Pengikut

Nuffnang

Rabu, 6 Oktober 2010

Razlan's

0 ulasan
sumber :-

Razlan's


Kes Liwat Anwar lagi !!

Posted: 06 Oct 2010 05:12 AM PDT

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, M Rahimi Osman dakwa dipaksa tandatangani 2 surat akuan bersumpah bagi pertahanan Anwar daripada tuduhan liwat.

Beliau hadir di IPD Kelang pada jam 2.30pm bersama peguam beliau untuk membuat laporan.

Sidang media yang dirancang pada jam 4pm di restoran Lotus gagal disebabkan ada penyokong hindraft menganu dan mengugut Rahimi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


Syed Ali jawab tuduhan PAS terhadap Rosmah

Posted: 06 Oct 2010 02:23 AM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee hari ini mempertahankan usaha isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapatkan input dalam menangani masalah pembuangan bayi ketika berada di Belgium baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, usaha tersebut sebagai alternatif dalam mencari kaedah terbaik mengatasi kes buang bayi yang selama ini dilihat kurang berkesan.
Sehubungan itu jelas beliau, tuduhan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad bahawa Rosmah seperti meminta sedekah ketika berada di Brussel adalah tidak tepat dan mempunyai niat buruk terhadap isteri Perdana Menteri.

"Idris (PAS) masih jahil memahami protokol aturcara isteri seorang Perdana Menteri ketika berada di luar negeri yang diberi peluang melihat dan menimba pengalaman dalam sesuatu perkara yang boleh dimanfaatkan untuk kepentingan negara," katanya.

Beliau berkata, lawatan Rosmah ke pusat remaja hamil di Brussel adalah untuk mencari input yang berkemungkinan boleh dijadikan panduan kepada kerajaan membanteras gejala pembuangan bayi yang semakin meningkat.

"Kita sepatutnya bangga kerana Rosmah dalam acara yang padat itu masih berpeluang untuk melihat cara negara berkenaan mengatasi masalah remaja hamil dan pembuangan bayi," katanya.

Tetapi jelas beliau, oleh kerana Idris terlalu sakit hati kepada UMNO dan membenci Perdana Menteri, apa sahaja kebaikan yang dilakukan akan diputarbelitkan untuk kepentingan politik PAS.

Beliau menjawab tuduhan Ketua Penerangan PAS yang mendakwa Rosmah seperti meminta sedekah dan kerajaan hilang punca serta kontang idea yang terpaksa merujuk kepada Belgium bagi menanangi kes tersebut, seperti disiarkan portal berita pro-pembangkang-Malaysiakini.

Idris juga turut mempersoalkan kenapa Rosmah merujuk kepada Belgium dan tidak kepada kaedah Islam dalam menangani kes tersebut.

"Inilah masalah pemimpin PAS yang akan memutarbelitkan apa sahaja usaha murni yang dilakukan kerajaan," katanya.

Dalam hubungan ini, Syed Ali kesal kerana PAS yang selama mendakwa berjuang untuk Islam tetapi tidak berperanan sepenuhnya membantu kerajaan menangani kes pembuangan bayi.

Beliau menegaskan, mencari ilmu atau menimba pengalaman untuk kebaikan walaupun daripada bukan negara Islam bukan bermakna tidak menjadikan ajaran Islam sebagai pedoman.

"Apakah jika Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat melawat negara berfahaman Yahudi atau di Amerika Syarikat dan mendapat kaedah berguna untuk kepentingan rakyat seperti dalam bidang pertanian maka Nik Aziz juga akan disifatkan sebagai tidak menepati kehendak Islam?, soal beliau lagi.
Oleh itu katanya, apa yang dilakukan oleh Rosmah ketika berada di Belgium adalah usaha terbaik bagi membantu kerajaan menangani masalah pembuangan bayi di negara ini.

Syed Ali mendedahkan, PAS sebenarnya menjadi pengemis dan peminta sedekah secara profesional yang sanggup mengutip derma daripada orang ramai kononnya untuk tabung jihad.
Menurutnya, sedekah yang dihulurkan oleh orang ramai itulah yang digunakan sebagai modal untuk memfitnah, mencerca dan memecahbelahkan umat Islam menerusi ceramah-seramah politik yang diadakan.

"Sedekah itu sepatutnya dibelanjakan kepada mereka yang memerlukannya, bukan diagihkan kepada pemimpin PAS sebagai habuan berceramah memaki-hamun kerajaan dan sesama pemimpin Islam," tegasnya.


UMNO jangan terperangkap helah Raja Petra – Syed Ali

Posted: 05 Oct 2010 08:16 PM PDT

UMNO jangan mudah terperangkap dengan perang psikologi dilancarkan Raja Petra Kamaruddin kononnya akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana manifestonya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu tidak ditunaikan.

Mengingatkan demikian, Ketua UMNO Bahagia Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berpendapat, bukan keputusan yang begitu mudah bagi Raja Petra 'meninggalkan' Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Selama ini mereka berdua telah melakukan pelbagai fitnah dan pengkhianatan kepada negara dan orang Melayu menerusi laman-laman web pro-pembangkang," katanya.

Oleh sebab itu jelas beliau, tindakan mengejut Raja Petra untuk memutuskan hubungan secara tiba-tiba dengan Anwar mengundang pelbagai persoalan.

"Dalam isu ini kita perlu berhati-hati kemungkinan satu helah pembangkang untuk memerangkap UMNO," katanya.

Beliau berkata, jika Raja Petra benar-benar ikhlas beliau sepatutnya menyerah diri kepada polis kerana sebelum ini beberapa waran tangkap terhadapnya telah dikeluarkan.

"Tetapi beliau langsung tidak menghormati undang-undang negara ini dan memilih jalan bersembunyi di luar negeri setelah menjadi buruan polis," katanya.

Katanya, pengendali portal berita pro-pembangkang - Malaysia Today itu diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan Anwar dan melancarkan pelbagai gerakan memburukan reputasi dan nama baik Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Agak pelik secara tiba-tiba Raja Petra mengumumkan akan memutuskan hubungannya dengan Anwar (PKR) hanya disebabkan janji manifesto, ini mungkin ada muslihat tertentu," ujarnya.

Sehubungan itu, Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menyifatkannya sebagai strategi dan sandiwara PKR menarik perhatian rakyat menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas tidak lama lagi.

"PKR berharapkan apabila Raja Petra tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Anwar dan parti itu, UMNO akan berasa selesa," katanya.

Oleh sebab itu katanya, pemimpin UMNO termasuk kerajaan perlu berhati-hati dengan muslihat terbaru yang dimainkan oleh Anwar.

Katanya lagi, strategi ini juga untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap kes liwat Anwar yang akan disambung proses perbicaraannya tidak lama lagi.

Katanya, keputusan kes liwat Anwar dan pilihan raya kecil DUN Galas akan memberi kesan besar kepada pakatan pembangkang sebelum PRU ke-13 akan datang.

"Unutk memenangi DUN Galas, pakatan pembangkang terutama Anwar terpaksa merangka pelbagai muslihat termasuk isu Raja Petra bagi meraih sokongan rakyat.

www.pemuda-enggang.org

0 ulasan
sumber :-

www.pemuda-enggang.org


Pilihan Raya Kecil DUN Galas 4 November

Posted: 06 Oct 2010 02:37 AM PDT

BERITA Published: Rabu Oktober 6, 2010 MYT 1:30:00 PM Updated: Rabu Oktober 6, 2010 MYT 4:30:33 PM Pilihan Raya Kecil DUN Galas 4 November Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (N.45) Galas akan diadakan pada 4 November sementara penamaan calon pula pada [...]

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

0 ulasan
sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


TARIKH PILIHANRAYA KECIL DUN GALAS - N 45

Posted: 06 Oct 2010 12:49 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menetapkan 4 Nov sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, jika ada pertandingan, manakala penamaan calon pada 26 Okt.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 28 Sept lepas berhubung kekosongan kerusi DUN N.45 Galas, Kelantan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima pada 27 Sept.

