umno bahagian cheras |
RAIS YATIM RASMI PERSIDANGAN SERENTAK CAWANGAN-CAWANGAN UMNO BAHAGIAN CHERAS Posted: 21 Feb 2011 09:43 PM PST MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim akan merasmikan Persidangan Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 23 Februari 2011 (Rabu). Majlis tersebut akan di adakan di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Cheras bermula jam 8 malam. Selain Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang akan menyampaikan ucapan penting, Rais juga difahamkan dalam ucapannya akan mengupas pelbagai isu politik semasa termasuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka akan turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. |
Syed Ali bimbang pemikiran mahasiswa diracuni fahaman politik radikal Posted: 21 Feb 2011 07:48 PM PST KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan mahasiswa di negara ini supaya tidak membiarkan pemikiran mereka diracuni oleh fahaman politik radikal sehingga menjejaskan pengajian mereka. Katanya, sejak akhir-akhir ini ada segelintir pihak yang berkepentingan cuba merosakkan pemikiran mahasiswa dengan menyerapkan pelbagai dakyah anti-kerajaan termasuk memainkan isu revolusi rakyat di Timur tengah. "Kumpulan ini dilihat mula memainkan isu demokrasi di kampus-kampus bertujuan mencetuskan kegelisahan di kalangan mahasiswa supaya mereka membenci kerajaan," tegasnya. Beliau bimbang jika gelora yang berlaku di kampus sekarang ini tidak dipantau dikhuatiri akan mencetuskan satu fenomena di mana mahasiwa lebih mengutamakan agenda politik daripada berusaha memperolehi kejayaan cemerlang. Dalam hal ini, beliau mendedahkan golongan yang terbabit dalam gerakan anti-kerajaan di kampus-kampus adalah sebahagian besarnya adalah pelajar Melayu. "Mereka ke universiti sepatutnya mencipta kejayan cemerlang sepertimana harapan ibu bapa dan masyarakat, tetapi malangnya harapan itu diketepikan kononnya mereka mahu memperjuangkan demokarsi dan suara rakyat," tegasnya. "Apa lagi yang mereka nak perjuangkan ? peluang mereka melanjutkan pelajaran ke manara gading pun kerana dasar kerajaan yang memerintah hari in, sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerana tidak semua orang bernaib baik sepertimana mereka," tegasnya. Syed Ali menjelaskan, golongan mahasiswa sepatutnya bersyukur kerana amalan sistem demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan hari ini yang membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. "Kerajaan tidak halang mereka berpolitik atau memihak kepada parti pembangkang, tetapi biarlah selepas memperolehi kejayaan dan membuktikan kemampuan sebenar anak Melayu," tambah beliau. "Hari ini, mereka mendakwa demokarsi di universiti semakin kritikal dan menuduh kerajaan tidak peka terhadap isu-isu mahasiswa. Ini semua persespsi yang sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik. Beliau mengulas gesaan Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) supaya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin meletakkan jawatan dan digantikan dengan timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah kerana gagal menangani masalah demokrasi kampus yang semakin kritikal. Apa motif GAMIS desak Khaled Nordin letak jawatan sebagai menteri Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Ahmad Syukri Ab. Razab dalam kenyataannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini menuduh Khaled tidak mengambil pengajaran daripada situasi negara luar yang sedang bergelora dengan revolusi rakyat. Ahmad Syukri sebaliknya memberitahu bahawa Saifuddin yang lebih prihatin dan rapat dengan mahasiswa dan lebih layak untuk mengetuai kementerian berkenaan. Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Syed Ali menasihati Ahmad Syukri supaya tidak secara membabi-buta menjadikan pergolakan politik di luar negara sebagai bahan perbandingan dengan situasi di Malaysia. "Sekarang semua orang bercakap mengenai revolusi politik di Mesir dan di negara-negara Timur Tengah dan perlu ambil iktibar, tetapi apakah mereka faham mengenai perbezaan persekitaran sosio-politik di antara kedua negara," tegasnya. Mengenai desakan supaya Khaled meletakkan jawatan, Syed Ali menjelaskan kenyataan Ahmad Syukri itu seperti mempunyai agenda tertentu untuk kepentingan satu pihak lain. "Orang ramai boleh berkata GAMIS mungkin menjadi alat kepada Saifuddin untuk menjawat menteri penuh dengan menyingkirkan Khaled, alangkah tidak sopannya budaya laga-melaga yang diamalkan oleh sekolompok mahasiswa kita," uajrnya. Beliau mempersoalkan apakah untungnya GAMIS melaga-lagakan Khaled dengan Saifuddin kerana perbuatan seperti itu hanya mencerminkan bahawa GAMIS tidak berfikiran sepertimana masyarakat mahasiswa. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan