umno bahagian cheras |
Kes liwat Anwar ; jangan sampai rakyat hilang hormat kepada mahkamah Posted: 13 Oct 2010 09:30 PM PDT ORANG ramai mengharapkan perbiicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disambung semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini tidak akan ditangguhkan lagi. Keputusan mahkamah menangguhkan beberapa kali kes tersebut atas permintaan sepasukan peguam bela Anwar diketuai Karpal Singh telah menimbulkan persespsi negatif rakyat terhadap proses pengadilan di negara ini. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berpendapat jika penagguhan itu berulang lagi, dikhuatiri timbul tanggapan kononnya Mahkamah Tinggi memberi layanan istimewa kepada Anwar. Menurutnya, orang ramai juga turut berasa hairan bagaimana tarikh perbicaraan Anwar sudah dua kali bertembung dengan persidangan parlimen. Sehubungan itu kata beliau, orang ramai membuat andaian bahawa Anwar mempunyai ruang untuk memohoan mahkamah menanguhkan perbicaraan kes liwatnya atas alasan untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat. "Kita tidak mahu rakyat hilang rasa hormat kepada intergriti mahkamah dan kredibilti badan kehakiman hanya disebabkan kes Anwar," katanya. Anwar yang juga Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Beliau dikat jamin RM20,000 didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Kes perbicaraan liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu menarik perhatiam seluruh dunia tetapi telah beberapa kali ditangguhkan. Perbicaraan hari ini dijadualkan selama dua hari sehingga Jumaat ini sebelum disambung semula pada 25 hingga 29 Oktober depan. Menurut Syed Ali lagi, Anwar dipercayai akan mencari pelbagai helah bagi menangguhkan perbicaraan kes tersebut setelah cubaan kali keduanya untuk membatalkan pertuduhan liwat keatasnya telah dotolak oleh Mahkamah Persekutuan. "Pada hemat saya, Anwar akan berusaha mencari helah dengan sepasukan peguam bela sehingga berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang," tegasnya. "Mereka berkeyakinan apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya menguasai Parlimen dan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, dengan sendirinya pertuduhan liwat itu akan digugurkan. Laporan terkini: Perbicaraan kes liwat Anwar hari ini disambung dengan keterangan dari saksi pendakwa ketiga, iaitu Pakar Patalogi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siew Sheue Feng dalam keterangannya berkata, terdapat bukti berlakunya kemasukan ke dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari. Sebuah portal berita pula melaporkan seorang doktor yang menjadi saksi memberitahu Saiful menceritakan kepadanya dia diliwat tanpa kondom oleh individu profail tinggi lapan kali. Kata daktor itu lagi, tusukan berlaku kerana ada kesan air mani. Mahkamah menangguhkan perbicaraan tersebut sampai 25 Oktober ini, selepas dua doktor pakar HKL memberi keterangan, mengesahkan boleh berlaku tusukan tanpa kecederaan jika guna pelicin. |
You are subscribed to email updates from umno bahagian cheras To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan