Isnin, 31 Januari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Menang di DUN Tenang ; BN jangan ‘Khayal’ - Syed Ali

Posted: 30 Jan 2011 08:32 PM PST

















BARISAN Nasional (BN) khususnya UMNO jangan 'khayal' dengan kemenangan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada keputusan pilihan raya kecil yang diumumkan malam tadi, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Memang kita (BN) menang besar pada pilihan raya kecil yang ke-14 ini, tetapi kemanangan itu jangan menjadikan UMNO khayal dan leka," tegasnya.

Menurut beliau, walaupun kali ini BN menang dengan majoriti 3,707 berbading 2,492 keputusan Plihan Raya Umum (PRU) 2008, tetapi kesetian pengundi Cina di beberapa kawasan perti undi amat meragukan.

Ini kerana jelas beliau, pihak pembangkang mendakwa bahawa 70 peratus pengundi Cina di Tenang masih menolak BN.

Tanpa berselindung, Syed Ali mendesak MCA sebagai sekutu BN memberi penjelasan mengapa peratusan pengundi di kawasan berkenaan terus memihak kepada pembangkang.

Katanya, langkah itu bagi mengelak sangkaan jentera pilihan raya MCA tidak berfungsi dan kepimpinannya masih lagi tidak dapt diterima oleh masyarakat Cina terutama di peringkat akar umbi.

"Orang ramai boleh membuat andaian bahawa pengaruh MCA tidak sekuat mana di Labis, oleh sebab itu peratus pengundi Cina mengundi calon PAS agak meningkat," ujarnya.

Sebagai contohnya jelas beliau, berdasarkan keputusan peti undi di kawasan Bandar Labis Tengah, bermakna secara keseluruhannya pembangkang berjaya memenangi 70 peratus undi Cina di DUN Tenang.

Kawasan berkenaan, 95.7 peratus adalah pengundi Cina dan PAS berjaya meraih 851 undi berbanding BN hanya mendapat 365 undi.

Pada PRU ke 12, BN tewas di tiga kawasan peti undi majoriti Cina dan kali ini berjaya merampasnya semula iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis.

Bagaimanapun jelas beliau, jika dijumlahkan keseluruhan undi pilihan raya kecil tersebut di ketiga-tiga kawasan majoriti pengundi Cina, iaitu Bandar Labis Timur, Labis dan Bandar Labis Tengah ternyata masih dikuasai oleh pembangkang dengan 1,860 undi berbanding BN sebanyak 1,414 undi.

Pada PRU ke- 12, pembangkang menguasai 2,174 undi dan BN pula 1,584 undi.

Oleh sebab itu tegas beliau, BN perlu segera melakukan 'post-mortem' kerana jumlah pengundi Cina di beberapa kawasan peti undi tidak menyokong calon BN.

"Kita boleh berbangga kerana BN masih mempertahankan DUN Tenang, tetapi disebalik keputusan tersebut ada beberapa perkara yang membimbangkan," jelasnya.

Justeru katanya, BN juga perlu memperkuat dan mengemaskan strategi bagi menghadapi ancaman pembangkang pada PRU akan datang.

"Semua peringkat kepimpinan parti hendaklah bekerja keras supaya BN mampu meningkatkan jumlah undi disamping menguasai semula kawasan atau saluran peti undi yang dimenangi pembangkang," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang semalam, calon BN, Mohd. Azhar Ibrahim menang dengan 6,699 undi mengalahkan pencabarnya, Normala Sudirman (PAS) yang mendapat 2,992 undi. Majoritinya 3,707 undi.

Manakala pada PRU ke-12 lalu, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha (BN) menang dengan 6,367 undi mengalahkan calon PAS, Mohd. Saim Siram (3,875 undi) dengan majoriti 2,4492 undi.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera BN dan UMNO yang telah bekerja keras bagi memastikan DUN Tenang kekal milik BN.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertungkus lumus bersama jentera parti sepanjang kempen tersebut.

"Kemengan itu membuktikan bahawa kepimpinan Najib dan Muhyiddn tetap diterima rakyat walaupun difitnah dengan pelbagai isu oleh pihak pembangkang," tegasnya.

Bagaimanapun kata beliau, jentera BN terutama UMNO perlu meningkatkan usaha secara lebih bersepadu bagi menghadapi PRU ke-13 tidak lama lagi.

"Kita mahu kemenangan mutlak bagi membentuk sebuah kerajaan yang sentiasa mendokong aspirasi rakyat," tambahnya.

Tiada ulasan:

Pengikut