Jumaat, 28 Januari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali sifatkan Karpal Singh bela kes liwat Anwar seperti cerita kartun

Posted: 27 Jan 2011 11:54 PM PST

RAKYAT ingin tahu sejauhmana kejujuran Karpal Singh selaklu pengamal undang-undang dalam kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Karpal Singh dikatakan pernah memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau mengetahui Anwar terbabit dalam aktiviti liwat.

Katanya, rakyat masih tertanya-tanya apakah maksud Karpal Singh bahawa dia tahu mengenai aktiviti liwat Anwar samada membabitkan kes pertamanya dahulu atau kes Mohd. Saiful.

"Dalam kes dengan Saiful, Karpal Singh adalah ketua peguam bela Anwar, ini seperti kartun, dia (Karpal Singh) kata tahu pasal Anwar, tapi dia juga yang bela Anwar," katanya.

Dalam hubungan ini tegas beliau, Jabatan Peguam Negara perlu memanggil Karpal Singh sebagai saksi dalam perbicaraan yang sedang di hadapai oleh Anwar.

"Sebagai pengamal undang-undang, beliau harus bersikap jujur, ikhlas dan bertanggungjawab bagi menentukan keadilan sistem kehakiman di negara ini," ujarnya.

Beliau berkata, Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP perlu mengetepikan kepentingan politik dalam mengendalikan kes Anwar dan perlu bersedia dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan tersebut.

"Sekarang ini orang ramai melihat Karpal Singh seperti mempergunakan Anwar untuk agenda politik DAP," jelasnya.

Bagaimanapun Syed Ali menjalaskan, kredibiliti Karpal Singh sudah lama tercalar berikutan tindak-tanduknya yang dilihat cuba merahsiakan sesuatu berhubung kegiatan Anwar.

Sebelum ini, beberapa pengamal undang-undang di negara ini pernah mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara supaya Karpal Singh dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwat Anwar.

Mengenai pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang juga menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih lagi disiasat, Syed Ali berkata :

"Menteri Besar Kelantan sepatutnya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatannya apabila menantu sendiri disiasat oleh SPRM kerana isu rasuah,".

Beliau berkata, walaupun keputusan bersalah atau tidak masih lagi menjadi persoalan tetapi harga diri Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS sudah tercemar.

Tiada ulasan:

Pengikut