Isnin, 21 Mac 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK

Posted: 20 Mar 2011 09:21 PM PDT


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada hari Isnin, 21 Mac 2011, menamatkan spekulasi tarikh pilihan raya negeri itu. Pembubaran itu membolehkan pilihan raya negeri kali ke-10 diadakan.

Tarikh penamaan calon dan pengundian walau bagaimanapun belum diumumkan. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Barisan Nasional telah mencapai kemenangan cemerlang di Dun Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang dalam pilihan raya kecil 6 Mac lalu.

Tan Sri Taib Mahmud yang memimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama parti komponen BN di Sarawak memenangi 61 daripada 69 kerusi dalam pilihan raya terakhir pada Pilihanraya Negeri pada tahun 2006.

Selepas 16 pilihan raya kecil Dun dan Parlimen pasca-Pilihan Raya Umum ke-12, BN dan PR memiliki kekuatan yang setara dengan kedua-dua pihak memenangi 8 kerusi.

Malah BN mungkin mempunyai beberapa kelebihan ekoran persaingan dalaman parti-parti PR, termasuk PAS yang akan melalui pemilihan kepimpinan awal Jun nanti.

NOTA KAKI : Semoga Pilihan Raya Negeri Sarawak akan berjalan dengan amalan demokrasi dan memberi kejayaan yang lebih cemerlang kepada Barisan Nasional.

Tiada ulasan:

Pengikut