umno bahagian cheras |
Pembangkang diam isu DNA tetapi kecoh pasal video seks Anwar Posted: 22 Mar 2011 08:35 AM PDT DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyelar sikap pemimpin pembangkang yang hanya membisu berhubung isu DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi mengambil pendekatan membela Ketua Umum PKR yang didakwa terbabit dalam video seks. Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendakwa, pendirian pemimpin pembangkang dalam dua isu berkenaan jelas membuktikan mereka lebih prihatin terhadap kepentingan politik Anwar daripada memenuhi tuntutan rakyat. Katanya, selama ini mereka tidak memberi perhatian terhadap keperluan sampel DNA oleh pihak pendakwa walaupun ianya penting dalam proses perbicaraan kes liwat Anwar. "Ini membuktikan pemimpin pembangkang sebenarnya sekadar kuda tunggangan Anwar," ujarnya. Sebaliknya, hari ini (semalam) mereka melatah dengan isu rakaman video seks yang lelaki digambarkan itu menyerupai Anwar bersama pelacur rakyat asing. "Ketika rakyat mahu Anwar serahkan sampel DNA sepertimana diminta oleh pihak pendakwa, tetapi sekutu pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) mengambil sikap berdiam diri," katanya. Sepatutnya jelas beliau, pemimpin pembangkang terutama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat turut mendesak Anwar supaya menyerahkan sampel DNA jika benar belau tidak terbabit dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari. Bagaimanapun kata beliau, pembangkang mengeksploitasikan isu rakaman video seks dengan melemparkan tuduhan sebagai perancangan jahat pihak tertentu terutamanya UMNO untuk mengaibkan Anwar. "Saya melihat ini adalah strategi Anwar untuk menarik simpati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," ujarnya. Lagipun jelas beliau esok (Rabu) merupakan hari penentuan kepada Anwar kerana mahkamah akan membuat keputusuan terhadap permohonan pihak pendakwa untuk mendapatkan sampel DNA Anwar. Mengulas laporan polis yang dibuat oleh Anwar mengenai rakaman video seks tersebut, Syed Ali berkata siasatan perlu disegerakan. "Kita tidak tahu siapakah Datuk T, siapa perancang dalam isu tersebut, tetapi tidak mustahil rakaman tersebut mungkin dirancang oleh Anwar atas kepentingan politik atau pun kerana beliau semakin takut untuk menunggu hari esok (Rabu)," katanya. |
Mungkinkah Anwar sengaja rancang pembikinan video seks ? – Syed Ali Posted: 21 Mar 2011 09:04 PM PDT MENGAPA Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tergesa-gesa mengadakan sidang media sebaik sahaja tersebar pendedahan rakaman video seks di salah sebuah hotel di sini semalam ? Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, situasi itu seolah-olah memberi gambaran bahawa isu rakaman video seks itu seperti sengaja dirancang. Katanya, persoalanya juga timbul kenapa lelaki yang dikenali sebagai Datuk T itu tidak menyerahkan pita rakaman video seks tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut jika sahih membabitkan ketua pembangkang. "Isu tersebut adalah serius kerana membabitkan maruah pemimpin politik dan sewajarnya Datuk T menyerahkan kepada polis terlebih dahulu sebelum ditontonkan kepada wartawan," katanya. "Datuk T hanya mempertontonkan kepada sekumpulan wartawan terpilih petang samalam, ini menimbulkan teka-teki kemungkinan besar Anwar sengaja merancang pembikinan video tersebut. Lagipun kata beliau, rekod Anwar sebelum ini membuktikan beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa termasuk berbohong dan mengkhianati perjuangan umat Melayu. Oleh itu tegas beliau, polis perlu segera menjalankan siasatan terhadap Anwar dan individu yang dikenali sebagai Datuk T bagi mencari modus operandi rakaman video seks tersebut. Syed Ali juga melahirkan rasa hairan kenapa rakaman video seks itu dibuat dalam bentuk hitam putih sedangkan sekarang ini penggunaan teknolgi warna dipakai secara meluas dalam pembikinan apa jua bentuk rakaman filem. Dalam hal ini, Syed Ali tidak menolak kemungkinan Anwar berbuat demikian bagi mengalih perhatian umum dalam isu DNA yang sepatutnya diserahkan kepada pihak pendakwa dalam kes liwat beliau dengan Mohd. Saiful Bukhari. Polis perlu siasat Anwar dan Datuk T "Tiba-tiba sahaja isu rakaman video seks didedahkan menjelang keputusan Mahkamah Tinggi, Rabu ini (esok) terhadap permohonan pihak pendakwa mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNAnya," tegas beliau. Katanya, Anwar sebenarnya takut jika hasil ujian DNA itu akan membongkar banyak rahsia termasuk hubungan sulitnya dengan isteri Azmin Ali sehingga melahirkan seorang anak, seperti didedahkan oleh keluarga terdekat Azmin sebelum ini. Menurutnya, tindakan Anwar segera menafikan pembabitan beliau dalam video seks itu seolah-olah seperti ingin membayangkan kebenaran rakaman berkenaan bahawa ada kaitan dengan diri beliau. "Anwar sengaja mengadakan sidang akhbar menafikan diri beliau sebagai individu yang dimaksudkan itu dengan harapan isu DNA akan dilupakan dan dalam masa yang sama menagih simpati rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak," tegasnya. Beliau berkata, sepatutnya Anwar membuat laporan polis jika individu dipaparkan melakukan hubungan seks dengan wanita tidak dikenali itu menyerupai dirinya. "Malangnya Ahli Parlimen Permatang Pauh itu secara melulu menuduh rakaman video seks itu didalangi oleh musuh politiknya. Inilah taktik licik Anwar untuk menyerang UMNO", ujarnya lagi. Dalam hubungan ini, Syed Ali menjelaskan, Anwar tidak sepatutnya mengaitkan apa sahaja yang berlaku ke atas dirinya sebagai angkara perbuatan UMNO mahupun Barisan Nasional (BN). Cuba alihkan perhatian isu DNA " Anwar tidak habis-habis menuduh UMNO sebagai dalang di atas apa jua musibah yang berlaku terhadap dirinya, seolah-olah cuba memberi gambaran bahawa beliau adalah manusia terpilih, bersih dan tidak pernah melakukan sebarang dosa," tegasnya. Syed Ali mengulas pendedahan rakaman video seks oleh seorang lelaki bergelar Datuk T kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Sri Carcosa Negara semalam, yang memaparkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dikatakan pelacur asing. Beberapa laman sesawang dan portal berita dengan pantas menyiarkan pendedahan Datuk T itu dan lewat petang semalam juga, Anwar dalam keadaan tergesa-gesa mengadakan sidang media di Ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya. Anwar dalam sidang medianya antara lain menjelaskan beliau difahamkan muka (lelaki dalam video seks itu) adalah mirip mukanya tetapi perut jauh lebih buncit daripada beliau. Laporan media hari ini pula secara meluas melaporkan pendedahan tersebut dan Datuk T dilaporkan sebagai berkata beliau akan menghantar rakaman tersebut kepada pemimpin itu dan isterinya bagi pengecaman dalam masa seminggu. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan