Rabu, 24 November 2010

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


Insya Allah........

Posted: 24 Nov 2010 06:18 AM PST

salam,

hari ni aku nak tulis pasal liFe...
hr ni dari pagi aku dah selesai kan beberapa perkara, alhamdulillah...
tetibe PetaNg tadi aku vulnerable sikit......

me kenot tahan laaaa......
so many things to pikiaq, ..... things to do... to catch up,  to bla..bla..blaa........(mana leh cakap dengan u all..., very personal maaa......  hanya hubbyku saja tau... Thanx n sorry my dear hubby  kerana sudi meminjam telingamu.dan menjadi bahu utk ku menangis....) omputih kata tq for lending ur ears.. n u r my shoulder to cry on..huhhhhuu...boley aaa , i booked for my whole life time......

hmmm sambung balik cerite...haaaa hati tetiba sayu...biasalah orang pompuan mmga ada time tertentu dia akan rasa macam gini..
aku dah lama x rasa.....
tengah2 aku melayan perasaan aku ....tetiba ada mesej dri hp...(my message tone lagu Maher Zain)..
huhuhuu lagilah aku bertambah sayu....sentap seluruh jiwa mak again......

aku bukannya up to date punya orang bab2 music ni....aku mmmg x mengikuti lagu apa baru, penyanyi sapa yang ada lagu best..kalau orang bgtau aku..baryulah aku tau..lagu ni pun aku br tahu bulan lepas,  masa naik kereta dengan mak..tetiba lagu kat radio lagu ni keluar..mak katab "haaa lagu ni lah haziq suka"...(aik anak buah aku umur 3 thn pun tau lagu ni...)..hmmm ketinggalan zaman sungguhh aku ni....

aku carik, upload dlm laptop dan hp..jadikan my message tone...abang long haiqal suka, hakim pun suka....
tapi...setelah sekian lama...baru hari ni aku benar2 menghayati lagu ni dan liriknyaa..
tq allah....tq allah...syukur ya allah....
pls guide me ya allah.....



Maher Zain- Insya allah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah x3

Insya Allah you'll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can't repent
And that its way too late
Your're so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you'll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you'll find your way

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insyaallah x3
Insya Allah we'll find the way



Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SIAPA SUN YAT SEN?????

Posted: 23 Nov 2010 09:43 PM PST


1. JPX membaca satu entri yang ditulis oleh Penang Wasabi tentang bantahan PERKASA sumbangan dana kerajaan kepada Muzium Sun Yat Sen.
>>> ENTRINYA DI SINI<<<

2. Semalam Menteri di Jabatan Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengumumkan kerajaan akan menyumbangkan RM 150,000 untuk pameran di Muzium Dr Sun Yat Sen di Penang.

3. Presiden PERKARA menyatakan bahawa beliau tidak nampak apa jasa besar yang telah dilakukan oleh tokoh ini di Malaysia sehingga kerajaan perlu memperuntukan sejumlah wang untuk pameran ini.


>>> BACA LAGI DI http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2010/11/siapa-sun-yat-sen.html <<<

--

APA NASIB MELAYU DALAM PAKATAN RAKYAT????

Posted: 23 Nov 2010 09:40 PM PST


1. Tun Dr Mahathir, telah menyatakan bahawa Parti Pakatan Rakyat sudah patut dibubarkan dan ahli partinya menyertai UMNO dan parti kompenan Barisan Nasional.

2. Alasan utama Tun adalah kerana PRK hanyalah parti yang hanya memperjuangkan hak individu tertentu dan bukannya memperjuangkan hak rakyat dan ahli partinya.

3. PAS yang telah sekian lama memerintah di Kelantan, juga tidak mampu membela rakyat di sana sebaliknya hanya golongan yang tertentu, terutama dari kalangan ahli keluarga pemimpin besar negeri yang kaya raya.

4. Persoalan utama yang JPX mahu bangkitkan adalah, APA NASIB ORANG MELAYU AHLI PARTI PKR DAN PAS??? SEJAUH MANA KEDUA-DUA PARTI INI MAMPU MEMBELA NASIB ORANG MELAYU???

5. DAP yang bergabung dalam PR punya hasrat dan cita-cita yang jelas, mahu menguasai Malaysia dengan cara Komunis. Nasib orang Melayu langsung tiada dalam agenda mereka. DAP hanya mementing nasib bangsa mereka sahaja, buktinya lihatlah apa yang telah terjadi kepada Melayu di Pulau Pinang. Mereka diusir dari tanah mereka sendiri.

6. Ternyata, ahli PKR dan PAS sudah lama tertipu dengan janji manis pemimpin mereka. Malahan, ramai pemimpin parti tersebut telah hilang kepercayaan dan terus meninggalkan parti yang penuh tipu daya ini. Contoh terbaru, Zaid Ibrahim.

7. Jelas, kerisauan Tun Mahathir ini ada asasnya. Orang Melayu tidak dibela dan meraka hanya menggunakan mereka untuk melengkapkan tipu daya dalam parti mereka. Tun sudah dapat melihat bahawa Melayu hanya akan menjadi pengemis di negara sendiri jika terus menerus berada dalam Pakatan Rakyat. Hanya UMNO yang benar-benar mampu dan telah terbukti membela nasib rakyat.

8. Melayu pasti akan kuat dan dihormati jika bersatu. Sejarah Melayu adalah sebuah bangsa yang gemilang dan ianya tidak mustahil untuk berulang kembali.

JPX



--

ADUN BN mahu Harakah mohon maaf

Posted: 23 Nov 2010 08:03 PM PST

E-Info@DRI


BUTTEROWRTH 24 Nov. - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional (BN) memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan Pas, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lepas.

"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin UMNO adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini malam tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Barah PKR ; PAS mungkin keluar Pakatan Rakyat

Posted: 23 Nov 2010 07:36 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Pakatan Rakyat (PR) kini tertekan dengan 'barah' yang sedang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan presiden boneka, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendakwa, PR semakin goyah berikutan pelbagai penyakit dalaman PKR termasuk isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, PAS antara sekutu PR paling kecewa dengan kemelut PKR terutama dalam isu pemilihan parti itu yang dipenuhi pelbagai penyelewengan dan manipulasi politik.

Oleh sebab itu jelas beliau, PAS sehingga kini mengambil sikap berdiam diri dengan apa yang berlaku dalam PKR.

"Saya difahamkan pemimpin PAS berasa malu untuk berdepan dengan rakyat akibat tempias daripada barah yang melanda PKR," katanya.

Syed Ali memberitahu, berdasarkan perkembangan politik sekarang besar kemungkinan PAS akan meninggaljkan PR sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, desas-desus juga tersebar bahawa penyokong PAS mahukan presiden mereka, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dipilih sebagai ketua pembangkang.

Beliau berkata, pemimpin PAS menyifatkan kredibiliti dan moral Haji Hadi jauh lebih baik daripada Anwar dan mampu memberikan impak kepada pembangkang.

"Ada pihak mendakwa PAS akan keluar PR, saya tidak menolak kemungkinan boleh berlaku kerana mereka semakin muak dengan telatah Anwar," katanya.

Malah kata beliau, pemimpin PAS mula sedar mereka sekadar dijadikan alat oleh PKR dan DAP untuk memancing sokongan orang Melayu.

hanya balas dendam

Mengulas saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya ahli PKR bertaubat dan kembali menyertai UMNO, Syed Ali berkata ia satu pandangan ikhlas dan jujur demi kepentingan masa depan orang Melayu di negara ini.

Katanya, pandangan mantan Perdana Menteri itu perlu dijadikan iktibar oleh ahli dan pemimpin Melayu PKR kerana mereka bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

"Orang Melayu yang menyertai PKR sepatutnya sudah boleh menilai sejauhmana kejujuran Anwar serta budak-budak suruhannya dalam memperjuangkan kepentingan rakyat,".

Beliau menjelaskan, PKR ditubuhkan hanya untuk meneruskan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri dan membalas dendam terhadap pemimpin UMNO.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Masih Sayangkah Pas Pada Pakatan Rakyat!

Posted: 23 Nov 2010 08:23 PM PST

Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam Pas. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar. Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi " halal ". Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.

Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian dikalangan ahli penyokong Pas itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?

Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang melayu kepada Sulatan dan Raja-raja mereka. Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini. Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sebelum ini.

Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah " abang besar ". Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Memanglah benar PAS hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di dua negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai " Pak Turut ", menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.

Takutkah PAS kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T. Dimanakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.

Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam. Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi. Kalau dah gila kuasa beginilah jadinya.

Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam. Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate dimana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke ketuanan Rakyat. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas. Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.

Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam dibumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam. Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi dimanakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat?

Masih adakah hari esok buat Pas dengan negara Islamnya. Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah kepangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

Warna-warni politik
Torashah

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


KURSUS ROTI/BUN/PIZZA PUTERI UMNO CWGN DURIAN DAUN & BKT BERINGIN

Posted: 23 Nov 2010 08:03 PM PST


Kursus Masakan Roti/Bun/Pizza anjuran Puteri UMNO Cawangan Durian Daun & Bkt Beringin ini telah dijalankan pada 20/11/2010 di Kolej Komuniti, Masjid Tanah, Melaka. Seramai 20 orang peserta kursus yang terdiri daripada AJK Puteri Bahagian dan Ahli-ahli Puteri Cawangan telah menyertainya. Kursus seperti akan memberi serta menjana pendapatan kepada ahli Puteri. Terima kasih kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah, Pn. Mas Ermieyati Samsudin yang telah hadir di majlis Penutupan Kursus ini.

SUPRISE BIRTHDAY PARTY KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN

Posted: 23 Nov 2010 07:55 PM PST

DunSemarang

DunSemarang


AKTIVITI PUTERI UMNO JOHOR & PUTERI UMNO BHG AYER HITAM

Posted: 23 Nov 2010 05:20 AM PST




21 NOV 2010, PROGRAM KONVOI KEBAJIKAN, PUTERI MENYUSUR AKAR, PERG.PUTERI UMNO JOHOR.. MENJELAJAH DAERAH BATU PAHAT.. Alhamdulillah..Program Konvoi Kebajikan Puteri Menyusur Akar Daerah Batu Pahat,telah berjaya di laksanakan dengan lancar serta mencapai visi dan misi. Kami PUTERI UMNO JOHOR merasa seronok dan puas,dapat menjelajah seluruh Bt Pahat.. Program diakhiri dengan menziarah
& memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Pt Hj ALi. Segala kekurangan kami mohon keampunan.
(Berita dari Nuriyati Md Ithnin KP Puteri UMNO Bhg Ayer Hitam)
By M69

Pengikut