PAS di Kerdau. Menang belum tentu.., kalah dah confirm... Posted: 22 Feb 2011 06:24 PM PST Bila nama Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad diumumkan sebagai calon UMNO/BN di Kerdau, PAS yang sebelum ni confident menang kat situ, terus meroyan sakan. Sebabnya, calon BN kali ni adalah seorang yang berpendidikan agama lulusan dari Mesir. So PAS tak bolehlah nak merapu tak ketahuan pasal calon ni.. Lagi pun, Ustaz Syed Ibrahim ni adalah penasihat agama kepada MB Pahang sendiri. Dan tentunya calon ni adalah yang terbaik untuk menggantikan Arwah Zaharudin sebelum ni. Jadi, gua rasa calon PAS yang paling layak untuk bertanding di Kerdau adalah Tuan Ibrahim Tuan Man. Itu pun kalau dia beranilahh... Khabarnya Tuan Ibrahim dah tak mau jadi Pengarah Pilihanraya Merlimau. Dia nak jadi calon untuk Kerdau. Tapi, gua dengar hari ni, nama Nasrudin Tantawi pun dah dihantar kepada Hadi Awang untuk dipertimbangkan sebagai calon di Kerdau. Kalau Hadi terima si Nasrudin ni, mesti Kerdau akan jadi macam Bagan Pinang. Bolehlah kita tengok gerakan Jihad yang dikepalai oleh anak Tantawi tu nanti. Apapun.., gua suka nak nasihatkan kepada puak-puak PAS sekalian.., tak payahlah nak berangan nak menang di Kerdau tu baii... Bak kata pepatah.., menang tu belum tentu, tapi kalah tu dah pasti... |
|
PRK KERDAU: PENGUMUMAN PAS....... ? Posted: 22 Feb 2011 05:01 PM PST " Saya mengaku kalah...., saya juga menyeru agar tuan-tuan berilah sokongan kepada calon UMNO BN itu" |
|
KENALI CALON BN DUN KERDAU - BIODATA Posted: 22 Feb 2011 04:57 PM PST Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang. Tarikh Lahir : 18 Januari 1967 Umur : 44 tahun Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang. Status : Berkahwin Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan
Pendidikan (i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh (ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh (iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang (iv) Universiti Al azhar
Pengalaman Kerjaya (i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996) (ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000) (iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000) (iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)
Pengalaman Politik (i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau. (ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang (iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang (iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang. (v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh ------------------------------------------------------- Biodata Isteri Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad Umur : 45 tahun Tarikh Lahir : 19-01-1966
Pendidikan (i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan. (ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.
Pengalaman Guru Sek Menengah Agama Darul Naim |
|
PAS perlu ambilalih kepimpinan pakatan dari PKR Posted: 22 Feb 2011 04:49 PM PST
Berdasarkan kepada keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang, Manek Urai, Galas dan Tenang, banyak pihak telah membuat kesimpulan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada PAS telah menurun. Faktor utama yang dikaitkan dengan kehilangan sokongan ini ialah ramai orang Melayu tidak senang dengan pakatan antara PAS dan DAP. PAS dilihat sebagai parti yang telah banyak berkorban demi pakatan tersebut. Tanggapan ini telah merunsingkan PAS sehingga terpaksa menganjurkan sebuah konvensyen nasional pada Sabtu lepas di Shah Alam, untuk menangkis tanggapan tersebut. PAS seolah-olah menerima kenyataan bahawa sokongan orang Melayu telah menurun. Respon PAS kepada isu tersebut berkisar kepada manipulasi media arus perdana milik UMNO/BN. Media arus perdana dituduh sebagai pencacai untuk melemahkan persafahaman antara PAS dan DAP. Benarkah sokongan orang Melayu kepada PAS telah menurun? Daripada kajian terperinci keputusan-keputusan PRK kebelakangan ini dan jika dibandingkan dengan keputusan PRU-12 sebagai kayu ukuran, nyata sokongan orang Melayu kepada PAS tidak berubah. Yang ketara ialah sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat telah merudum. Pengundi-pengundi Melayu yang memilih PAS pada PRU-12 masih mengundi PAS pada PRK-PRK tersebut. Akan tetapi ramai pengundi Melayu, terutama pengundi 'atas pagar', yang telah mengundi PR pada PRU-12 telah memberi undi mereka kepada UMNO/BN lantas membawa kepada kekalahan calon-calon PAS di PRK-PRK tersebut. Jadi, mengapa orang Melayu kian menolak PR? Kesangsian terhadap persefahaman antara PAS dan DAP bukan faktor utama yang mendorong kemerosotan sokongan orang Melayu kepada PR. Ramai orang Melayu telah menerima realiti tentang perlunya kerjasama dengan DAP untuk menamatkan hegemoni UMNO/BN. Pengundi-pengundi Melayu terutama yang di atas pagar mula beralih dari menyokong PR kerana bosan dengan permasalahan demi permasalahan yang melanda PKR. Malah ramai penyokong-penyokong tegar PR mula mempersoalkan keberkesanan PKR dalam memimpin pakatan tersebut. Kredibiliti PKR kian terhakis. PKR dilihat seperti UMNO yang berbaju baru. Insiden seperti wakil-wakil rakyat PKR keluar parti, proses pemilihan parti yang pincang dan kes liwat Anwar Ibrahim telah menyebabkan PKR hilang fokus dalam meneruskan momentum tsunami 2008. Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR juga gagal menyerlah sebagai kerajaan yang berwibawa. Faktor-faktor ini telah membuat rakyat mempersoalkan Anwar yang telah banyak menabur janji tetapi tidak ditunaikan. PAS, sebaliknya, telah bergiat lebih mantap dan berkesan sejak kejayaan besar pada PRU-12. Aktiviti-aktiviti politik seperti ceramah, forum, konvensyen dan perhimpunan bertambah sejak 2008. Perhimpunan Pemuda PAS di Kedah pada Sabtu lepas berjaya melibatkan 30,000 orang ahli. Kempen-kempen anjuran PAS seperti Kempen Anti Saman Ekor boleh dijadikan sebuah gerakan rakyat. PAS lebih prihatin dengan peranan media baru dan sedang menggembelingkan semua saluran-saluran di dunia siber seperti internet, facebook, twitter dan seumpamanya untuk kegiatan politik. Semua usaha-usaha ini telah meningkatkan sokongan orang Melayu kepada PAS. Hasilnya akan dapat dilihat pada PRU-13 akan datang. Kejayaan PAS pada PRU-13, walau bagaimanapun, bergantung kepada rakan-rakan dalam PR. Faktor PKR yang telah hilang populariti harus diambilkira. PAS dan DAP terpaksa menggalas bebanan PKR yang bermasalah. Justeru, dalam usaha PR untuk menyaingi BN, PAS dan DAP mesti mengorak langkah untuk mewujudkan lanskap politik nasional yang berpaksikan Pakatan Rakyat yang benar-benar berwibawa. Secara praktikalnya kita berterima kasih atas sumbangan Anwar dan PKR dalam mengemudi PR, tetapi sudah sampai masanya PAS mengambil alih kepimpinan dari PKR untuk memimpin PR dengan lebih berkesan. PKR harus menerima realiti dan secara berlapang dada untuk berundur demi kesinambungan perjuangan PR. Nik Adha Nik Kamil 22 Februari 2011 / 19 Rabi'ul Awal 1432 H |
|
MARI BERJUMPA, MARI BERHUBUNG BERSAMA PM Posted: 22 Feb 2011 04:38 PM PST Najib mengakui menerima maklum balas daripada rakan-rakan online dan Twitter yang merasa was-was dan tidak percaya apabila menerima Twitter daripadanya. "Ada yang terkejut dan tidak percaya apabila menerima Twitter daripada saya. Ada yang membalas balik dan bertanya sama ada betul ke PM atau pembantunya yang Twit. "Saya boleh beri jaminan, Twitter itu datang daripadda saya sendiri," katanya.
|
|
PENGUNDI MERLIMAU BERSAMA PM Posted: 22 Feb 2011 04:27 PM PST
Dalam ucapannya, kata Najib, dia tak mahu janjikan apa-apa, kecuali ingatan " lu tolong sama gua, gua tolong sama lu ," katanya secara berjenaka yang disambut gelak ketawa daripada mereka yang hadir. A. Patricia, 38, seorang pekerja kilang berkata, beliau sangat teruja berkesempatan bersalaman dan berjumpa dengan pemimpin nombor satu negara. "Saya sama kawan-kawan tunggu...mahu jumpa Perdana Menteri, dia sudah tolong banyak sama kita, masyarakat India antaranya buat sekolah baru jadi. "Saya sama kawan-kawan tidak kisah tunggu berapa lama sekalipun, terima kasih kepada beliau kerana banyak tolong rakyat," katanya.
|
|
Barisan to name its man today Posted: 22 Feb 2011 04:22 PM PST MALACCA: Barisan Nasional deputy chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin is to announce the candidate for the Merlimau by-election at 3.30pm today at the BN command centre opposite the Politeknik Merlimau.
Pas will announce its candidate tomorrow.
Prior to the announcement, Muhyiddin is scheduled to visit the family of Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, the Merlimau assemblymen who died on Jan 20.
Among possible BN candidates are Jasin Umno committee members Roslan Ahmad, Mohd Nasser Selamat and Abdul Nasir Bazid, and Jasin Umno Wanita head Zaleha Bujang.
Roslan is the son of former Sungai Rambai assemblyman Datuk Ahmad Ithnin and the business development and socio-economic manager for Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd. Nasser is chief executive officer of the Malacca Customary Lands Development Corporation.
Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the candidate for the March 6 polls "must not only be winnable but also someone free of any issues".
Read more: Barisan to name its man today http://www.nst.com.my/nst/articles/7know/Article/#ixzz1EjkTtfPZ
|
|
Malacca to get bigger Ferris wheel Posted: 22 Feb 2011 04:20 PM PST MALACCA: A new Ferris wheel, bigger than the Eyes on Malaysia, will rise again in the historical city here.
The wheel, to be called Malaysia Eye, will stand 88m high and comprise 54 air-conditioned gondolas.
It will be able to ferry six people in a gondola for a 16-minute ride.
Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said Malaysia Eye would begin operating on Dec 1 with a 324- passenger capacity.
"The the cost of bringing Malaysia Eye from China and the construction of a park along with it is RM30 million.
"It would not be located in Kota Laksamana, but in Pulau Melaka," he said, adding that locating the new Ferris wheel on the Eyes on Malaysia site would have implications as it was taller and the project would have to be approved by Unesco because of its World Heritage Sites status.
Ali said the Malaysia Eye project would be handled by The Eye Sdn Bhd.
He said the Malaysia Eye would be better and bigger than the Eyes On Malaysia which closed down due to a dispute between its owners, Fitraco NV of Belgium and MST Ad Suria Sdn Bhd and Eye On Malaysia Sdn Bhd, the company leasing the Ferris wheel.
Besides the new Ferris wheel, Ali said the Pulau Melaka area would also see the development of an Arab city, hotels and apartments.
"We will also have a 1,000-room hotel near Pulau Melaka, which will be developed by the Hatten Group.
"The Malaysia Eye and other attractions in this area, especially the soon-to-be opened Sea Lion Park, are set to be the latest tourist attractions," he added
Read more: Malacca to get bigger Ferris wheel http://www.nst.com.my/nst/articles/20yert/Article/#ixzz1EjjxGx7E
|
|
MONEY MAN AND NEW MONEY MAN. Posted: 22 Feb 2011 04:18 PM PST Three newcomers in rich listLATEST NEWS. Artikel dari AIDC :-Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman mendakwa bekas majikannya itu seorang yang kaya raya sehingga mampu membuka sebuah syarikat perniagaan di Amerika Syarikat yang diberi nama 'Anwar Ibrahim Consulting Associates' (AICA). "Tuan-tuan bayangkan, dia mempunyai sebuah pejabat di Washington D.C. Pejabat dia dinamakan di bawah Anwar Ibrahim Consulting Associates (AICA). "Ada lima orang pekerja. Lima orang pekerja Muslim, budak muda, ada yang daripadanya warga Pakistan, ada daripadanya warga Turki yang telah menetap di Amerika Syarikat. Menerima gaji lima angka US Dollar setiap bulan", katanya ketika berceramah di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, 10 Februari lalu. Rahimi yang mula bekerja di pejabat Ketua Umum PKR, Seksyen 16, Petaling Jaya bermula sekitar Mac 2007 [klik di sini] mendakwa pernah melihat dokumen perbelanjaan syarikat perniagaan Anwar di AS yang mencecah hampir $ 2 juta US dollar untuk jangka masa dua tahun 2006 – 2007. "Saya lihat perbelanjaan pejabat itu (di AS), dari tahun 2006 ke tahun 2007, sepanjang dua tahun, hampir 2 juta US dollar. Mana Anwar Ibrahim dapat duit ni?. "Dia pura-pura pergi ceramah, minta sedekah kononnya parti tak ada duit, kononnya kita parti orang miskin. Tapi pejabat dia (di AS) boleh biayai berjuta-juta dollar. Pemimpin PKR tak tahu benda ini, mati-mati sokong Anwar Ibrahim", katanya lagi Money men
KUALA LUMPUR: Business Times CEO of the Year 2010 Datuk Seri Stanley Thai has made it into the list of Malaysia's 40 richest individuals, a Malaysian Business survey reveals. The magazine, in its Feb 16 issue, listed Thai, of Supermax Corporation Bhd, as a newcomer to the group, together with Tan Sri Leong Hoy Kum of Mah Sing Group Bhd and Datuk Tan Heng Chew of Tan Chong Holdings Bhd.
The magazine said the combined wealth of Malaysia's 40 richest tycoons has risen by more than 30 per cent, spurred by the bullish stock market and an expanding economy.
They were worth RM206.27 billion as at Jan 21, compared with RM156.7 billion a year ago. It says there are more billionaires this year -- 27 of them, an increase of five from last year.
Robert Kuok, who returned to the sugar business last year, still tops the list at RM50.04 billion and telecommunications tycoon T. Ananda Krishnan remains in second place with RM45.78 billion.
Public Bank's Tan Sri Teh Hong Piow moved to the third place with a fortune estimated at RM12.77 billion while fourth is IOI Corporation Bhd's Tan Sri Lee Shin Cheng who is worth RM12.74 billion.
Genting Group's Tan Sri Lim Kok Thay, unchanged at No. 5, has RM10.89 billion while Hong Leong Group's Tan Sri Quek Leng Chan takes the sixth spot with RM10.75 billion, up from RM7.09 billion previously.
In seventh place is Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary of the Albukhary Foundation, whose flagship is the DRB-Hicom Group. He is valued at RM8.84 billion.
Tan Sri Lim Goh Tong's widow, Puan Sri Lee Kim Hua, unchanged at number eight, has RM7.43 billion while Tan Sri Tiong Hiew King of the Rimbunan Hijau Group returns at No. 9 with RM4.77 billion.
Singapore-domiciled Ong Beng Seng claims the 10th spot, with his wealth doubled to RM3.98 billion, going past Berjaya Group's Tan Sri Vincent Tan who drops two rungs to No. 12.
Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad's son, Datuk Mokhzani Mahathir, of Kencana Petroleum, is ranked 19th with RM1.665 billion.
|
|
Tony Pua berdepan saman jika gagal kemuka bukti Posted: 22 Feb 2011 04:10 PM PST
2011/02/23 AMPANG: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua, berdepan saman fitnah difailkan terhadapnya andai gagal mengemukakan bukti kukuh serta membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan beliau pembelian enam kapal peronda luar pesisir (OPC) oleh Kementerian Pertahanan, 870 peratus lebih mahal berbanding negara lain.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong, berkata wakil rakyat dari DAP itu mempunyai masa tujuh hari daripada semalam untuk mengemukakan sebarang bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya itu. "Sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat, saya menasihati Tony Pua supaya berani mempertahankan dakwaannya dan bukan melarikan diri selepas membuat dakwaan fitnah terhadap pihak kerajaan dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam. Lum Yong berkata, beliau berasa hairan dengan kenyataan terbaru Tony Pua bahawa beliau tidak akan membuat laporan kepada SPRM atas alasan, laporannya kepada agensi antirasuah itu tidak relevan dengan isu yang dikeluarkan dalam blognya.
