Rabu, 23 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Calon BN di DUN Kerdau menepati citarasa pengundi – Syed Ali

Posted: 22 Feb 2011 09:14 PM PST

UMNO Bahagian Cheras yakin pemilihan Pegawai Agama Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menepati citrarasa pengundi khususnya penduduk tempatan.

Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, pemilihan itu juga membuktikan pucuk pimpinan mengambilkira pandangan akar umbi yang mahukan anak tempatan sebagai calon mewakili masa depan mereka.

"Saya yakin Syed Ibrahim yang juga bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir, tidak akan berdepan kesukaran untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk di DUN Kerdau," katanya.

Menurut beliau lagi, pemilihan Syed Ibrahim sebagai calon BN juga dilihat satu tamparan kepada Pas yang sebelum ini mencanangkan UMNO ketandusan calon berkelibar untuk diletakkan bertanding di DUN Kerdau.

"Mereka memberitahu orang kampung kononnya UMNO tidak mempunyai calon sehebat mereka yang arif dalam hal ehwal agama, sekarang mereka seperti terhalang apabila Syed Ibrahim yang menjadi pilihan," tegasnya.

Di Dataran Sri Ketumbit, Temerloh semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Syed Ibrahim yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau sebagai calon BN pada PRK DUN Kerdau.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (UMNO) pada 12 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Muhyiddin juga mengumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai Pengarah Pilihan Raya BN dan memikul cabaran besar untuk memperolehi keputusan lebih cemerlang berbanding tahun 2008.

Mengenai kemungkinan PAS akan memainkan sentimen agama sepanjang tempih berkempen, Syed Ali menjelaskan perkara itu sememangnya sudah menjadi kelaziman mereka.

"Apa yang hendak mereka (PAS) beritahu rakyat ? soal perpaduan, mereka lagi menjolok mata apabila bersubahat dengan DAP, isu ketuanan dan penyatuan Melayu, PAS lagi teruk kerana menjadi pak turut kepada Anwar (PKR)," tegasnya.

Dalam soal ini kata beliau, PAS akan memutarbelitkan agama dan akan mengeluarkan pelbagai fatwa karut untuk memperdayakan pengundi sepertimana mereka lakukan di Tenang,. Labis baru-baru ini.

"Selain fatwa kafir-mengkafir, sudah pasti PAS akan melemparkan pelbagai fitnah dan dakyah jahat memburukkan kerajaan dan mencerca peribadi pemimpin UMNO menerusi media cetak dan saluran internet dan laman-laman blog," ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut