Khamis, 14 Oktober 2010

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


CEMERLANG

Posted: 14 Oct 2010 02:13 AM PDT

Felda, UKM tandatangan MoU Perkasa Remaja

Posted: 14 Oct 2010 02:11 AM PDT

ANUGERAH DESA CEMERLANG 2010

Posted: 14 Oct 2010 01:27 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


JANJI MANIK URAI DAH DI TUNAI , JANJI PAS BAGAIMANA?

Posted: 13 Oct 2010 09:01 PM PDT

Semua janji BN di Manik Urai ditunai


2010/10/14
GUA MUSANG: Tuan Aziz Tuan Mat, calon Barisan Nasional (BN) yang tewas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada Julai tahun lalu, kecewa dengan dakwaan PAS kononnya BN tidak menunaikan janji kepada penduduk kawasan itu.

"BN bukan sahaja telah melaksanakan segala janji di Manik Urai malah yang tidak dijanjikan sekalipun turut dilaksanakan demi faedah rakyat di situ," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semasa kempen pilihan raya kecil Manik Urai, Kerajaan Pusat berjanji membina jambatan di Kampung Manik Urai Lama membabitkan kos RM10 juta, menaik taraf Masjid Temalir bernilai RM600,000, membaik pulih rumah dengan kos RM1.5 juta dan membina gelanggang sukan di Kampung Manjor berharga RM300,000.
Click Here
Bagaimanapun, Tuan Aziz berkata, pembinaan jambatan itu belum dapat dilaksanakan akibat masalah pengambilan tanah, dan ini telah dijadikan isu oleh PAS dengan mendakwa BN tidak menunaikan janji.

Katanya jambatan itu akan tetap dibina walaupun kosnya mencecah RM17 juta.

"Yang lain sebut apa yang kami tidak tunaikan. Masjid Temalir hampir siap sepenuhnya, begitu juga gelanggang sukan di Kampung Manjor yang sedang dalam fasa terakhir pengambilan tanah dan kerja pembinaan akan berjalan tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata lebih 500 rumah penduduk miskin sudah siap dibaiki manakala jalan-jalan kampung yang rosak juga dinaik taraf sebaik sahaja selesai pilihan raya kecil itu.
Dalam pilihan raya kecil Manik Urai, Tuan Aziz, 40, tewas kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, 51, dengan majoriti 65 undi.

Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Galas pada 4 November ini, Tuan Aziz menasihatkan 11,000 pengundi di situ supaya menjadikan pengalaman di Manik Urai untuk memastikan BN menang kerana parti itu tidak pernah memungkiri janji dalam menjaga kepentingan rakyat.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat barah usus pada 27 September lalu. - BERNAMA

NASIB PENDUDUK LUAR BANDAR : APA PERANAN AGENSI ?

Posted: 13 Oct 2010 08:52 PM PDT

Komitmen ubah nasib penduduk luar bandar

TIADA alasan, kerajaan perlu mengubah nasib penduduk luar bandar. Kebetulan ramai yang miskin, dan suasana tempat tinggal penduduk di sana masih banyak kekurangan.

Kawasan luar bandar yang berwajah mundur, tidak maju dan tidak mempunyai nilai kekayaan, patut ditukar menjadi tempat membina kehidupan yang lebih baik dan selesa, disertai dengan peluang dalam bidang ekonomi dan industri.

Ini tugas kerajaan yang dipilih rakyat. Tanggungjawab yang hendak dipikul ini cukup besar. Majoriti penduduk negara ini masih berada di luar bandar.

Adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan masyarakat luar bandar setaraf dengan masyarakat bandar dari aspek kesihatan, pendidikan, sikap dan cara hidup.

Komitmen ini telah diberi oleh Perdana Menteri. Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB) menjadi komitmen baru kerajaan untuk mengubah wajah kawasan pedalaman serta kampung terutama dari segi pembangunan prasarana serta usaha meningkatkan pendapatan penduduknya.

Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri ingin melihat kawasan luar bandar dapat dibangunkan sejajar dengan dasar Model Baru Ekonomi (MBE) sekali gus membawa bersama luar bandar dalam arus pembangunan perdana negara.

Untuk menjayakan PILB, tidak cukup bergantung harapan kepada kerajaan sahaja terutama agensi di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah iaitu Mara, Kemas, Infra, Risda, Felcra, Kejora, Keda, Ketengah, Kesedar dan JHEOA.

Tugas besar ini perlu juga komitmen ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta JKKK Persekutuan dari seluruh negara.

Nasib penduduk luar bandar harus terus dibela. Mereka juga berhak merasai limpahan nikmat secara seimbang dan secara menyeluruh hasil pembangunan negara ini.

Syukur, agenda membasmi kemiskinan telah berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat. Buktinya penurunan jumlah kemiskinan tegar untuk tempoh hampir dua dekad telah berkurangan daripada 5.2 peratus pada 1990 kepada 1.4 peratus pada tahun 2007.

Kerajaan juga berjaya mengurangkan jumlah golongan miskin daripada 58.7 peratus pada tahun 1970 kepada 3.8 peratus pada 2009.

Pun begitu kejayaan ini tidak patut melekakan penjawat awam dan pemimpin kerajaan yang diamanahkan. Ini kerana masih banyak laporan dari semasa ke semasa dipaparkan di dalam media massa mengenai golongan miskin yang amat daif dan memerlukan bantuan.

Rakyat kadang kala hairan bagaimana sekali-sekala golongan yang berada di luar bandar ini boleh terlepas pandang.

Jika ia didakwa kerana tidak termasuk dalam pangkalan data, maka kelemahan ini perlu diatasi. Setiap tahun melalui pembentangan bajet tahunan, peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diberi dengan tumpuan khusus antaranya usaha menghapuskan kemiskinan.

Peruntukan bajet itu juga akan digunakan bagi menyediakan projek infrastruktur termasuk membina jalan raya dan kemudahan asas.

Kita yakin kerajaan bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan di luar bandar. Dengan pendekatan ini juga ia dapat mengelakkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar hingga melahirkan pula kemiskinan di bandar.

Dalam jangka masa panjang, kemiskinan di bandar, tidak akan selesai selagi penduduk-penduduk di luar bandar terus berhijrah ke bandar-bandar untuk mendapatkan kehidupan yang selesa. Jadi luar bandar perlu dimajukan.

Pandangan Penulis : Jika dilihat bilangan agensi di bawah KPLB iaitu Mara, Kemas, Infra, Risda, Felcra, Kejora, Keda, Ketengah, Kesedar dan JHEOA ternyata sudah cukup untuk melakukan transformasi. Jadi dicadangkan agar kajian dan analisis dilakukan terhadap agensi-agensi tersebut agar dapat dipertingkatkan lagi keberkesanannya dalam membantu YB Menteri untuk menjayakan PILB. Jika dilihat agensi-agensi ini dibina dari peringkat pusat hingga negeri, daerah malah ada yang terdapat di kampung. Ternyata pendekatan yang digunakan untuk menaiktaraf penduduk desa perlukan anjakan baru dari segi idea dan komitmen. Selamat maju jaya.

Kerana Mu Nurul Izzah

Posted: 13 Oct 2010 08:44 PM PDT



KIRA-KIRA sepuluh tahun lalu berlaku gerakan "Reformasi" ala Indonesia. Bermula dan berpusat di kota Jakarta. Matlamat gerakan ini untuk menjatuhkan pemerintahan regim Suharto. Senjata yang digunakan ialah menuduh Suharto mengamalkan KKN (Korupsi, Kroni dan Nepotisme).

Pada waktu yang sama - saya kira memang sudah dirancang dan ada ketoloi dari Amerika - wujud gerakan menjatuhkan Dr. Mahathir Mohamad. Ia bermula secara terbuka apabila Datuk Ahmad Zahid Hamidi, yang waktu itu menjadi Ketua Pemuda UMNO, membuat ucapan menyerang Dr. Mahathir semasa pembukaan Mesyuarat Agung Pemuda.

Senjatanya sama dengan di Jakarta - Dr. Mahathir dituduh mengamalkan "Korupsi, Kroni dan Nepotisme." Esoknya, serentak dengan Perhimpunan Agung UMNO, Dr. Mahathir mengeluarkan satu senarai panjang kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu serangan balas yang pantas dan tepat sasarannya. Saya kira, Dr. Mahathir memang sudah tahu, Anwar sedang melakukan gerakan untuk menjatuhkan beliau. Berikutnya bermulalah demonstrasi jalanan dengan laungan "Re-for-ma-si" yang diselang seli dengan pekikan "Allahuakbar".

Di Jakarta, Presiden Suharto jatuh. Di Kuala Lumpur, Anwar yang waktu itu jadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri yang hampir sah akan menggantikan Dr. Mahathir - yang jatuh - dan masuk penjara Sungai Buluh.

Tetapi Gerakan Reformasi, yang juga disertai pemimpin dan penyokong Pas, akhirnya melahirkan Parti Keadilan - sekarang jadi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dan setelah mengikat kerjasama pilihan raya dengan Pas dan DAP - pakatan ini mencapai kemenangan besar dalam PRU Ke-12. Selepas ambil alih kerusi Parlimen Permatang pauh daripada isterinya, Anwar dilantik jadi Ketua Pembangkang dan sudah mengatur rancangan untuk menawan Putrajaya.

Gerakan Reformasi ini juga telah melahirkan Nurul Izzah sebagai "Putri Reformasi".

Sekarang Nurul Izzah dikhabarkan akan menawarkan diri merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Kalau nanti Nurul Izzah jadi Timbalan atau Naib Presiden, maka berlakulah nepotisme yang ditentang Gerakan Reformasi pimpinan Anwar - dalam partinya sendiri.

Dan nepotisme ini akan lebih lengkap dengan masuknya Azmin Ali - pembantu akrab Anuar selama 22 tahun - ke dalam barisan kepemimpinan tertinggi parti.

Datuk Zaid Ibrahim yang baru setahun menyertai barisan kepimpinan PKR juga sedang berusaha untuk merebut jawatan Timbalan Presiden atau Presiden.

Dalam kempennya, Zaid mengkritik keras cara Anwar mentadbirkan parti. Zaid sebenarnya cuba mencabar kekuatan Anwar.

Tiba-tiba pada 7 Oktober lalu, Zaid mengumumkan, "Kalau benarlah Nurul Izzah serius hendak merebut jawatan Timbalan Presiden, saya bersedia untuk menarik diri. Saya bersedia membantu beliau dalam pertandingan ini kerana saya melihat Nurul Izzah adalah nafas baru kepada PKR."

Zaid menegaskan, "Saya tidak menolak kemungkinan untuk bertanding Presiden, bergantung kepada keputusan Nurul Izzah. She has the right attributes. If she thinks that she needs me to contest in any other position, I will also go for it."

Dengan kata lain, Anwar dan Wan Azizah tidak perlu diberi pertimbangan. Ertinya "Kerana mu Nurul Izzah, aku akan berbuat apa saja." Begitulah hebatnya pengorbanan dan perjuangan Zaid dalam politik!

Apabila Zaid meletak jawatan menteri ketika sedang jadi tokoh yang hebat, beliau segera mengumumkan: "Tidak akan menyertai mana-mana parti. Lagi pun saya sudah tua."

Maka beberapa hari beliau jadi bintang berita nasional yang besar. Tetapi tidak lama. Rupanya politik masih tetap dihati beliau dan menaruh dendam pada UMNO. Lalu masuk PKR dan terus dilantik jadi Ketua Cabang Kuala Lumpur dan calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor - melangkah ramai pengasas dan pemimpin yang lama.

Malangnya beliau kalah. Jika menang, pastilah dia jadi bintang baru yang dipuja dalam PKR.

Sama sekali tak diduga, malah tidaklah masuk akal, tokoh politik-peguam-korporat terkenal seperti Zaid, akhirnya meletakkan masa depan politiknya kepada Nurul Izzah.

Strategi politik yang aneh. Melagakan anak dengan ibu dan ayah! Sesungguhnya, apabila Zaid meninggalkan parti lamanya dan masuk PKR, UMNO dan orang Melayu tidak rugi apa-apa pun.

Meskipun kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang nampak lemah, setelah ramai anggota Parlimen PKR keluar, dan DAP sedang bersiap untuk mengambil alih pimpinan pakatan pembangkang, tidak mungkin Zaid akan menewaskan kombinasi Anwar-Wan Azizah-Azmin. Nampaknya masa depan Zaid dalam PKR pun semakin kabur.

Oleh NOOR AZAM

NOOR AZAM ialah bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

TAHNIAH : YB DATUK HASAN ABD RAHMAN - ADUN SG. RAMBAI

Posted: 13 Oct 2010 08:09 PM PDT

 
Setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk Hasan Abd Rahman ADUN SUNGAI RAMBAI, di atas penerimaan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang ke 72.

LUAR LINGKARAN : Apa masalahnya PAS menjadi Kapten Pakatan Rakyat?

Posted: 13 Oct 2010 06:45 PM PDT

Apa masalahnya PAS menjadi Kapten Pakatan Rakyat?

| Oct 12, 2010 12:33:24 pm



Chua Soi Lek, Presiden MCA telah cuba memberi gambaran yang salah khususnya kepada masyarakat Cina berkenaan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini. Semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA kali ke-57 pada hari Ahad 10 Oktober 2010, beliau telah menyatakan bahawa jika PR memerintah maka PAS akan menjadi kaptennya. PAS akan membawa dasar-dasar autokratik dan kembali kepada perjuangan asalnya. Ucapan ini disampaikan di hadapan Perdana Menteri, Mohd Najib Abd Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional serta para pewakilan MCA seluruh negara. Persoalannya, apa masalahnya jika PAS menjadi Kapten PR?

Dasar PAS adalah Islam. Semenjak ditubuhkan 59 tahun dahulu hingga ke hari ini dasar PAS tidak pernah berubah. Islam adalah agama yang universal. Kebaikan yang dibawa oleh Islam adalah untuk seluruh manusia tidak kira agama mahupun bangsa. PAS berkeyakinan bahawa Islam diturunkan atas muka bumi ini adalah untuk menyelamatkan dunia ini daripada kehancuran akibat kerakusan manusia. Buktinya sekitar kampung Chua Soi Lek sendiri di Batu Pahat, masyarakat Cina boleh tinggal dengan selamat dan berniaga bersama orang Melayu yang beragama Islam.

Bilangan masyarakat Cina tidak sampai 10% di perkampungan tersebut tetapi mereka boleh hidup selesa. Islam menjamin keselamatan semua umat manusia. Jika terdapat kelemahan bukanlah disebabkan oleh Islam tetapi disebabkan oleh penganutnya yang tidak melaksanakan Islam yang sebenar. Kemuliaan bangsa Melayu itu hanya apabila ia berpegang kepada Islam. Jika orang Melayu meninggalkan Islam maka kita akan dapat melihat kehancurannya.

Berapa ramai orang Cina di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang tertindas semasa pemerintahan PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah(APU), Barisan Altenatif(BA) dan Pakatan Rakyat (PR) daripada tahun 1990 hingga sekarang? Jika Islam itu zalim maka PAS sudah menindas masyarakat bukan Islam sejak tahun 1990. Jika Islam itu tidak bertamadun maka sudah beribu orang bukan Islam yang dibunuh oleh PAS. Islam melarang memaksa orang lain untuk menganut agama Islam. Hak memilih agama adalah hak masing-masing. Agama bukan untuk ikut-ikutan tetapi diikat dengan keyakinan teguh dalam hati yang ikhlas. Bagi Islam, tiada paksaan dalam agama. Namun apabila telah menganutnya, tiada pilihan melainkan wajib mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan Allah.

Islam menentang perkauman sempit. Islam melarang umatnya berlaku zalim dan menafikan hak orang bukan Islam. UMNO adalah parti perkauman. Chua Soi Lek (gambar kanan), jangan mengambil contoh pegangan agama Islam daripada UMNO. Sebahagian besar pemimpin UMNO gagal menunjukkan ciri-ciri Muslim yang sebenar. Sebelah tangan memegang Islam sementara sebelah tangan lagi menerima rasuah. Dalam Islam tidak boleh bercampur antara yang baik dengan yang jahat. Parti perkauman seperti UMNO tiada panduan yang jelas tetapi PAS jadikan Al-Quran dan kehidupan Nabi Muhammad sebagai panduan yang jelas. Ini termaktub dalam perlembagaan PAS. Tidak ada satu ayat Al-Quran yang menindas orang bukan Islam. Kalau Chua Soi Lek terjumpa satu ayat Al-Quran yang menindas orang bukan Islam sila kemukakan dengan segera.

Dalam Islam tiada halangan bagi orang bukan Islam melaksanakan ibadat dan amalan masing-masing seperti meminum arak, memakan daging kinzir dan lain-lain. Pernahkah Chua Soi Lek melihat orang alim yang melarang penjualan daging khinzir kepada masyaraka Cina di kampung-kampung sekitar Batu Pahat? Mereka bebas melakukan aktiviti perniagaan ini. Itulah ajaran Islam sebenar. Islam hanya melarang penjualan barang terlarang seperti arak dan daging khinzir kepada orang Islam sahaja.

Sekarang UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah tidak dapat mengawal rasuah dalam negara. Penaik-tarafan BPR kepada SPRM tidak dapat membantu imej negara keluar daripada budaya rasuah. Dalam Islam rasuah boleh dihindari dengan menyemai perasaan takut kepada Allah S.W.T. Segala perbuatan kita mesti dirujuk kepada perintahNya. Umat Islam berkeyakinan segala perbuatan jahat akan dibalas dengan azab neraka apabila mati kelak. Semua orang tidak terlepas daripada mati.

Oleh kerana UMNO mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan urusan politik daripada agama maka perbuatan rasuah tidak dikaitkan dengan kemarahan Allah S.W.T dan seksaan api neraka. Secara automatik masyarakat Islam beranggapan rasuah itu tidak menjadi kesalahan yang membawa manusia masuk neraka. Sebab itu tidak mustahil umat Islam yang berfahaman sekular boleh memakai serban yang tebal tetapi tetap melakukan rasuah. Sebenarnya tidak banyak kos diperlukan untuk membanteras rasuah mengikut ajaran Islam sebenar. PAS mempunyai rekod yang jelas dalam isu rasuah ini. Tiada seorang pun EXCO PAS yang terlibat dengan rasuah di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Bandingkan pula dengan UMNO, berapa ramai pemimpinnya terlibat dengan rasuah? Itulah bukti Islam sebenar yang dibawa oleh PAS dan bukan Islam sekular yang dibawa oleh UMNO. PAS didik pemimpinnya dengan Islam sebenar. Dengan Islam sebenarlah PAS dilihat mempunyai integriti yang tinggi.

Orang bukan Islam khususnya masyarakat Cina menguasai ekonomi dalam negara ini. Islam menjamin harta-harta mereka. Islam melarang umatnya merampas harta orang bukan Islam. Islam juga melarang umatnya mencuri dan merompak harta orang bukan Islam. Jika mengikut ajaran Islam sebenar jenayah dapat dikurangkan. Negara kita sudah terlalu tepu dengan jenayah sehingga sangup membunuh dan membakar mayat manusia dengan begitu kejam sekali. Sejarah dunia telah membuktikan bahawa Islam dapat mengurangkan jenayah dalam sesebuah negara. Itulah bukti bawa Islam sebenar dapat mengatasi masalah jenayah dalam negara.

PAS tidak mampu menggubal sebarang undang-undang Islam jika rakyat tidak menyetujuinya. Oleh itu PAS mengambil pendekatan mendidik terlebih dahulu terhadap prinsip-prinsip keadilan yang terdapat dalam Islam kepada seluruh rakyat Malaysia. PAS yakin suatu masa nanti rakyat Malaysia akan terbuka hatinya untuk menerima undang-undang Islam. Hati manusia sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya adalah milik Allah S.W.T. Dialah yang membuka hati atau menutup hati rakyat Malaysia. PAS berserah sahaja kepada Allah S.W.T setelah berusaha mendidik rakyat memahami keadilan dalam Islam. PAS yakin suatu masa nanti mereka yang bernama Ah Chong atau Ramasami secara relahati memohon keadilan dalam Islam untuk melindungi nyawa, akal, harta dan keturunan mereka.

Antara kegagalan UMNO dalam memerintah negara ini adalah gagalnya UMNO mendidik masyarakat Islam menjadi umat Islam yang cemerlang dalam pendidikan, ekonomi, sosial dan lain-lain. Statistik menunjukkan bahawa remaja Islam menjadi juara masalah sosial dalam negara. Dalam pencapaian akademik pula kualiti pelajar Islam lebih rendah daripada bukan Islam. Keadaan tidak seimbang inilah menyebabkan dasar afirmatif terpaksa dikenalkan sehingga ke hari ini.

Sebenarnya dasar afirmatif sudah tidak diperlukan lagi jika kedudukan sosio-ekonomi semua masyarakat sudah seimbang. Islam yang sebenar mampu membina jatidiri remaja Islam sebenar. Buktinya sekolah-sekolah aliran agama Islam di negara ini menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik dan tidak menghadapi masalah sosial yang besar dibandingkan sekolah yang bukan aliran Islam. Umat Islam yang hampir dengan Tuhannya dapat menghindarkan diri daripada gejala yang tidak bermoral. Oleh itu agenda utama PAS dan PR jika memerintah negara ini adalah membina hubungan mantap remaja dengan Tuhannya. Tentunya modalnya tidak sebesar Program Rakan Muda atau PLKN.

Islam sebenar dapat menjaga nyawa, harta, keturunan dan akal fikiran manusia. Saya penuh yakin masyarakat bukan Islam lebih selamat bersama Islam sebenar. Mereka boleh mengundi PAS dan PR dalam pilihanraya akan datang. Jika masyarakat bukan Islam merasa tidak selesa dengan cara-cara PAS maka mereka boleh menyalurkan pandangan mereka kepada Dewan Himpunan PAS, DAP/PKR rakan sekutu PAS atau NGO yang berkaitan.

Negara kita adalah sebuah negara demokratik. Tempoh lima tahun bukannya lama. Jika masyarakat bukan Islam tidak selesa dengan PAS dan PR maka pilihanraya seterusnya pilihlah UMNO-BN. Pada waktu ini, apakah masyarakat bukan Islam lebih rela bernaung di bawah UMNO-BN yang telah terbukti tidak mampu menjaga kepentingan rakyat Malaysia dengan peningkatan rasuah, jenayah, kemerosotan ekonomi dan sebagainya. Atau masyarakat bukan Islam perlu mencuba pemerintah baru yang menjanjikan pemerintahan yang lebih bertanggungjawab, telus, demokratik dan adil. Sebahagian usaha ini telah dilaksanakan di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Chua Soi Lek pernah menjadi Exco Kanan Kerajaan Negeri Johor, Ahli Parlimen Labis dan Pengerusi MCA Batu Pahat. Sudah tentunya beliau mendapat gambaran Islam daripada daripada Muhyidin bin Mohammad Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Hishamuddin Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Abd. Ghani Othman(Menteri Besar Johor). Saya kira Chua Soi Lek belum mendapat gambaran Islam sebenar daripada PAS khususnya PAS Johor. Saya mencadangkan kepada beliau agar mendapatkan maklumat Islam sebenar daripada anak-anak Johor seperti Mahfoz Muhammad (Pesuruhjaya PAS Johor), Sallehuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Mazlan Alman (AJK PAS Pusat) dan lain-lain lagi. Mungkin adalah lebih mudah berbicara tentang Islam yang sebenar sesama anak Johor sendiri.

*Tulisan blog oleh Suhaizan Bin Kaiat, selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

PANDANGAN PENULIS : DAH BACA JANGAN TERUS PERCAYA : FIKIR DULU....

GORENG PISANG PANAS : WAJIB BACA.....

Posted: 13 Oct 2010 06:44 PM PDT

Ada 'cerita panas' dalam laporan polis Rasid mengenai Anwar

Oleh: ROSLAN BIAN

Siapa sebenarnya Rasid Rosdi yang tiba-tiba muncul pada Rabu dan buat laporan polis mendakwa dipaksa menandatangani satu akuan sumpah oleh peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sendiri tidak setuju dengan kandungannya hampir tiga tahun lalu. (Lihat kandungan penuh kenyataan Rasid mengenai perkara itu di dalam).

Mungkin ramai tidak tahu siapa sebenarnya pemuda ini tetapi kemunculannya telah membuka babak baru dalam isu yang menyelubungi Ketua Umum PKR itu kebelakangan ini.

Ingat lagi… kisah panggilan telefon cemas Datuk Seri Wan Azizah Ismail kepada Ezam Mohd Noor dari Washington apabila diberitahu oleh bekas Ketua Pemuda Keadilan itu padanya ada ' seorang lelaki' di rumah mereka (waktu itu) di Bukit Damansara.

Apapun Presiden PKR itu kemudiannya menafikan pernah meminta Ezam mengawasi Anwar yang berada di rumah itu dengan lelaki berkenaan sehingga Ezam mencabarnya bersumpah depan ulama.

Panggilan telefon itu yang kata Ezam spark off beliau mula ragu mengenai perangai Anwar dan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Agendadaily difahamkan lelaki berkenaan ialah Rasid.

Sebelum inipun sudah ada blog mendakwa wujud hubungan Anwar dengan Rasid yang bermula di Penjara Sungai Buloh ketika mereka kebetulan sama-sama menjalani hukuman di situ dahulu.

Teka teki sama ada apa dilaporkan itu betul atak tidak terjawab dengan kenyataan akhbar Rasid Rabu serta satu laporan polisnya mengakui mengenali Anwar sejak di penjara.

Menariknya, ketika mendedahkan mengenai akuan sumpah yang ditandatangani secara paksa itu, Rasid membuat satu akuan sumpah baru dan laporan polis menceritakan secara terperinci hubungan mereka.

Difahamkan ada beberapa ' cerita panas' didedahkan oleh Rasid dalam laporan polisnya termasuk menghantar ' suatu barang' ke kondo di Damansara yang menjadi tempat kes dakwaan kejadian liwat saiful Bukhari Azlan.

Jika benar ini antara kandungan laporan polis dan akuan sumpah terbaru Rasid di ibu pejabat polis Shah Alam hari ini, ia pasti akan membuka mata ramai terhadap cubaan untuk mendakwa wujudnya konspirasi mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes liwatnya.

Pengakuan Rahimi Osman,seorang lagi bekas pembantunya baru-baru ini hingga timbul insiden beberapa aktivis PKR ganggu sidang akhbarnya di sebuah restoran di Klang baru-baru ini dan Rasid pasti mengundang banyak tandatanya pada kes liwat Saiful yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang.

Cuma soalnya bagaimana Anwar nak "bersilat' menghadapi dua orang bekas pembantunya yang tampil ' buka cerita' ini.

Respons awal Anwar ketika ditanya Agendadaily selepas sidang akhbar di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen petang Rabu mengenai laporan polis Rasid, beliau kelihatan terkejut dan bertanya bila (Rasid buat laporan).

Anwar enggan komen,katanya "tanya peguam".- 13/10/2010



Seorang lagi bekas pembantu dedah tembelang Anwar...

