Isnin, 31 Januari 2011

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Politik dan Fatwa Pas

Posted: 31 Jan 2011 06:56 PM PST





Politik Ancaman Telah Berlalu

1.Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama penduduk pekan Labis pada malam Sabtu dengan penuh bersemangat berceramah sambil mendengdangkan lagu bulan dengan penuh nostalgianya.

2. Kehadiran Nizar dianggap membantu jentera Pas untuk mengurangkan majoriti Umno-BN ternyata merosot sama sekali. Malah Pas dilihat semakin ketinggalan dan kalah semakin teruk dengan majoriti 3707 meningkat 1215 berbanding 2008.

3. Pujian dan kehebatan yang diputarkan oleh Nizar terhadap Cikgu Mala, menjadikan pendengar sangat jelik dan memperlihatkan 'kegatalan' dan tafsiran yang negatif terhadapn pemimpin pas yang dilihat seringkali mengunakan ayat Al-Quran dalam ceramah-ceramahnya.

4. Orang Melayu bertambah marah apabila ada orang Pas berkata 'haram syarie' undi UMNO. Adakah orang Pas bermaksud orang Johor dan negeri lain yang undi UMNO dan BN selama ini telah dicatatkan dosa mereka oleh malaikat dan perlu bertaubat?".

5. Kak Midah Setakat ini sendiri tak jumpa lagi 'fatwa-fatwa' Pas yang konsisten. Apabila isu itu melibatkan orang UMNO, mereka kata tidak boleh dan apabila kena mereka sendiri, mereka cakap boleh.

6. Kenyataan Nik Aziz dalam berkempen "Siapa tak undi PAS jahiliah". dilihat seperti penjual di 'Petaling Street' marah bila pembeli tidak sudi beli barangannya. Semua cara jahiliah dan samseng ini tidak lagi berkesan bahkan membuat ramai makin meluat dengan PAS.

7. Beliau jugak turut bersetuju dengan 'fatwa' Mufti Perak yang baru, Nizar Jamaludin yang kata halal syarie undi PAS, haram syarie undi BN.


8. Sikap Nik Aziz yang menyokong tindakan Lee Kwan Yew yang menguris hati umat Islam dinegara ini dan masyarakat melayu memperlihatkan sikap sebenar beliau. Tindakan Lee Kwan Yew dan hubungan Singapura selama ini telah banyak menguris hati rakyat Johor.

9. Pemimpin PAS masih lagi mengunakan kempen "Haram Syarii Undi UMNO". Ini memberi gambaran PAS seakan parti yang ketinggalan zaman dalam poltitik. Haram sana haram sini tapi halal untuk PAS.

10. Tindakan Nizar bukan hanya tidak disenangi oleh penduduk Johor, malah pemimpin pas sendiri menegur tindakan Nizar, dalam kenyataan The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau telah menegur Nizar kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya ketika berceramah.

11. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Nizar itu bertentangan dengan ajaran Islam.

12. Kak Midah menyeru jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitik.

13. Penyumbang kegagalan besar dan meningkatnya majoriti Umno-BN pada kali ini adalah kenyataan dangkal pemimpin pas terutamanya Nizar yang dilihat semakin ghairah dan 'syok sendiri' dengan impian bulan untuk jatuh keribanya.

14. Salam terima kasih kepada semua blogger-blogger yang membantu Umno-BN yang bersama susah payah sanggup meninggalkan kerja dan bercuti untuk berkampung di Tenang untuk menyalurkan maklumat tepat kepada pengundi dan menangkis serangan Pas.

Terima kasih semua.


Jentera wanita semakin hebat.


Kak Midah
Ipoh, Perak

Tiada ulasan:

Pengikut