Selasa, 22 Februari 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN


PENYERAHAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA DTO ROSNAH

Posted: 22 Feb 2011 08:36 AM PST


20 FEBRUARI 2011- Ketua Puteri UMNO Malaysia Dato Rosnah selaku Timbalan Menteri Kesihatan turun padang membuat penyerahan sumbangan kebajikan kepada penerima - penerima bantuan bersama-sama Puteri Negeri Melaka dan Puteri Bahagian Jasin.Disamping itu juga,beliau turut membuat tinjauan di setiap peti undi N27 Merlimau untuk melihat persiapan yang telah dilakukan bagi menghadapi pilihanraya kecil 6 Mac ini.



Majlis Perasmian Mula Kerja di Tapak Projek UiTM Melaka Kampus Jasin dan Pertukaran Dokumen Perjanjian Pinjaman di antara YBK Usahasama Sdn Bhd dan Ba

Posted: 22 Feb 2011 07:36 AM PST

19 Februari 2011- Majlis Perasmian Mula Kerja di Tapak Projek UiTM Melaka Kampus Jasin dan Pertukaran Dokumen Perjanjian Pinjaman di antara YBK Usahasama Sdn Bhd dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad telah dirasmikan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam memaklumkan bahawa penduduk Jasin menerima dengan baik pembinaan UiTM Melaka Kampus Jasin.

Projek yang didirikan diatas tanah seluas 218 ekor bertempat di Seri Mendapat, Merlimau Melaka ini dijangka siap pada pertengahan 2014.


UiTM mensasarkan 250,000 pelajar untuk menyambung pengajian di UiTM seluruh Malaysia dalam masa beberapa tahun lagi.


Plag Batu Sempadan yang ditandatangan oleh Perdana Menteri.

GONG XI FA CAI BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI

Posted: 22 Feb 2011 07:17 AM PST

14 Februari 2011- Penduduk-penduduk merlimau tidak mengira bangsa dan agama telah bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin di SRJKC Merlimau bagi meraikan Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Tahun Baru Cina.






Semangat 1 Malaysia....Tahniah penduduk merlimau....

Tiada ulasan:

Pengikut