"Berikutan itu, SPR mengadakan mesyuarat khas mengenainya hari ini dan menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.

Chek Hashim, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada Barisan Nasional (BN), mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Wan Ahmad berkata pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sept lepas.

Beliau berkata Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos. Katanya daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

Beliau berkata 11 buah sekolah, sebuah balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang kesemuanya mengandungi 25 saluran tempat mengundi.

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

0 ulasan
sumber :-

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


APA LAH NAK JADI TU KAN......

Posted: 05 Oct 2010 07:45 PM PDT



JAMUAN HARI RAYA PERGERAKAN PUTERI & PEMUDA UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 05 Oct 2010 07:32 PM PDT


DunSemarang

0 ulasan
sumber :-

DunSemarang


Pertandingan Futsal Parlimen Ayer Hitam.

Posted: 05 Oct 2010 08:16 AM PDT


Gelanggang Futsal Taman Mekar
Partandingan Futsal 1 Belia 1 Malaysia

Anjuran PK W Rakyat Parlimen Ayer Hitam dan

Pejabat Belia Sukan Daerah BP

kerjasama Per.Pemuda /Puteri UMNO Parlimen Ayer Hitam.
Futsal akan diadakan

Pada 16 Oktober 2010

Tempat Gelanggang Futsal Taman Mekar .

Kategori Lelaki/wanita .

Maklumat lanjut 0137882834 shahrul belia PSD.

(Sumber berita Shahrul Belia PSD/Pt Surau Darat) ByM69

Sejarah Futsal
Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brasil. Ketrampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brasil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brasil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah perlindungan Fédération Internationale de Football Association di seluruh dunia, dari Eropa hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.

Pertandingan internasional pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brasil. Brasil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun pd 1984.

Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brasil, tahun 1982, berakhir dengan Brasil di posisi pertama. Brasil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Spanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.

Pertandingan futsal internasional pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universitas Negeri Sonoma di Rohnert Park, California.

Tags: Apa itu Futsal
Posted in Sekilas Futsal by Info Kaos Futsal. (ByM69)

Majlis Meraikan Bakal Haji Parlimen Ayer Hitam

Posted: 05 Oct 2010 06:12 AM PDT


AJK Bersama,
MAJLIS MESRA SAKINAH YPK DARUL TA'ZIM
MAJLIS MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI 1431H PERINGKAT PARLIMEN AYER HITAM
MAJLIS SAMBUTAN SEMPENA AIDIL FITRI.

kami AJK Bersama,
Majlis Mesra SAKINAH YPK Daruk Ta'zim, akan mengadakan majlis tersebut pada 10 Oktober 2010 . Sehubungan itu besarlah harapan kami jika pihak tuan puan dapat hadir di majlis tersebut.
(Hj Adris b Suif.Pengerusi Bersama,Program Memurnikan Kasih, Menyuburkan Sayang.

Klik Surat jemputan.(sumber dari Sabaruddin AK) By M69

Perjumpaan Hari Raya SRS Dun Semarang dan Balai Polis Ayer Hitam

Posted: 05 Oct 2010 05:28 AM PDT

JAMUAN HARI RAYA

SRS DUN SEMARANG DAN BALAI POLIS AYER HITAM.

Tarikh ; 06 Oktober 2010.
Masa : 8.00 malam.
Tempat : Perkarangan Balai Polis Ayer Hitam.

Semua Ketua SRS dan Ketua Unit SRS di jemput hadir meraikan Sambutan Hari Raya bersama Pegawai dan Kakitangan Balai Polis Ayer Hitam. Semuga dengan adanya program tersebut akan merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara Balai Polis Ayer Hitam dan masyarakat di Dun Semarang. (Sumber dari Sabaruddin AK Pt Hamid) By M69

Sayap Parti

Bahagian