6 MAC 2011 ADALAH HARI PENENTUAN Posted: 24 Feb 2011 05:30 PM PST PAS TERUS BERDEGIL.. | INFO PILIHANRAYA KECIL N27 DUN MERLIMAU |
Hari ini, lengkap sudah pengumuman calun untuk parti yang bakal menentang calun BN di PRK N27 Dun Merlimau pada 6 Mac nanti ialah dari PAS setelah dinamakan Yuhaizat Abdullah, 38, oleh Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Jasin.
Cakap-cakap sebelum ini mengatakan PAS akan menarik diri dan memberi laluan kepada PKR telah terbukti salah. Ketua AMK PKR pernah menegas dan mendesak pucuk pimpinan Pakatan Rakyat agar PRK kali ini diberikan kepada PKR rupanya tidak mendapat perhatian. Walaubagaimanapun, Lim Kit Siang awal-awal lagi telah meramalkan PAS akan kalah seandainya masih berdegil meletakkan calun mereka. Beginilah drama yang dapat kita saksikan di dalam Pakatan Rakyat.
Siapa si Yuhaizat ni? Telah kedengaran banyak cerita-cerita peribadi yang kontroversi dari penduduk-penduduk Merlimau. Dalam masa terdekat, kita akan dedahkan. Tetapi serba sedikit yang kedengaran boleh dibaca di sini
Tertanya-tanya mengapa Yuhaizat sanggup dikambing hitamkan oleh pemimpin-pemimpin mereka!
Terdahulu, calun BN telah diumumkan oleh TS Muhyiddin: Dan hari ini, PAS pula mengumumkan calunnya;
Kita nantikan sama-sama di hari pencalunan pada 26 Mac. Apakah mungkin ada calun-calun lain yang akan turut serta bertanding atau hanya BN vs PAS sahaja? Perlawanan sudah bermula... Ayuh kita pastikan kemenangan untuk BN dengan majoriti yang megah! |
|
RAKYAT DI DAHULUKAN : PM umum tiada kenaikan tol untuk 5 tahun akan datang... Posted: 24 Feb 2011 05:10 PM PST PM umum tiada kenaikan tol untuk 5 tahun akan datang...
Oleh: NOR HASILAH ISMAIL
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak umum kerajaan akan menamatkan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat menghubungkn Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught berkuatkuasa Mei tahun ini.
Ketika mengumumkan demikian di Putrajaya, Jumaat, Perdana Menteri berkata penutupan tol itu adalah lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya, iaitu 2018. "Ini bermakna pengguna lebuhraya tersebut tidak perlu lagi membayar tol di lebuhraya berkenaan," katanya.
Najib berkata inisiatif penutupan awal tol itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna lebuhraya berkenaan.
Beliau turut mengumumkan bahawa tiada kenaikan tol akan berlaku untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.
Beliau berkata keputusan untuk tidak menaikkan tol selama lima tahun itu dibuat berikutan kesediaan dua orang ahli koporat korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi.
Najib turut menjelaskan tiada pampasan akan diberikan oleh kerajaan untuk semakan tol yang tertunggak dan beliau berharap syarikat konsesi yang lain sama ada untuk mengekalkan kadar tol atau mengurangkannya atau memansuhkan terus demi kepentingan rakyat.
Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas peluang BN pada Pilihanraya Kecil (PRK) Tenang, Najib berkata beliau berharap pengundi memilih wakil rakyat yang berkaliber.
"Saya masih bertenang. Mudah-mudahan. Insyallah. Saya harap pengundi fikirkan masa depan mereka. Yang penting mereka pilih wakil rakyat yang berkaliber." ujarnya - 28/01/11. |
|
CALUN BN TERUS DAPAT SOKONGAN. Posted: 24 Feb 2011 05:08 PM PST Roslan Ahmad, calon BN Merlimau... Oleh: LUKMAN ABDULLAH
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad dinamakan sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil DUN Merlimau. Pengumuman tersebut dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi BN Merlimau petang Rabu.
Lebih 2,000 orang penyokong BN hadir pada majlis berkenaan termasuk ramai pemimpin BN seperti Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas pengumuman itu Muhyiddin berkata beliau percaya senario politik negara pada masa ini berpihak kepada Barisan Nasional (BN) atas faktor rasa puas hati yang dirasai oleh semua kaum di negara ini. "Saya lihat peningkatan keseluruhan keyakinan rakyat kepada BN bertambah baik berbanding pilihan raya umum lepas (2008) dan rakyat kini lebih senang dan selesa dengan BN," katanya.
Muhyiddin berkata suasana "feel good" atau rasa puas hati itu dibuat berasaskan kepada kemenangan calon BN pada beberapa pilihan raya kecil yang lepas dan menurutnya senario itu perlu diperkukuhkan lagi. Beliau berkata, BN telah mengambil langkah transformasi politik dan begitu juga perubahan transformasi ekonomi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Transformasi itu yang dimulakan oleh Perdana Menteri sudah ada impak dan hasilnya rakyat akan lebih menilai keupayaan kita (menerusinya) berbanding apa yang dilakukan oleh pihak parti lawan," katanya. Mengenai pilihan raya kecil DUN Merlimau, Muhyiddin menasihati jentera pilihan raya parti supaya tidak terlalu yakin walaupun penerimaan rakyat terhadap BN kini amat baik. "Bermula hari ini, kerja-kerja turun ke padang boleh dilakukan untuk bertemu para pengundi," katanya dan tegasnya bertemu dengan pengundi adalah penting untuk bertanya khabar, bersalam dan bertanyakan masalah mereka untuk dibawa ke pemerhatian BN. Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, BN Melaka sudah bersiap sedia bekerja keras bagi memastikan kemenangan dengan majoriti lebih besar pada pilihan raya kecil itu bagi memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dihasrat oleh Perdana Menteri. "Insyallah, kita akan cuba," katanya. Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. DUN Merlimau mempunyai 10,679 pengundi pendaftar melalui tujuh daerah mengundi iaitu Air Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Mohamad Hidhir pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung. -23/2/2011
BERITA SEBELUM INI : 'Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'. Begitulah yang diboleh diibaratkan pada Roslan Datuk Ahmad yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. Roslan, 44 tahun merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin merupakan anak kepada arwah Datuk Ahmad Ithnin bekas Ketua UMNO Bahagian Jasin (1974 – 1978) juga anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.
Beliau seorang bekas Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin selama dua penggal, pernah memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Merlimau selama 10 tahun. Dilahirkan di Merlimau Pasir dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau kemudian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau. Sekolah Menengah Teknik Melaka terus mengambil Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Maktab Adabi Muar dan menerima Diploma Pentadbiran dan Perniagaan di Institiut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Kuala Lumpur.
Beliau kini bertugas sebagai Pengurus Unit Pembangunan Perniagaan dan Sosiol Ekonomi di Perbadanan Melaka Holding Sdn Bhd.
Ketika ditemui Agendadaily , Roslan merupakan seorang yang ramah, mesra, bersifat lemah lembut, berbudi bahasa dan menghormati pemimpin. "Terima kasih pada pucuk pimpinan dan itu adalah amanah yang kita sebagai ahli politik mesti pikul demi kepentingan parti. Saya hanya boleh berusaha dengan azam yang kuat, namun tidak boleh bersendirian kerana seluruh pemimpin dalam UMNO Bahagian Jasin mesti memberi sokongan untuk menempa apa-apa kejayaan, itu bukan hanya pada saya tapi pada sesiapa pun yang jadi calon di Merlimau ini," kata Roslan. DUN Merlimau mempunyai seramai 10,679 pemilih berdaftar termasuk 36 pengundi pos dalam rekod daftar pemilih sehingga 31 Disember lalu. Terdapat pengundi Melayu 64.1 peratus, Cina (20.8 peratus), India (14.4 peratus) dan lain-lain bangsa (0.7 peratus). Pada Pilihan Raya Umum 2008, calon BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan mengekalkan kerusi itu apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang. Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 21 saluran tempat mengundi. Sekolah-sekolah berkenaan adalah SJK (C)Jasin Lalang, SK Chinchin, SJK (T) Ladang Jasin Lalang, SK Merlimau 2, SK Merlimau 1, SK Merlimau dan SJK (C) Merlimau.-22/02/2011 |
|
APAKAH NASIB YUHAIZAT SAMA MACAM NORMALA, SAMA-SAMA KITA NANTIKAN! Posted: 24 Feb 2011 04:59 PM PST PRK Merlimau: PAS Pertaruh Yuhaizad Oleh HAIRULAZIM MAHMUD Yuhaizad Abdullah. - Foto THE STAR Oleh M. AZHAR ARIF JASIN: PAS mempertaruhkan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini. Pengumuman calon parti pembangkang itu dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis dekat sini, malam Khamis. Yuhaizad yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin memiliki Diploma Tasawur Islam dijangka berdepan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44, pada PRK yang ke-15 sejak Pilihan Raya Umum ke-12 lalu. Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution; Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke dan Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Ghani Rahman. Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin berkenaan pada pilihan raya kecil berkenaan. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan serentak dengan pemilihan Kerdau di Pahang. |
|
PAS names candidates Posted: 24 Feb 2011 04:57 PM PST
Reports by SA'ODAH ELIAS, MARTIN CARVALHO, R.S.N. MURALI, CHRISTINA TAN, ONG HAN SEAN, K. ASHRAF KAMMED and NIK NAIZI HUSIN
JASIN: Malacca PAS deputy youth chief Yuhaizad Abdullah, 38, is the PAS candidate for the Merlimau by-election and the party's candidate for the Kerdau seat is its Pahang information chief Hassanudin Salim.
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang announced Yuhaizad's candidacy here last night at a gathering of 2,000 Pakatan Rakyat supporters at the party's Solehin headquarters in Merlimau Pasir.
The party's spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat named Hassanudin as the candidate in Temerloh earlier yesterday.
Yuhaizad, who is Jasin PAS division chief, will face Barisan Nasional's Roslan Ahmad who heads Perbadanan Melaka Holdings, a state corporation.
Yuhaizad, a local from Kampung Chihchin, has a diploma in Islamic Studies.
The Merlimau seat fell vacant following the death of its former assemblyman Datuk Mohd Hidhir Abu Hasan on Jan 20.
Nomination day in both Merlimau and Kerdau has been set for Saturday and polling is on March 6.
The by-election for the Kerdau seat followed the death of its incumbent Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, on Feb 12.
Hassanudin had lost the Kerdau seat to Zaharuddin in the 2008 elections.
He will face the Pahang mentri besar's special religious officer Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, who has been picked as Barisan's candidate. |
|
PENA DR SIVA :BN SUDAH BERSEDIA! Posted: 24 Feb 2011 04:50 PM PST Sudah bersediakah BN?
Oleh DR. SIVAMURUGAN PANDIAN
SEJAK Konvensyen Barisan Nasional (BN) pada Disember 2010, Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak secara berterusan bertemu dengan pelbagai lapisan pemimpin.
Ekoran itu, ramai pihak menafsirkan bahawa Parlimen akan dibubar dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi. Benarkah BN sudah bersedia untuk berhadapan dengan PRU-13? Mampukah BN kembali meraih cemerlang sebelum PRU-12 pada 2008? Benarkah BN akan sekadar berpuas hati dengan keputusan yang hampir sama dengan PRU 2008 atau berpuas hati dengan peningkatan beberapa kerusi sahaja?
Selepas Mac 2008, tidak dinafikan BN sudah melalui proses muhasabah dan cuba membina parti berasaskan perubahan persekitaran landskap politik tanah air. Pelbagai pendekatan cuba diketengahkan termasuk memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang diikat dengan tiang seri seperti Pelan Transformasi Kerajaan (PTK). Ia didokongi pula dengan Bidang Keberhasilan Utama Baru (NKRA), Pelan Transformasi Ekonomi (PTE), Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10).
Malahan, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak kebelakangan ini menyebelahi BN dan antara faktor penarik adalah Najib dan gagasan besar beliau. Walaupun begitu, adakah ini boleh dijadikan kayu pengukur bahawa BN sudah bersedia berhadapan dengan PRU-13?
Ada ura-ura untuk mengadakan PRU dan pilihan raya negeri Sarawak serentak. Barangkali, perlu diingatkan kepada pihak yang berpandangan sedemikian bahawa PRU tidak boleh diadakan serentak semata-mata untuk menyelamatkan keputusan dan kepimpinan di Sarawak, walhal ia boleh diadakan pada masa berlainan dengan menanam keyakinan untuk mempertahankan majoriti dua pertiga, walaupun kemungkinan tidak sama dengan keputusan tahun 2006.
Keputusan PRU-13 adalah untuk membolehkan Najib diberi mandat bagi mentadbir urus negara tanpa perlu memikirkan persoalan politik yang terus menghujani negara sejak Mac 2008 terutama manipulasi yang berterusan sehingga melahirkan keadaan tidak menentu.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dijadikan iktibar dan iltizam sebelum benar-benar bersedia untuk melangkah ke PRU.
Pertama, adakah BN sudah melalui proses reformasi, pembaharuan menyeluruh dan bersedia menunjukkan keunikannya supaya pengundi memilih calon BN dan keluar dari krisis keyakinan serta kepercayaan yang terhakis sebelum Mac 2008? Ia harus bermula dengan persiapan dalam parti komponen termasuk mengiktiraf kumpulan keahlian langsung parti BN serta beberapa kumpulan yang dilancar sewaktu Konvensyen 2010. Jika ahli terus BN dipilih sebagai calon, bersediakah parti komponen BN menerima keputusan sedemikian atas kepentingan martabat parti induk?
Kedua, adakah persediaan BN kali ini bebas dari kumpulan serpihan dalam parti yang menjadi dalang sehingga melakukan cah keting, sabotaj, boikot dan cantas mencantas. Musuh BN adalah BN sendiri dan bukan barisan pembangkang. BN tidak boleh menyatakan ia sudah bersedia semata-mata kerana pihak pembangkang berhadapan dengan masalah kepincangan kepimpinan parti ataupun PRU perlu diawalkan memandangkan global akan berhadapan dengan kegawatan ekonomi yang lebih buruk.
Malahan rentetan peristiwa di Asia Tengah seolah-olah menunjukkan krisis ekonomi global satu kebarangkalian besar terutama dengan penawaran dan permintaan minyak yang mungkin akan melambung selepas ini. Apapun, persediaan BN perlu melangkaui elemen-elemen tersebut.
Ketiga, apakah jentera parti sudah mantap berbanding dengan persediaan sebelum ini yang sering berkeyakinan tinggi sebelum PRU tetapi lembap dan kurang berdaya ketika PRU kerana sikap terlalu yakin. Apakah ia sudah padat dengan skil berpolitik alaf baru dengan keupayaan manipulasi politik secara kreatif termasuk media alternatif untuk bersifat ofensif daripada defensif dalam parti komponen agar ia dapat digerak sebagai satu pasukan 1Malaysia BN.
Pengerusi BN perlu diberikan informasi tepat mengenai persekitaran komuniti serta anggota parti kerana masa depan BN juga bergantung kepada prestasi komponen BN. Pemimpin akar umbi perlu diberi pengiktirafan terhadap tanggungjawab mereka untuk membawa sokongan ke atas BN.
Keempat, adakah manifesto PRU-12 sudah dipenuhi beserta dengan pelaksanaan menyeluruh gagasan doktrin Najib kerana slogan 'pencapaian diutamakan', sudah pasti akan menjadi sebahagian daripada manifesto BN pada PRU-13. Kegagalan melaksanakan apa yang dirungkai dalam manifesto 2004 pada PRU-11 menyebabkan keyakinan pengundi BN merosot pada PRU-12.
Kelima, apabila BN nyatakan sudah bersedia, ia juga akan mencerminkan ia sudah berdiri dengan kekuatan sendiri dan bukan kelemahan lawan. Politik adalah 'the arts of possible', banyak kemungkinan yang perlu dihalusi, diteliti dan diperincikan sebelum BN boleh menganggap ia bersedia. BN perlu belajar daripada kesilapan congakan Mac 2008 apabila ada laporan tidak benar bersifat membodek pemimpin diberikan semata-mata untuk menyedapkan hati pemimpin atasan termasuk fakta yang tidak memperlihatkan sentimen di peringkat akar umbi.
Banyak nilai seperti maklumat empirikal perlu menyokong laporan yang menyatakan BN sudah mendapat sokongan. Jika ya..., bagaimana dan mengapa sudah berubah untuk membolehkan strategi yang sesuai disusun dalam kerangka pemasaran politik BN.
Keenam, persediaan akan menyerlah jika isu nasional dapat diminimumkan serta mempunyai pemikiran sebagaimana pihak pembangkang berfikir untuk menangkis sebarang isu dengan segera dan lincah dalam menangani isu tersebut. Ini memerlukan latihan berterusan melibatkan pemimpin akar umbi yang perlu diberi pengiktirafan sewajarnya secara berterusan. PRU-13 akan bersifat lokal dan pemimpin akar umbi merupakan 'pelengkap' antara parti dan pengundi setempat.
Ketujuh, koordinasi dengan badan bukan kerajaan dan organisasi baik di peringkat lokal, negeri mahupun kebangsaan sudah diperbaiki kalaupun tidak diperkukuhkan. Yang penting adalah kestabilan hubungan yang berpanjangan dan bukan bermusim.
Kelapan, integrasi dengan pengundi muda yang sebilangannya mempunyai tendensi untuk menilai dan bergantung kepada maklumat yang diperoleh dari media alternatif yang kemudiannya turut digunakan untuk mempengaruhi orang tua mereka.
Kesembilan, sokongan penjawat awam yang merudum ketika Mac 2008. Adakah usaha dilakukan untuk mengenal pasti faktor mengapa ia berlaku dan dalam proses menjadi negara berpendapatan tinggi, adakah sudah tiba masanya untuk meminda skala gaji penjawat awam termasuk anggota polis, tentera, guru, pensyarah, kakitangan agensi lain mengikut skala gaji negara berpendapatan tinggi?
Kesepuluh, 'winneable candidate' termasuk kedudukan BN di konstitusi yang tewas pada PRU-12. Adakah penyelaras akan dilantik semula sebagai calon atau BN sudah mengenal pasti beberapa calon agar pengundi diberi pilihan dan diminta pandangan sebelum dipilih sebagai calon agar masalah pilihan raya lalu tidak berulang sehingga berlaku penukaran senarai calon pada saat-saat akhir yang boleh menimbulkan masalah dalaman berpanjangan.
Kesebelas, formula agihan kerusi termasuk penukaran kerusi sesama parti komponen perlu dirancang dan dibincang, bukan beberapa hari sebelum atau selepas pembubaran Parlimen. Perbincangan menyeluruh dari semasa ke semasa dengan nilai konsistensi dari semua pihak akan menguntungkan BN.
Kedua belas, adakah BN sudah bersedia untuk 'menggempur' dengan perang saraf di ruang siber bersandarkan kepada matlamat untuk kekal di Putrajaya? Persoalan faktor 'X' mengapa pengundi perlu mengundi BN perlu diteliti sepenuhnya sebelum tarikh PRU-13 diumum.
