Sabtu, 19 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Hormati keputusan mahkamah kekalkan ADUN Pelabuhan Klang- Syed Ali

Posted: 18 Feb 2011 05:09 PM PST

SEMUA pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang memutuskan Badrul Hisham Abdullah kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, keputusan itu juga adalah kemenangan kepada pengundi di Pelabuhan Klang yang memilih Badrul menerusi sistem pilihan raya.

"Mahkamah telah membuat keputusan yang adil dan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor sewajarnya menerima dan menghormati keputusan tersebut," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berpendapat tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim untuk mengemukakan rayuan mengetepikan keputusan itu minggu depan sebagai bermotifkan politik.

"Apa lagi yang mereka mahu ?, jika tidak mengutungkan mereka akan dipertikaikan tetapi jika memihak kepadanya, mahkamah akan disifatkan sebagai adil, inilah gelagat pembangkang," tegasnya.

"Sepatutnya pihak pembangkang lebih mengutamakan kepentingan rakyat dan memberikan peluang kepada Badrul meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Beliau mengulas keputusan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaleha Yusof yang memutuskan Badrul kekal sebagai ADUN Pelabuhan Klang dan tindakan Teng Chang yang mahu mengemukakan permohonan untuk mengetepikannya.

Menurut Syed Ali lagi, PR di Selangor sepatutnya lebih mengutamakan kepentingan awam daripada berterusan bermain politik.

Katanya, Speaker dan mana-mana pihak dibolehkan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tetapi adalah lebih baik jika ia mengambil kira kepentingan rakyat.

"Saya percaya penduduk Pelabuhan Klang tidak ada apa-apa yang dipertikaikan terhadap Badrul, cuma PKR sengaja mencetuskan ketegangan politik untuk memburukkan keadaan," katanya.

Dalam kes Badrul jelasnya, kemungkinan sebelum ini wakil rakyat berkenaan menghadapi kesukaran untuk meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat kerana terpaksa berdepan dengan kes mahkamah.
"Kini (semalam) sudah selesai, keputsuan sudah dibuat oleh mahkamah dan semua pihak harus menerimanya dengan terbuka manakala Badrul pula perlulah menumpukan tanggungjawabnya selaku wakil rakyat di kawasan berkenaan," katanya.
Syed Ali menyifatkan tindakan Speaker itu didorong oleh rasa kecewa pemimpin PR terutama DAp dan PKR terhadap keputusan yang memihak kepada Badrul.

"Kemungkinan mereka mahu mahkamah memihak kepada kehendak pembangkang supaya satu pilihan raya kecil diadakan di Pelabuhan Klang," tambahnya.

Dalam hal ini kata beliau, pembangkang hanya mengutamaklan agenda politik daripada memberi pembelaan kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Pengikut