Jumaat, 25 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Pergolakan di kampus : Syed Ali bimbang pembangkang jadikan mahasiswa kader politik

Posted: 25 Feb 2011 12:05 AM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee bimbang golongan pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijadikan kader-kader politik oleh pembangkang dalam usaha mereka menguasai kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, bukan rahsia lagi bahawa pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan mahasiswa sebagai alat untuk meneruskan gerakan reformasi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Kita tidak pernah takut untuk berdepan dengan Anwar, tetapi kita kesal kerana mahasiwa sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran bukannya terikut dengan rentak pembangkang," tegasnya.

Beliau berkata, berdasarkan perjalanan pilihan raya kampus di universiti-universiti tempatan menunjukkan pihak pembangkang cuba menguasai kumpulan pro-mahasiswa.

Pilihan raya kampus kali ini menarik perhatian ramai apabila berlaku kejadian bergaduh dan tunjuk perasaan 17 jam oleh mahasiwa termasuk misteri 'kehilangan' calon pro-mahasiswa.

Malah keadaan bertambah tegang apabila ibu kepada salah seorang calon pro-mahasiswa, yang dikatakan salah seorang pemimpin sayap PAS dikatakan turut berkempen.

Kampus dijadikan gelanggang politik pembangkang

Dalam hal ini, Syed Ali kesal kerana universiti telah dijadikan gelanggang politik oleh parti-parti pembangkang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan mahasiswa.

" Pembangkang cuba meracuni pemikiran mahasiswa dengan ideologi politik radikal dengan memainkan sentimen kuasa pelajar dengan menjadikan revolusi poklitik di Timur Tengah sebagaia aspirsi perjuangan mereka," katanya.

Beliau tidak menolak perkembangan tersebut kesan daripada sikap terbuka Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang sebelum ini dilihat terlalu lantang membela golongan mahasiswa.

"Banyak pihak berpendapat Saifuddin terlalu bersikap terbuka dan pendiriannya terhadap gerakan mahasiwa kadangkala dilihat bercanggah dengan kepentingan kerajaan," tegasnya.

Dalam hal ini, beliau bimbang ada 'musang berbulu ayam' yang cuba menyerap fahaman radikal dan politik liberal di kalangan mahasiswa bagi menjayakan agenda Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan perlu pantau kemungkinan gerakan pro-Anwar juga turut didalangi oleh kakitangan dan para pentadbir universiti-universiti berkenaan," katanya lagi.

Mungkin ada 'musang berbulu ayam' di IPTA

Dengan mengambil contoh bagaimana usaha Saifuddin memperjuangkan 'sudut pidato', yang pernah dipelopori Anwar semasa berada di kampus, Syed Ali berkata gerakan mahasiswa perlu dipantau pihak berkuasa.

"Kita tidak khuatir jika ada sebahagian kecil daripada mereka yang pro-pembangkang, tetapi kita kesal kerana ruang pengajian mereka untuk memperolehi kejayaan cemerlang dalam akademik telah dicemari dengan idelogi politik," jelasnya.

Mengenai desas-desus Anwar akan mengadakan 'perhimpunan rakyat' di Dataran Merdeka dalam masa terdekat ini dengan turut mengheret pembabitan mahasiwa, Syed Ali menjelaskan pihak berkuasa perlu segera menyiasat mengenai dakwaan tersebut.

"Jika benar Anwar akan berbuat demikian dengan memperalatkan golongan mahasiswa, saya berharap polis perlu bertindak pantas menanganinya," ujar beliau.

Tiada ulasan:

Pengikut