Selepas seorang bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim – Rahimi Osman baru-baru ini membuat laporan polis menafikan kandongan akuan bersumpah mengenai kes liwat yang ditandatanganinya pada tahun 2008 – hari ini muncul seorang lagi bekas pembantunya – Rasid Rosdi mendedahkan perkara serupa.

Beliau membuat laporan polis di IPD Shah Alam tengahari Rabu mendakwa dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah berhubung kes yang sama.

Rasid mengaku mengenali Anwar semenjak berada di dalam penjara di Sungai Buloh dan kemudian bekerja sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat Ketua Umum PKR itu.

Berikut ialah kenyataan penuh Rasid kepada media berhubung laporan polis yang dibuatnya:

Saya Rasid Rosdi hari ini telah membuat satu laporan polis pada jam 12.30pm (13/10/2010) di Balai Polis IPD Shah Alam. Laporan ini berhubung dengan satu akuan bersumpah yang pernah saya tandatangani secara paksa dan dibawah tekanan pada tahun 2008. Akuan bersumpah yang saya tandatangani tersebut saya percaya adalah terbabit dengan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008.

Saya telah mengenali DSAI semenjak berada di dalam penjara lagi dan kemudian bekerja dengannya sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat DSAI.

Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah bekas Setiausaha kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.

Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya menurunkan tandatangan ke atas satu Akuan Bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat Akuan Bersumpah tersebut. Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan apa kandungan Akuan Bersumpah tersebut. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai Akuan Bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus. Malah, saya sendiri tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya.

Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya menceritakan kepada saya apa sebenarnya Akuan Bersumpah itu, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya juga turut rasa ditipu. Sebagai seorang peguam, Latheefa tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia.

Saya menurunkan tandatangan ke atas Akuan Bersumpah itu kerana risaukan keselamatan diri saya dan keluarga saya. Melihat bahawa saya telah ditahan di Quality Hotel dan dikawal rapi 24 jam. Serta beberapa insiden buruk berlaku di Quality Hotel, saya terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.

Selama hampir 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Akhirnya apabila melihat rakan saya Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut.

Saya juga telah membuat satu Akuan Bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menggangu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah.

Saya amat kecewa dengan tindakan ini. Beberapa peguam DSAI yang cuba melindungi kebenaran. Mereka sanggup mengadai masa depan dan maruah saya untuk kepentingan mereka sendiri.

BY-ELECTION BATU SAPI

Posted: 13 Oct 2010 06:32 PM PDT

Decision after dates are known
2010/10/13

Share |



KOTA KINABALU: Barisan Nasional will only make an announcement pertaining to the Batu Sapi parliamentary by-election after nomination and polling dates have been fixed, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said.

"Let's wait for the Election Commission to decide on the dates before we make any announcement."

Muhyiddin was speaking after paying his last respects to the late Batu Sapi member of parliament Datuk Edmund Chong Ket Wah and offering condolences to his widow, Datin Linda Tsen, at the Fook Lu Siew funeral parlour here.


The deputy BN chairman, who spent 25 minutes at the parlour, was accompanied by Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan and Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

The EC had, on Tuesday, said that it would meet tomorrow to decide on the nomination and polling dates for the by-election.

In the last general election, Chong, who was from Parti Bersatu Sabah (PBS), garnered 9,479 votes, defeating independent candidate Chung Kwong Wing, who had 3,708 votes.


Describing the late Chong, who was in his second term as Batu Sapi MP, as a hardworking and dedicated MP who was close to his constituents, Muhyiddin said his death was a great loss to Sabah and Malaysia as a whole.

"On behalf of the government, we offer our heartfelt condolences to Chong's widow and the family."

Chong, 54, was killed on the spot when his Kawasaki 750cc motorcycle collided with a Mercedes Benz S320 on the coastal road here last Saturday.


Chong, who was also PBS treasurer-general, was on his way back from the Kota Kinabalu International Airport to his house in Likas after buying a flight ticket to attend the Parliament sitting which began yesterday.

Before returning to Kuala Lumpur, Muhyiddin had lunch with state BN component party leaders at the Sutera Harbour.

Meanwhile, Pairin and several other party colleagues visited the accident scene yesterday

2010/10/13
By Joniston Bangkuai
jon@nst.com.my
Share |


Read more: Decision after dates are known http://www.nst.com.my/nst/articles/8pdmcan/Article#ixzz12ICXbh2L

MEMORI PAU 2009

Posted: 13 Oct 2010 06:26 PM PDT

Put your stuff here

(The Indian Dilemma)

Posted: 13 Oct 2010 05:50 PM PDT

GUNAKANLAH MINDA BUKANYA EMOSI…..



PENULIS tertarik dengan kenyataan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, S.K. Devamany yang menyebut walaupun jumlah penduduk masyarakat India di negara ini hanya merangkumi 8% daripada keseluruhan penduduk negara tetapi mereka sudah terpisah kepada lapan kelompok kecil.

Lantas naib presiden MIC itu menyeru; "Apalah gunanya kita berpecah, marilah kita hidup bersama dan bersatu."

Itulah hakikatnya "dilema" atau mungkin lebih tepat dinamakan (The Indian Dilemma) dalam masyarakat India di negara kita ketika Malaysia memasuki satu era pembangunan dan permodenan menjelang 2020. Apakah "bangsaku" ini sudah bersedia untuk mengejar impian 2020?

Itu tidak pasti lagi. Yang pasti ialah lima perdana menteri negara sudah bersilih ganti, negara sudah mencapai kemerdekaan yang ke-53, dua belas pilihan raya umum sudahpun berlalu tetapi "polemik sosioekonomi" masyarakat India masih lagi terus menerus diperkatakan, menjadi tumpuan dan kontroversi.

Mengejar Kuasa

Di satu sudut lain pula, ada kumpulan terlalu ghairah mahu mengejar "kuasa politik" sehingga menyebabkan masyarakat India Malaysia seolah-olah berada dalam senario "lintang–pukang". Sudah tentulah implikasinya ialah masyarakat Indialah yang menjadi mangsa disebabkan percaturan politik diri mereka sendiri.

Manakan tidak, selepas PRU 2008, jumlah parti politik yang mewakili masyarakat India dan juga penubuhan badan-badan bukan kerajaan berketurunan India semakin meningkat tetapi keberkesanan perjuangan mereka masih ditahap itu juga.

Tambah menyedihkan, mereka sendiri tidak dapat bersatu dalam satu parti ataupun di bawah mana-mana pertubuhan kerana diselubungi ego yang terlalu besar, masalah kasta dan yang lebih teruk, tergila-gila mahu mengejar "kuasa" dan jika tidak boleh mencapai maksud tersebut maka dilakukan satu percubaan ala "rampasan kuasa".

Sebab itulah muncul kumpulan-kumpulan serpihan di kalangan mereka sehingga menambahkan lagi parah perpecahan di kalangan masyarakat India di negara ini. Sampai bila mereka mahu cabar-mencabar, desak-mendesak ataupun saling mencaci di media massa?

Memang seronok membaca berita tentang kemelut dan pertentangan politik tetapi realitinya rakyat sudah naik meluat, benci, menyampah, bosan dan pening dengan sikap dan "gelagat politik" segelintir pemimpin politik yang kononnya mahu menjaga masa depan kaum India sedangkan imej mereka sendiri sudahpun tercalar.

Jadilah pemimpin yang pegang pada janji, etika dan prinsip (walk the talk) sekiranya mahu menjuarai hati masyarakat India. Tak perlulah pemimpin politik sibuk nak jaga "tepi kain orang lain." Jangan sampai nasib bangsa sendiri dibiarkan terabai sehingga menjadi satu bahan sejarah sepertimana isu pekerja ladang yang masih menderita apabila mereka tidak menerima ganjaran, pampasan, peluang latihan dan juga peluang memiliki rumah sendiri.

Saban hari akhbar Tamil menyiarkan laporan mengenai "kesengsaraan masyarakat India ." Bisikan hati dan air mata mereka sudah cukup untuk menceritakan "kisah benar" mereka tetapi apakah penyelesaian terhadap masalah mereka apabila isu tersebut terpampang di media massa dan juga media alternatif?

Kenapa Tidak Boleh Bersatu

Persoalanya, kenapa bangsaku tidak dapat bersatu? Semua pihak tak kiralah, pemimpin kerajaan ataupun pembangkang perlu mendahulukan kepentingan, kehendak dan kemahuan masyarakat. Carilah penyelesaian untuk menangani sesuatu masalah supaya tidak berlarutan. Bantulah sesama bangsa sendiri.

Dasar sudah ada, banyak program dan rancangan sudah disediakan tetapi bagaimana pula dengan sistem penyampaiannya? Justeru itulah, semua pihak baik pemimpin politik atapun badan-badan bukan kerajaan perlulah berganding bahu dan berkerjasama antara satu sama lain menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Masyarakat India juga perlu bersatu dari aspek bahasa dan budayanya juga. Janganlah malu bertutur dalam bahasa "ibunda" (bahasa Tamil) ketika bertemu sesama sendiri. Pergaulan dalam bahasa ibunda sendiri tidak akan menjatuhkan maruah ataupun standard seseorang. Sayangilah bahasa Tamil dan bersyukurlah anda dilahirkan sebagai seorang berketurunan India.

Adalah menjadi tanggugjawab kita bersama untuk mempertahankan masa depan bahasa ibunda kita supaya tidak pupus ditelan peredaran zaman. Bersatulah memartabatkannya demi masa depan bangsa, agama dan negara.

Di mana NGO India & Khidmat Sosial

Bercakap mengenai khidmat sosial pula, ia bukannya umpama "pentas motivasi" semata-mata tetapi satu gerak-kerja yang melibatkan denyutan nadi rakyat dan perlu dilaksanakan secara dedikasi, rajin dan amanah.

Berbalik kepada komen S. K. Devamany, selaku Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dalam Unit Perancang Ekonomi yang melibatkan dasar-dasar kerajaan seperti program Rancangan Malaysia, Belanjawan, NKRA, ETP dan sebagainya, beliau boleh memainkan peranan yang penting menerangkan dasar-dasar kerajaan yang disediakan untuk rakyat ke peringkat akar umbi.

Dasar kerajaan untuk kumpulan berpendapatan rendah sama ada di bandar ataupun luar bandar perlu diterangkan secara meluas dan terperinci kepada rakyat supaya mereka dapat meraih peluang yang disediakan serta menikmati faedahnya supaya dapat menjayakan visi Perdana Menteri melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi.

Persatuan-persatuan belia seperti Kelab Bell Belia Tamil yang cukup "popular" suatu ketika dulu dalam mendokong aspirasi belia India di negara ini perlu bangkit untuk mengejar dan juga merealisasikan harapan serta impian baru masyarakat India sepertimana dahulu khususnya di kalangan generasi muda.

Penulis masih ingat di zaman 80an Kelab Bell Belia Tamil sangat berpengaruh sehingga menjadi sebuah pertubuhan belia yang berani, berwawasan, lantang dan bertenaga sehingga dalam beberapa hal mendahului kekuatan dan pengaruh sesebuah parti politik seperti MIC sendiri.

Pertubuhan belia seperti itu, perlu tampil menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan India yang lain termasuk Yayasan Strategik Sosial untuk menangani masalah sosial di kalangan remaja India termasuklah memperkatakan isu-isu gengsterisme, peluang pendidikan, peluang kerjaya dan sebagainya.

Percayalah, jika kita bersatu kita mampu melakukanya, tetapi gunakanlah minda bukannya emosi…

Oleh B. ANBUMANI (mediagemilang@yahoo.com)

Gusti Dalam PKR...

Posted: 13 Oct 2010 05:48 PM PDT

Gusti Dalam PKR...



ZAID Ibrahim adalah satu karakter yang sangat menyeronokkan. Nasib baik ada Zaid Ibrahim dalam PKR. Kalau tidak, kita asyik didendangkan dengan lagu dan irama yang sama. Sejak Zaid masuk PKR, adalah sikit warna-warni dalam kehidupan politik PKR.

Dia sentiasa muncul dengan petikan-petikan yang mengejutkan. Kata-katanya menjadi bahan dan tajuk berita. Itu menjadikannya buruan para wartawan. Wartawan tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Sidang akhbarnya penuh dengan wartawan sama ada yang pro atau tidak berapa pro beliau. Tapi beliau tidak pernah melayani wartawan dengan mimik muka yang semacam yang selalu ditunjukkan oleh sesetengah orang politik khususnya dari parti yang Zaid sertai sekarang.

Seorang veteran Umno dari Kelantan pernah membisikkan sesuatu ke telinga penulis yang Zaid ini tak tumpah macam Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebenarnya adalah tidak wajar sama sekali untuk meletakkan aura diri Zaid dengan tokoh besar negara itu tetapi pada masa yang sama, penulis terpaksa setuju, ciri-ciri Dr Mahathir memang ada pada susuk Zaid.

Kedua-duanya berani termasuk berani mengambil risiko. Kedua-duanya juga tidak takut menyatakan pandangan dan pendirian serta berani menyahut cabaran. Mereka memiliki keazaman yang kuat dan berpendirian teguh ke atas sesuatu yang mereka percayai.

Pernah Bekerja Bersama

Dalam kes Zaid, beliau tidak gentar berarus songsang dengan pandangan umum. Beliau akan bercakap malah lagi disekat akan bertambah kuat suaranya kedengaran. Penulis berani berkata demikian kerana penulis pernah bekerja dengannya selama hampir tiga tahun di Zaid Ibrahim & Co. Setiap Khamis kami akan pulang ke Kota Baru dan pada Ahad kembali ke Kuala Lumpur.

Ada waktunya kami berkereta. Ada masanya kami menaiki pesawat. Setiap kali di Kota Baru, penulis tinggal di rumahnya di Pasir Hor. Beliau ada gaya tersendiri dan tidak mudah tunduk kepada sesiapa walaupun pada waktu-waktu tertentu beliau berdiplomatik dalam berurusan.

Satu contoh sikapnya yang tipikal ialah apabila beliau enggan menerima arahan Ibu Pejabat PKR agar memboikot kumpulan akhbar Utusan Melayu. Pada pandangan Zaid, itu adalah satu arahan yang tidak rasional.

Khamis lalu, ketika berhadapan dengan para wartawan dan diajukan soalan apakah beliau bersetuju dengan kritikan yang dilemparkan ke atasnya kerana masih terus bercakap dengan Kumpulan Utusan walaupun terdapat arahan yang melarangnya berbuat demikian, Zaid berkata;

"Bagaimana anda hendak memanggil diri anda seorang reformis tetapi pada masa yang sama memilih dengan media mana anda hendak bercakap. Jadi, jika saya tidak dibenarkan bercakap dengan Utusan, bagaimana pula dengan Berita Harian, New Straits Times, The Star?

"Jika saya tidak dibenarkan bercakap dengan media, dengan siapa lagi yang harus saya bercakap," soalnya.

Telunjuk

Jadi Zaid tidak peduli sama ada arahan itu datang dari presiden atau timbalan presiden atau setiausaha agung, arahan itu mestilah bersifat progresif, rasional dan logika. Jika ketiga-tiga elemen itu tidak wujud, adalah sukar untuk sesiapapun untuk memaksanya patuh pada arahan.

Bukan sahaja sikapnya ini terserlah ketika di dalam PKR sebaliknya ketika beliau di dalam Umno pun beliau sudah begitu. Beliau mempertahankan hujah-hujahnya jika beliau berasa betul.

Ini terbukti benar menjelang malam sebelum penamaan calon pada pilihan raya umum 2004. Tidak ramai yang tahu akan insiden ini tetapi ketika kejadian itu berlaku, penulis berada di sisi Zaid.

Beliau menerima satu panggilan telefon yang mengarahkan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dan bukannya parlimen kerana pucuk pimpinan ingin meletakkan bekas Ketua Pengarah DBKL, Datuk Nordin Razak sebagai calon parlimen Kota Baru.

Zaid membantah. Dan beliau membantah bukan kerana pucuk pimpinan tidak meletakkannya sebagai calon parlimen tetapi kerana calon yang mereka syorkan itu walaupun bekas seorang tokoh pentadbir terkenal dari Kelantan tetapi beliau tidak pernah bekerja bersama jentera pentadbiran Umno Bahagian Kota Baru yang diterajui oleh Zaid ketika itu.

Logika

Logika Zaid ialah, bagaimana jentera parti tiba-tiba hendak bekerja dengan seorang yang tidak pernah bersama mereka tetapi diparacutkan sebagai calon. Zaid berhujah, ini Kota Baru dan pilihan raya umum, bukannya pilihan raya kecil yang mana seluruh jentera parti dari seluruh negara boleh bertumpu di satu tempat untuk membantu calon menang.

Zaid juga berhujah, jentera parti telah bekerja selama lebih empat tahun untuk merampas kembali kerusi Parlimen Kota Baru yang ketika itu sudah 14 tahun berada di tangan pembangkang. Beliau menyakinkan Kuala Lumpur, jika seorang calon lain diletakkan di Kota Baru pada saat-saat akhir, Umno akan tewas.

Yang lebih berani ialah apabila Zaid menyampaikan mesej melalui orang tengah, jika Kuala Lumpur tidak masuk campur urusan penentuan calon di Kota Baru, beliau memberi jaminan Umno akan merampas kembali kerusi Kota Baru.

Benar. Kesemua kerusi DUN yang ditandingi Umno dalam Parlimen Kota Bharu tewas tetapi Zaid menang kerusi parlimen Kota Baru. Atas keengganan beliau untuk tunduk kepada tekanan dari Kuala Lumpur dan keberaniannya untuk mempertahankan dirinya sebagai calon Kota Baru, akhirnya Zaid menang menewaskan calon dari parti yang kini beliau sertai - PKR.

Wajah Pluralisme

Zaid yang penulis kenali dahulu adalah Zaid yang penulis kenali sekarang. Kalau nak terima Zaid, terimalah dia seadanya. Jika tidak, jenuh jugalah hendak menjinakkan orang bernama Zaid Ibrahim ni. Kenapa orang macam Zaid yang mewakili wajah pluralisme PKR nampak seperti payah untuk menembusi kepimpinan tertinggi PKR sekarang?

Bukankah, PKR benar-benar hendak membawa politik baru dan bersungguh-sungguh hendak bolos keluar dari hegemoni budaya dan amalan politik sekarang yang pada pandangan mereka yang mendokong PKR sebagai tidak sesuai lagi dengan pendekatan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan?

Tetapi pelbagai cara telah dibuat untuk menidakkan peluang Zaid. Namun itulah politik. Gustinya lain macam. Sudah pastinya Zaid pun sedar akan situasi ini. Yang terbaru entah apa strategi Zaid, beliau umum akan tarik diri dan sokong Nurul Izzah sekiranya ahli parlimen Lembah Pantai itu bersedia tanding jawatan timbalan presiden.

Kata Zaid, beliau telah bercakap dengan Nurul tentang hal ini dan mengambil pendirian ini apabila mendapat tahu yang Nurul pun sedang menimbang sama ada akan menerima pencalonannya sebagai timbalan. Setakat ini selain untuk jawatan timbalan, Nurul turut mendapat pencalonan bagi jawatan naib.

Jika melihat kepada percaturan politik, tidak mungkin bapa jadi ketua umum, emak jadi presiden dan anak jadi timbalan. Nanti orang kata ini parti anak beranak. Tetapi menurut Zaid, beliau nampak Nurul mewakili wajah baru dan mampu memberi kesegaran baru dalam PKR dan yang lebih penting tidak takut untuk menyatakan pendirian serta pendapat - sama sepertimana dirinya juga. Jika Nurul setuju, kata Zaid, beliau tidak akan bertanding apa-apa jawatan pun sebaliknya akan menjadi 'pengurus kempen' kepada Nurul Izzah.

Opsyen

Apakah Zaid melihat syornya ini sebagai satu opsyen? Satu jalan keluar kepada tentangan terhadapnya supaya tidak bertanding jawatan timbalan? Apa strategi terbaru politik Zaid? Apakah wujud pakatan antara Zaid dan anak sulung Anwar itu? Menarik sungguh. Ayah sokong Azmin Ali. Zaid sokong anak. Ibu sokong siapa pula? Di sebalik kecoh baling kerusi di sana-sini, di satu sudut yang lain pula, Zaid Ibrahim telah menyemarakkan lagi sepak terajang politik PKR.

Nota: MB Selangor, Khalid Ibrahim telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden tetapi keputusan muktamad akan ditentukan oleh sebuah jawatankuasa yang dibentuknya untuk menilai apakah keputusannya itu membawa kebaikan atau keburukan pada parti. Nurul Izzah pula pada mulanya berkata akan beri jawapannya pada Ahad tetapi sehingga sekarang masih belum mengisytiharkan keputusannya. Sama-samalah kita tunggu.


Oleh ROZAID A. RAHMAN (rozaid@thestar.com.my)

TERKINI PRK GALAS : Umno Akan Yakinkan Semula Orang Asli Sokong BN

Posted: 13 Oct 2010 05:46 PM PDT

Rabu Oktober 13, 2010
Umno Akan Yakinkan Semula Orang Asli Sokong BN

GUA MUSANG: Umno akan menyusun strategi bagi menarik semula sokongan kira-kira 2,000 pengundi masyarakat Orang Asli pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November ini.

Naib Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah berkata, antara pendekatan yang akan diambil adalah menerangkan kesilapan besar masyarakat itu menyertai projek Ladang Rakyat anjuran kerajaan negeri Kelantan.

"Kita akan dekati mereka dan menerangkan isu Ladang Rakyat yang sebenarnya tidak menguntungkan mereka apabila tanah yang diusahakan mereka sejak sekian lama telah diambil kerajaan negeri bagi tujuan itu.

"Masyarakat Orang Asli ini sebenarnya telah terpedaya kerana mereka tidak akan dapat hak milik tanah dan ini yang perlu mereka fahami," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lebih 400 masyarakat Orang Asli dalam DUN Galas yang tinggal berhampiran Lojing di sini telah menyertai projek Ladang Rakyat yang didakwa hanya menguntungkan syarikat swasta terbabit.

Peserta diberikan dividen sebanyak RM200 sebulan sejak menyertai projek itu sejak beberapa tahun itu.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lalu.

Penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober ini dan jika ada pertandingan, hari pengundian diadakan pada 4 November. - BERNAMA

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kes liwat Anwar ; jangan sampai rakyat hilang hormat kepada mahkamah

Posted: 13 Oct 2010 09:30 PM PDT

ORANG ramai mengharapkan perbiicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disambung semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini tidak akan ditangguhkan lagi.

Keputusan mahkamah menangguhkan beberapa kali kes tersebut atas permintaan sepasukan peguam bela Anwar diketuai Karpal Singh telah menimbulkan persespsi negatif rakyat terhadap proses pengadilan di negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berpendapat jika penagguhan itu berulang lagi, dikhuatiri timbul tanggapan kononnya Mahkamah Tinggi memberi layanan istimewa kepada Anwar.

Menurutnya, orang ramai juga turut berasa hairan bagaimana tarikh perbicaraan Anwar sudah dua kali bertembung dengan persidangan parlimen.

Sehubungan itu kata beliau, orang ramai membuat andaian bahawa Anwar mempunyai ruang untuk memohoan mahkamah menanguhkan perbicaraan kes liwatnya atas alasan untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

"Kita tidak mahu rakyat hilang rasa hormat kepada intergriti mahkamah dan kredibilti badan kehakiman hanya disebabkan kes Anwar," katanya.

Anwar yang juga Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Beliau dikat jamin RM20,000 didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Kes perbicaraan liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu menarik perhatiam seluruh dunia tetapi telah beberapa kali ditangguhkan.

Perbicaraan hari ini dijadualkan selama dua hari sehingga Jumaat ini sebelum disambung semula pada 25 hingga 29 Oktober depan.

Menurut Syed Ali lagi, Anwar dipercayai akan mencari pelbagai helah bagi menangguhkan perbicaraan kes tersebut setelah cubaan kali keduanya untuk membatalkan pertuduhan liwat keatasnya telah dotolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Pada hemat saya, Anwar akan berusaha mencari helah dengan sepasukan peguam bela sehingga berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang," tegasnya.

"Mereka berkeyakinan apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya menguasai Parlimen dan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, dengan sendirinya pertuduhan liwat itu akan digugurkan.
Laporan terkini:
Perbicaraan kes liwat Anwar hari ini disambung dengan keterangan dari saksi pendakwa ketiga, iaitu Pakar Patalogi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siew Sheue Feng dalam keterangannya berkata, terdapat bukti berlakunya kemasukan ke dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.
Sebuah portal berita pula melaporkan seorang doktor yang menjadi saksi memberitahu Saiful menceritakan kepadanya dia diliwat tanpa kondom oleh individu profail tinggi lapan kali. Kata daktor itu lagi, tusukan berlaku kerana ada kesan air mani.
Mahkamah menangguhkan perbicaraan tersebut sampai 25 Oktober ini, selepas dua doktor pakar HKL memberi keterangan, mengesahkan boleh berlaku tusukan tanpa kecederaan jika guna pelicin.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Malaysiakini Hina Sultan, Menteri Rais dan Hishamuddin Tunggu Apa Lagi?

Posted: 14 Oct 2010 06:41 AM PDT

Malaysiakini hari ini telah menghina Sultan-Sultan Melayu apabila mendakwa bahawa para sultan berada di bawah telunjuk UMNO. Berselindung di sebalik segmen suara Pembaca, Malaysikaini membuat intro yang sangat menghina kesultanan Melayu:

"'It's common knowledge that most sultans are under Umno's thumb so is this Umno's way of trying to get Ibrahim Ali back under their control?"

Walaupun ia merupakan intro kepada emel pembaca namun ia jelas usaha menghasut rakyat pelbagai kaum dan agama agar membenci Sultan dan memburukkan imej Sultan seolah-olah menjadi alat kepada UMNO. Ia juga memberi implikasi seolah-olah Tuanku Sultan Kelantan yang penobatannya di sokong oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat merupakan alat politik UMNO.

Malaysiakini tidak boleh berselindung di sebalik pandangan pembaca kerana sebagai penerbit mereka harus bertanggungjawab. Lagi pun tanpa bukti nyata, tidak mustahil surat pembaca tersebut ditulis sendiri oleh pengarang Malaysiakini.

Malaysikini menyiarkan kenyataan seorang pembacanya mengguna nama samaran Doc dan menulis, "Doc: An Umno-aligned politician getting his datukship revoked is something most unusual. It's common knowledge that most sultans are under Umno's thumb so is this Umno's way of trying to get Ibrahim Ali back under their control and tame him? There is more than meets the eye here."

Sekarang, jika blogger yang meminta penjelasan mengenai pembabitan anak seorang Menteri disiasat oleh Polis dan Suruhanjaya Komunikasi, apa tindakan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Penerangan mengenai isu ini? Jika komputer riba Rocky Bru diambil untuk siasatan lanjut, apakah KDN dan Suruhanjaya bersedia mengambil komputer milik Malaysiakini pula?

Jika pengetua sekolah boleh dipecat hanya mengatakan orang Cina dan India kaum Imigran yang merupakan satu fakta sejarah, apakah tindakan yang akan diambil ke atas Malaysiakini yang terang dan jelas menghina kesultanan Melayu.

Link Malaysiakini.com: http://www.malaysiakini.com/news/145289

(Oleh: KuntaKinte)

Pengikut