Ketiga belas, tarikan ke atas pengundi atas pagar yang memerhati, meninjau dan akan membuat keputusan di saat-saat akhir hari pengundian. BN perlu konsisten untuk memenangi kumpulan ini dan pendekatan BN juga perlu disesuaikan dengan kumpulan sasar seperti wanita, belia, orang kelainan upaya dan warga emas. PRU-13 penting untuk mendapatkan semula mandat besar bagi BN dan kesemua 13 indikator di atas boleh dijadikan rujukan ke arah tersebut.
BN hanya dapat mengisytiharkan sudah bersedia jika masalah dalaman berjaya diminimumkan, manifesto PRU-12 dan doktrin Najib sudah dipenuhi, isu tempatan sudah diselesaikan, jentera mantap sebagai satu pasukan dan amalan skil berpolitik matang bersesuaian dengan persekitaran politik baru tanah air. Apa yang wajar dilakukan kini adalah mengambil kira pertimbangan dan pandangan Najib sepanjang pertemuan yang diadakan untuk kemenangan BN dan ia banyak bergantung kepada motivasi dan keazaman kepimpinan setempat untuk melakukan apa sahaja tanggungjawab yang belum diselesaikan demi masa depan BN.
Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia |
|
Padah cuai isi borang Posted: 24 Feb 2011 04:45 PM PST Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my
MASIH segar dalam ingatan bagaimana sikap pandang enteng calon terhadap undang-undang pilihan raya menyebabkan mereka kalah sebelum masuk gelanggang. Pada pilihan raya umum (PRU) 2004, empat pencalonan ditolak.
Pertama, Barisan Nasional (BN) kehilangan kerusi di DUN Senggarang akibat nama pencadang dan penyokong untuk calon berkenaan tidak ada dalam Bahagian Pilihan Raya.
Maruah BN tercalar kerana akhirnya Johor menerima kerusi pertama Pas di negeri itu.
Tiga yang lain pula melibatkan kerusi DUN Subang Jaya (DAP), Penawar (Pas) dan Parlimen Pengerang (Pas). Calon DAP dan Pas terbabit gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya. Di DUN Subang Jaya, Lee Hwa Beng (BN) menang tanpa bertanding.
Pada 1999, beliau mendapat undi sebanyak 15,701 berbanding Ong Ing Siong sebanyak 8,806 undi (tidak sampai dua pertiga majoriti). Sama ada tersilap atau sengaja, DAP telah memberi laluan mudah buat BN pada 2004 di kawasan yang majoriti penduduknya kaum Cina.
Pas di DUN Penawar dan Parlimen Pengerang hilang kelayakan bertanding di kedua-dua kawasan sekali gus kerana kesilapan pasukan Fikri Sudari (calon Pas) yang tidak menghantar penyata. Demikianlah senario sesebuah kerusi yang belum lagi panas dan hangat dipertandingkan tetapi secara tiba-tiba begitu mudah dimiliki pencabar dalam persaingan dua penjuru. Seseorang calon mungkin cerdik pemikirannya tetapi implikasinya cukup besar jika calon cuai atau sambil lewa mematuhi peraturan dan undang-undang pilihan raya.
"Risiko ini juga tidak mustahil berlaku pada hari penamaan calon di DUN Merlimau dan Kerdau esok (Sabtu) jika parti-parti bertanding tidak berhati-hati," kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada Utusan Malaysia.
Wan Ahmad menarik perhatian bagaimana sesiapa sahaja akan mencari kesilapan pencabar mereka selepas borang pencalonan diisi, hatta 'sekecil zarah' sekali pun.
"Contohnya cara nombor kad pengenalan itu ditulis, akan ada yang persoalkan mengapa tidak ada sengkang (-) di antara nombor-nombor atau kenapa pula ada sengkang.
