Rabu, 24 November 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Barah PKR ; PAS mungkin keluar Pakatan Rakyat

Posted: 23 Nov 2010 07:36 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Pakatan Rakyat (PR) kini tertekan dengan 'barah' yang sedang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan presiden boneka, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendakwa, PR semakin goyah berikutan pelbagai penyakit dalaman PKR termasuk isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, PAS antara sekutu PR paling kecewa dengan kemelut PKR terutama dalam isu pemilihan parti itu yang dipenuhi pelbagai penyelewengan dan manipulasi politik.

Oleh sebab itu jelas beliau, PAS sehingga kini mengambil sikap berdiam diri dengan apa yang berlaku dalam PKR.

"Saya difahamkan pemimpin PAS berasa malu untuk berdepan dengan rakyat akibat tempias daripada barah yang melanda PKR," katanya.

Syed Ali memberitahu, berdasarkan perkembangan politik sekarang besar kemungkinan PAS akan meninggaljkan PR sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, desas-desus juga tersebar bahawa penyokong PAS mahukan presiden mereka, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dipilih sebagai ketua pembangkang.

Beliau berkata, pemimpin PAS menyifatkan kredibiliti dan moral Haji Hadi jauh lebih baik daripada Anwar dan mampu memberikan impak kepada pembangkang.

"Ada pihak mendakwa PAS akan keluar PR, saya tidak menolak kemungkinan boleh berlaku kerana mereka semakin muak dengan telatah Anwar," katanya.

Malah kata beliau, pemimpin PAS mula sedar mereka sekadar dijadikan alat oleh PKR dan DAP untuk memancing sokongan orang Melayu.

hanya balas dendam

Mengulas saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya ahli PKR bertaubat dan kembali menyertai UMNO, Syed Ali berkata ia satu pandangan ikhlas dan jujur demi kepentingan masa depan orang Melayu di negara ini.

Katanya, pandangan mantan Perdana Menteri itu perlu dijadikan iktibar oleh ahli dan pemimpin Melayu PKR kerana mereka bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

"Orang Melayu yang menyertai PKR sepatutnya sudah boleh menilai sejauhmana kejujuran Anwar serta budak-budak suruhannya dalam memperjuangkan kepentingan rakyat,".

Beliau menjelaskan, PKR ditubuhkan hanya untuk meneruskan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri dan membalas dendam terhadap pemimpin UMNO.

Tiada ulasan:

Pengikut