"Sebagai Ahli Parlimen, beliau seharusnya berani dan bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan dan dakwaan yang dikeluarkannya. Kenyataan beliau amat serius sehingga boleh menjejaskan imej negara di mata dunia, lebih-lebih lagi kenyataannya itu sudah pun disiarkan media antarabangsa.
"Jika dia gagal memberikan bukti, ini bermakna ia sebagai salah satu agenda politik untuk cuba meraih publisiti. Apakah agenda sebenar Tony Pua, apakah dia sengaja mahu mencetuskan kemarahan rakyat dengan memberikan dakwaan palsu?," katanya.
Tony Pua menerusi blog miliknya sebelum ini, menuntut penjelasan berhubung pembelian enam OPC oleh Kementerian Pertahanan membabitkan kos RM6 bilion sambil membuat perbandingan negara lain seperti New Zealand dan Amerika Syarikat mengeluarkan belanja yang lebih murah untuk pembelian kapal dalam siri berkenaan. Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan yang menganugerahkan projek pembinaan kapal itu kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.
Lum Yong berkata, beliau turut menuntut kerajaan dan Kementerian Pertahanan, mengambil tindakan segera bagi menangani isu ini dan tidak membiarkan Tony Pua mempergunakan isu berkenaan dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau.
Sementara itu, Lum Yong, berkata beliau bimbang pembangkang di negara ini terpengaruh dengan aliran politik Taiwan yang menyaksikan kestabilan wilayah berkenaan sentiasa tergugat disebabkan pembangkang merasakan segala apa yang dibentangkan kerajaan perlu ditentang |
|
Mahkamah Khas Rasuah beroperasi Posted: 22 Feb 2011 04:08 PM PST SHAH ALAM: Eighteen special courts set up to specially hear corruption cases commenced operations in eight states yesterday.
This is expected to give a boost in the fight against graft, a National Key Results Area (NKRA) under the Government Transformation Programme (GTP).
The courts, namely special Corruption Sessions Courts and special Corruption High Courts were set up in the eight states to help speed up graft hearings nationwide.
Performance Management and Delivery Unit (Pemandu), in a media release yesterday, quoted Chief Registrar of the Federal Court Datuk Hashim Hamzah as saying the initiative was aimed at "completing the prosecution of corruption cases within a year, particularly high public interest cases".
The states that have the special Corruption Sessions Courts are three each in Kuala Lumpur, Selangor and Johor, and one each in Perak, Negri Sembilan, Pahang, Sarawak and Sabah.
Two special High Courts are located in Kuala Lumpur and one each in Selangor and Johor.
Hashim said the commencement of the special courts would heighten the country's aggressive fight against corruption by speedily dispensing such cases.
"Lengthy trials and appeals should be minimised as they increase the opportunity for material witnesses to go missing, evidence-tampering as well as fading of witnesses' memory. It can also cause witnesses to lose interest in the case.
"It is quite common for a single corruption case to have as many as 20 witnesses, and lengthy processes are often seen delaying the delivery of justice. This is where the special courts come in."
He said the special courts also had their respective judges, focusing only on corruption cases.
Hashim said speed was also crucial in corruption hearings as previous cases showed that 70 per cent of the accused were government servants.
"Government servants are suspended when charged and would only get half-pay," he said.
The special Corruption Sessions Courts in Shah Alam/Selangor and Kuala Lumpur were immediately tasked with handling 150 cases, mostly carried forward from last year.
Last year, the normal courts had to handle 674 corruption cases brought forward from 2009, together with 446 new cases.
Read more: 18 special courts for graft cases now open http://www.nst.com.my/nst/articles/2hhc/Article/#ixzz1EjjBNXIW Oleh Shaarani Ismail
2011/02/23 KUALA LUMPUR: Penubuhan Mahkamah Khas Rasuah yang memulakan operasinya minggu ini di seluruh negara dijangka mempercepatkan penyelesaian kes membabitkan rasuah di seluruh negara.
Mahkamah Khas Rasuah antara langkah agresif kerajaan dalam menangani rasuah dan memastikan keadilan serta integriti ditegakkan dalam sistem perundangan negara yang turut menjadi keutamaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Datuk Hashim Hamzah, berkata dengan adanya mahkamah khusus untuk membicarakan kes rasuah, pihaknya menjangkakan pendakwaan kes rasuah dapat diselesaikan dalam tempoh setahun, khususnya bagi kes yang membabitkan kepentingan awam. Katanya, rayuan kes dan pemanjangan tempoh perbicaraan perlu diminimumkan kerana lebih lama tempoh perbicaraan akan membuka lebih peluang untuk saksi menghilangkan diri, tidak dapat mengingati insiden atau hilang minat terhadap kes yang akhirnya menyebabkan saksi tidak memberikan kerjasama.
Penubuhan Mahkamah Sesyen Khas (Rasuah) ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011, tahun lalu.
"Kami sangat mengalu-alukan inisiatif kerajaan yang kini sudah pun menjadi realiti," kata Hashim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam. Projek perintis Mahkamah Sesyen Rasuah di Shah Alam dan Kuala Lumpur yang dimulakan sejak 2009, berjaya menyelesaikan sebanyak 150 kes dan sehingga akhir tahun lalu 425 kes kini masih dalam proses perbicaraan.
|
|
MERISIK KHABAR DARI MERLIMAU... Posted: 22 Feb 2011 04:07 PM PST Pemimpin PKR, PAS lupa budi pejuang negara
2011/02/23 MERLIMAU: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, diminta tidak mengikut jejak pembangkang yang mudah lupa kepada prinsip perjuangan dan budi ditaburkan pemimpin terdahulu sehingga negara mampu mencapai kemajuan seperti dikecapi sekarang.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, berkata mereka tidak pernah menekankan nilai mengenang perjuangan dan budi negarawan kerana hanya mementingkan agenda untuk meraih kuasa bagi kepentingan diri. "Orang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) dan Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang menyelar kerajaan hari ini tidak langsung memikirkan mengenai budi atau kejayaan yang kita capai. "Budi yang kita terima hari ini adalah kemerdekaan dan kemajuan pesat yang sukar dinikmati rakyat di negara lain. Ini semua budi yang diberikan kerajaan, pejuang dan pemimpin negara serta setempat yang wajar dikenang. Apa yang kita lihat hari ini adalah sumbangan perjuangan lama dalam memberikan khidmat cemerlang bagi membela rakyat.
"Ini semua tidak wujud di kalangan pembangkang yang dilihat hanya bersikap rakus untuk mendapat kuasa, tetapi tidak ada cara bagi memperbaiki budi dan khidmat secara berterusan," katanya pada Majlis Kenduri Asam Pedas bersama penduduk Kampung Pengkalan Samak, di sini, malam kelmarin.
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad; Setiausaha UMNO bahagian Jasin, Datuk Ghazale Mohamad; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.
Rais berkata, penduduk DUN Merlimau perlu berfikir secara mendalam dan tidak menggadaikan keputusan dengan memilih wakil salah kerana dikhuatiri bakal menjejaskan perjuangan pemimpin terdahulu yang sudah merencanakan perkara terbaik untuk masa depan.
|
|
KHABAR DARI MERLIMAU Posted: 22 Feb 2011 03:56 PM PST Untung jadi calon di Merlimau
Khabar dari Melaka
BERDASARKAN faktor sejarah, Pas tidak pernah berjaya menembusi benteng ampuh Barisan Nasional (BN) di Melaka sejak selepas merdeka termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Merlimau pada 6 Mac ini, tidak dinafikan BN mempunyai kelebihan untuk menang selesa sekali gus meneruskan kesinambungan kejayaan terbaru yang dicapai BN dalam PRK DUN Tenang di Johor, baru-baru ini.
Ditambah kejayaan yang dicapai oleh BN pada PRK DUN Bagan Pinang, Parlimen Hulu Selangor, DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi, ia menunjukkan kecenderungan rakyat sudah kembali yakin terhadap parti pemerintah berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Salah satu faktor utama mendorong kejayaan BN ialah suntikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan Gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang berjaya membuka minda rakyat di semua PRK yang dimenangi BN.
Ini menunjukkan tahap populariti BN dalam kalangan rakyat semakin meningkat selepas pelbagai program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri dapat diterima oleh rakyat berbilang kaum di negara ini.
Ia juga adalah perkembangan yang menggalakkan bagi BN selaku parti pemerintah selain melihat pemulihan sokongan masyarakat Melayu, Cina dan India yang semakin meningkat di setiap PRK yang diadakan sebelum ini.
Tidak hairanlah DUN Merlimau disifatkan sebagai kawasan putih buat BN dan ini merupakan PRK kali ke-15 diadakan. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari parti UMNO pada 20 Januari lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 26 Februari ini dan tarikh 6 Mac bagi hari pembuangan undi.
Pada PRU 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir berjaya mengekalkan kerusinya apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.
Berdasarkan daftar undi sehingga 20 Januari 2011, jumlah pengundi di DUN Merlimau ialah 10,679 orang iaitu Melayu sebanyak 64.1 peratus, Cina (20.84 peratus), India (14.67 peratus) dan lain-lain bangsa (0.39 peratus).
Berdasarkan rekod, DUN Merlimau merupakan kubu kuat BN yang diwakili UMNO kerana setakat ini dalam mana-mana PRU, ia belum pernah terlepas ke tangan pihak pembangkang.
Lebih menarik kejayaan yang dicapai oleh semua calon dari BN menunjukkan peningkatan mendadak dari segi majoriti kemenangan mengatasi apa yang diperoleh pada 2008. Ekoran momentum tersebut, PRK di DUN Merlimau juga dijangka memihak kepada BN dan tidak mustahil kemenangan kali ini bakal mencatat majoriti yang lebih besar berbanding dengan PRU 2008.
Begitupun, kepimpinan tertinggi BN tidak menetapkan jumlah majoriti besar bakal dicapai di Merlimau. Kunjungan dua pemimpin utama negara iaitu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 14 Februari lalu dan disusuli lawatan kerja sehari Perdana Menteri pada Sabtu lalu memberi suntikan semangat, bukan sahaja kepada rakyat di Merlimau tetapi lebih penting menyemarakkan jentera BN.
Jentera BN yang bergerak sejak 25 Januari lalu diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sudah menampakkan tanda-tanda awal sokongan besar bakal berpihak kepada BN.
Diperkuatkan dengan gerak kerja yang diatur oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggunakan strategi lawatan dari rumah ke rumah di semua tujuh kawasan peti undi DUN Merlimau, selain langkah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menginap di rumah orang kampung mengukuhkan lagi kekuatan BN di Merlimau.
Didorong oleh suasana aman dan damai dalam kalangan tujuh atau lapan calon yang dikemukakan oleh BN Melaka kepada pucuk pimpinan parti, tiada sebarang masalah yang timbul jika ada di antaranya tidak terpilih bertanding mewakili BN pada penamaan calon, Sabtu ini. Muhyiddin akan mengumumkan nama calon DUN Merlimau pada hari ini di Bilik Gerakan BN di pekan Merlimau, sehari selepas beliau mengumumkan nama calon bagi DUN Kerdau.
Suasana ketika ini dilihat lebih memihak kepada BN berdasarkan gerak kerja jentera yang diketuai oleh Mohd. Ali yang merupakan Pengarah Pilihan Raya DUN Merlimau. Tidak dinafikan kekuatan BN di Merlimau disuntik oleh Mohd. Ali. Ini kerana sejak 25 Januari lalu, beliau saban masa sejak pagi hingga lewat malam dan hampir setiap hari berada di Merlimau. Kehadirannya di Merlimau bukan sahaja memantau jentera BN, sebaliknya beliau berjumpa dengan pelbagai masyarakat di kawasan terbabit tidak kira guru, nelayan, petani, kakitangan kerajaan, swasta, pekedai dan orang awam.
Pada siang hari, Mohd. Ali akan bertemu masyarakat di tujuh kawasan peti undi iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak. Pada sebelah malam setiap hari pula, beliau akan mempengerusikan mesyuarat sama ada di peringkat UMNO Bahagian, Cawangan, Puteri, Wanita dan Pemuda termasuk BN negeri serta BN di DUN Merlimau.
Najib pada lawatan kerja sehari di Merlimau Sabtu lalu sewaktu berucap pada majlis Jamuan Rakyat dan sambutan Tahun Baru Cina di padang Politeknik Merlimau turut melahirkan rasa kagum dengan Mohd. Ali yang bergerak dari pagi hingga lewat malam memantau jentera BN. ''Saya tidak tahu waktu bila beliau (Mohd. Ali) tidur kalau sepanjang hari hingga lewat malam masih bermesyuarat di Merlimau," ujarnya.
Cakap-cakap masyarakat di Merlimau, siapa yang bakal menjadi calon BN, orang itu diibaratkan seperti memasuki rumah baru dengan segala peralatan dan kelengkapan rumah sudah siap dipasang. ''Untung siapa yang menjadi calon BN di Merlimau. Semua masalah rakyat telah diselesaikan oleh Ketua Menteri. Daripada parit tersumbat hingga atap ditukar barupun beliau ambil kisah.
''Calon yang akan diumumkan pada hari ini hanya perlu melawat semua tujuh kawasan peti undi bertemu masyarakat dan memperkenalkan diri kerana semua kerja sudah dibereskan oleh Mohd. Ali dan jenteranya," katanya. Seperti kata Pengerusi BN Melaka itu sewaktu membuat pertemuan dengan seluruh jentera BN di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau pada 25 Januari lalu, beliau mahu membereskan segala masalah rakyat Merlimau sebelum penamaan calon.
Perkara itu perlu dilaksanakan kerana ia akan memudahkan tugas jentera BN selepas penamaan calon iaitu bertemu rakyat dari rumah ke rumah di semua tujuh kawasan peti undi untuk menambat hati mereka bagi memberi undi kepada BN dan bukannya Pas.
Penulis ialah Ketua Biro Utusan Malaysia
di Melaka. |
|
Terima dengan hati terbuka - Mohd. Ali Posted: 22 Feb 2011 03:50 PM PST MELAKA 22 Feb. - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini meminta mereka yang tidak terpilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang akan diumumkan esok, dapat menerima dengan hati terbuka.Mohd. Ali yang juga Pengerusi BN Melaka berkata, sudah menjadi adat dalam mana-mana pilihan raya kecil, pucuk pimpinan tertinggi BN akan memilih calon yang dianggap menepati kriteria untuk bertanding begitu juga pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.
''Saya nasihatkan mereka yang tidak terpilih agar dapat menerima dengan hati dan dada terbuka kerana daripada tujuh nama yang dihantar oleh BN negeri hanya satu yang akan dipilih.
''Saya harap mereka yang tidak terpilih memberi sokongan kepada calon BN yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri di Bilik Gerakan BN, Command Center di Pekan Merlimau petang esok," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah Malaysia Eye di Pulau Melaka di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Mohd. Ali meminta enam orang yang tidak terpilih itu terus bekerja kuat untuk membantu calon yang akan diumumkan esok bagi memastikan BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau yang dimenangi pada 2008. |
|
Posted: 22 Feb 2011 03:44 PM PST Syed Ibrahim calon BN DUN Kerdau TEMERLOH 22 Feb. – Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau dekat sini hari ini. Pengumuman tersebut disambut sorakan kira-kira 5,000 penyokong BN yang hadir di dataran tersebut. Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan para pemimpin parti komponen. Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Syed Ibrahim mampu memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya tersebut berdasarkan kepada pengalaman dan keyakinan pengundi terhadapnya. Tegas beliau, pemilihan Syed Ibrahim dibuat selepas melalui proses pemilihan yang ketat apabila disaring berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti. "Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua. "Calon ini kita anggap sebagai 'most winnable candidate' (calon paling berpotensi menang)," katanya. Selain mempunyai sifat mesra rakyat, Muhyiddin memberitahu, Syed Ibrahim yang merupakan lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan dan parti. Sehubungan itu, beliau berharap semua ahli BN dan jentera parti memberi sokongan padu kepada calon tersebut. "Terimalah dengan ikhlas dengan semangat perpaduan," katanya. Dengan pemilihan tersebut, beliau berharap BN dapat mencapai majoriti yang lebih besar berbanding yang diraih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) iaitu sebanyak 1,615 undi. Syed Ibrahim ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memilihnya sebagai calon Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau. Beliau berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut. "Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya," katanya. Syed Ibrahim, 44, atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Ustaz Syed Ibra merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan