Rabu, 24 November 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SIAPA SUN YAT SEN?????

Posted: 23 Nov 2010 09:43 PM PST


1. JPX membaca satu entri yang ditulis oleh Penang Wasabi tentang bantahan PERKASA sumbangan dana kerajaan kepada Muzium Sun Yat Sen.
>>> ENTRINYA DI SINI<<<

2. Semalam Menteri di Jabatan Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengumumkan kerajaan akan menyumbangkan RM 150,000 untuk pameran di Muzium Dr Sun Yat Sen di Penang.

3. Presiden PERKARA menyatakan bahawa beliau tidak nampak apa jasa besar yang telah dilakukan oleh tokoh ini di Malaysia sehingga kerajaan perlu memperuntukan sejumlah wang untuk pameran ini.


>>> BACA LAGI DI http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2010/11/siapa-sun-yat-sen.html <<<

--

APA NASIB MELAYU DALAM PAKATAN RAKYAT????

Posted: 23 Nov 2010 09:40 PM PST


1. Tun Dr Mahathir, telah menyatakan bahawa Parti Pakatan Rakyat sudah patut dibubarkan dan ahli partinya menyertai UMNO dan parti kompenan Barisan Nasional.

2. Alasan utama Tun adalah kerana PRK hanyalah parti yang hanya memperjuangkan hak individu tertentu dan bukannya memperjuangkan hak rakyat dan ahli partinya.

3. PAS yang telah sekian lama memerintah di Kelantan, juga tidak mampu membela rakyat di sana sebaliknya hanya golongan yang tertentu, terutama dari kalangan ahli keluarga pemimpin besar negeri yang kaya raya.

4. Persoalan utama yang JPX mahu bangkitkan adalah, APA NASIB ORANG MELAYU AHLI PARTI PKR DAN PAS??? SEJAUH MANA KEDUA-DUA PARTI INI MAMPU MEMBELA NASIB ORANG MELAYU???

5. DAP yang bergabung dalam PR punya hasrat dan cita-cita yang jelas, mahu menguasai Malaysia dengan cara Komunis. Nasib orang Melayu langsung tiada dalam agenda mereka. DAP hanya mementing nasib bangsa mereka sahaja, buktinya lihatlah apa yang telah terjadi kepada Melayu di Pulau Pinang. Mereka diusir dari tanah mereka sendiri.

6. Ternyata, ahli PKR dan PAS sudah lama tertipu dengan janji manis pemimpin mereka. Malahan, ramai pemimpin parti tersebut telah hilang kepercayaan dan terus meninggalkan parti yang penuh tipu daya ini. Contoh terbaru, Zaid Ibrahim.

7. Jelas, kerisauan Tun Mahathir ini ada asasnya. Orang Melayu tidak dibela dan meraka hanya menggunakan mereka untuk melengkapkan tipu daya dalam parti mereka. Tun sudah dapat melihat bahawa Melayu hanya akan menjadi pengemis di negara sendiri jika terus menerus berada dalam Pakatan Rakyat. Hanya UMNO yang benar-benar mampu dan telah terbukti membela nasib rakyat.

8. Melayu pasti akan kuat dan dihormati jika bersatu. Sejarah Melayu adalah sebuah bangsa yang gemilang dan ianya tidak mustahil untuk berulang kembali.

JPX



--

ADUN BN mahu Harakah mohon maaf

Posted: 23 Nov 2010 08:03 PM PST

E-Info@DRI


BUTTEROWRTH 24 Nov. - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional (BN) memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan Pas, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lepas.

"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin UMNO adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini malam tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Pengikut