"Asal jangan tidak (pasti ada yang tidak kena), tidak kira sesiapa pun akan membangkitkannya semasa proses bantahan (selepas pukul 10 pagi). Jadi, semasa mengisi borang antara pukul 9 hingga 10 pagi, berhati-hatilah," katanya.
Ditanya apa antara kesilapan remeh yang dilakukan mereka yang mengisi borang pencalonan, beliau lantas mengingati sesuatu.
"Pernah ada bakal calon yang terlepas pandang berikutan pada saat-saat akhir, penyokong dan pencadangnya tarik diri. Dia kemudian menggelabah dan 'tangkap muat' penyokong dan pencadang yang lain.
"Malangnya, salah seorang daripada yang dipilih itu belum dilepaskan daripada muflis. Akibat daripada itu, lawannya diisytiharkan menang tanpa bertanding," katanya.
Selain itu, antara kesilapan mudah dilakukan bakal calon adalah lupa membawa resit bayaran deposit yang telah dijelaskan dan membiarkan kosong pada ruangan pekerjaan.
Wan Ahmad memberitahu, SPR seboleh-bolehnya mahu pertandingan berlaku di sesebuah kerusi pilihan raya berkenaan.
"Jika pertandingan itu tidak terjadi disebabkan kesilapan teknikal semasa mengisi borang pencalonan, ia seolah-olah tidak menepati semangat demokrasi untuk rakyat memilih wakilnya di bahagian pilihan raya berkenaan," katanya. |
|
Risalah perkauman: Perkasa Melaka buat laporan polis Posted: 24 Feb 2011 04:35 PM PST
JASIN 24 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Melaka hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran satu risalah berbaur perkauman menggunakan lambang pertubuhan itu yang diedarkan di sekitar taman-taman perumahan di Merlimau.
Laporan polis tersebut dibuat oleh Yang Dipertuanya, Abd. Rahim Osman, 50, di Balai Polis Merlimau kira-kira pukul 1 petang ini.
Menurut Abd. Rahim, pihaknya terpaksa membuat laporan polis ekoran tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah yang mengandungi Artikel 153 Perlembagaan Malaysia dan tertera ayat 'Cina khianat negara.'
"Pengedaran ini adalah satu fitnah. Perkasa Melaka tidak pernah mengeluarkan apa-apa risalah yang berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Risalah yang diedarkan di lima taman perumahan di sekitar Merlimau sebenarnya cuba memburuk-burukkan nama Perkasa dan membangkitkan kemarahan orang Cina.
"Perkasa Melaka terpaksa membuat laporan polis kerana risalah yang diedarkan berbaur perkauman dengan menggunakan lambang Perkasa," katanya selepas membuat laporan hari ini.
Menurutnya, ahli Perkasa mengesan risalah tersebut diedarkan di Taman Muhibbah, Taman Merlimau Baru, Taman Debunga, Taman Seri Merlimau dan Taman Deretan kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.
Sehubungan itu, Abd. Rahim mendesak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah berbaur perkauman.
"Polis perlu mengambil langkah pencegahan kerana pengedaran risalah sebenarnya cuba menghuru-harakan perjalanan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac depan," tegasnya.
Beliau tidak menafikan risalah yang diedarkan di sekitar taman-taman perumahan di Merlimau itu dilakukan oleh pihak yang mungkin terlibat dalam pilihan raya kecil itu nanti.
Di Merlimau, katanya, Perkasa tidak pernah berkempen untuk mana-mana parti politik sebaliknya ceramah yang diadakan di sini dua hari lalu lebih memperkatakan mengenai orang Melayu semata-mata.
Menurutnya, Perkasa, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak pernah menafikan sumbangan penting kaum Cina dalam pembangunan negara.
"Perkasa tidak pernah mengajak ahlinya untuk bersifat perkauman dan cukup jelas risalah ini bertujuan menghasut pengundi Cina supaya membenci Barisan Nasional (BN)," katanya. |
|
Posted: 24 Feb 2011 04:27 PM PST |
ROSLAN AHMAD |
JASIN 24 Feb. - Setiap pagi kebiasaannya, Roslan Ahmad, 44, sudah berada di pejabatnya di Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. di Kota Cemerlang, Ayer Keroh. Namun, mulai hari ini, perwatakan Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin berubah sekelip mata selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini. Pakaian dulunya kasual kini sudah beralih ke pakaian baju putih tertera lambang Barisan Nasional (BN) dan bersongkok, selain wajahnya yang dulunya agak serius tetapi berubah dengan terukir wajah gembira. Kira-kira pukul 8 pagi, beliau bersama ibunya, Datin Ramlah Jaafar, 76, serta empat kakaknya menziarahi dan membaca surah Yasin di pusara bapanya, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin di Tanah Perkuburan Islam Merlimau di sini. Arwah bapanya merupakan bekas Ahli Parlimen Jasin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai. "Menziarahi pusara arwah ayah memang sudah menjadi kebiasaan saya serta ibu dan kakak-kakak yang lain. "Saya memohon berkat agar saya dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai wakil rakyat di Merlimau," ujarnya ringkas ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Merlimau di sini hari ini. Sejurus selepas itu, Roslan berkunjung ke bilik gerakan BN sebelum berkenalan dengan semua warga jentera pilihan raya di situ. Selepas itu, beliau dibawa oleh jentera NGO berkunjung ke beberapa buah rumah di Kampung Permatang Bukit dan Kampung Solok Telok sambil menyerahkan bantuan kerusi roda kepada warga emas yang tidak dapat berjalan. Gelagat Roslan nyata nampak kekok pada awalnya apabila bersalaman dengan penduduk sambil memperkenalkan dirinya sebagai calon BN yang bertanding di pilihan raya kecil DUN Merlimau. "Hidup saya rasa lain daripada yang lain. Rutin hari ini cukup berbeza daripada kebiasaannya. Kali ini saya mula menjelajah dari kampung ke kampung bertemu masyarakat daripada pelbagai kaum. "Ini tugas baru saya dan agak kekok juga pada awalnya tetapi sudah semakin serasi," katanya |
|
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.... Posted: 24 Feb 2011 03:51 PM PST Cawangan Pemuda UMNO ditubuh
Sebahagian daripada 78 pemuda Kampung Chinchin, Jasin, bergambar bersama Razali Ibrahim (berdiri lima dari kiri) dan Nazir Hussin Akhtar Hussin (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan borang keahlian dan penubuhan cawangan Pemuda UMNO kampung itu, baru-baru ini.
JASIN 24 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO mendapat semangat baru bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila 78 pemuda di Kampung Chinchin, Jasin menyertai pergerakan itu sekali gus menubuhkan cawangan baru di kampung berkenaan. Borang keahlian menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh 78 pemuda kampung tersebut kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pada satu majlis bersama penduduk kampung tersebut kelmarin. Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, penubuhan cawangan tersebut merupakan antara program yang dianjurkan oleh pergerakan itu bagi mendekati golongan muda di kawasan tersebut. "Penganjuran program seperti ini merupakan kesinambungan pada program-program yang telah dilaksanakan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini. Katanya, seramai 78 pemuda kampung itu telah menunjukkan sokongan dan keyakinan terhadap UMNO dan BN. Tambahnya, perkembangan itu adalah hasil daripada usaha positif tanpa henti yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO khususnya Pemuda UMNO Negeri Melaka dan Bahagian Jasin untuk mendekati golongan muda. "Bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, jentera Pemuda BN Melaka juga telah bergerak awal dalam melaksanakan persiapan menjelang hari penamaan calon yang akan berlangsung Sabtu ini dan hari mengundi pada 6 Mac ini," ujarnya. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan