Pengikut

Nuffnang

Isnin, 7 Februari 2011

DunSemarang

sumber :-

DunSemarang


Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Johor - Ayer Hitam 2011

Posted: 06 Feb 2011 07:33 AM PST





PDRM JUARA TERBUKA SEPAK TAKRAW JOHOR 2011
Pekan Ayer Hitam 6 Feb – Regu Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) Berjaya meraih RM 2000.00 apabila mereka berjaya merangkul gelaran johan di pertandingan sepak takraw terbuka Johor – Ayer Hitam 2011 yang berlangsung di Dewan SRK(C) Malayan, Ayer Hitam pada 5 Febuari 2011. Sementara itu regu PKNS pula hanya berpuas hati merangkul gelaran naib johan dan hadiah RM 1000.00 apabila tewas kepada PDRM di pertandingan akhir.Kejohanan yang di anjurkan bersama UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Gerakan Belia 4B( M ) Kawasan Ayer Hitam telah menggamit penyertaan dari seluruh negara termasuk negara jiran iaitu Singapura. Antara bintang sepak takraw negara yang mengambil bahagian di kejohanan ini ialah saudara Norman Nizam ( PDRM ) dan Norazman Abd Hamid ( PKNS ). Kedudukan ke 3 dan ke 4 pula masing-masing di sandang oleh regu Bukit Putra 1 dan Bukit Putra 2 dengan meraih hadiah wang tunai RM 500.00. Pertandingan ini ditutup dengan rasminya oleh Tuan Haji Mohd. Kamal bin Harun Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam dan sekali gus menyampaikan hadiah pada jam 10.30 malam.(Terima Kasih: Sumber berita dan foto dari S/UBAH Halid Saat)ByM69

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian