya," kata kenyataan itu. Kata kenyataan itu, wajar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks dengan pelacur tersebut. Datuk T berkata dia akan menghantar rakaman video itu kepada pemimpin tersebut dalam seminggu. "Kami tidak mahu pembabitan kerajaan dalam isu ini. Jika dia dan isterinya tidak meletakkan jawatan, maka kami akan meminta agar diadakan panel bebas NGO untuk mengendalikan siasatan forensik ke atas (rakaman) video ini," katanya selepas rakaman itu dipertontonkan. Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut. Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi. Adegan seks berlarutan kira-kira 17 minit sebelum pemimpin politik menuju ke sebelah kanannya, dipercayai ke bilik air. Wanita berkenaan, selepas membersihkan dirinya dengan kertas isu, menggeledah barang milik pemimpin politik itu dan mengambil sesuatu, dipercayai jam tangan Omega miliknya. Jika pemimpin itu dan isterinya tidak meletakkan jawatan dalam tempoh tujuh hari selepas rakaman video tersebut diserahkan, maka NGO-NGO perlu menubuhkan panel bebas untuk menyiasat, kata kenyataan yang hanya tertera nama "The Insider". "Satu dunia akan tahu," kata kenyataan itu dan terserah kepada kedua-dua mereka untuk membuat keputusan. "Mengapa saya buat ini? Ada had bagi pembohongan — 'Cukup Sudah', dan sudah sampai masanya bagi orang ramai untuk mengetahuinya... kebenaran," kata kenyataan itu lagi. - The Malaysian Insider |
Alahai SAPA PULAK PEMBANGKANG yang berlakon porno? Posted: 21 Mar 2011 01:01 AM PDT Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang? Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini. Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum. Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007. Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut. Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu. Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya. Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan. Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks. Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya "untuk mengenal pasti orang dalam video" tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang. Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut tetapi sebaliknya terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu. |
You are subscribed to email updates from WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan