Umno Deputy Youth Chief, Datuk Razali Ibrahim reminded Umno youth machinery who will involve in the by-electio this Sunday to remain disciplined. Posted: 28 Jan 2011 10:02 AM PST Sumber dari: http://www.malaysiandigest.com/news/16121-razali-umno-youth-will-continue-to-reach-young-people.html The Muar MP also hope that there will be no provocation between supporters from both Barisan Nasional (BN) and the opposition's side. Commenting on the election campaign, he said Umno youth will continue their effort to reach young people by providing programs that they ask for. "We will continue our effort to reach young people by providing them programs that they themselves asked for. We are not like the opposition who always make a 'syok sendiri' program," said Razali who is also the deputy minister for Youth and Sports Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
TERKINI : MARI BACA Posted: 27 Jan 2011 08:01 PM PST |
BILA MUKHRIZ BERSUARA.... Posted: 27 Jan 2011 07:57 PM PST Inilah yang dikatakan dengan perpatah Melayu, "Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama". dalam kes ini, "Mukhriz Punya Kerja, Lim Guan Eng Dapat Nama". Sudahlah kerajaan Pulau Pinang tidak tahu bersyukur, lepas itu mengaku pula kononnya segala pelaburan yang diterima oleh negeri itu daripada pihak luar, adalah hasil titik peluh mereka sendiri. "Banyak Cantik Muka Lu Lim Guan Eng", sedap mulut sahaja nak mengaku itu semua usaha kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau tiada MITI yang membantu, jangan harap Pulau Pinang dapat projek daripada pelabur luar. Rakyat bukan lagi bodoh dan mudah digula-gulakan dengan pengakuan semudah itu. Baca laporan Bernama di bawah : TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu. Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-PKR-PAS itu tidak harus cepat 'mengambil kredit' di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan. "Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.
"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang berlabur di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di Sungai Petani. Mukhriz yang ditemui selepas mengagihkan 250 kotak limau mandarin kepada peniaga di Pasar Taman Ria semalam diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa peningkatan 465 peratus pelaburan di negeri itu tahun lepas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata kementeriannya tidak 'pilih kasih' dalam mempromosikan negeri-negeri di Malaysia kepada negara luar. "Maknanya kita tidaklah hanya bercakap mengenai Iskandar (Malaysia) di Johor, Melaka, Pahang dan sebagainya sebaliknya kita buat kerja untuk semua negeri. "Sudah tentu Pulau Pinang yang telah dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu turut mendapat nikmat daripada usaha-usaha kita walaupun sekarang ini mereka di bawah pemerintahan DAP," katanya.
Pada Rabu lepas, Lim membuat kenyataan akhbar menyatakan Pulau Pinang berjaya menarik lebih RM12 bilion pelaburan pada 2010 berbanding RM2.165 bilion pada tahun sebelumnya. Beliau berkata kenaikan lima kali ganda itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar yang dilaksana kerajaan negeri bersandarkan tujuh faktor termasuk urus tadbir dan pimpinan berintegriti. --Bernama
|
|
MINIT TERAKHIR PRK TENANG Posted: 27 Jan 2011 07:50 PM PST |
Going all out for the Malay, Chinese votes Posted: 27 Jan 2011 07:45 PM PST Going all out for the Malay, Chinese votes 2011/01/28
zubaidah@nst.com.my Share |
With the by-election campaign in Tenang nearing its climax, the question most asked is whether Barisan Nasional will win with a bigger or smaller majority than in 2008, writes ZUBAIDAH ABU BAKAR
MOST Tenang voters would have made up their minds by now; the parties involved in the electoral contest on Sunday know that their last-minute campaigning will have little impact on traditional voters. They can woo only fence-sitters, otherwise referred to as "floaters" or the swing group.
Nevertheless, party workers are not going to make themselves less busy on the ground and in cyberspace over the next 48 hours, placing high hopes that voters will digest information to their advantage before they go to the polls. Their aim is to reach out to as many as possible of undecided voters while at the same time rally the party faithful.
As the campaign moved into overdrive, Barisan Nasional and Pakatan Rakyat leaders are saying it will be a tough fight between Umno's Mohd Azahar Ibrahim and Pas' Normala Sudirman among the Malay and Chinese grassroots, the two groups that make up the bulk of Tenang voters.
Another nagging question on the minds of people who have an interest in the by-election is whether Tenang voters, who had strayed from BN to the opposition in the 2008 general election, will return to the ruling coalition.
Their number is not small. The late Datuk Sulaiman Taha's winning majority was slashed by half when he faced Pas' Mohd Saim Siran for the second consecutive general election. Sulaiman defeated Saim by a 5,517-vote majority in 2004 but this was reduced to 2,492 votes in the last general election.
If the Galas story, in which Chinese votes had moved a little away from Pas in last October's Kelantan state by-election, is repeated in Tenang, the next question is whether it is enough for BN to claim that the trend is building momentum.
Tan Sri Muhyiddin Yassin was optimistic of a big win on Sunday.
His calculation that BN could surpass the 5,000 vote-majority was possibly based on BN's impressive support in Felda schemes in 2008 and the Galas victory.
Support for BN in the three Felda settlements in Tenang remained strong in the last general election. Pas secured only 20.4 per cent of votes in Felda Tenang, 18.6 per cent in Chemplak Barat and 18 per cent in Chemplak.
But the past few days have seen Pas "foot soldiers" roaming the three Felda settlements where some 4,000 of 7,000 Malay voters live.
BN campaigner Salah Dah-lan from Felda Chemplak Barat Umno branch was angry when relating how Pas muslimat (women) campaigners had "impersonated" Wanita Umno members, wearing red scarves to enable them to move around in Felda Chemplak Barat.
"We bump into their people when we make our rounds," she said while distributing campaign leaflets with Pagoh Puteri Umno committee member Siti Hajar Ali Hassan on Tuesday.
In nearby Felda Chemplak, a man in his 20s was giving directions to a group of women travelling in a car with Kuala Lumpur number plates.
"Saya dari parti Pas (I am from Pas)," he said as he passed by reporters taking photographs of party flags on his motorcycle.
New posters and banners belonging to Pakatan Rakyat, including pictures of Pas icon Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, appeared in the land schemes on Wednesday.
Has Pas managed to make inroads into these Felda schemes after 2008? Pas-linked Persatuan Anak-Anak Felda continuously attacks Felda's management in a bid to gain support.
DAP is also confident that Normala will win at least 60 per cent of the Tenang Chinese vote, much higher than the 38 per cent that the opposition achieved in 2008.
There could be some truth to claims of an increase in Chinese support for the opposition since Umno campaigners had estimated that the Chinese support level had not gone beyond 30 per cent since the start of the campaign.
Although they remain confident of winning the majority of Malay votes, Umno campaigners doubt whether BN's campaign led by MCA has been able to check DAP's influence and win over some support from the Chinese voters in Labis Tengah, Labis Timor and Labis, which are the three Chinese-majority areas BN lost in 2008.
Statistics showed that the Pas candidate in 2008 secured between 50 per cent and 67 per cent of votes in Chinese-majority areas; in Labis Tengah, for example, where 96 per cent of voters were Chinese, Pas garnered 66.8 per cent.
Pas has also not entirely left the campaigning in Chinese areas to DAP and its other ally, Parti Keadilan Rakyat. Its central committee member, Dr Muhajid Yusof, and several Chinese-speaking members of the Pas Supporters Congress from Perak took the campaign for Chinese votes to the Labis Chinese Methodist church on Sunday.
"We are here; your prayers have been answered," he said to the priest, who during his sermon talked of the need to have good leaders.
Ibrahim Suffian, director of pollster Merdeka Centre, does not foresee big surprises on Sunday, although he believes Umno should not be complacent about the Felda vote.
A survey conducted by the centre prior to nomination day showed that the Chinese were opposed to BN and that Malays in Tenang hardly had issues with the BN government.
"The opposition has been campaigning hard in Chinese areas and this could work to its advantage," said Ibrahim.
Monash University Malaysia political scientist Prof James Chin predicted that BN had the edge over Pas in the electoral battle.
Many issues have and continue to be debated in this by-election.
There has been a bit of mudslinging and leaders have tried various angles to tip the political balance.
The last 48 hours are crucial; campaigners are not about to slow down until they are forced to call it a day at midnight tomorrow when all campaigning comes to an end.
Read more: Going all out for the Malay, Chinese votes http://www.nst.com.my/nst/articles/16lido/Article/#ixzz1CIY18JXf
|
|
TERKINI : PRK TENANG Posted: 27 Jan 2011 07:38 PM PST Serangan peribadi helah terakhir pembangkang Oleh Junita Mat Rasid
2011/01/28 Sedar Johor kubu kuat, parti lawan semakin rakus guna pelbagai cara gugat pertahanan BN
TEMPOH berkempen bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berbaki hanya dua hari lagi menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan pembangkang semakin ligat berkempen bagi memenangi hati pengundi. Dalam pada sibuk bertemu masyarakat, ada cerita yang tidak enak didengar apabila mula timbul strategi kotor, termasuk mereka cipta serta menabur fitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Niat mereka tidak sukar ditelah, iaitu bagi menimbulkan rasa benci serta menghilangkan keyakinan pengundi terhadap lawan.
Bagi pembangkang, khususnya PAS, sasaran mereka sekadar mahu mengurangkan majoriti undi BN, manakala BN pula berazam meraih undi lebih tinggi berbanding pilihan raya umum 2008.
Keazaman itu yang menjadi azimat untuk calon dan jentera BN terus bersemangat melalui tempoh lapan hari berkempen dengan menjawab pelbagai isu dilemparkan pihak lawan. Jika diamati sepanjang tempoh empat hari pertama kempen, situasi di Tenang tidak banyak berbeza dengan 13 pilihan raya kecil sebelum ini. Pastinya serangan demi serangan berbentuk peribadi menjadi antara taktik memainkan emosi pengundi.
Semakin hampir hari pengundian, semakin rancak juga kempen kedua-dua parti bertanding. Pembangkang memainkan pelbagai isu dan paling ketara serangan peribadi terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, manakala BN siap sedia dengan jawapan bagi menangkis tuduhan.
Mungkin sikap tenang dan agak pendiam Mohd Azahar menjadikannya sasaran mudah untuk pembangkang melakukan serangan demi serangan terhadapnya, tetapi apa yang penting setiap serangan itu dengan penuh yakin ditepis calon itu bersama sokongan barisan kepemimpinan BN.
Walaupun dikatakan calon terbaik dan menjadi pilihan kerana mempunyai latar belakang bersih dan anak tempatan, ia bukan satu bonus buat Mohd Azahar atau Tok Ai berasa selesa atau telus daripada serangan.
Antara taktik pembangkang adalah mengaitkan calon BN itu dengan isu tanah milik seorang penduduk yang dilelong ketika Mohd Azahar menjadi Penolong Pentadbir Tanah Segamat pada 2000-2006 serta beberapa isu peribadi lain.
Agaknya memang isu itu 'klimaks' untuk pembangkang dalam taktik mereka pada pilihan raya kecil ini. Apa tidaknya, sebelum ini begitu berapi-api mereka melaungkan pelbagai isu nasional termasuk berkaitan FELDA, isu tanah dan harga barangan, mengapa kini berubah kepada serangan peribadi.
Jika diimbau, hampir sebulan sebelum penamaan calon lagi, pembangkang mengisi siri ceramah mereka dengan fokus kepada isu nasional di atas, namun mungkin menyedari taktik itu gagal menarik perhatian pengundi, lalu beralih pula kepada serangan peribadi.
Mungkin juga menyedari Johor kubu kuat BN, menjadikan parti lawan semakin rakus menggunakan pelbagai helah untuk menggugat pertahanan BN dan mungkin juga serangan peribadi menjadi helah terakhir mereka.
Ia bermula dengan cerita kononnya pemilihan Tok Ai tidak mendapat restu UMNO Bahagian Labis, namun mudah disangkal, tambahan pula Timbalan Ketua UMNO Labis, Rusdin Mahamud yang dikatakan antara calon favourite pada mulanya, tidak pernah lekang dengan Tok Ai dalam siri kempen yang dijalankan.
Berlainan pula dengan BN, walaupun ada ruang untuk mengikut langkah lawan menyerang peribadi calon PAS, ia langsung tidak digunakan, sebaliknya tumpuan kempen adalah kepada apa yang boleh dilakukan kerajaan untuk membantu rakyat. Penyebaran fitnah dan serangan peribadi juga membuktikan pembangkang masih tetap dengan cara lama.
Apa yang diharapkan ialah kebijaksanaan pengundi di DUN Tenang menilai apa yang betul dan salah serta mengambil kira jawapan yang sudah diberikan bagi membalas setiap tuduhan sebelum membuat pilihan pada hari penentuan. |
|
Cikgu Maarof Tidak Amanah, Tidak Bertanggungjawab - Razali Posted: 27 Jan 2011 07:27 PM PST LABIS, 27 JAN – Suami calon Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Maarof Abd Mutalib disifatkan sebagai seorang guru yang tidak beramanah selain melakukan dosa kerana sanggup menipu pelbagai pihak berhubung tindakannya yang mengambil sijil cuti sakit selama tempoh berkempen pilihan raya berkenaan.  Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim berkata sebagai seorang Islam, beliau patut tahu dan sedara bahawa makan gaji secara yang tidak halal adalah satu perbuatan yang tidak baik. Menurut beliau mereka yang mengambil sijil cuti sakit itu adalah mereka yang tidak sihat, namun apa yang berlaku terhadap suami calon Pas, Normala Sudirman menimbulkan pelbagai persoalan kerana beliau boleh mengiringi isterinya berkempen di sekitar DUN Tenang. "Cuti sakit maknanya gaji jalan tetapi dia tidak buat kerja. Maknanya tidak amanah. Sebagai orang Islam dia patut tahu ianya berdosa. Ambil gaji secara tidak betul.Kalau kita kata rasuah itu kita perangi, saya nak tanya ini apa bentuk dia. Makan gaji dalam keadaan dia menipu. "Saya berpendirian terbuka. Kalau dia mahu bantu isterinya berkempen, ambillah cuti tanpa gaji atau tanpa rekod. Tidak ada masalah. Lepas itu banyak cerita lain yang kita boleh fikirkan seperti seorang cikgu yang secara terbuka berpendirian menyokong pembangkang dan sebagainya. "Pada saya penipuan ini jelas. Penipuan ini bukan kita buat dan reka. Pengundi boleh boleh buat pertimbangan sewajarnya. Secara terbuka depan mata pun dia tipu yang belakang lagi kita tidak tahu. Kita tidak mahu tuduh macam-macam," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan suami calon Pas, Maarof Abd Mutalib yang dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari menimbulkan pelbagai persoalan. Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menjelaskan jika di depan mata orang itu sanggup menipu, bagaimana pula yang dibelakang tabir dan sebagainya. "Saya tidak akan percaya. Dalam apa jua tugas dan kerja saya, pejabat saya, dalam Pemuda UMNO itu sendiri pun perkara paling penting adalah kepercayaan. "Kalau saya tidak boleh percaya dengan salah seorang pekerja saya sampai bila-bila pun kita tidak akan tenang buat kerja. Dalam soal ini, jelas menipu. Pengundi kena nilai dan timbang. Penipuan ini jelas, cikgu Maarof ada sepanjang masa dan tidak sakit," katanya. Beliau seterusnya menggesa Kementerian Pelajaran mengambil perhatian serius terhadap perkara berkenaan. "Pihak kementerian kena tengok soal ini. Kalau betul penipuan itu berlaku, bukti dia kemukakan sijil cuti sakit tetapi secara fizikal dia tidak uzur maka ada persoalan. Sekurang-kurangnya surat tunjuk sebab sebelum diambil tindakan dan sebagainya," katanya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan