Isnin, 31 Januari 2011

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Politik dan Fatwa Pas

Posted: 31 Jan 2011 06:56 PM PST





Politik Ancaman Telah Berlalu

1.Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama penduduk pekan Labis pada malam Sabtu dengan penuh bersemangat berceramah sambil mendengdangkan lagu bulan dengan penuh nostalgianya.

2. Kehadiran Nizar dianggap membantu jentera Pas untuk mengurangkan majoriti Umno-BN ternyata merosot sama sekali. Malah Pas dilihat semakin ketinggalan dan kalah semakin teruk dengan majoriti 3707 meningkat 1215 berbanding 2008.

3. Pujian dan kehebatan yang diputarkan oleh Nizar terhadap Cikgu Mala, menjadikan pendengar sangat jelik dan memperlihatkan 'kegatalan' dan tafsiran yang negatif terhadapn pemimpin pas yang dilihat seringkali mengunakan ayat Al-Quran dalam ceramah-ceramahnya.

4. Orang Melayu bertambah marah apabila ada orang Pas berkata 'haram syarie' undi UMNO. Adakah orang Pas bermaksud orang Johor dan negeri lain yang undi UMNO dan BN selama ini telah dicatatkan dosa mereka oleh malaikat dan perlu bertaubat?".

5. Kak Midah Setakat ini sendiri tak jumpa lagi 'fatwa-fatwa' Pas yang konsisten. Apabila isu itu melibatkan orang UMNO, mereka kata tidak boleh dan apabila kena mereka sendiri, mereka cakap boleh.

6. Kenyataan Nik Aziz dalam berkempen "Siapa tak undi PAS jahiliah". dilihat seperti penjual di 'Petaling Street' marah bila pembeli tidak sudi beli barangannya. Semua cara jahiliah dan samseng ini tidak lagi berkesan bahkan membuat ramai makin meluat dengan PAS.

7. Beliau jugak turut bersetuju dengan 'fatwa' Mufti Perak yang baru, Nizar Jamaludin yang kata halal syarie undi PAS, haram syarie undi BN.


8. Sikap Nik Aziz yang menyokong tindakan Lee Kwan Yew yang menguris hati umat Islam dinegara ini dan masyarakat melayu memperlihatkan sikap sebenar beliau. Tindakan Lee Kwan Yew dan hubungan Singapura selama ini telah banyak menguris hati rakyat Johor.

9. Pemimpin PAS masih lagi mengunakan kempen "Haram Syarii Undi UMNO". Ini memberi gambaran PAS seakan parti yang ketinggalan zaman dalam poltitik. Haram sana haram sini tapi halal untuk PAS.

10. Tindakan Nizar bukan hanya tidak disenangi oleh penduduk Johor, malah pemimpin pas sendiri menegur tindakan Nizar, dalam kenyataan The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau telah menegur Nizar kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya ketika berceramah.

11. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Nizar itu bertentangan dengan ajaran Islam.

12. Kak Midah menyeru jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitik.

13. Penyumbang kegagalan besar dan meningkatnya majoriti Umno-BN pada kali ini adalah kenyataan dangkal pemimpin pas terutamanya Nizar yang dilihat semakin ghairah dan 'syok sendiri' dengan impian bulan untuk jatuh keribanya.

14. Salam terima kasih kepada semua blogger-blogger yang membantu Umno-BN yang bersama susah payah sanggup meninggalkan kerja dan bercuti untuk berkampung di Tenang untuk menyalurkan maklumat tepat kepada pengundi dan menangkis serangan Pas.

Terima kasih semua.


Jentera wanita semakin hebat.


Kak Midah
Ipoh, Perak

.

.


Jalanraya Kg Mohimboyon-Kundasang : Usaha UMNO Ranau dibawah pimpinan YB Datuk Masidi Manjun

Posted: 31 Jan 2011 08:02 AM PST

Dalam menyuarakan isu ini, pemuda UMNO Ranau tidak berniat untuk menunding mana-mana pihak tentang isu yang ingin dijelaskan. 

Penjelasan ini seharusnya dapat menerangkan apa cerita disebalik isu yang kini hangat dibicarakan di bibir masyarakat di Ranau khususnya penduduk-penduduk yang berada di  Kg Mohimboyon - Kundasang.

Usaha UMNO Ranau untuk memohon agar  Projek Naiktarap Jalanraya yang menghubungkan Kg Mohimboyon - Kundasang dapat diberi keutamaan penting dalam Rancangan Malaysia Ke-11.



UMNO Ranau berusaha menjemput YB Dato Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia  untuk hadir merasmikan  Mesyuarat Perwakilan  UMNO Bahagian Ranau 2009 yang diadakan pada 1 Ogos 2009.

Youtube Ucapan YB Datuk Masidi & Dato Shaziman.


Dalam ucapan yang dibawah oleh Ketua UMNO Bahagian Ranau, YB Datuk Masidi Manjun semasa mesyuarat ini (sila lihat  Masa Video Youtube antara 7:00 - 8:.25), YB Datuk Masidi meminta agar YB Datuk Menteri Kerja Raya dapat membawa keluahan rakyat terutama sekali Jalanraya di Kg Mohimboyon - Kundasang agar jalan ini dapat diberi perhatian penuh dalam Racangan Malaysia Ke 11.

Selepas mesyuarat ini selesai dirasmikan, Ketua Pemuda UMNO Ranau, Saudara Faez Nordin mengiring YB Dato Menteri Kerja Raya melawat bagi melihat keadaan sebenar lokasi jalanraya seperti yang disebutkan oleh YB Datuk Masidi bagi membuktikan keperluan masyarakat memudahkan usaha-usaha pembangunan ekonomi desa diperkasakan.

Walau bagaimanapun, apa yang diinginkan tidak semestinya dapat dilaksanakan dengan segera untuk dilaksanakan dalam tahun 2010. Perkara utama yang dibawah dalam mesyuarat UMNO yang lalu seumpama sepi tanpa berita apa status semasa tentang projek ini.

Komitmen, tanggungjawab, ketegasan dan kepimpinan oleh YB Ketua UMNO Bahagian, YB Datuk Masidi berusaha mendesak  YB Datuk Shaziman Menteri Kerja Raya agar projek ini wajib dilaksanakan tanpa alasan untuk menangguhkan perlaksanaannya.

Syukur Alhamdullilah, usaha keras dan tindakan yang berterusan oleh YB Ketua UMNO Bahagian berjaya merealisasikan harapan masyarakat kita di Ranau. 

Terkini berita gembira dengan pengumuman bahawa projek ini bakal dilaksanakan secara rasminya pada tahun 2011.

Pemuda UMNO Ranau ingin menjelaskan cerita sebenar disebalik isu-isu yang berligar pada masa ini dengan mengemukakan fakta-fakta sebenar bagaimana usaha keras yang diambil oleh UMNO Bahagian kepada kejayaan projek ini. 

Dalam memperkatakan perkara ini, bukan bermaksud UMNO mahu jadi champion untuk semua, cuma hakikatnya masyarakat kita di Ranau perlu dimaklumkan bahawa setiap usaha-usaha itu perlu dilakukan bersama-sama dengan ikhlas demi untuk memberi kebaikan kepada rakyat bukannya menjadi mainan politik dalam mengaut populariti.

Tahniah kepada masyarakat di Ranau yang bakal menikmati jalanraya baru Mohimboyon-Kundasang. Semoga jalanraya ini sentiasa dijaga dan diselenggara dengan baik agar mendapat manfaat dalam segala urusan peningkatan ekonomi luar bandar.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada YB Dato Menteri Kerja Raya, Dato Shaziman Mansoor kerana menunaikan janji.



 







NIK AZIZ DAN KWAN YEW (Pandangan Tun Mahathir)

Posted: 31 Jan 2011 06:48 AM PST

Sesuatu yang mungkin kita dapat renungkan apabila melihat lanskap politik kita di Malaysia. Artikel ini diambil dari blog Tun Mahathir sendiri.

1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka.

2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?

3. Sebaliknya apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz? Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini. Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.

4. PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan orang UMNO, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang PAS dari orang UMNO, seolah-olah di Akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

5. Apabila PAS bertanding dalam Pilihanraya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia.

6. Kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam Pilihanraya 1990 dan 1995. Dengan ini Semangat 46, serpihan dari UMNO mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan.

7. Alhamdulillah Semangat 46 kembali semula kepada UMNO dan perpaduan orang Melayu Islam dalam UMNO dipulih semula. Tetapi apabila Timbalan Presiden UMNO di keluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

8. Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh UMNO dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat. Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

9. Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz.

10. Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

11. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


WARKAH DARI SANG NILA UTAMA

Posted: 31 Jan 2011 06:24 AM PST

SURAT DARI SINGAPURA




WAH ! PAS MULA AWAL LAGI NAMPAK....TAPI SAYANG BOHONG BELAKA.....

Posted: 31 Jan 2011 06:12 AM PST

Rabu, Januari 26, 2011


PRK Dun Tenang : Tunggu Rakyat Merlimau....Projek Mega Menanti Anda.

Ini mesti kes jelous punya, sebab mereka tak boleh buat. BN buat orang PAS pun tumpang sekaki juga. 

Sudah menjadi kebiasaan...asal ada YB meninggal mesti macam2 projek dan janji yang ditabur....jadi kepada penduduk Merlimau, jangan lepaskan segala peluang yang ada....
Sebabnya PAS dah janji angin Syurga,,,,

antara projek2 menanti mereka :

- dapat jalanraya baru....yang ok pun di tar semula
- dapat rumah baru serta sumbangan baiki rumah...
- dapat lampu jalan....(jangan jadi macam kat PRK Machap sudahla, before PRK bukan main pasang, last2 Majlis Daerah Alor Gajah dah xmampu nak bayar, nak xnak terpaksa dibuka semula lampu awam)
- kanak2 dapat macam2 hamper
- curahan duit yang beratus2 bahkan hingga ke ribuan ringgit
- orang yang tidak pernah dilawat oleh pimpinan UMNO pun akan dilawat..silap2 haribulan dijanjikan dengan pelbagai keistimewaan....tapi janji jela, dah menang buat dono jer....
- pengumumnan bermacam2 projek yang kadang2 kita xsangka (untuk orang merlimau)
- kalo di kelantan dijanjikan jambatan, di merlimau entah apa yang dia nak beri.......
- Dll

Nak explain dah tak larat, so perkara yang sebelum ini dikatakan mustahil kni boleh menjadi realiti dengan sekelip mata...xcaya, tengokla nanti

PRK Tenang : Merlimau Medan Perubahan, Benarkah Melaka Negeri Maju ??? Jom Baca Artikel ini

  • Melaka negeri Maju
  • 20.10.2010 orang Melaka jadi orang maju.
  • Maju dunia dan akhirat.
  • Bandingan kita atas 32 indikasi.
  • Nanti saya catatkan indikasi itu.
  • Kita dibandingkan dengan Jerman, Korea, Swiss dan banyak lagi Negara Maju dunia.
  • Soal kepimpinan tiada dalam indikasi itu.
  • Kalau Rasuah dijadikan indikasi, mungkin kita dah mula tak maju, mungkin kita jadi mundur.
  • Kita boleh cakap kita maju, tapi rakyat dapat merasakan mereka maju ke tidak.
  • Melaka maju, Nelayan kat Pantai Puteri, Duyung maju ke...
  • Melaka Maju, orang Felda Bukit Senggeh Maju ke, atau masih pakai baja campur pasir.
  • Melaka Maju, orang asal kat Jus maju ke, atau pasir mereka sedang dirompak..
  • Melaka Maju, peniaga dan orang kat pekan Alor Gajah masih setiap minggu kena saman oleh Majlis Bandaran...
  • Melaka Maju, tanah getah orang kampung untuk projek Sun Power diambil pada pada harga RM1.35 sekaki, mahal belacan lagi...
  • Melaka Maju, denggi kat bandar melata, longkang tersumbat. Ada orang cadang kat saya supaya Bomba Melaka tolong bersihkan longkang....
  • Melaka Maju, tanam mangga manis hasilnya masam.
  • Melaka Maju, kilang banyak tutup....
  • Melaka Maju, lapangan terbang vs lapang sasar
  • Melaka Maju, Eye on Malaysia tinggal tapak, boyannya tiada, tunggu boyan dari cina...
  • Melaka Maju, kalau hujan lebat tunggulah banjir...
  • Melaka Maju, Ketua Menteri Rasuah....
  • Melaka Maju, ada sekolah hamil, sekolah orang puteh henry gurney dan sekolah lereh.
  • Maju bukan pada benda, ianya pada pemikiran kita.
  • Jangan perbodohkan 800 ribu rakyat Melaka
  • Rumah dan kereta percuma tak boleh mengubati benci rakayat kepada pengkianatan amanah yang telah diberikan rakyat lebih 50 tahun...
  • Lebih baik kita sedar bahawa kita belum maju daripada kita kata kita maju, tapi sebenarnya mundur.

PRK Tenang : Merlimau Medan Perubahan, Amanat Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka

N27 Dun Merlimau, Melaka merupakan satu Dun yang begitu stratigik kedudukannya. Ini kerana dia bersempadan dengan 4 Dun lain dalam parlimen Jasin, iaitu bersebelahan dengan Dun Serkam, Sg. Rambai, Rim dan Bemban ( Merlimau duduk di tengah ).

Jadi iklim politiknya akan mempengaruhi Dun - Dun sekelilingnya. Inilah yang memeningkan BN Melaka lebih - lebih lagi Datuk Seri Ali Rustam. Kalau sebelum ini dengan bangganya beliau mendakwa Melaka adalah negeri paling selamat untuk BN.......

tetapi sekarang, makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi pun tak basah. Yang anggau adalah PAS sendiri bila bertanding 13 kerusi satu pun tak menang yang menang DAP 5 kerusi DUN. PAS hanya menang sorak kampung tergadai...retorik , tak praktikal langsung.

Kalau ikut status quo, Dun Merlimau adalah kerusi PAS bertanding sejak dulu lagi, cuma kita pernah beri laluan kepada Semangat 46 sekali dan PKR sekali atas dasar persahabatan. bILA sHAMSUL KETOT NAK MULALAH KAMARUDDIN SIDEK MEROYAN TAK TENTU PASAL.Tapi kalau ikut keputusan terbaik ialah berpihak kepada PAS yang yang dapat mengurangkan majoriti UMNO berbanding parti yang lain.

Berbalik perkara di atas tadi, PAS kawasan Jasin dan PAS negeri, sudah mengumpulkan maklumat kepincangan Umno tempatan selama beberapa penggal Merlimau diwakili oleh Umno tanpa menyentuh peribadi ADUN lawan. Justeru, Umno sedar dan sedang berusaha untuk meletakkan calon yang paling layak kalau boleh yang tak pernah lakukan dosa. Tapi rakyat tahu, kalau Umno orangnya, mustahil tak sapu duit........

Setakat ini, saya dah terima 2 maklumat hasil dari risikan orang dalaman, iaitu Umno dah mula menaburkan duit kepada xxxx dalam keadaan tertutup dan terbuka atas nama kebajikan. Saya pun pelik, masa nak buka sekolah dulu dia tak tabur duit sedangkan waktu itu rakyat sangat memerlukan, tapi bila nak pilihanraya ni barulah nak mula.......

Saya nak ingatkan orang - orang dalam Dun Merlimau gunakan kebijakan akal diwaktu ini, nak minta apa pun, mintalah banyak - banyak, sampai Umno bengkrap, undi tetap PAS. Kita mesti hantar pembangkang yang beragama Islam kerana isu penyelewengan pengurusan agama seperti tanah wakaf oleh MAIM dan sebagainya amat perlu disuarakan. 

KEMPEN PAS SIFAR DI MELAKA

TERSEBUT AL KISAH.....DIPADANG PASIER......

Posted: 31 Jan 2011 06:00 AM PST


Thursday, December 4, 2008

Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan berterusan

Tidak lama dulu kita amat tertarik dengan ulasan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berhubung pembebasan Anwar Ibrahim.
Pemimpin boleh datang dan pergi dan kerap kali TERGELINCIR dan TERSASAR, tetapi perjuangan untuk hidup..........
 
sumber : LAN NH.

CUMA KALI NIE BENAR-BENAR TERGELINCIR ?

AIDCNews -29/01/11 – Setelah sekian lama menjadi misteri, akhirnya hari ini, blog screwkuat, http://screwkuat69.blogspot.com, mengotakan apa yang dijanjikan sebelum ini iaitu mahu mendedahkan skandal Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub merangkap Pengarah Jentera Pilihanraya PAS di DUN Tenang.

"Hari ini PR telah mendedahkan gambar seorang wanita Cina yang dikatakan mempunyai skandal dengan calon BN suatu ketika dahulu. Tukang Screw telah memberi amaran sebelum ini kepada jentera propaganda PR terutama YB Salahuddin selaku Pengarah Jentera Pilihanraya PAS agar jangan membuka keaiban yang belum tentu lagi sahih.

"Perkara inilah yang menjadi kesukaan PAS yang sepatutnya menutup keaiban sesama Islam, itupun kalau PAS benar-benar menghayati fitrah Islam itu sendiri. Masih ingat lagi Rohaizad, calon BN di PRK Permatang Pasir yang diaibkan Nasharudin Hassan, Ketua DPP Pusat. Tahukah PAS bahawa selepas pendedahan tersebut rumah tangga Rohaizad runtuh?", kata blog screwkuat.


Salahuddin Ayub (kanan) didakwa mempunyai skandal dengan Norazizah (kiri)
Blog screwkuat mendakwa Salahuddin Ayub mempunyai hubungan sulit dengan seorang janda bernama Norazizah bte Mohamed Asmuni, 47 tahun, yang bekerja sebagai kerani tiket di Puduraya, Kuala Lumpur.

Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian hampir setiap minggu berulang alik menaiki bas dari Kota Bharu ke Puduraya dan dari Puduraya ke Pontian, Johor (rumah keluarganya).
Oleh kerana, sering berulang alik ke Puduraya, maka di sinilah perkenalannya dengan Noraziah sehingga ke tahap hubungan intim. Dan kerana itu juga Salahuddin sering digelar sebagai "Din Puduraya".

"Hari ini masyarakat akan kenal siapa Azizah atau Kak Intan sebenarnya yang sebelum ini pernah mempunyai hubungan istimewa dengan YB Salahuddin (belum masuk sekadar khasyafahnya lagi).
"Tukang Screw yakin, Salahuddin pasti sudah menamatkan hubungannya dengan Intan ekoran pendedahan ini..Atau kalau YB Salahuddin masih menafikannya, tukang Screw rasa terpanggil untuk menemuramah sendiri Azizah dan mendedahkannya di Youtube.

"Berbalik kepada Azizah tadi, nama sebenar beliau ialah Norazizah bte Mohamed Asmuni yang sekarang berumur 47 tahun. Beliau sekarang tinggal di No.18, Jalan Setia Rawang 2, Taman Setia Rawang, 4800 Rawang, Selangor.

"Bagi yang menuduh Tukang Screw mengada-adakan cerita, silalah ke alamat tersebut dan tanyalah Azizah tentang hubungan istimewanya dengan YB Salahuddin", katanya.

Membaca pendedahan selanjutnya klik di sini
Popularity: 37%

KEMPEN PAS SIFAR DI MELAKA..

Posted: 31 Jan 2011 05:46 AM PST








Jumlah kerusi Dun Melaka adalah 28 buah. Ketika ini BN menguasai 23 daripadanya manakala DAP lima, manakala PAS dan PKR sifar (0). Daripada 28 kerusi, melalui pilihan raya 2008, DAP bertaruh 8 dan menang 5. PAS bertanding 13 kerusi tetapi kalah semua manakala PKR bertanding 7, juga kalah semua.

KAMARUDDIN SIDEK WAJIB BACA NIE....

Posted: 31 Jan 2011 05:36 AM PST

January 13, 2011 4:32 AM
Blow d' whistle said...

salam tuan punya blog

PAS Melaka dah tak 'berarah'...lihat saja Markas Negeri...dulu penuh aktiviti....sekarang LESU.

di Bukit Katil...ahlinya terlalu 'sukar' untuk memasyarakatkan PAS...masih lagi ada mentaliti "orang sebelah sana"....kenapa masih begitu?

Ustaz Kamarudin pun satu hal...ubah lah sikit penampilan....mesra rakyat sikit muak tu...jangan terlampau 'serius'....nak 'tackle' rakyat usaha mesti lebih sikit

SATU PANDANGAN PRK MERLIMAU.....

Posted: 31 Jan 2011 05:35 AM PST

January 20, 2011 9:31 AM
Naim said...

Dalam keadaan sekarang yakni ketibaan PRU-13 yang semakin hampir, pada pendapat saya PAS tidak perlu berpegang pada status quo untuk bertanding di DUN Merlimau. Kalau disorot kepada pusingan mengundi sebelum ini, PAS meletakkan calon pada tahun 1999 dan 2008, manakala PKR mengambil bahagian pada 2004. Bermakna untuk giliran seterusnya tentulah PKR. Tetapi jika PAS mahu meletakkan calon juga, adakah nanti akan memuaskan PAS sendiri jika ditakdirkan menang untuk berkhidmat dalam masa yang sangat terbatas? Lainlah jika pada pusingan seterusnya, PKR dengan rela hati melupakan giliran yang telah disusun dengan baik. Ini kalau bercakap sebagai orang menang.


Apakah kewajaran meletakkan calon PKR di Merlimau? Pada pendapat saya, meletakkan calon PKR di Merlimau dalam situasi sekarang samalah seperti membuat 'pemasaran' awal untuk menguji selera pengundi di Melaka khususnya di Merlimau. Strategi ini baik untuk menilai sejauh mana penerimaan orang Melaka terhadap Pakatan Rakyat melalui PKR. Umum sudah maklum, PR diterima di Melaka dengan hampir keseluruhannya disapu bersih oleh DAP di kawasan tepu Cina.

INI BUKTINYA :PERCAYA ATAU TIDAK ?

Posted: 31 Jan 2011 05:23 AM PST

GAMBAR MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO - Parti Pilihan Rakyat Malaysia


Alahai...inilah dia parti Pakat Keluar Ramai-Ramai. Kerusi kosong lebih banyak daripada perwakilan!!!

Anwar bertekad si kafir harbi laknatullah Kit Siang jadi TPM kalau pakatan menang PRU 13. Nauzibullahmizalik!!

 Pas Pada Anwar Tak Layak Jadi TPM!!

Cukup-cukuplah Anwar, akur kepada nasihat Tuan Guru Karpal, Anwar mesti bertaubat!!

PAS HamPass Sampai Bila-Bila Jadi Boneka DAP

Jom Ramai-ramai tinggalkan pakatan rapuh yang kian tenggelam.

PRK MERLIMAU : PAS ,PKR BEREBUT KERUSI....

Posted: 31 Jan 2011 04:42 AM PST


Awal-awal Pas, PKR dah berebut kerusi Merlimau

PANDANGAN PENULIS : SEBAB TU LAH KAMARUDDIN SIDEK MOROYAN!!!!!!!!!!!!

Keh... keh... keh..! Belum apa-apa Pas dan PKR dah duk bergasak nakkan bertanding di PRK DUN Merlimau. Kepoh mengenai parti mana yang nak wakili pakatan haram zadah ni dah berdengung beberapa hari selepas Datuk Hidhir meninggal dunia. Maklum, kalau wakil rakyat BN meninggal cepat-cepatlah diorang canang pasal PRK tapi bila wakil rakyat mereka yang jalan, marah benar kalau orang cakap pasal pilihan raya awal-awal.

Balik bab DUN Merlimau ini puak-puak dan juak-juak Pas mahukan wakil mereka diletakkan sebagai calon tetapi khabarnya Anwar juga membayangkan untuk meletakkan wakil PKR di sana dengan alasan, dah banyak sangat calon Pas kalah tiap kali pilihan raya kecil. Sebab itu mereka tak mahu tengok kekalahan lagi di Merlimau, maka PKR akan mempertaruhkan orangnya di sana.

Hal ini menyebabkan rasa tidak senang puak-puak Pas kerana mereka kata selama ini Pas yang selalu bertanding di sana maka berikanlah kepada Pas. Lagipun pakatan haram zadah ini pernah buat perjanjian kalau kerusi itu diperuntuk untuk Pas, maka selepas itu pun orang Pas yang dibenarkan bertanding. Khabarnya sampai sekarang perihal berebut kerusi Merlimau tidak ada kesudahannya. Malah Hadi Awang sampai kata perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat pakatan.

Hehe... Kepada puak-puak ini aku bagi jalan penyelesaian cukup mudah. Daripada korang berebut siapa yang bertanding, lebih baik korang tak payah bertanding langsung. Bagilah jalan kepada UMNO/BN menang tanpa bertanding di sana. Lagipun kalau korang lawan tak kiralah dari Pas ke PKR ke DAP ke... gerenti kalah punya.

Merlimau adalah kubu kuat UMNO/BN jadi kalau siapa sahaja yang lawan gerenti tumbang. Ini bukan aku cakap besar tetapi daripada keputusan pilihan raya lepas-lepas termasuk pada 2008 ketika berlaku "tsunami politik", Merlimau tetap utuh di bawah BN. Kalau DUN-DUN bawah Parlimen Kota Melaka aku tak berani cakaplah.

Jadi daripada berebut-rebut untuk menghadapi kekalahan (lagi) di Merlimau, bukankah lebih baik awal-awal lagi tarik diri bertanding. SPR senang tak perlu buat pilihan raya, rakyat pun senang tak perlu keluar mengundi tambah musim hujan dan banjir ni, parti pun senang tak perlu keluar wang dan kerah jentera kempen.

Apa? Tak demokratik? Alaaa... demokratik apanya. Kalau nak lawan sangat tunggulah PRU-13 nanti yang dah tak lama dah. Paling-paling setahun lagi. Masa PRU-13 nanti lawanlah habis-habisan sampai perhabis semua... tak gitu?


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2008
N27 MERLIMAU:
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) - 4,981
2. Jasme Tompang (Pas) - 2,827
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi) /td>

TERIMA HAKIKAT BILA KALAH....BUKAN SALAHKAN ORANG LAIN....

Posted: 31 Jan 2011 04:39 AM PST

Kemenangan BN Bukti Rakyat Tolak Idealogi Pembangkang



KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pengalisis politik tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah penolakan yang nyata terhadap pakatan pembangkang.

Katanya, gelagat Pas yang bersekongkol dengan Dap dilihat sebagai tidak selaras dalam pelbagai hal selain PKR terus-terusan dibelenggu masalah dalaman adalah antara faktor kenapa mereka ditolak.
"Rakyat hari ini bijak membuat penilaian berdasarkan kepada pelbagai hal-hal semasa, khususnya pelbagai isu membabitkan negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang," katanya kepada UMNO-Online.
Terangnya, biarpun kemenangan BN di DUN Tenang sudah dijangka berdasarkan Johor yang telah dominan sebagai 'kubu kuat' UMNO tetapi pertambahan majoriti ke atas calon BN memperkukuhkan lagi kedudukan parti ini dan menjauhkan lagi jurang penolakan rakyat kepada pakatan pembangkang.
"Pakatan pembangkang tidak mampu untuk meyakinkan rakyat apa lagi untuk menarik undi terhadap mereka biarpun mereka melakonkan kononnya DAP dan Pas dapat duduk bersama dan melakukan perbincangan."
"Pakatan pembangkang tidak mampu untuk meyakinkan rakyat apa lagi untuk menarik undi terhadap mereka biarpun mereka melakonkan kononnya DAP dan Pas dapat duduk bersama dan melakukan perbincangan.
"DAP dan Pas tidak mungkin akan dapat sepakat kerana mereka bertentangan idealogi terutamanya berkaitan dengan pendekatan Islam; mereka tidak sependapat, selalu bergaduh yang secara tidak langsung melemahkan pakatan mereka sendiri," jelasnya.
Khoo yang juga tokoh akademik turut memaklumkan bahawa apa yang berlaku kepada negeri-negeri pakatan pembangkang termasuklah wakil rakyat mereka menjadi penilaian untuk rakyat menentukan siapa pilihan dalam setiap pilihan raya.
"Negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan asyik kecoh bukan kerana mahu laksanakan tanggungjawab tetapi begaduh dalam hal-hal remeh-temeh sehinggakan permasalahan rakyat gagal diselesaikan dan rakyat pula yang terpaksa menyelesaikan masalah sendiri," katanya.
Ujarnya, biarpun kemenangan BN ini menepati ramalan awal tetapi ia mampu memberi semangat untuk terus bekerja setelah BN sebelum itu dapat mengekalkan Parlimen Batu Sapi dan merampas Dun Galas, November lalu.
PRK DUN Tenang adalah siri PRK ke-14 selepas Pilihan Raya Umum 2008, dan kemudian di Merlimau, Melaka pada 6 Mac depan. – MediaUMNO

Setiap Undi Penting Tentukan Kemenangan BN

Posted: 31 Jan 2011 04:36 AM PST

"Jangan lupa tahun 2005 hingga 2008, Pas hanya bertahan dengan satu kerusi di DUN di Kelantan dengan paling tipis ialah di DUN Kemuning, Machang cuma dua undi. Ini merupakan satu rekod dalam sejarah demokrasi dunia, undi paling tipis untuk memerintah sebuah negeri", ujarnya.

TERKINI : ALOR GAJAH DILANDA BANJIR

Posted: 31 Jan 2011 04:32 AM PST

Paras Air Sungai Alor Gajah Di Tahap Bahaya

Share|

MELAKA 31 Jan. – Paras air sungai di Alor Gajah meningkat di paras bahaya berikutan hujan lebat sejak semalam sehingga sekarang yang belum menunjukkan tanda-tanda ia akan berhenti.

Bilik Gerakan Banjir di Kota Cemerlang melaporkan, air Sungai Melaka di Alor Gajah kini berada di paras 13.1 meter dan melebihi paras bahaya 11.9 meter.

Bagaimanapun, dua buah sungai di Jasin berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila Sungai Chohong mencatat ketinggian 13.0 meter tetapi belum melepasi paras bahaya setinggi 13.4 meter manakala Sungai Kersang mencatat ketinggian 3.2 meter berbanding paras bahaya 3.7 meter.

Sementara itu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tiga jalan utama terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana dinaiki air antara 0.2 hingga 0.4 meter.

Katanya, jalan yang terpaksa ditutup sejak awal pagi tadi hingga tengahari ini ialah dari jalan dari Pekan Lubuk China ke Simpang Ampat, Seri Pengkalan ke Alor Gajah dan Seri Pengkalan ke Rembia. Put your stuff here

TERKINI : RAKYAT MULA SEDAR.....

Posted: 31 Jan 2011 03:58 AM PST

Rakyat kembali kepada BN

LABIS 30 Jan. - Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang merupakan petanda bahawa sokongan rakyat kembali semula kepada BN.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan yang diraih BN itu merupakan kemenangan mutlak yang menyaksikan landskap politik negara akan berubah menjadi lebih positif.
"Kemenangan ini memperlihatkan proses pemulihan dan transformasi politik yang dilaksanakan UMNO dan BN telah mula diterima rakyat," katanya.
Sambil bersyukur dengan kemenangan yang diraih oleh calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim, beliau berharap wakil rakyat DUN Tenang berkenaan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi di kawasan Labis.
Sementara itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut bersyukur atas kemenangan BN dalam pilihan raya kecil itu dan berharap ia akan terus menggandakan lagi semangat BN dalam memperjuangkan pembangunan dan membela nasib masyarakat.
"Saya berharap setiap jentera parti akan terus bekerja keras dalam memastikan BN dapat turut mempertahankan kerusi pada pilihan raya kecil di DUN Merlimau nanti," katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut mengingatkan ahli UMNO dan BN supaya tidak terlalu berpuas hati kerana masih terdapat banyak ruang yang dapat diperbaiki untuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.
Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berterima kasih kepada penduduk di DUN Tenang yang terus memberi kepercayaan kepada BN.
Beliau berkata, penghargaan juga sewajarnya diberikan kepada jentera parti kerana telah bekerja dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam keadaan cuaca buruk.
''Apa yang penting kini adalah bagaimana untuk membalas budi masyarakat di Labis dan saya yakin khidmat pertama BN akan bermula malam ini juga dengan membantu mangsa banjir,'' katanya.
Beliau berharap penduduk di Labis dapat bersabar dalam menghadapi banjir kerana usaha untuk membantu mereka sedang giat dilaksanakan kerajaan.

LATEST FROM MERLIMAU....

Posted: 30 Jan 2011 07:50 PM PST

Pakatan urged to field youth in Merlimau

PKR man says opposition should reward youth members for their hard work.
SEREMBAN: Pakatan Rakyat has been urged to choose a candidate from one of its youth wings for the Merlimau state seat.
The call came today from the new youth chief for Negeri Sembilan PKR, Mohd Nazree Mohd Yunus, who commended the Pakatan leadership for agreeing to field a woman for the Jan 30 by-election in Tenang.
The Merlimau seat, in Malacca, became vacant last week with the death of Umno's Mohamad Hidhir Abu Hassan. The Election Commission will meet this Friday to decide on the nomination and polling dates for the by-election.
Mohd Nazree said Pakatan should show its appreciation for the "very prominent role" that youths played in the opposition alliance, like it had recognised the contribution of women by choosing PAS' Normala Sudirman for Tenang.
"The youth members of PKR, PAS and DAP have always given their maximum in by-election campaigns since the great win of March 2008," he said.
"So, for Merlimau, I call upon Pakatan's top leadership to give a youth candidate a shot. This will further strengthen the spirit of Pakatan youths for the coming general election."
Mohd Nazree said the Merlimau by-election would probably be the last before the next general election. The law does not require a by-election if any state or parliamentary seat falls vacant after March 8 this year.
"I don't expect the Port Klang by-election to take place as the Election Commission will fight tooth and nail to avoid it, like it did in the case of Kota Seputeh in Kedah," he said.
The speaker of the Selangor legislative assembly last week declared the Port Klang seat vacant, saying its representative, Badrul Hisham Abdullah, had failed to attend assembly sittings for six months. Badrul Hisham is challenging the expulsion in court.
At today's press conference, Mohd Nazree announced the names of the Negeri Sembilan PKR youth councilors for the 2010-2013 session. The lineup is as follows:

INFO PRK N 27 MERLIMAU

Posted: 30 Jan 2011 07:32 PM PST

Awas Pengundi DUN Merlimau, Ini Pandangan DAP Ke Atas Pengundi Luar Bandar!


Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Tenang baru melabuhkan tirainya. Sedang BN sibuk untuk kembali berkhidmat kepada Rakyat, pihak Pakatan Haram pula sibuk membuat analisa mengenai kekalahan mereka sekarang. Beberapa YB telahpun mengemukakan alasan mereka semalam. Ini termasuklah YB Lim Kit Siang, YB Tony Pua dan YB Hannah Yeoh dan YB Tony Pua. Buat pertama kali, YB Mahfuz Omar telah mengucapkan tahniah kepada calon BN walaupun keputusan rasmi belum diumumkan petang semalam. Saya merasa agak pelik kerana ucapan tahniah beliau di Twitter tidak disusuli dengan bait-bait pantun seperti kebiasaannya.

Apa yang menarik di dalam PRU DUN Tenang kali ini adalah melihat kepada kesungguhan jentera DAP digerakkan walaupun yang bertanding adalah calon PAS. Kesungguhan mereka menjalankan kempen waima sebelum hari penamaan calon menimbulkan pertanyaan di benak fikiran saya motif ianya dilakukan. Kekecewaan yang melanda mereka (DAP) sewaktu calon PAS, Normala Sudirman kalah semalam begitu menarik perhatian ramai. Apakah mereka menjadikan DUN Tenang sebagai platform untuk menguji pengaruh pengundi Cina? Apakah mereka mahu melihat penerimaan orang Melayu Islam mnengenai kerjasama mereka dengan PAS? Seperti biasa jentera PKR pula suam-suam kuku membantu di DUN Tenang. Ibarat melepaskan batuk di tangga. Saya yakin sekiranya PKR gagal mendapat kerusi untuk bertanding di Merlimau, mereka akan sekali lagi melepas tangan seperti apa yang mereka lakukan di Tenang.

Berbalik kepada isu asal, semalam Speaker DUN Selangor dan juga merupakan ADUN DAP Sungai Burung, Dato' Teng Chang Khim, meluahkan rasa kecewanya di Twitter seperti berikut:

Saya tidak merasa terkejut sekiranya bait-bait perkataan di atas diucapkan oleh pemimpin-pemimpin "chauvinist" dan anti Melayu Islam DAP. Itu tujuan mereka dilahirkan di Malaysia. Mereka hanya bermuka-muka apabila mahu bekerjasama dengan orang-orang Melayu. Hakikatnya, mereka masih lagi menganggap orang-orang Melayu Islam terutamanya di luar bandar masih kolot, tidak berfikiran terbuka (dalam ertikata lain bodoh) dan senang dipengaruhi dengan penipuan dan ketakutan seolah-olah orang-orang Melayu luar bandar tidak dapat berfikir dengan rasional. Pendapat Dato' Teng juga turut menganggap bahawa Melayu Islam luar bandar lebih terbuka di dalam menerima perkahwinan songsang Pakatan Haram.

Buat pengundi-pengundi luar bandar di Merlimau, inilah pandangan pemimpin DAP yang mewakili Pakatan Haram. Jangan terkejut apabila mereka turun beramai-ramai ke Merlimau hujung bulan ini, andalah Raja, andalah permata hati sedangkan hakikakatnya mereka memperlekehkan Melayu Islam luar bandar seperti mana mereka lakukan di Tenang. Waspadalah. Undi di tangan anda semua untuk menetukan nasib anak bangsa, Agama dan Tanahair.

CORET=CORET PRK MERLIMAU

Posted: 30 Jan 2011 06:00 PM PST

Merlimau - PKR mahu kerusi tersebut PDF Print E-mail
Written by Webmaster   
Wednesday, 26 January 2011
Image
 
 
Merlimau – Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan bercita-cita mahu bertanding di DUN tersebut selepas kerusi itu kosong akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari Barisan Nasional (BN). PAS dalam masa yang sama menegaskan bahawa calon PAS layak bertanding di DUN tersebut atas alasan status quo – pembahagian kerusi sebelum ini. Shamsul Mat Akin merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan – dalam mana pemilihannya masih dipersoalkan oleh lawannya Badrul Hisham Shahrin, Bekas Pimpinan Tertinggi PKR, yang mengatakan terdapat penyelewengan dalam pemilihan parti dijangka menjadi calon tawaran PKR. Sungguhpun begitu, ramai ahli dalam Pakatan Rakyat menjangka PKR akan meletakkan calon mereka – atas kehendak dan dominasi Anwar Ibrahim dalam PKR.
Comments
Add New Search RSS

anuarmohdnor   |2011-01-26 18:10:13
Email ini saya terima

HAK PAS UNTUK BERTANDING DI PRK MERLIMAU

Hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil DUN Merlimau dijangka diadakan pada 19 Februari dan pengundian diadakan pada 27 Februari. PRK ini diadakan setelah kematian ADUN BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari yang lepas.

Ada 10,471 pengundi di DUN Merlimau dengan 64% pengundi Melayu, 21% pengundi Cina dan 14% pengundi India.

Pada PRU 12 2008, Hidhir telah mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. Pada PRU 11 2004, Hidhir telah menewaskan calon PKR S. Jayantas dengan majoriti 5,087 undi.

Berikutan ura-ura yang PKR akan meletakkan calon mereka, Shamsul Iskandar Amin, Ketua AMK untuk pilihan raya kecil tersebut, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin bin Hassan at-Tantawi telah mengeluarkan kenyataan bahawa hak PAS untuk bertanding dikekalkan dan dihormati rakan dalam Pakatan Rakyat.

Saya menyokong penuh pendirian Ustaz Nasrudin. Peluang calon PAS untuk memenangi pilihan raya kecil ini adalah jauh lebih baik dari calon PKR.

Hujah yang menyatakan bahawa ini giliran untuk PKR bertanding adalah amat dangkal sekali. PAS hanya mengekalkan hak mereka untuk bertanding pada PRU 12. PRK ini adalah berikutan kematian ADUN yang dipilih pada PRU 12.

Peluang PKR untuk menang pilihan raya kecil ini amat tipis sekali. Kredibiliti Anwar Ibrahim telah merudum di kalangan pengundi Melayu. Tambah lagi, PKR dianggap sebagai sebuah parti politik yang penuh dengan carca-marba.

Umum juga tahu yang Shamsul Iskandar menyandang jawatan Ketua AMK kerana pengundian untuk jawatan tersebut di Sabah dan Sarawak telah disusun oleh Anwar Ibrahim. Di Semenanjung, CheGu Bard telah mengalahkan Shamsul Iskandar dengan teruk.

Diharap dengan kemenangan calon PAS di pilihan raya kecil DUN Tenang, Insya Allah, akan mendorong pengundi-pengundi di DUN Merlimau untuk memilih calon PAS.

Sekian. Wasallam.



Wan Nasuha bt. Wan Hassan

TERKINI : ADAKAH INI CALONNYA?

Posted: 30 Jan 2011 05:44 PM PST

Pakatan to choose between PAS, PKR for Merlimau

January 30, 2011

Shamsul has reportedly thrown his hat into the ring. — file pic
SHAH ALAM, 30 Jan — Pakatan Rakyat (PR) national leaders will meet soon to decide on whether to field a PAS or PKR candidate for the March 6 Merlimau by-election. PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang confirmed today that key leaders from respective PR parties will discuss the matter "as soon as possible."
Hadi was coy when asked whether PAS had already decided on its candidate.
"In Merlimau, we (PAS) have real people there, not shadows... [but] a lot of them (potential candidates)," he said.
It is understood that while PR's national leaders have yet to decide on the candidate, Malacca PR leaders are adamant on fielding PAS for the state seat
PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali said earlier today that he had been informed that majority of state party leaders want to retain the status quo with regards to which PR party should contest in Merlimau.
He, however, declined to comment on Malacca PKR's intentions in wanting to field their own candidate for the upcoming by-election.
"I don't know about that, but I am made to understand that the Malacca Pakatan wants PAS to contest," Mustafa told reporters today.
"But it is the Pakatan central leadership which will eventually decide on this."
He said Merlimau would come under greater focus after the Tenang by-election today.
The Malaysian Insider understands that Malacca PKR is keen to field PKR Youth chief Shamsul Iskandar Mat Akin, as he is from Jasin.
A state PKR meeting was held in the party's Jasin headquarters last weekend, where it was agreed that Shamsul should contest.
It is understood that his name has been sent to the party leadership for consideration.
The Election Commission (EC) announced on Thursday that the Merlimau by-election would be held on March 6. Nomination day is February 26. It is the 15th by-election since Election 2008.
EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Yusof said the electoral roll last updated on January 20 would be used.
"The electoral roll has 10,679 registered voters, with 10,643 ordinary voters and 36 postal voters," Abdul Aziz said in a statement.
Jasin District Officer Roslan Eusoff will be the returning officer.
The by-election, Abdul Aziz said, would cost the commission RM830,000 and involve 248 election workers.
There are seven polling districts with 21 voting streams in Merlimau.
The seat fell vacant after the incumbent, Barisan Nasional's (BN) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, died on January 20.
In the 1999 general election, BN won with a majority of 2,252 votes; 5,087 votes in 2004; and 2,154 in 2008.
Mohamad Hidhir, who was also a state executive councillor, defeated PAS's Jasme Tompang in the March 2008 general election.
Merlimau is located within the Jasin parliamentary constituency, a stronghold of BN, which won all the five state seats in Election 2008.

ATAU INI CALONNYA...?

PASCA PRK TENANG

Posted: 30 Jan 2011 05:41 PM PST

Tenang vote: Winners and losers

UPDATED @ 10:31:25 PM 30-01-2011
January 30, 2011
MCA's inability to dominate on its president's home ground has caused murmurs within Umno. — file pic
ANALYSIS, Jan 30 — It was not quite the 5,000-vote majority the Barisan Nasional (BN) and Datuk Seri Najib Razak craved, but the margin of victory was still convincing. Here are some of the winners and losers from today's results:
LOSERS
Pakatan Rakyat (PR)
PR were still unable to make significant inroads into Barisan Nasional's (BN) Johor fortress.
Its candidate was on the defensive throughout the campaign, and failed to set the tone of the contest.
There also appeared to be no unified message for voters except to appeal to their sense of outrage at any perceived unhappiness with BN.
PR's campaign was ultimately long on rhetoric and short on substantive issues.
1 Malaysia
BN's campaign was still a classic case of divide and rule.
MCA attacked PAS's Islamist image and chastised the DAP for allegedly opening the door for an eventual Islamic state, to appeal to Chinese fears.
Umno, on the other hand, called its rivals PAS a stooge of the "communist-inspired" DAP and a sell-out of Malay rights.
Ultimately, the more rural communities in Tenang accepted the message.

WINNER
Umno
The party's machinery worked well, and there was little sign of the divisions seen in previous campaigns.
Umno appeared to be more united than ever and look to be in a strong position ahead of the rumoured general election.
But this was, after all, Umno's fortress.
It utilised its home ground advantage by denying PAS and PR a chance to even spread its message.
It started campaigning early on, and by the time PAS set up shop, it was already too late.
Many of the Malay voters in the constituency were also Umno members.

JURY OUT ON
MCA
The MCA will certainly claim it has now turned around its fortunes after receiving more Chinese votes this time when compared to Election 2008.
But this was Datuk Seri Dr Chua Soi Lek's home turf, and the margin of Chinese votes obtained by MCA was still less than convincing.
It remains clear that MCA continues to ride on Umno, with many in the BN lynchpin beginning to feel resentment towards their partners for their inability to convincingly win over the support of the Chinese, especially since this was the MCA president's home ground.
PAS
PAS has shown that it is still unable to extend its influence on Malay voters beyond its traditional strongholds.
Umno's hold on the Malay ground remains firm, and if the Tenang vote is taken as an indicator the BN party has regained some of the votes it lost in 2008.
On the other hand, PAS's drift in deciding where it stands on the Islamic state is starting to becoming a drag on PR.

INFO PRK N 27 DUN MERLIMAU : NAK TAHU CALON PEMBANGKANG?

Posted: 30 Jan 2011 05:19 PM PST

Pembangkang bincang calon di DUN Merlimau

SHAH ALAM 30 Jan. - Pakatan pembangkang akan mengadakan perbincangan mengenai sama ada akan meletakkan calon Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan di peringkat pusat mengenai calon dari parti mana akan diketengahkan pada pilihan raya kecil itu akan diadakan dalam waktu terdekat.
Abdul Hadi yang ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Wacana Memperkasa Fikrah rakyat di sini hari ini berkata demikian ketika ditanya mengenai minat PKR untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan itu yang sebelum ini diwakili calon Pas.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin baru-baru ini dilaporkan berkata, meskipun secara tradisi pakatan pembangkang mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.
Ketika ditanya sama ada Pas telah mempunyai bayang- bayang siapakah bakal dicalonkan di Merlimau, Abdul Hadi berkata: "Merlimau, kita ada orang bukan bayang-bayang, kita ada ramai situ."
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lepas akibat serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir (BN) menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. - BERNAMA

YAB KETUA MENTERI MELAKA DILANTIK PENGARAH PRK N 27 MERLIMAU

Posted: 30 Jan 2011 05:03 PM PST

Ali Rustam Dilantik Pengarah Pilihan Raya BN DUN Merlimau
LABIS: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilantik sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac depan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara itu berkata, pelantikan Mohd Ali itu dipersetujui Perdana Menteri Datuk SeriNajib Tun Razak, yang juga pengerusi BN.
"Kita berkeyakinan terhadap kemampuan dan pengalaman beliau sebagai Ketua Menteri untuk menggerakkan jentera Barisan Nasional dan memastikan kerusi Merlimau itu kekal di pihak BN," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan di Masjid Pekan Ayer Panas di sini, Sabtu.
Beliau berharap, calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau yang bakal dipilih kelak akan menerima sokongan daripada masyarakat kawasan terbabit serta semua anggota dan kepimpinan BN.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau ialah pada 26 Februaridepan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, dari BN pada 20 Januari lepas. - BERNAMA

INFO PRK DUN MERLIMAU :AWAL LAGI DAH BERPECAH.......

Posted: 30 Jan 2011 05:00 PM PST

P/K DUN MERLIMAU PKR TOLONG HORMAT PAS SIKIT

P/K DUN Merlimau, PKR Diminta Hormati PAS?


KL 25 Jan 11:
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka, PKR diminta hormati PAS sebagai rakan Pakatan, meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh pilihan  raya kecil bagi kawasan itu. Pemuda PAS hari ini dilaporkan oleh Bernama, mahu hak parti itu untuk bertanding dikekalkan dan dihormati rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Berpegang  kepada persetujuan sebelum ini, ia patutnya dikekalkan status quo  kepada PAS. Saya harap pihak-pihak berkenaan menghormatinya," kata  ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi.

Menurutnya,  perkara itu telah dipersetujui bersama oleh pakatan PAS-DAP-PKR sebelum  ini bahawa kerusi yang diperuntukkan kepada mana-mana parti dalam  gabungan Pakatan Rakyat kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

PAS  pada 1999 dan 2008, telah bertanding di kerusi itu manakala pada 2004  ia ditandingi PKR. Sebelum itu, kerusi berkenaan ditandingi Semangat 46  pada 1995.

"Saya  juga tidak suka tindakan yang di luar musyawarah (berunding) kerana ini  akan mengganggu gugat keharmonian pakatan dan ia juga boleh merumitkan  proses menentukan siapa yang patut bertanding," katanya ketika dihubungi  Bernama.

Nasrudin berkata, tindakan  meminta, mendesak atau membuat kenyataan mendahului pucuk pimpinan parti  oleh mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat itu perlu dielakkan kerana ia  bertentangan dengan semangat setiakawan dan persetujuan yang dicapai  ketiga-tiga parti.

Ketua pemuda PAS itu mengulas  laporan sebuah akhbar hari ini bahawa PKR Melaka akan menawarkan  calonnya untuk bertanding di kerusi DUN Merlimau dan ia akan dikemukakan  kepada pucuk pimpinan pusat untuk dibincangkan.

Ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin (atas, kiri)  dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan itu mengekalkan  status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan  calonnya untuk bertanding.

Keadaan hampir sama juga  pernah berlaku sebelum ini pada 2009 apabila PKR meminta meletakkan  calonnya di kerusi yang dikuasai PAS selama tiga penggal di DUN  Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Kerusi DUN Merlimau  kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan,  54, pada Khamis lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa ia  akan bermesyuarat pada Jumaat ini bagi membincangkan semua perkara  berkaitan pilihan raya kecil DUN tersebut. (IH)

INFO N27

Posted: 30 Jan 2011 04:55 PM PST

BN dijangka mampu kekalkan kerusi DUN Merlimau

24/01/2011 5:13pm

KUALA LUMPUR, 24 Jan. - Barisan Nasional (BN) dijangka mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka pada pilihan raya kecil yang akan diadakan nanti.
Keyakinan itu diluahkan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berdasarkan pencapaian BN di kerusi itu pada beberapa pilihan raya umum sebelum ini.
"Bukan sahaja menang, tetapi majoriti kita pun bertambah daripada yang lalu," katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berdasarkan keputusan pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, BN berjaya mengekalkan kerusi itu dengan majoriti yang membanggakan.
Pada 1999, BN yang diwakili UMNO menang dengan majoriti 2,252 undi, 2004 (5,087 undi) dan 2008 dengan majoriti 2,154 undi, katanya. - Bernama

INFO N 27 MERLIMAU

Posted: 30 Jan 2011 04:51 PM PST

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) bakal diadakan berikutan kematian ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.
Tarikh Penamaan Calon: 26 Februari 2011
Tarikh Pilihan Raya: 6 Mac 2011
Fakta Berkaitan DUN Merlimau
  1. Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir telah menewaskan calon parti PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 – peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian PAS pada tahun 2004.
  2. Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi.
  3. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000.
  4. Pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.
Info PRK DUN Merlimau
Demografi Pengundi DUN Merlimau
Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.
  • 10,679 pemilih berdaftar.
  • 10,643 pengundi biasa.
  • 36 pengundi pos.
Pecahan Mengikut Kaum
  • Melayu 64.69%
  • Cina 21.11%
  • India 14.16%
  • Lain-lain 0.04%
Sumber: MalaysiaKini

PASCA PRK TENANG : APA KATA PEMBANGKANG

Posted: 30 Jan 2011 04:45 PM PST

P

Apa kata pemimpin Pakatan Haram kekalahan di Tenang ?


Aiyaaa ! Waa cakap 70 % pengundi Cina Labis sokong Pakatan ..tapi waa tak tau macamana peti undi majoriti  Cina itu boleh kalah ..ini mesti ujan la punya pasal ..kita olang tak boleh keluar itu umah masa ujan lebat ..banyak suweeee ....


Ini semua kerana kerja TV3 & Utusan Malaysia yang kawal media & bersekongkol dengan UMNO/BN memperbodohkan rakyat & pengundi di Tenang ..


pergi jahanamu semua sekali ..mu semua tak undi PAS adalah orang Jahiliah


Peneroka2 Felda  masih lagi  diperbodohkan Isa Samad & Ahmad Maslan 
untuk menuntutkan hak mereka


itu UMNO  bodoh , dayus , lembikkkkkk


walau apapun kata mereka ...BN telah ditakdirkan Allah menang dan mewakili rakyat di Tenang . PB masih lagi  berada di sini dan mengharapkan air akan surut agar boleh pulang semula ke Penang .

Pengikut